nuffnang

Wednesday, December 31, 2014

Bila Alam Bersuara...!

Alam sedang bersuara adalah nyata. Bala diturunkan Allah juga adalah nyata.
Kedua-duanya adalah benar. Bukan tujuan saya mahu membuat andaian. Tapi sebagai manusia dan orang Islam yang percayakan qada dan qadar, sesuatu yang berlaku ada puncanya dan sebab musababnya. Ketentuannya telah ditetapkan.

Sebagai seorang wartawan dan bukan alim ulama - seperti kebanyakan orang sekarang - saya mahu melihat mengenai soal alam.

Saya pernah menulis mengenai kemusnahan alam di taman botani negara Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam satu ketika dahulu. Kemusnahan akibat kerakusan manusia cukup hebat sekali.

Tidak pernah-pernah taman pertanian Bukit Cerakah itu dinaiki air lumpur setinggi tujuh ke lapan meter, namun ia berlaku pada masa itu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan ia adalah akibat pembangunan tidak teratur di satu kawasan baharu yang dibuka oleh kerajaan Dr. Khir Toyo pada masa itu dikenali sebagai Seksyen U10. Bukit-bukit ditarah, hutan ditebang dan tanah-tanah dilukai.

Pendedahan itu telah menarik perhatian nasional. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa campur tangan. Dr. Khir yang ketika itu sedang berada di luar negara terpaksa bergegas pulang.

Pendek kata, isu alam adalah isu manusia. Kita hidup bersama-sama alam. Jangan biarkan alam bersuara. Jika ia bersuara bermakna ia sedang murka. Alam boleh bertindak kejam kepada kita jika kita menjahanamkannya.

Banjir besar di Cameron Highlands juga adalah akibat perbuatan kejam manusia ke atas alam.

Hutan ditarah ikut suka. Pihak peniaga terlalu rakus. Pihak berkuasa pula tidak menjalankan amanah yang diberikan.

Ingatlah alam boleh menjatuhkan sesebuah pesawat yang dikatakan paling moden sekali pun. Ia juga membunuh ratusan ribu nyawa manusia seperti genap 10 tahun tsunami.

Kejadian banjir terburuk di Kelantan dan beberapa negeri lain harus dijadikan iktibar. Warna airnya sudah menunjukkan ia membawa tanah-tanih yang terluka. Banjir ke Kelantan lazimnya dibawa air dari kawasan hulu sejauh beratus batu. Jika di hulu keadaannya sudah tenat, maka tenatlah di hilirnya. Itu pasal kawasan Manek Urai paling teruk, kerana ia berada di hulu.

Saya tidak mahu membuat andaian, kerana alim ulama mengatakan ia adalah takdir. Namun sudah banyak contoh yang menunjukkan bencana alam yang terjadi kepada manusia adalah akibat daripada kerakusan mereka sendiri.

Seorang rakan, rakyat Kelantan yang dipanggil sebagai Pok Nik menulis SMS kepada saya.

Renungilah tulisan beliau itu. “Masa saya kecil-kecil dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi-manda dari pagi hingga ke petang. Selagi mata tidak merah kita tidak naik ke rumah. Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yang mengalir direct dari Ulu Kelantan dari Sg. Lebir, Sg. Galas, Sg. Kemubu dan Sg. Kelantan AKIBAT KERAKUSAN YANG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN. Habis bukit hutan belukar dikekah, ditarah dan dimamah kerana mahukan wang! Sekarang jangan salahkan sesiapa. BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan dan ketamakan manusia. Tk.”

Namun atas alasan politik atau keegoan - pelbagai alasan diberikan. Pemimpin merasakan seolah-olah merekalah yang terhebat. Merekalah yang betul. Dan alam yang mengamuk sekarang seolah-olah tiada kaitan dengan mereka.

Oleh : Zaini Hassan

Tuesday, December 30, 2014

Demi Menghindar "Melayu Menang Sorak Kampung Tergadai"

Tema yang hendak dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah soal betapa perlunya unsur perpaduan dalam memastikan kuasa politik terus dapat dipertahankan oleh orang Melayu.

Katanya, hakikat perwakilan politik Melayu kini diungguli tiga entiti politik – Umno, PAS dan PKR -- menonjolkan realiti bahawa kini asas kekuatan politik Melayu amat mudah dilarutkan.

Walaupun orang Melayu mempunyai kelebihan membentuk seramai 60 peratus daripada keseluruhan pemilih dalam sistem demokrasi negara, kini ada tiga parti yang menawarkan khidmat kepimpinan politik kepada mereka.

Hukum akal mengatakan jika peratusan ini dibahagi secara saksama, setiap parti akan dapat meraih kira-kira 20 peratus sokongan Melayu sepihak.

Ini bermakna jika dikumpulkan sokongan Melayu kepada PAS dan PKR di bawah satu payung Pakatan Rakyat, 40 peratus Melayu masih belum boleh membentuk sebuah kerajaan majoriti di Malaysia.

Ini bermakna jika mahu mendapat kuasa politik dan memerintah negara ini, sudah tentu, PAS dan PKR perlu kepada bantuan dan ihsan politik daripada rakyat bukan Melayu.

Bagi memudah bicara, Tun Mahathir mengkelompokkan pengundi bukan Melayu sebagai Cina dan menyebut ihsan politik yang diperlukan itu tentulah daripada rakyat kelompok ini.

Kini pola kesatuan politik pengundi Cina yang mewakili bukan Melayu ialah DAP. Lantas yang memegang teraju “kata putus” dalam menentukan sama ada kuasa politik selama 57 tahun yang didominasi Melayu-Umno, bakal berpindah ke tangan DAP.

Malah trend pilihanraya umum lalu menunjukkan memang magnet politik di Malaysia ialah DAP. Ia memenangi 38 kerusi parlimen berbanding 30 PKR dan 21 PAS.

Mujur realiti politik tidak begitu mudah dicongak. Dalam PRU lalu, Umno sendirian memenangi 88 daripada 120 kerusi parlimen yang ditandinginya. Umumnya boleh disimpulkan PKR dan PAS kini mempunyai 46 (PAS 21, PKR 15) kerusi parlimen Melayu.

Memang ada banyak faktor yang menentukan kemenangan ketiga-tiga parti berteras Melayu ini. Paling utama ialah soal sokongan dan tokokan undi daripada bukan Melayu. Sebab itu kerjasama dengan parti bangsa lain itu penting.

Sesungguhnya Tun Mahathir yang pernah memimpin Malaysia selama 22 tahun cukup akur hakikat ini. Yang menjadi fokus sekarang ialah adakah status quo politik ini wajar dipertahankan?

Tamadun manusia menunjukkan bahawa jika terlalu lama sesuatu kaum majoriti di sesebuah negara dinafikan kelebihan bilangan mereka untuk memerintah dan memeta halatuju negara, ia akan pasti menjadi “ancaman” kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara itu sendiri.

Lambat laun faktor bilangan ini akan meluapkan semangat kaum teras untuk menuntut tempat mereka dalam hiraki pentadbiran negara. Malaysia belajar mengenai hakikat ini pada tahun 1969. Sejarah Afrika Selatan juga tidak jauh berbeza.

Apabila soal “bilangan” tidak disaksamakan dengan faktor “hak”, pasti ia akan memercikkan kecurigaan, iri hati, kebencian dan mengundang keganasan.

Maka fokus Tun Mahathir membangkitkan soal kuasa Melayu ini adalah bagi meraikan hakikat bahawa perhatian harus diberi kepada pembelaan orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi bangsa teras di negara ini.

Namun memang menjadi ragam siasah, setiap kenyataan politik akan mengundang pelbagai reaksi dan serangan daripada parti pesaingnya jua.

PKR segera menegaskan bahawa soal hilang kuasa politik Melayu bukan masalahnya kerana ia adalah sebuah parti berbilang kaum. Sementara DAP pula menyindir bahawa yang lebih gusar Melayu hilang kuasa politik ialah Umno.

Isu sebenar di sebalik kemelut dan dilema politik Malaysia ialah masih perlukah ada konsep bangsa teras dalam membina sesebuah negara?

Jika diperinci senario di Malaysia hari ini, konsep inilah yang cuba hendak dikuburkan oleh Pakatan Rakyat.

Dengan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR menggembleng masa dan tenaga untuk meleburkan dominasi Umno dan memusatkan perhatian orang Melayu kepada partinya (dan mungkin juga PAS), ia secara langsung menghakis pengaruh dan kuasa politik Melayu.

PKR nampaknya menjadi agen kepada DAP untuk melabelkan suara majoriti Melayu – Umno – sebagai bersikap rasis dan jika mereka cuba kembali berpegang teguh kepada agama mereka – Islam – akan dijenamakan sebagai ekstremis pula.

Demikian ialah gula-gula politik PKR untuk meyakinkan pengundi bukan Melayu ia berjuang untuk kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia. Walhal hasrat asasnya ialah untuk menggunakan bukan Melayu untuk melonjakkannya berkuasa.

PAS pula teruja untuk turut menyambar kuasa dengan bantuan, kerjasama dan ihsan DAP. Sebab itu ia dalam Pakatan Rakyat. Status ini dihalalkan dengan menjaja konsep tahaluf siyasi.

Namun kini apabila sudah terang dan nyata bahawa DAP apabila sudah mula selesa dalam kedudukan sebagai “tauke kuasa politik” di Malaysia, ia menunjukkan sikap tidak perlukan sangat sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Kini dengan gigih dan celuparnya DAP menyindir dan mencela PAS kerana perjuangan hudud yang dianggap “nyawa”nya dan memperlekeh sistem kepimpinan PAS di hadapan khalayak.

Reaksi kalangan ulama PAS adalah tegas – sama ada DAP suka atau tidak, hudud tetap diteruskan juga. Namun sedihnya, ada pula di pemimpin “progresif” PAS yang “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” masih mahu menatang DAP “bagai minyak yang penuh” dan mahu tahaluf siyasi dipertahankan.

Bagi DAP, sokongan PKR sudah memadai. Memahami bahawa PKR pun mempunyai ramai keahlian bukan Melayu, kerjasama dengan parti itu adalah “selamat” bagi DAP untuk merebut fungsi penentu halatuju politik Malaysia.

Dalam konteks ini di mana salahnya jika Tun Mahathir menyatakan parti-parti politik Melayu seperti PKR dan PAS terpaksa “mengemis” kuasa politik daripada parti orang-orang Cina (bukan Melayu)?

Bagaimanapun dalam kes Umno, ia memang sudah lama insaf keperluan bekerjasama dengan rakyat keturunan bukan Melayu memeta pembangunan Malaysia berdaulat, bermula dengan Perikatan dan kemudian Barisan Nasional.

Namun dalam kes PKR terutamanya ia adalah sebuah parti politik yang mendakwa berbilang kaum tetapi sebenarnya kini sedang membuka pintu kuasa Malaysia kepada bukan Melayu.

Yang dikhuatiri Tun Mahathir ialah Melayu nanti “menang sorak tetapi kampung tergadai”. Berjaya tumbangkan Umno tetapi DAP pula yang mendalangi kuasa politik Malaysia. PKR hanya tempelan wajah Melayu tetapi bakal jadi pak turut DAP sahaja.

Oleh : Zainal Saleh

Sunday, December 28, 2014

Hudud Dan Banjir

Kesungguhan Pas Kelantan untuk melaksanakan hu­dud nampak terserlah. Sejak dihebohkan lebih 24 tahun lalu, kali ini seperti tiada lagi hadangan dan tekanan politik yang mampu menggagalkan pelaksanaan hukum itu.

Pas Kelantan seperti telah menemukan kekuatan sen­di­ri untuk mengharungi arus deras penentangan dan po­litiking daripada rakan sekutu bahkan sebahagian pim­pinan tinggi parti sendiri. Rasanya semangat dan kemahuan itu tidak pernah setinggi sampai ke tahap ini.

Tentangan daripada DAP yang disokong PKR dianggap tidak lebih hanya gimik, umpama anjing menyalak bukit. Penolakan dari dalam kumpulan pimpinan Pas yang cenderung berpendapat hudud akan menjadi penghujung hubungan dengan DAP dan PKR dilayan secara ala kadar.

Muncul pula kalimat berslogan baharu bahawa hu­dud keutamaan nombor satu manakala perjuangan ke Put­ra­jaya jatuh nombor dua. Terpukul sungguh Datuk Seri An­war Ibrahim dan juak-juaknya yang diketahui sejak sekian lama sanggup menghalalkan apa sahaja demi menggapai Putrajaya.

Kini Pas Kelantan berkata sebaliknya. Putrajaya bukan tujuan utama mereka. Rancangan 16 September ciptaan Anwar yang kini cerita tentangnya sedang terdedah di mah­kamah, hanyalah cerita nafsu seorang itu.

Mungkin banyak yang keliru tentang dasar kesepakatan pakatan pembangkang. Dahulu perjuangan Pas ialah mem­bentuk negara Islam kemudian bertukar kepada ne­gara berkebajikan. Kemudian konsensus setuju untuk ti­dak bersetuju dan kini tinggal tidak bersetuju sahaja.

DAP dan PKR yang merasa pihak paling rugi. Mereka me­lihat cita-cita ke Putrajaya yang hanya selangkah sa­ha­ja bakal berkubur. Sudah dua kali pilihan raya mereka ber­jaya menafikan pencapaian dua pertiga BN.

Sedang mereka giat menanam keyakinan dan meng­ge­rakkan strategi bakal menawan Putrajaya pada pilihan ra­ya tiga tahun lagi, Pas pula menukar haluan. Bagi DAP, tindakan Pas itu telah mengelirukan pengundi yang me­mi­lih pakatan pembangkang dalam pilihan raya lalu. Ke­lak mereka akan dihukum dan yang ditakuti tsunami pe­ngundi Cina akan membadai mereka pula.

Bagi Pas pula, hudud ialah nyawa parti itu. Kedudukan Kelantan adalah realiti tetapi menawan Putrajaya belum pasti lagi. Nampaknya Pas sendiri pun tak yakin DAP dan PKR yang sekian lama menentang keras perjuangan asas par­ti itu mampu membawa pakatan pembangkang ke Put­rajaya.

Dalam keadaan ini, DAP pula cuba mengambarkan ba­hawa Pas telah menipu parti itu dan PKR. Pas telah menipu pengundi sehingga terpacul di mulut supremo DAP, Lim Kit Siang: ‘Apa yang memeranjatkan, pemimpin Pas kini mendakwa tiada salahnya dalam tindakan itu.’

Sejak sekian lama diketahui hudud dan hukum Islam bukan dasar pakatan. Hudud malah wujud sebelum pakatan terbentuk. Cuma ma­sa­lahnya mereka selalu buat-buat setuju. Kini terserlah se­mua permainan selama ini apabila dasar itu mahu di­lak­sanakan di negeri yang me­re­ka kuasai.

Tiada lagi hujah, helah atau ‘lubang-lubang’ politik yang boleh digunakan untuk memperdaya pengundi mere­ka terutama bukan Islam. DAP dan PKR sudah terlanjur berjanji tidak akan tunduk ke­pada desakan untuk melak­sa­nakan hudud Pas.

Hanya satu jalan keluar ia­itu terus menyakat Pas. Sen­jata ini pun yang mereka gunakan selama ini demi un­di kaum Cina. Mereka tahu pim­pinan Pas akhirnya akan akur. Itulah yang selalu berlaku, Pas akan mengalah.

Memperlekeh
DAP dan PKR tahu ha­buan Putrajaya atau menum­bangkan kerajaan BN akan membutakan mata hati pim­pinan Pas terhadap teras per­juangannya. Banyak kali Pas di­acah dan diuji termasuk yang terbaharu isu kalimah Allah.

DAP dan PKR menakut-na­­kutkan Pas kononnya ti­dak berdaya malah tidak akan mencapai kedudukan se­karang tanpa bantuan pe­ngundi kedua-dua parti itu. Entah berapa kali pula kedua-kedua parti itu mengherdik dan memperlekeh pimpinan Pas hanya kerana hudud.

DAP dan PKR seperti se­ngaja mahu menendang ke­luar Pas. Ada pemimpin DAP malah mencadangkan Pas digantung daripada kesepakatan longgar mereka. Ada yang mengancam untuk tidak hadir pada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang akan datang.

Tetapi gempuran berterusan daripada sekutu DAP dan PKR ini serta sebahagian pemimpin Pas tidak se­di­­­kitpun membuatkan Pas Kelantan gentar. Pada saat-sa­at akhir Kerajaan Pas Kelantan tetap komited untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2014) yang dijadualkan Isnin ini.

Hanya semalam setelah Kota Darul Naim, yang me­nem­patkan bangunan DUN turut ditenggelami air, ke­ra­jaan negeri mengumumkan untuk menangguhkan si­dang khas itu sekali gus cuti peristiwa bagi Kelantan. Be­­gitu sekali semangat dan kemahuan kerajaan negeri walaupun pentadbiran harian juga dikhabarkan terpaksa dipindahkan ke Masjid Telipot.

Hanya banjir besar yang disifatkan terburuk dalam se­jarah negeri itu yang mampu menangguhkan impian membara dan semangat untuk melaksanakan hudud.

Nampaknya DAP dan PKR serta sebahagian pimpinan Pas terpaksa mengharapkan keajaiban lain untuk me­nye­kat kesungguhan tinggi kerajaan Kelantan ini. Rasanya ke­mahuan itu tidak akan surut, sesurutnya kelak banjir yang melanda Kelantan kali Ini.

Oleh :  Zulkefli Hamzah

Saturday, December 27, 2014

Sejauh Manakah Keberanian Pas?

PELAKSANAAN hukum hu­dud di Kelantan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas kini semakin mengancam hu­bungan dalam pakatan pem­bangkang. Ketika Pas bertegas untuk melaksanakannya, DAP pula menentang keras manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil sikap menyebelahi DAP.

Bagaimanapun ramai yang ingin melihat sejauh manakah keberani­an Pas berhadapan tentangan DAP dan PKR memandangkan Pas sudah menyatakan hukum hudud adalah nyawa parti itu. Apabila ia diibaratkan sebagai nyawa sudah tentulah Pas akan berjuang habis-habisan untuk memastikan hukum yang selama ini menjadi modal politik kepada Pas menarik sokongan umat Islam akan dipertahankan habis-habisan.

Jika sebelum ini Pas sering menu­duh UMNO menjadi penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut, kini tentangan datang daripada sekutunya sendiri yang sebelum ini dianggap lebih memahami perjuangan Islam Pas berbanding UMNO. Tetapi ternyata, wajah sebenar DAP dan PKR semakin terserlah apabila mereka menentang habis-habisan usaha Pas melaksanakan hukum hudud di Kelantan walaupun ia hakikatnya hanya dikhususkan untuk orang Islam sahaja.

Entah mengapa DAP menjadi ti­dak keruan apabila Pas bertegas sehi­ngga bersedia memberi amaran tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Pre­siden pakatan pembangkang jika Pas bertegas untuk melaksanakan hukum tersebut.

Sudah jelas kini, persahabatan yang dijalin dalam pakatan pem­bang­kang adalah berkisar soal apa ke­hendak dan kemahuan politik DAP dan PKR, manakala Pas pula ti­dak boleh bertindak sendiri, segala-ga­lanya perlu mendapat kebenaran serta keizinan kedua-dua parti tersebut.

