PETALING JAYA – Biarpun tidak tidur selama 18 jam dalam penerbangan, setibanya di Gaza, penyanyi rap dan aktivis terus bergegas ke Hospital Palestin demi melawat seorang ibu dan anak yang memerlukan bantuan perubatan di sana.
Tidak cukup dengan pengorbanan tersebut, kurang daripada sampai 24 jam menjejakkan kaki di bumi Anbia demi misi kemanusiaannya, netizen meminta pemilik nama lengkap Ariz Ramli itu mencari Ebit Lew dan bekerjasama demi membantu rakyat Palestin.
“Caprice pergi jumpa Ebit Lew. Work together (kerja sama-sama),” tulis seorang pengguna Instagram di ruangan komen Instagram Caprice.
Dalam perkongsian berhubung bantuan ke Hospital Palestin, Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusan misinya.
“Terima kasih Kedutaan Malaysia di Cairo dan Humanitarian Mission 4 Palestine untuk sokongan. Day one complete (hari pertama dah tamat). Nak tidur sekejap.”
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, orang ramai melahirkan kerisauan terhadap keadaan pendakwah bebas, Ebit Lew kerana tiada sangat khabar berita selepas berlepas ke Palestin untuk misi kemanusiaan di sana.
Bagaimanapun, Ebit atau nama lengkapnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew yang difahamkan masih berada di sana memberitahu semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya ringkas seperti dipetik hantaran status Instagram pada 12 Jun lalu. – K! ONLINE
No comments:
Post a Comment