KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah membenarkan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka bermula esok sempena pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagaimanapun, sebahagian besar standard operasi prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikekalkan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beberapa aktiviti akan dibenarkan termasuk makan dalam restoran dan restoran dalam premis hotel serta kedai gunting rambut.
Selain itu, gerai-gerai sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya juga dibenarkan beroperasi.
“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan.
“Malah, aktiviti pembuatan dan pengilangan turut diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hajiji berkata, perincian SOP negeri Sabah akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 tidak akan ditamatkan sebaliknya, fasa pertama PPN akan diteruskan sehingga jumlah jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes.- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment