Semua pasti memiliki kad Touch n Go. Dan semua pasti tahu kad Touch n Go ada tarikh luput. Tetapi berapa ramai yang benar-benar memantau tarikh luput tersebut.
Lebih-lebih lagi jika kad tersebut terlekat dengan alat Smart Tag dan pengisian dilakukan melalui online banking. Kalau pun pernah isi ulang di kiosk, berapa ramai yang perasan?
Itulah yang berlaku kepada saya. Kad saya itu dibeli pada tahun 2011. Dan tarikh luputnya adalah pada bulan April 2021. Kad saya itu sentiasa terlekat pada alat Smart Tag saya.
Ada masa saya isi ulang menggunakan Maybank2U dan ada kalanya menggunakan kiosk.
Saya baru isi-ulang di kiosk tol ebor Batu Tiga pada akhir bulan Mei 2021. Sepatutnya pada ketika itu, Kiosk tersebut telah alert saya bahawa kad itu telah tamat tempoh.
Tetapi tidak! Kiosk itu menerima duit saya sebanyak RM300 dan kemas kini baki di kad saya.
Tetapi bila saya nak guna pada awal Jun 2021, tiba-tiba skrin paparan mengatakan kad saya sudah tamat tempoh. Saya terpaksa mengundur ke belakang menyusahkan orang lain.
Pelik! Bab wang, bab duit, Kiosk tak kenal pasti tarikh jatuh tempoh. Tetapi ketika pengguna hendak menggunakan tol, pengguna dilarang kerana kad sudah tamat tempoh.
Lebih ironi, saya berhubung dengan salah seorang kakitangannya dan memohon supaya diaktifkan semula melalui whatsapp. Kemudian saya dapat jawapan kad saya telah diaktifkan semula. Lega saya.
Tapi bila saya gunakan kad itu di Tol Putrajaya pada waktu petang hari yang sama, sekali lagi hak saya telah dinafikan. Dan saya terpaksa mencari kiosk untuk masukkan duit ke dalam Mykad saya.
Rangkaian Segar Sdn Bhd mengaku mereka adalah syarikat fintech pertama di Malaysia.
Apakah tujuan expiry date pada sesuatu kad Touch n Go itu? Kenapa tidak seperti bank, memberikan kad kredit dan kad ATM bercip percuma kepada pelanggan?
Dengan teknologi canggih masa kini, dengan IR4.0, kenapa Touch n Go tidak menggunakan sistem dan teknologi untuk memberi tahu kepada pengguna di paparan tol berkaitan tarikh luput?
Kenapa Kiosk isi ulang mereka tidak ‘alert’ tarikh tamat tempoh ketika pelanggan mengisi ulang?
Lebih canggih dan mudah dibuat seperti syarikat insurans, Touch n Go boleh memberitahu pelanggan tiga bulan sebelum tarikh luput kad.
Atau, dengan data pelanggan yang ada pada mereka, bukankan mudah untuk Touch n Go menghantar notis tarikh luput melalui e-mel?
Bukankah ini sebahagian daripada pengalaman pengguna yang harus ada pada setiap syarikat seperti Rangkaian Segar.
Ini belum lagi diceritakan bagaimana susahnya nak telefon khidmat pelanggan mereka.
Dan bila ditanya, bagaimana cara kita boleh update dan mendapatkan kad baru. Pelanggan disuruh ke salah satu hub Touch n Go. Bukankah ini 10 langkah ke belakang dalam era pendigitilan yang dilaungkan kerajaan.
Dan dalam pandemik Covid-19 - ketika kerajaan mengarahkan supaya pergerakan dan mobiliti rakyat dikurangkan - Rangkaian Segar masih meminta pelanggannya untuk ke hub mereka, dengan segala risiko jangkitan?
Sebuah cerita sedih dari syarikat fintech pertama Malaysia!
Sumber: Malaysiakini
No comments:
Post a Comment