Apa yang anehnya, apabila pe­mimpin DAP mahu bercakap soal membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam manakala PKR pula merancang ‘Langkah Kajang’ sehingga menyaksikan perubahan jawatan Menteri Besar di Se­langor, kedua-dua parti itu tidak pula berbincang dengan Pas tetapi apabila Pas mahu melaksanakan apa yang dianggap dasar perjuangannya, parti itu perlu pula mendapat restu DAP dan PKR.

Keadaan itu sepatutnya memberikan isyarat kepada Pas bahawa DAP dan PKR hakikatnya tidak ikhlas unmenjalin hubungan politik de­ngan Pas. Mereka hanya mahu memperalatkan Pas bagi meraih sokongan dalam kalangan orang Melayu.

Walaupun Pas menyedari perkara ini, namun kepimpinan parti itu ma­sih tetap mahu berada dalam pakatan pembangkang dan seolah-olah me­rayu kepada DAP dan PKR supaya merestui hasrat mereka untuk me­laksanakan hukum hudud.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang jauh lebih senior, berpengalaman dan berwibawa daripada PKR dan DAP, Pas tidak perlu dilihat seolah-olah ‘menyembah’ kedua-dua parti berkenaan bagi melaksanakan agenda perjuangan partinya.

Bagaimanapun, walaupun kita melihat ada kenyataan tegas dibuat termasuklah kononnya akan mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang tetapi hakikatnya, Pas tidak ada keberanian untuk bertindak jauh lebih daripada itu.

Jika DAP dan PKR boleh memberikan kata dua kepada Pas untuk mengikut kehendak politik mereka kenapakah Pas tidak diberikan atau berkemampuan melakukan perkara yang sama? Lebih malang lagi, dalam Pas sendiri tidak begitu ramai pemipemimpin kanannya yang tampil mempertahankan hak parti itu untuk melaksanakan hukum hudud.

Setakat ini apa yang kita saksikan hanyalah kenyataan daripada go­lo­ngan ulama, manakala golongan bukan ulama lebih banyak mendiamkan diri. Situasi ini tidak akan menguntungkan Pas, sebaliknya boleh menimbulkan tafsiran di da­lam Pas sendiri tidak wujud kesepakatan bagi melaksanakan hukum hudud.

Apa pun, jika benar Pas menganggap hukum hudud adalah nyawa mereka, maka adalah wajar jika parti itu bertegas untuk mempertahankannya. Adalah sesuatu yang malang apabila secara tiba-tiba kita mendengar kenyataan daripada kepimpinan Pas bahawa parti itu bersedia menangguhkan pelaksanaan hukum hudud demi menjaga keharmonian dan perpaduan dalam pakatan pembangkang.

Kalau itulah alasan yang akan diberikan sudah pastilah Pas akan dianggap sanggup menggadaikan maruah dan prinsip perjuangannya demi mahu mencari kuasa bersama DAP dan PKR.

Justeru adalah wajar jika Pas konsisten mempertahankan agenda untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Pas tidak perlu berasa takut dengan ancaman DAP atau gertakan PKR kerana Pas bukanlah parti yang melukut di tepi gantang untuk memerintah Kelantan sejak 1990 tetapi Pas adalah parti dominan di negeri tersebut.

Lagipun apa yang hendak dihairankan dengan ‘ancaman’ dua buah parti yang ibarat tidak wujud di Kelantan tersebut. Percayalah, ketegasan Pas dalam soal melaksanakan hukum itu tidak akan menjejaskan populariti parti itu, sebaliknya ia menyakinkan ahli dan penyokongnya bahawa Pas bukanlah ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang.

Cukup-cukuplah selama ini Pas dilayan bagaikan parti tidak bermaruah dan tidak berprinsip dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah Pas mahu menjadi bahan ketawa dan jenaka kerana sikapnya yang sering tunduk kepada kehendak politik DAP dan PKR. Pas perlu ada keberanian untuk menegakkan prinsip perjuangannya dan bukannya membiarkan ke­­dua-dua parti itu menentukan segala-galanya. Selama ini pun, DAP dan PKR bukannya menghargai sangat sumbangan Pas dalam pakatan pembangkang sebab itulah dalam tindakan yang dianggap kontroversi ia tidak dibincangkan dahulu dalam mesyuarat pakatan tersebut.

Oleh itu kenapakah perlu apabila Pas bertegas mahu melaksanakan hukum hudud ia mesti mendapat persetujuan sebulat suara DAP dan PKR? dan kita juga tertanya-tanya kenapakah DAP takut sangat dengan hukum tersebut?

Namun apa yang diharapkan konflik hukum hudud dalam pakatan pembangkang bukanlah satu sandiwara. Ini memandangkan ia berkaitan maruah Pas yang dilihat sering sahaja diperkotak-katikkan oleh sekutunya. Kalau benar Pas ikhlas mahu melaksanakan hukum hudud maka mereka perlu bersedia berhadapan dengan tentangan dan tidak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Sesungguhnya, umat Islam sedang menilai sejauh manakah keberanian Pas berhadapan dengan tentangan sekutu politiknya. Setakat ini beberapa pemimpin kanan Pas menunjukkan ketegasan dalam soal itu tetapi sama ada ia akan berkekalan atau tidak, ia akan ditentukan pada Isnin ini.

Pada hari itu, Dewan Undangan Ne­­geri Kelantan akan mengadakan sidang khas untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993. Sehingga ke hari ini biarpun bencana banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah menegaskan sidang tersebut diteruskan.

Semoga semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pas di Kelantan untuk merempuh apa juga halangan demi memastikan hukum hudud di negeri itu dilaksanakan benar-benar menjadi kenyataan. Janganlah pula secara tiba-tiba ia dibatalkan hanya kerana terus disergah DAP dan ditentang PKR.

Jika itu berlaku, Pas perlu mengakui bahawa hukum hudud hanya sekadar omong kosong dan modal politik paling ampuh untuk parti itu meraih undi dalam pilihan raya, bukannya demi menegakkan syariat Allah SWT di muka bumi ini, biarpun Pas sering mendabik dada mereka adalah pembawa obor kebangkitan Islam.

Thursday, December 25, 2014

DAP Nak Guna Kalimah ALLAH Tapi Tolak Hudud?

KETEGASAN DAP memperjuangkan hak bukan Islam Malaysia untuk menggunakan kalimah ALLAH dan kitab Bible BM amatlah mengkagumkan.

Mereka berani mempertahankan apa yang dirasai betul, pada pendapat mereka, mengikut tafsiran mereka pada perlembagaan dan hak asasi manusia, meskipun terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kritikan yang bertubi-tubi.

Tapi mengapa DAP mengambil sikap konfrontasi terhadap Pas yang ingin memperjuangkan agar hukum hudud dilaksanakan di Kelantan?

Hukum hudud adalah sebahagian daripada tuntutan agama orang Islam, yang wajib ditunaikan jika mampu. Ini adalah satu hak orang Islam untuk melaksanakan tuntutan agama mereka.

Keinginan orang Islam untuk melihat pesalah-pesalah beragama Islam diadili menggunakan hukum yang ditentukan ALLAH dan bukan manusia perlu dihormati dan diberi ruang.

Sikap DAP yang sering mempertikaikan hasrat Pas untuk melaksanakan hudud telah menyebabkan masyarakat bukan Islam melihat hukum hudud jauh lebih teruk berbanding rasuah di dalam Umno.

Ini terbukti apabila DAP menyatakan Putrajaya tidak akan dicapai oleh PR sekiranya hukum hudud dilaksanakan.

Kenyataan DAP itu membina persepsi seolah-olah rasuah di dalam Umno boleh diterima bukan Islam berbanding hukum hudud yang cuba dilaksanakan oleh Pas Kelantan untuk mengotakan janjinya kepada rakyat Kelantan yang menyokongnya selama 23 tahun.

Betul kata DAP, orang bukan Islam yang menyokong PR tidak mengundi untuk hukum hudud dilaksanakan. Tapi rakyat Kelantan yang beragama Islam menyokong Pas pula mengundi untuk sebaliknya. Betul hak bukan Islam perlu dihormati, tapi hak rakyat Kelantan turut tidak boleh diabaikan.

Sekiranya DAP boleh memahami perasaan orang Kristian yang dinafikan hak mereka menggunakan nama ALLAH dan Bible BM, mengapa DAP tidak boleh bertimbang rasa dengan perasaan rakyat Kelantan yang mengundi PAS kerana janjinya untuk melaksanakan hukum hudud?

DAP tak perlu bantah hudud sehinggakan hak orang Islam di Kelantan yang inginkan hukum hudud dilaksanakan turut dinafikan.

Jika DAP terus nak bantah hudud pun, biarlah ia sekadar memperjuangkan agar bukan Islam tidak tertakluk pada hukum hudud – sebagaimana keberanian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan orang bukan Islam tidak tertakluk pada fatwa yang melarang mereka untuk menggunakan 40 perkataan yang dikhaskan untuk orang Islam.

Cukuplah berpolemik dalam hudud untuk menjauhkan bukan Islam daripada Pas, kerana pada masa yang sama, sikap hipokrit kamu dalam memperjuangkan hak-hak bukan Islam juga terdedah untuk tatapan ramai.

DAP suka bercakap mengenai rasuah, teruskan usaha itu kerana itu adalah persamaan perjuangan Pas, PKR dan DAP. Biar rakyat nampak rasuah adalah masalah lebih besar yang sedang menyakitkan negara ini dan bukannya hukum hudud yang cuba dilaksana di Kelantan secara demokrasi dengan melalui Parlimen.

