Bukan sahaja salah, dakwaan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong bahawa pendidikan negara terperangkap dalam sistem yang bersifat tunggal amat tidak bertanggungjawab.
Membidas dakwaan pertubuhan radikal Cina itu, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, ini kerana subsistem pendidikan Cina dibenarkan berkembang dengan begitu maju, sehingga menjadi sistem pendidikan yang paling lengkap selain rinci di luar tanah watan induknya di China.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, ini boleh terjadi kerana sistem negara yang luwes – yang membenarkan kewujudan sistem pendidikan vernakular sebagai subsistemnya.
Meskipun begitu, beliau menegaskan, dalam hal pendidikan Cina, etnik Cina Malaysia hendaklah memahami bahawa bahasa Mandarin adalah hanya vernakular dalam dasar bahasa di negara ini.
Oleh itu katanya, taraf dan kelayakannya tidak boleh sesekali sama rata dengan pendidikan nasional yang menggunakan bahasa Melayu, apatah lagi mahu melebihinya.
“Sebenarnya sikap jelik etnik Cina menyebabkan mereka tidak mahu menerima hakikat ini dan mahu terus mementingkan diri sendiri sehingga menjadi amat sombong, tidak sensitif langsung dan terlalu perasan dengan kehebatan budaya Cina.
“Semua ini bukan sahaja tidak baik untuk hubungan etnik kita kerana berburuk sangka terhadap pihak lain yang kononnya menyekat haknya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, lebih teruk lagi ia memperlihat etnik Cina sebagai tiada keyakinan diri dalam erti selalu bimbang akan ancaman terhadap mereka yang sebenarnya tidak adapun, seperti dalam dakwaan tersebut.
Ini kerana tidak ada apa-apa jua bukti yang menghalang perkembangan pendidikan Cina yang begitu berjaya di negara ini, berbanding di tempat lain di seluruh dunia yang dimastautin mereka semenjak beberapa generasi lampau.
“Bukan sahaja tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, etnik Cina Malaysia sebenarnya mengalami delusi dengan mempercayai mereka selalu dianiaya melalui pelbagai diskriminasi, sedangkan ianya sama sekali tidak betul.
“Mana mungkin ini boleh berlaku apabila etnik Cina kekal sebagai pemain dominan sektor perniagaan dalam ekonomi negara dengan pemilikan equiti yang tinggi.
“Sehubungan ini, setiap orang kaya-raya di Malaysia ialah etnik Cina. Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan kewujudan terus pendidikan verrnakular adalah bukti lain,” katanya.
Susulan perkembangan itu, beliau menegaskan masalah etnik Cina di negara ini sebenarnya adalah sikap buruk dalam diri mereka sendiri iaitu sikap rakus yang mahu mendapat lebih daripada yang sepatutnya dan sikap angkuh yang menghina resam tempat yang didatangi untuk diikuti. - ismaweb.net
No comments:
Post a Comment