Kalau DAP bangkitkan hukum hudud lagi, bolehlah kita sama-sama minta mereka fokus pada isu rasuah ya, kerana mereka bersetuju bahawa itu adalah isu yang lebih penting. Yang lain, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. -Sinar Harian

Monday, December 22, 2014

Kami Mahukan Negara Islam (IS) Yang Bersih, Cekap Dan Amanah....!

Apa Lagi Orang Melayu Mahu?
Adakah kita terlalu “bangang”
UMNO telah selesai bersidang. Semua sudah pulang ke lubuk masing-masing. Tahun hadapan, insya-Allah bertemu semula.

Agenda akan berulang. Berulang dan berulang. Jika ada pemilihan pucuk kepemimpinan, maka suasana akan berbeza. Lebih panas, mendebarkan dan cah keting. Sekarang pun ada yang berkata bunga-bunga pemilihan sudah berputik.

Namun semalam saya menerima satu WhatsApp yang membuatkan saya berhenti sejenak untuk berfikir, merenung bagai Mat Jenin dan menginsafi diri sebagai Melayu. Di mana silapnya bangsa aku ini?

Begini bunyinya. Ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Datang dari seorang bernama Melayu Islam, yang tidak perlulah saya siarkan namanya.

Katanya. UMNO telah memerintah Malaysia selama 57 tahun dan masih menangisi bagi mempertahankan (safeguard) hak keistimewaan Melayu, Melayu masih terancam, Melayu hidup di bawah kemiskinan dan lain-lain dan lain-lain.

Beliau bertanya:

Selama 57 tahun UMNO memerintah negara ini, Islam ialah agama rasmi, apa yang telah UMNO lakukan sekiranya Malaysia dan Islam berada di bawah ancaman?

Beliau berkata faktanya ialah:

- Malaysia ada sembilan Sultan dan Raja. Mereka semua Me­layu.
- PM dan TPM, memegang jawatan paling berkuasa di Malaysia adalah Melayu.
- Sejak 1974, Menteri Kewangan adalah Melayu.
- Selain Pulau Pinang, semua KM dan MB adalah Melayu.
- Majoriti Menteri Persekutuan ada­lah Melayu dan Kementerian-kementerian berpengaruh dan penting dikuasai Melayu.
- Daripada 222 Ahli Parlimen, le­bih daripada 50 peratus adalah Melayu.
- Lebih daripada 93 peratus Jabatan-jabatan Kerajaan, dari bawah ke jawatan tertinggi adalah Melayu.
- DEB dirangka untuk orang Melayu.
- Sebanyak 80 peratus kuota universiti diperuntukkan kepada Melayu.
- Diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham-saham untuk orang Melayu.
- Pangkat tertinggi dalam polis dan tentera kepada orang Melayu.
- GLC atau syarikat-syarikat milik kerajaan dikuasai Melayu.

Beliau berkata, bagaimana Melayu yang menguasai sepenuhnya sedang diancam dan berkedudukan di bawah daripada kaum-kaum minoriti? Adakah ia satu strategi untuk pemerintah terus berkuasa dengan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam? Apa sebenarnya berlaku. Adakah orang Melayu ini terlalu “bangang” sehingga mereka terus menerus perlu merayu, menagih, meminta untuk terus hidup di bumi bertuah ini.

Adakah kita ini semua masih menjadi bahan ujikaji sosio-politik? Di mana silapnya? Apa lagi kita mahu?

Oleh : Zaini Hassan

Tuesday, December 16, 2014

Bapa Datuk Mustapa Dibunuh Untuk Gagalkan Penubuhan Bank Melayu

Orang ramai terutama peminat filem Melayu cukup mengenali seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang terbabit dalam lebih 50 filem sejak sebelum merdeka dan beratus drama di Singapura dan Malaysia.

Tetapi masyarakat mungkin tidak mengenali siapa bapanya, Allahyarham Maarof Zakaria. Bagi penduduk Kuala Lumpur, terutama di Bangsar dan Lembah Pantai, mereka cukup sinonim dengan nama Jalan Maarof, bermula di Dataran Maybank menuju ke pusat beli beli Bangsar.

Siapakah Maarof sebenarnya hinggakan namanya cukup gah untuk diabadikan di antara laluan utama yang menjadi laluan beribu pengguna setiap hari. Allahyarham sebenarnya ada kisah tersendiri yang jarang diperkatakan.

Maarof anak kelahiran Sri Menanti, Negeri Sembilan adalah antara kelompok Melayu elit yang mendapat pendidikan Inggeris yang hidup sezaman dengan tokoh pemikir Melayu, Zainal Abidin Ahmad yang digelar Pendeta Zaaba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973).

Bekas peguam dan pegawai daerah di Perak itu juga seangkatan dengan nasionalis negara yang juga penulis, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (14 November 1909 - 7 November 1991).

Bezanya, ketika nasionalis negara dan pemimpin politik sibuk berjuang untuk kemerdekaan, Maarof memilih haluan berbeza dengan mengasaskan bank pertama khas untuk orang Melayu iaitu Bank Kebangsaan Melayu, bertempat di Klang Street, di ibu negara.

Niatnya cukup jelas, jika orang Melayu mahu maju dalam politik dan membangun, mereka mesti mempunyai sistem ekonomi yang kuat, satu daripadanya ia melalui sistem perbankan yang sistematik.

Namun, sayangnya niat murni tokoh itu disalah tafsir pihak tertentu yang tidak mahu melihat tahap kesedaran Melayu terus meningkat dan dilihat menjadi saingan kepada dua bank di Tanah Melayu pada ketika itu, The Chartered Bank milik British dan bank milik Cina iaitu Overseas Chinese Banking Corporation.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kematian pengasas Malay National Bank, Maarof Zakaria, sebagai tragik dan sangat menyedihkan kerana ia berlaku ketika peguam itu berusaha membantu orang Melayu keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi penubuhan bank.

Bekas Perdana Menteri berkata, jasa Maarof sangat besar dan beliau orang Melayu yang berani menubuhkan bank untuk membantu kaumnya, ketika itu.

“Ketika itu, orang Melayu jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan hidup dalam kemiskinan. Bank yang ada ketika itu tidak mahu memberi bantuan atau pinjaman modal kepada orang Melayu.

“Justeru, ada suara yang meminta dan mendesak supaya sesuatu dilakukan untuk membantu orang Melayu.

Friday, December 12, 2014

Pasangan Alami Mati Pucuk? Lakukan Hal Berikut

Tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang kehidupan seks suatu pasangan tidak selalu berjalan seperti apa yang mereka harapkan.

Beberapa problem seks muncul, mengganggu kehidupan berumah tangga, dan bahkan tidak jarang, menjadi penyebab utama kes perpisahan atau perceraian pada beberapa keluarga.

Salah satu masalah paling besar adalah pendirian yang tak kunjung tiba. Keadaan ini biasanya lebih dikenali dengan sebutan disfungsi ereksi atau disingkat dengan DE. Untuk mengetahui penyelesaian dan rawatan disfungsi erektil, ada baiknya kita tahu terlebih dahulu penyebab utama keadaan ini.

Pada umumnya, mati pucuk disebabkan oleh beberapa macam gangguan. Di antaranya boleh berupa gangguan psikologi, gangguan organ-organ badan, gangguan saraf, gangguan hormon, rangkaian ereksi yang rosak, masalah usia, hingga beberapa jenis penyakit.

Fakta bahawa keadaan ini tidak mempunyai punca tunggal menjadikan mati pucuk mimpi buruk bagi kaum lelaki.

Ini akan menyebabkan proses rawatan terkesan sulit dan rumit. Untuk mengatasinya, perlu dilakukan berbagai macam terapi, untuk mengatasi kemungkinan setiap penyebab yang menjadi sumber utama masalah disfungsi erektil tersebut.

Untuk treatment pertama yang harus dilakukan adalah mengesan penyebab dari disfungsi erektil pasangan anda. Berjumpalah dengan doktor dan lakukan check up secara menyeluruh untuk melihat punca keadaan tersebut.

Apabila penyebabnya kerana gangguan psikologi, treatment terapi yang paling baik adalah dengan melakukan terapi psikologi atau bimbingan kaunseling, ditambah dengan mengambil ubat tranquilizer.

Berbeza treatment apabila penyebabnya adalah gangguan fungsi tubuh. Maka pengkonsumsian ubat sesuai dengan gangguan yang dialami (sama ada saraf, pembuluh darah) boleh menjadi penyelesaian.

Apabila penyebabnya adalah kerosakan organ zakar, maka rawatan moden telah mencari sebuah penyelesaian canggih. Sebuah teknologi yang disebut dengan Protese boleh dipasang pada zakar. Alat ini boleh digunakan dan distel saat ingin melakukan hubungan. Untuk membantu terjadinya tegang juga sudah disediakan alat vacuum.

Apabila masalah yang dialami adalah gangguan hormon, maka terapi hormon boleh menjadi penyelesaian utama. Pengkonsumsian berbagai macam jenis ubat yang sesuai, tentunya atas izin dari doktor, seperti ubat kuat dan jamu boleh dilakukan.

Namun, berhati-hatilah apabila hendak memilih jamu atau ubat kuat. Kerana beberapa kes kebelakangan ini ditemui ubat kuat-ubat kuat yang malah berbahaya bagi kesihatan.

Selain itu, penting untuk diingat apabila ingin melakukan terapi ubat, keadaan kesihatan sang pesakit juga harus sangat diperhatikan.

Penyakit kronik seperti darah tinggi dan jantung harus dirawat secara khusus. Jika salah rawatan, rawatan DE malah boleh memburukkan lagi keadaan penyakit kronik tersebut.
Dengan treatment yang tepat, keadaan tegang yang tak kunjung tiba ini boleh diatasi. Untuk mengatasinya, perlu usaha menjalankan gaya hidup yang sihat dengan makan makanan yang sihat seperti buah dan sayur-sayuran, serta memperbanyak rutin sukan.

Sumber : perempuan.com

Tuesday, December 9, 2014

Patriotiknya Mereka, Kita Bagaimana?

Taiwan Tolak Hasrat Syarikat Malaysia
TAIPEI 8 – Hasrat syarikat Malaysia untuk memiliki kepentingan ke atas bangunan pencakar langit Taiwan, Taipei 101 dijangka tidak kesampaian apabila kerajaan negara itu menentang pemilikan asing ke atas menara tersebut.

Jumaat lalu, IOI Properties Berhad menyatakan minatnya untuk membeli kepentingan Taipei Financial Center bernilai RM2.74 bilion yang dimiliki oleh Ting Hsin International Group.

Menteri Kewangan Taiwan, Chang Sheng-ford memberitahu parlimen negara itu bahawa Taipei 101 tidak boleh dimiliki oleh pihak asing kerana bangunan itu aset negara.

“Penilaian yang dibuat IOI didapati mahu mempunyai kuasa pengurusan berbanding hanya pelaburan kewangan semata-mata,” katanya.

Pesuruhjaya Pelaburan Taiwan menjelaskan bahawa, kajian untuk transaksi tersebut akan dikaji dengan mendalam terlebih dahulu. Penjelasan itu dibuat sebaik sahaja parlimen negara itu mendesak hasrat syarikat Malaysia itu ditolak.

IOI dimiliki oleh orang kelima terkaya di Malaysia, Tan Sri Lee Shin Cheng. IOI menjelaskan, pembelian tersebut akan membolehkan Taipei 101 memperoleh pendapatan sewa yang stabil. – REUTERS

**************************************************************
Kita Tidak Kurang Bakat Hebat
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangan mengenai langkah Malaysian Airlines (MAS) me­lantik rakyat asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kerana masih terdapat rakyat tempatan yang layak memimpin syarikat penerbangan itu.

Beliau berkata, pelantikan rakyat asing ke jawatan tertinggi itu seolah-olah memberikan pengakuan bahawa rakyat tempatan tidak berpengetahuan mengendalikan syarikat penerbangan.

Dr. Mahathir menegaskan, rakyat Malaysia tidak bodoh dan mempunyai banyak bakat untuk menjawat jawatan tertinggi dalam syarikat penerbangan itu.

“Saya khuatir jika kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri satu hari nanti mungkin kita hendak Perdana Menteri pun orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Bagi saya orang Malaysia tidak bodoh, waktu zaman British dahulu kita merupakan sebuah negara yang cukup kolot dan miskin namun, dapat membangun selepas merdeka dengan dipimpin oleh orang Malaysia, kita ada banyak bakat dalam negara tetapi hendak panggil konsultan dan pengarah pun panggil orang asing, ini kita bagi pengakuan bahawa kami bodoh, tolonglah kami pimpinlah kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar pengurusan kualiti Islam di Hotel Everly di sini hari ini. -utusan malaysia

Monday, December 1, 2014

Bacaan Al-Quran Diperdengar Semasa Pertabalan Putera Charles?

LONDON – Seorang biskop kanan Gereja England, mencadangkan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada majlis pertabalan Putera Charles, sekiranya beliau diangkat sebagai pemerintah negara ini.

Bekas Biskop Oxford, Harries of Pentregarth berkata, langkah itu akan membolehkan penduduk Islam ‘rasa diterima’ di Britain, sekali gus membuatkan lebih banyak lapisan masyarakat termasuk bukan Islam menerima Putera Charles sebagai pemerintah baharu monarki di negara ini.

Beliau mencadangkan perkara itu ketika sesi perbahasan di Dewan Tinggi Parlimen.

Harries berkata, Gereja England perlu meneruskan peranan mempromosi keharmonian agama dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata, tahun lalu, satu majlis sivik di Gereja Besar Bristol menyaksikan bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan pada acara permulaan satu majlis agama Kristian selepas mendapat persetujuan pihak berkuasa.

“Tindakan itu kreatif, sekali gus menjadikan penganut Islam rasa diterima dan pada masa sama tidak meminggirkan penganut Kristian,’’ katanya.

Sementara itu, pengkritik mengecam idea tersebut dan menuduh Gereja England hilang keyakinan ke atas institusi dan tradisi mereka.

Sumber : utusan malaysia

Tuesday, November 25, 2014

Melayulah Yang Khianati Melayu

TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan kesatuan Melayu hanya boleh diperkukuh dengan Islam. Seruan yang sekian lama diungkap supaya orang Melayu bersatu tidak berjaya direalisasikan adalah kerana kesatuan itu hanya diusulkan atas nama survival politik. Bukan diusul atas kepentingan mengembalikan maruah bangsa berdasarkan acuan Islam.

Rumusan Konvensyen Perpaduan Nasional kelmarin menyimpulkan bahawa perlu ada kerjasama politik antara parti untuk menyelamatkan Melayu. Didakwa orang Melayu akan menjadi senasib dengan Red Indian jika kesatuan parti politik Melayu tidak diusahakan. Soalnya, jika kesatuan itu didasarkan kerana kebangsaan Melayu, maka nasib Melayu sebenarnya bakal menjadi seperti bangsa Arab bukan seperti Red Indian. Bangsa Arab enggan bersatu atas kepentingan Islam maka apa yang terjadi sekarang ialah porak-peranda di rantau Asia Barat.

Soalnya bukankah atas seruan yang sama selama ini, iaitu demi masa depan Melayu, gesaan Melayu bersatu kerap diutarakan, akan tetapi ternyata gagal. Malah sebaliknya berlaku, iaitu perpecahan bukan sahaja berlaku antara parti politik malah juga sesama kepimpinan politik dalam satu parti itu sendiri. Ini telah menyebabkan orang Melayu jadi lemah.

Akibat bangsa Melayu yang sekian lama diasuh menjauhkan diri dari Islam melalui sekularisasi, maka lahirlah Melayu yang sekularis dan Melayu yang korup. Walhasil , kesatuan bangsa tidak dapat dijayakan sebagaimana yang diharapkan kerana pemikiran dan budaya Melayu telah dirosak oleh unsur yang tidak selari dengan Islam, malah bertentangan dengan Islam.

Perhitungan bahawa orang Melayu akan menjadikan seperti Red Indian adalah penilaian yang silap yang bersifat "defeatist" (menyerah kalah tanpa berusaha). Melayu tidak akan senasib Red Indian jika kepimpinan Melayu tidak korup dan tidak menindas bangsa sendiri. Sebenarnya kepimpinan Melayu itu sendiri yang menyebabkan bangsa menjadi terpinggir dek sifat rakus yang menguasai segelintir pemimpin yang mengatasnamakan perjuangan Melayu.

Sebagai contoh Melayu Pulau Pinang terpinggir bukan hanya disedari sekarang malah sejak puluhan tahun yang lalu lagi. Demikian Melayu terpinggir di bandar-bandar seperti di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Seremban, Batu Pahat, Muar, Johor Baharu dan Kuantan bukan sesuatu yang mengejutkan. Sudah lama Melayu tersisih akibat pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu sendiri.

Cukup dengan penyelewengan kuasa ditangan kepimpinan Melayu yang rakus, bangsa Melayu boleh menggadai tanah air, malah bangsanya sendiri. Bangsa Red Indian diusir dan dibunuh di Amerika oleh penceroboh kulit putih. Red Indian tidak dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri. Mereka dizalimi oleh operasi genosid yang dilancar oleh bangsa kulit putih yang sangat rasis.

Namun bangsa Melayu telah dirosakkan sendiri oleh kepimpinan Melayu dengan menanam nilai hidup feudal serta menkondisikan mentaliti Melayu kepada hidup bergantung. Bangsa Melayu akhirnya menjadi hamba kepada golongan elit yang berkepentingan. Akhirnya bangsa Melayu bawahan terpaksa menerima sikap hidup menyerahkalah dan tunduk kepada nasib mentimun iaitu "menggolek luka, digolek juga luka".

Melayu yang kritikal terhadap pemerintah yang menyalahguna kuasa sering dipandang serong, malah dihadapkan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan. Tidak sedikit memorandum dan tindakan mahkamah yang terpaksa diambil oleh pelbagai kelompok Melayu yang tertindas sepanjang lima dekad sejak merdeka. Pejuang-pejuang Melayu dalam pelbagai wadah termasuk politik, bahasa, tanah, petani, usahawan kecil, peneroka bandar, pendidikan, kebudayaan, kontraktor dan lain-lain menjadi mangsa kepada tindakan pemerintah yang mengguna berbagai kaedah yang mendera bangsa sendiri hanya kerana menzahirkan protes dan menuntut hak.

Melayu sendiri yang menjadi mangsa kepada kerakusan pemimpin yang berkepentingan peribadi sehingga sanggup mengguna kuasa politik untuk menganiayai bangsa sendiri.

Melayu yang diusir keluar dari perkampungan sendiri, dirampas tanah, dipindahkan, dibekukan jawatan, dipenjara, dinafi bantuan, diugut, ditarikbalik biasiswa, diperlaku seolah pendatang asing adalah antara rekod penindasan yang dilakukan oleh pemimpin Melayu sendiri.

Siapa yang menyebabkan tanah Melayu terlepas tangan dan tergadai? Siapa yang menafi hak sekolah agama rakyat? Siapa yang membunuh tulisan jawi? Siapa yang melenyapkan sejumlah perkampungan Melayu? Siapa yang mempersoalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Siapa yang mendewa-dewakan pendidikan Barat ? Siapa yang menafikan undang- undang syariah di daulatkan?

Ditambah lagi penyelewengan wang rakyat, pecah amanah dalam agensi Melayu, rasuah dan kecuaian dalam urustadbir, semua ini adalah dilakukan oleh kepimpinan dan petugas dikalangan orang Melayu sendiri.

Jika semua ini dijumlahkan kesannya maka tidak ada yang dapat menafikan pemimpin-pemimpin Melayu-lah yang menjadikan bangsanya senasib dengan kaum Red Indian .

Jadi, jika nasib orang Melayu mahu dijamin atas alasan ujudnya ancaman politik dari kaum lain, yang perlu diinsafi ialah, keperluan membersihkan kepimpinan Melayu itu sendiri, bukan hanya dengan menuding jari kepada kaum lain sampai bila-bila.

Teras berpandangan Perpaduan Nasional dalam masyarakat majmuk hanya boleh dicapaikan dengan prinsip kebenaran dan keadilan Islam. Perkongsian kuasa berteraskan hak dan tanggungjawab antara kaum dengan mengutamakan sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain boleh mengujudkan keharmonian yang sangat diperlukan untuk mengekalkan keamanan dalam negara.

Kerangka Perlembagaan Persekutuan yang disepakati perlu dimanfaatkan dengan semangat mengujudkan rakyat Malaysia yang menghormati perjanjian sosial yang selama ini dapat bertahan menjadikan Malaysia aman dan makmur.

Mempertajamkan sikap perkauman chauvinis akan hanya menyebabkan polarisasi kaum bertambah runcing. Membiarkan penyalahgunaan kuasa dan amalan korup dikalangan pemimpin mana-mana kaum akan menyumbangkan kepada keruntuhan dan kehancuran negara. – harakahdaily

Sunday, November 23, 2014

Isu kepimpinan: Memperkatakan sikap Melayu

SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?

Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.

Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.

Orang Melayu itu jugalah yang rela hati memberikan kebebasan ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama kepada warganegara perantau itu.

Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.

Walaupun mereka ketinggalan dalam banyak bidang, namun mereka yakin hak dan kepentingan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan selamat di tangan Tunku, Abdul Razak, Hussein dan Mahathir.

Tetapi, selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.

Segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak mereka dilabelkan “racist” (perkauman) manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).

Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus. Mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi.

Alhamdulillah, kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu/Islam.

Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu/Islam - sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

Orang Melayu dan Islam Malaysia hari ini tetap sederhana, tahan uji, bertolak ansur dan pemurah seperti orang Melayu dan orang Islam Malaysia pada tahun 1957.

Orang Cina dan India pula “menerima” orang Melayu/Islam kerana kuasa politiknya dan mereka berlindung di bawah kuasa politik Melayu/Islam yang toleransi untuk hidup lebih senang daripada di bumi asal mereka.

Gagasan Pasca-Mahathir Kelirukan Melayu
Kini banyak orang Melayu/Islam keliru dan curiga dengan pelbagai gagasan, dasar, slogan dan rancangan yang dikemukakan oleh kepemimpinan Melayu kontemporari – daripada Islam Hadhari dan keterbukaan pada era Abdullah kepada 1Malaysia, keterangkuman, kesederhanaan, transformasi dan wasatiah pada era Mohd Najib.

Pada masa yang sama, mereka mula didedahkan oleh media baru/siber kepada fakta dan angka yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya makin tertinggal dan terkebelakang berbanding orang keturunan perantau. Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana.

Mereka juga sudah boleh dengar dan baca dari media siber apa yang orang Cina dan India kata mengenai mereka, bangsa mereka dan agama mereka.

Parti-parti politik Melayu/Islam boleh terus mengutuk dan mempersendakan Ibrahim Ali, Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan NGO-NGO Melayu/Islam lain.

Suara alternatif orang Melayu
Tetapi mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa NGO-NGO Melayu/Islam ini muncul dan mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu/Islam kerana orang Melayu/Islam tidak yakin lagi kepada kepemimpinan politik Melayu/Islam sebagai pelindung hak dan kepentingan mereka.

Ramai pemimpin Melayu/Islam generasi ini tidak pun faham asas kuasa Melayu. Asas kuasa Melayu bukan ekonomi. Asas kuasa Melayu adalah politik.

Dengan kuasa politik itulah orang Melayu merundingkan kemerdekaan, membuat undang-undang SERTA menubuhkan perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Tetapi selepas era Mahathir, hal itu mula diketepikan oleh kepemimpinan yang mahu dipuji dan dipuja. Mereka mematikan legasi dan menggantikannya dengan dasar liberal dan terbuka tanpa batas.

Mereka dipuji dan dipuja di persada dunia tetapi dihukum teruk pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Akibatnya, orang Melayu/Islam hilang kuasa politik yang dibina melalui darah dan air mata oleh pemimpin Melayu/Islam lampau.

Tertelan Diayah Liberal Berat
Bermula pada era Abdullah dan berterusan ke dalam era Mohd Najib, bukan sahaja kuasa politik Melayu semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat mula disia-siakan.

Atas nama transformasi politik, Mohd Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat. Sekarang golongan liberal yang kemaruk puji-pujian Barat ini bercadang memansuhkan Akta Hasutan pula.

Maaf cakap, bagi saya semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu/Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan “hook, line and sinker” segala bentuk diayah golongan liberal Barat.

Golongan ini dari dulu lagi tidak senang dan mendapati aneh bagaimana sebuah negara yang dipelopori orang Melayu/Islam boleh maju, aman dan selamat.

Mereka mahu Malaysia jahanam seperti negara-negara Islam lain. Bagi mereka, pucuk dicita ulam mendatang apabila ada pemimpin Melayu/Islam yang gembira bersekongkol dan bersekedudukan dengan mereka.

Upahnya murah saja – puji dan puja, gambar besar di layar raksasa di Dataran Masa. Dataran Masa adalah terjemahan langsung/literal Times Square di New York.

Wajah Mohd Najib di Layar Elektronik "Dataran Masa" (Penjelasan Pejabat Media PM: Iklan ini tidak dibayar oleh kerajaan)

Umno adalah akar tunjang kuasa Melayu. Umno yang saya kenali dan sokong adalah Umno perjuangan, bukan Umno Presiden atau Umno Majlis Tertinggi. Umno yang berani bersuara bukan Umno yang memuji memuja.

Kita lihat Umno yang mana akan menonjol pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini. Adakah ia perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pengakhiran Umno atau perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pemulihannya.

Wallahuaklam.   Oleh : A Kadir Jasin

Thursday, November 20, 2014

MAS Tidak Akan Muflis Jika Tidak Jual Arak

SHAH ALAM – Tindakan menarik semula penjualan arak dalam pesawat milik MAS tidak akan menyebabkan syarikat itu muflis, demikian menurut pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin.

Beliau berkata, MAS perlu mengikut jejak langkah syarikat penerbangan lain seperti Emirates Airlines dan Brunei Airlines yang masih menjadi pilihan penumpang serata dunia, walaupun tidak menghidangkan arak.

“Menghidangkan arak dalam pesawat tidak menguntungkan MAS, Jika tiada minuman itu pun, MAS tidak akan muflis.

"Tiada keperluan untuk menghidangkan arak dalam pesawat kerana tidak semua penumpang meminumnya," katanya, semalam.

Beliau berkata, MAS perlu berubah dengan tidak lagi menyajikan arak di dalam pesawat kerana langkah itu dapat menaikkan lagi imej syarikat penerbangan itu di mata dunia.

“Jika tidak hidangkan arak sekalipun, MAS boleh sediakan minuman lain. Saya percaya penumpang setia yang menaiki MAS tidak akan membantah dengan keputusan itu." katanya.

Beliau berkata, MAS perlu meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pelanggan jika benar ingin melihat syarikat itu terus maju dan kukuh.

“Penumpang tidak melihat kepada hidangan arak kerana ia adalah perkara kecil. Seelok-eloknya MAS meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan dan menjaga kualiti sedia ada untuk menarik lebih ramai penumpang,” katanya.

Beliau juga bimbang penumpang MAS akan berkurangan setelah mengetahui bayaran dalam tiket mereka termasuk caj arak.

"Masyarakat Islam khususnya sudah mengetahui tiket yang dijual ada ‘sahamnya’ kepada penghidangan arak dalam pesawat. Sudah pasti mereka tidak mahu menggunakan perkhidmatan syarikat ini lagi.

"MAS tidak boleh buat perkara ini kerana ia mengundang rasa marah masyarakat Islam. Hentikan segera cara itu,” katanya.

Tuesday, November 18, 2014

Islam Dahulu Jumpa Benua Amerika


Lakaran  menunjukkan Columbus sejurus tiba di benua Amerika sebelum mendakwa tanah itu milik keluarga diraja Sepanyol pada 1492.

ISTANBUL 17 Nov. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa benua Amerika dijumpai oleh orang Islam pada abad ke-12, hampir tiga abad lebih awal sebelum Christopher Columbus menjejakkan kaki ke benua itu.

“Hubungan antara Amerika Latin dan Islam telah bermula sejak abad ke-12 lagi. Islam (terlebih dahulu) menjumpai Amerika pada 1178, bukannya Columbus.
“Pelayar Islam (mula) tiba di Amerika pada 1178. Columbus (mengesahkan) pernah menyebut tentang kewujudan sebuah masjid di sebuah bukit di pantai Cuba,’’ katanya semasa berucap pada satu sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Islam dari Amerika Latin, di sini.
Menurut Erdogan, Ankara bersedia membina sebuah masjid di tapak yang dimaksudkan oleh pengembara dari Genoa itu seperti yang tercatat dalam diarinya, lapor portal berita Al-Jazeera.
\“Saya ingin membincangkan perkara itu dengan rakan-rakan saya dari Cuba. Sebuah masjid amat sesuai (dibangunkan) di atas bukit itu hari ini,’’ kata Erdogan.
Kebanyakan buku sejarah sebelum ini melaporkan bahawa Columbus menjejakkan kaki ke benua Amerika pada 1492 ketika mencari laluan maritim baharu ke India.
Beberapa ulama Islam, baru-baru ini, mendakwa Islam terlebih dulu sampai di Amerika, walaupun tiada sebarang tinggalan struktur binaan Islam pra Columbus pernah ditemukan.
Dalam satu artikel kontroversi diterbitkan pada 1996, pakar sejarah Dr. Youssef Mroueh daripada Yayasan As-Sunnah Amerika merujuk sebuah diari tentang kedatangan Columbus menyatakan tentang kewujudan sebuah masjid di Cuba.
Sumber : utusan.com.my

Saturday, November 15, 2014

Meniru Kejayaan Malaysia....Bisa Saja !

Menikmati Wisata Susur Sungai Melaka, Malaysia
Mentari pagi bersinar cerah menyinari kawasan Melaka River Cruise, sebuah sungai kecil di tengah Kota Melaka, Malaysia, tetapi dipenuhi dengan taman-taman bunga, lampu-lampu hias, serta aneka bangunan tua yang dibentuk sedemikian rupa.

Sebanyak 19 orang anggota Forum Silaturahmi Kulaan Banjar Banua (FSKB) termasuk penulis,yang melakukan lawatan ke negeri penuh dengan warisan budaya dunia itu berjalan kaki di tepian sungai yang berada di tengah-tengah bangunan bersejarah.

Kemudian masuk dalam sebuah tempat khusus untuk membeli tiket atau karcis seharga 15 ringgit Malaysia atau sekitar Rp60 ribu rupiah untuk masuk di sebuah dermaga Sungai Melaka yang kemudian untuk ikut dalam wisata susur sungai. 

Setelah semua rombongan lengkap beli tiket akhirnya rombongan masuk ke sebuah kapal yang dirancang sedemikian rupa, dan dinahodai seorang wanita melayu berjilbab.

Selama sekitar 40 menit perjalan susur sungai, rombongan bisa menikmati aneka pemandangan dari lokasi tersebut seraya mendengarkan sebuah suara pemandu wisata yang tampaknya hanya dari sebuah rekaman dari tape recorder yang menjelaskan satu per satu bangunan atau taman dan apa saja yang dilalui dalam wisata unik itu.

Sebab dalam kapal wisata berupa sepead boat yang dirancang sedemikian itu selain penumpang hanya ada seorang nahoda yang tampak tidak berucap apa-apa.

Kapal wisata ini berlayar tidak terlalu laju menyusuri sungai yang di kiri dan kanan tertdapat berbagai perkampungan yang disebut sebagai Kampung Morten, yaitu perkampungan melayu asli Melaka.
Menurut penjelasan rekaman yang dibunyikan di kapal tersebut Kampung Morten adalah perkampungan tradisional Melayu yang sampai sekarang masih eksis. Yang paling kentara tentu saja dari arsitektur perumahan Melayu.
 
Konon masyarakat kampung ini pun masih mengamalkan cara hidup tradisional Melayu. Oleh karena itu kampung ini disebut-sebut sebagai museum hidup, dan dinamakan Kampung Morten dari seorang JF Morten yang dulunya membangun kampung ini. 

Selain itu pula dilalui Jonker Walk, China Town, Kampung India, dan beberapa kampung lagi yang kesemuanya memberikan kesan menyenangkan.

Dalam pelayaran ini pengunjung bisa melihat replika The Eye on Malaysia, yaitu kincir. Konon The Eye on Malaysia dulunya berada di Kuala Lumpur. Namun pada tahun 2008, kincir ini dipindahkan ke Melaka.
 
Akibat terjadi sengketa antara pemerintah Malaysia dengan pemiliknya, sebuah perusahaan Belgia, pada 2010 kincir ini berhenti beroperasi. Karena yang dipajang di pinggir sungai Melaka sekarang ini adalah replikanya, tentu saja bagi pelancong yang datang ke Melaka tetap bisa menjajal kincir ini. Namun terlihat tinggi replika ini tidak setinggi kincir aslinya yang mencapai 60 meter.

Selain replika kincir air dan benteng di pinggir sungai lengkap dengan meriam yang mengelilingi benteng, terdapat pula replika kapal Portugis bernama Flor De La Mar.

Mohamad Ary, ketua rombongan FSKB yang dikenal sebagai anggota Forum Komunitas Hijau (FKH) Banjarmasin kepada penulis saat pelayaran tersebut menyatakan salut atas pembenahan sungai di kota peradaban Melayu itu.

"Nah ini kota di Melaka yang memakai konsep kota hijau (green city) di mana-mana terlihat taman-taman kota termasuk di pinggir sungai yang kita lalui ini, terdapat jalan sepeda, terdapat ruang terbuka hijau, dan pembenahan sungai menjadi green river," kata Mohamad Ary.

Melihat kenyataan ini sudah selayaknya kota Banjarmasin, ibukota Provinsi Kalimantan Selatan, Indonesia, yang dikenal dengan sebutan "kota seribu sungai" dibenahi seperti layaknya sungai di Melaka ini.

"Banjarmasin kan terdapat 74 sungai yang masih baik, dan itu hendaknya diciptakan sebagai konsep kota hijau seperti layaknya di Melaka ini, yakni pembenahan sungai sesuai peruntukannya selain drainase, alat transportasi, tempat wisata, dan keindahan kota melalui taman-taman bunga pinggir sungai," kata Wakil Ketua FKH Banjarmasin ini.

Belum lagi bangunan yang ada di kiri dan kanan sungai dibentuk dengan kontruksi sedemikian rupa, terutama bermuka rumah kemuara sungai, sehingga bangunan rumah atau bangunan lain bukan menciptakan kekumuhan, tetapi justru memperindah sungai.

Saat pelayanan susur sungai tersebut pengunjung disuguhi aneka pemandangan, seperti rumah-rumah penduduk yang di berikan aneka warna, jembatan-jembatan melengkung. 

Beberapa jembatan tersebut disebut jembatan Tan Boon Seng Bridge, Chan Boon Cheng Bridge, Ghostbridge of Melaka, Old Market Bridge dan Jalan Hang Tuah Bridge. Jembatan-jembatan inilah saksi bisu kejayaan Melaka sampai dengan jatuh bangunnya Melaka dalam pendudukan para penjajah. Selain itu juga banyak terdapat bangunan-bangunan guest house, juga terlihat menara Taming Sari yang menjadi kebanggaan kota Melaka.

Dalam perjalanan ke kota ini rencananya rombongan FSKB menyinggahi menara Taming Sari ini, tetapi karena padatnya jadwal dan terdesak waktu maka ke menara ini pun diurungkan.

Berdasarkan ceritanya menara Taming Sari ini adalah gyro tower pertama dan masih satu-satunya di Malaysia. 

Pengunjung setelah membeli tiket seharga 20 Ringgit Melaysia bisa memasuki sebuah ruangan bundar yang berporos pada tiang menara. Ruangan ini lah yang membawa pengunjung untuk naik ke atas menara. 

Ruangan ini bisa berputar 360 derajat untuk mengakomodasi pengunjung agar bisa menikmati pemandangan panorama kota Melaka. Beberapa bangunan heritage seperti Stadhuys dan St Paul Church bisa dilihat dari atas menara.
 
Selain itu, pemandangan Selat Melaka, Sungai Melaka, dan gedung-gedung tinggi juga terlihat menarik dari atas menara Taming sari. 

"Duduk di atas ruangan menara yang ber-AC sambil melihat pemandangan-pemandangan tersebut merupakan pengalaman yang mengasikan,"kata Zainal Wahab warga Negeri Perak menceritakan pengalamannnya naik menara Taming sari kepada penulis saat bersama pula dalam wisata susur sungai.

Di kota yang tidak terlalu luas tetapi diwarnai dengan kehidupan para turis yang berdatangan dari berbagai penjuru dunia ini, pendatang bisa pula menikmati naik becak khas Melaka.

Becak di kota ini dirancang hanya untuk wisatawan, makanya besa diberikan banyak asesoris dan bunga warna-warni dan aneka bentuk hingga terlihat unik oleh pengunjung, dan setiap becak dilengkapi dengan tape rekorder yang menyetel aneka lagu melayu atau lagu negara lainnya secara full music.

Atau bagi wisatawan yang suka jalan kaki, bisa kemana-mana di kota ini hanya berjalan kaki, karena jarak antar wilayah relatif tak terlalu jauh, selain itu disediakan sarana jalan untuk para pejalan kaki.
Untuk penginapan seperti hotel menjamur di kota ini, ditambah tersedianya banyak penginapan berupa guest house murah meriah tersebar di sepanjang Sungai Melaka.

Pada malam hari, penginap bisa nikmati duduk di kafe pinggir sungai atau di belakang guest house seraya menikmati tenangnya Kota Melaka.

Berdasarkan sebuah cacatan lagi, sekitar abad 15, sungai Melaka ini memiliki arti penting untuk transportasi barang-barang perdagangan. Kejayaan kerajaan Melaka tidak bisa dipisahkan dari sejarah panjang sungai ini.
 
Sungai Melaka ini tidak serta merta menjadi secantik sekarang. Ternyata sungai ini pernah kumuh, kotor, dan jorok. Namun karena keseriusan pemerintah dan masyarakat Melaka, sekarang para wisatawan yang datang ke Melaka bisa ikut merasakan nostalgia sejarah sungai ini dalam paket wisata Melaka River Cruise.
 
Hal yang bisa dilihat keseriusan pemerintah dalam merawat dan mempercantik sungai ini adalah walaupun sudah banyak bangunan-bangunan modern yang berada di pinggir sungai, tetapi tetasp saja ada deretan pepohonan mangrove di tepi sungai.

Friday, November 14, 2014

Aduhhh...Makmurnya Malaysia ! ! !

Malaysia Didakwa Kuasai Tiga Perkampungan Indonesia
JAKARTA – Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Nunukan, Kalimantan Utara, Ramli mendakwa, tiga kampung warga Indonesia di daerah berkenaan sudah menjadi milik Malaysia.

Ketiga-tiga kampung penempatan itu ialah Sumantipal, Sinapad, dan Desa Kinokod yang terletak di daerah Lumbis Ogong iaitu di perbatasan Malaysia-Indonesia.(baca juga disini)

“Keluasan ketiga-tiga desa itu mencapai 54,000 hektar dan berada di perbatasan dengan Malaysia. Berdasarkan informasi dari masyarakat, desa-desa yang dimiliki Malaysia itu berpotensi menjangkau kawasan yang lebih luas jika pemerintah (kerajaan) Pusat membiarkan.

“Ini adalah kerana perpindahan penduduk secara beramai-ramai di daerah Lumbis Ogong ke Malaysia terus berlaku sehingga kini,” kata Ramli seperti dilaporkan akhbar Media Indonesia hari ini.

Beliau turut mendakwa, ratusan ketua keluarga yang tinggal di Desa Sumantipal, Sinapad, dan Kinokod pada ketika ini sangat bimbang kerana hasil hutan di ketiga-tiga desa itu telah dikuasai oleh sebuah syarikat Malaysia sejak 1984 lagi.

Sementara itu, seorang lagi anggota DPRD Nunukan, Lewi pula mendakwa perpindahan rakyat secara beramai-ramai di daerah Lumbis Ogong mula berlaku sejak 1985.

Katanya, berdasarkan laporan yang beliau terima, sekitar 60 peratus penduduk di daerah itu khususnya di Labang, Panas dan Tau Lumbis telah berpindah ke daerah Tenom, Kota Kinabalu, Sabah.

Berikutan perpindahan beramai-ramai rakyat Indonesia ke Sabah menyebabkan Malaysia didakwa anggota DPRD itu sebagai menguasai ketiga-tiga kampung penempatan penempatan rakyat Indonesia itu.

Akhbar itu turut melaporkan, Ramli dan Lewi mendakwa, kerajaan Malaysia menjanjikan pelbagai pembangunan prasarana dan keperluan rakyat termasuk bekalan elektrik kepada masyarakat Desa Sumantipal dan Sinapad. (baca juga disini)

Pada masa sama, Lewi mendakwa, Desa Kinokod kini sudah kosong kerana seluruh penduduk di situ sudah berpindah ke Malaysia terma­suk ketua kampungnya.

Seorang lagi anggota DPRD Nunukan, Niko Hartono berkata, sekalipun perpindahan warganegara Indonesia ke Malaysia di perbatasan sudah lama berlaku, namun baru kini hal itu disedari.

Menurut Niko, masyarakat di daerah Lumbis Ogong memilih untuk menukar kewarganegaraan ke­rana keadaan ekonomi di kampung halaman yang kurang memberangsangkan.

Apa lagi akses jalan masuk ke wilayah Indonesia tegas beliau, sa­ngat sukar jika dibandingkan de­ngan kemudahan yang disediakan kerajaan Malaysia.

Berdasarkan laporan akhbar itu, kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi sudah menyediakan jalan raya yang baik di wilayah perbatasan itu sehingga menyebabkan warga Indonesia lebih mudah berhubung di Malaysia berbanding negara sendiri.

“Desakan ekonomi menjadi alasan kenapa warganegara Indonesia di daerah Lumbis Ogong memilih untuk bertukar kewarganegaraan ditambah tiada usaha untuk membangunkan infrastruktur jalan, telekomunikasi dan lain-lain oleh pemerintah Indonesia,” kata Niko. – UTUSAN

10 makanan termahal di dunia

SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.

1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)
Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)
Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)
Ia dianggap sebagai 'raja buah' kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun.

4.Tembikai Hitam Densuke - AS$6,100 (RM20,407)
Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.

5.Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.

6.Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar 'khazanah makanan laut' berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.

7.Wagyu Steak - AS$2,800 (RM9,374)
Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.

8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)
Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.

9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)
Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.

10.Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)
Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.

Sumber: www.therichest.com

Wednesday, November 12, 2014

Kondo Bawah Tanah Tahan Letupan Nuklear

KANSAS - Seorang pemaju hartanah mengambil keputusan untuk membina sebuah bangunan kondominium bawah tanah yang bukan sahaja dapat menjamin keselamatan penghuninya malah mampu menahan serangan nuklear.

Laman web Wall Street Journal melaporkan, pemaju berkenaan Larry Hall berkata, tapak kediaman berkeluasan 169 meter persegi yang terletak pada kedalaman 54 meter itu mula dibeli pada tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada Disember 2012.

Kata Hall, struktur binaan bangunan yang boleh memuatkan 79 orang penghuni itu direka mampu menahan sebarang serangan bom nuklear dengan dua pintu utamanya dibina dengan menggunakan besi keluli seberat 7,200 kilogram.
Katanya lagi, kondominium berkenaan dilengkapi dengan sistem saliran dan udara yang canggih, selain sistem kawalan keselamatan berkomputer serta sistem jana kuasa elektrik serba moden.

“Saya mahu menghasilkan sebuah kediaman mewah yang mampu menjamin keselamatan penghuni. Kondominium ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penghuni antaranya pusat kecantikan, pusat pemuliharaan anjing, gimnasium dan hospital.

“Kondominium ini turut dilengkapi dengan pintu yang mampu menahan tembakan selain peralatan menyimpan sumber tenaga elektrik dan udara yang mampu bertahan selama 72 jam,” jelasnya, sambil menambah setiap satu unit kondominium dijual pada harga AS$3 juta (RM10 juta).

Ujar Hall lagi, ketika ini dia bercadang untuk membina bangunan kediaman sedemikian di beberapa buah negeri lain di negara ini seperti di Texas.

Seorang pembeli yang dikenali sebagai Tyler Allen berkata, dia mengambil keputusan untuk membeli kediaman tersebut kerana bimbang akan situasi keselamatan dan kesihatan dunia ketika ini yang semakin tidak menentu.

“Jika Presiden mempunyai Camp David untuk menyelamatkan diri, saya sebagai individu yang berkemampuan membeli kondominium ini untuk menjamin keselamatan saya dan keluarga,” kata Allen.

Sumber : utusan.com

Saturday, November 8, 2014

10 Stesen Kereta Api Terhebat Didunia
















1 - Grand Central Terminal, New York
Dibina pada tahun 1913 untuk Syarikat New York dan Harlem Railroad. Kini, ia menjadi antara sistem pengangkutan terpenting di London dan merupakan kemudahan kereta api terbesar dunia dengan 44 platform, 67 landasan serta mempunyai dua tingkat.

2 - Atocha, Madrid
Stesen kereta api terbesar di Madrid, Sepanyol ini dibina pada tahun 1851. Stesen ini ditukar menjadi taman oleh arkitek Rafael Moneo. Taman seluas kira-kira 4,000 meter persegi ini menjadi rumah kepada 500 spesies tumbuh-tumbuhan dan penyu.

3 - St Pancras International, London
Stesen ini dibina antara tahun 1864 dan 1868 di London. Ia dibina semula serta diubah suai pada tahun 2000. Di sini juga terletak bar champagne terbesar di Eropah.


4 - Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai
Merupakan pusat pengangkutan paling sibuk di India. Sebelum ini, dikenali sebagai Victoria Terminus berdasarkan sejarahnya yang direka oleh arkitek Inggeris, Frederick William Stevens. Ia juga satu-satunya stesen kereta api yang tersenarai dalam tapak warisan dunia Unesco.


5 - Gare De Strasbourg, Perancis
Direka oleh arkitek dari Berlin, Johann Jacobsthal pada 1883, Gare De Strasbourg adalah salah sebuah stesen kereta api paling sibuk di Eropah dan memenuhi keperluan lebih 190 juta penumpang setiap tahun. Ia menawarkan perkhidmatan antarabangsa yang menghubungkan laluan berbeza seperti Belgium, Poland dan Jerman.


6 - Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia
Mula dibina pada 1910 oleh arkitek Britain A.B. Hubback dan pembinaan siap pada 1917. Bangunan bersejarah ini menggabungkan gaya seni bina daripada Arab, India dan Barat


7 - Berlin Hauptbahnhof, Jerman
Merupakan sebuah karya seni bina moden dan salah sebuah stesen kereta api terbesar serta paling cantik di Eropah. Ia menjadi antara tarikan utama pelancong di Berlin. Mempunyai dua tingkat dengan lebih 80 premis kedai, 14 platform dan hampir 2,000 kereta api berhenti di sini setiap hari.


8 - Antwerp Central Station, Belgium
Pembinaannya mengambil masa lebih 10 tahun antara tahun 1895 hingga 1905. Mempunyai dua pintu masuk, banyak pusat beli belah dan galeri berlian dengan lebih 30 kedai pasti membuat pengunjung berhenti untuk melihat.


9 - Steseb Kanazawa, Jepun
Dibina pada tahun 2005, pintu gerbang setinggi 14 meter adalah perkara pertama yang ditemui penumpang sebelum ke pintu masuk. Pembinaannya menggabungkan ciri tradisional Jepun dan futuristik moden.




10 - Southern Cross Station, Australia
Terletak di Melbourne, ia adalah stesen kereta api terbesar dan pusat pengangkutan utama di Australia. Oleh kerana seni bina yang menakjubkan, stesen ini pernah menerima Lubetkin Prize oleh Institut Arkitek Diraja Britain sebagai bangunan baharu paling menonjol yang terletak di Kesatuan Eropah.

* Sumber Asal : listcrux.com

Thursday, November 6, 2014

Cantik Pada Nilaian Lelaki

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.
Tetapi awas.
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.

Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?

Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.
Cantik
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.

Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.
  
Matang
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!

Oleh : Dayak