BERKALI-kali telah saya katakan dan ingatkan, jangan cuba sama sekali mempermainkan agama Islam, kerana orang Islam tidak pernah mengacau dan menyentuh agama kamu.
Kamu mungkin memandang rendah kepada orang Islam kerana mereka tidak hebat dari segi ekonomi, banyak negara Islam tidak maju.
Ramai terlibat dalam dadah, rasuah, gejala sosial, tidak solat, perangai pelik-pelik seperti ekzos bising, rempit dan sebagainya.
Tetapi, ingat satu perkara ini, dalam bab-bab berkaitan dengan agama Islam, jangan buat main-main, sama ada dalam bentuk perkataan dan perbuatan.
Buruk padahnya. Sudah banyak berlaku pun. Tetapi, ultra kiasu tidak mahu ambil pengajaran. Sengaja lakukan provokasi. Sudah tentu akan timbul masalah.
Saya tidak nafikan semua abang rider akan dikenakan tindakan. Tetapi, pihak berkuasa pun kena faham, kenapa ia boleh berlaku.
Semua keadaan ini berlaku kerana minoriti sengaja tidak mahu memahami sensitiviti majoriti. Walaupun majoriti begitu memahami minoriti.
Saya bukan nak puji orang Islam, tetapi jarang kita lihat orang Islam melakukan provokasi terhadap isu-isu sensitif terutama perkara berkaitan agama. Hatta, lambakan rumah ibadat dan kuil-kuil haram pun dibiarkan, walaupun berstatus haram. Banyak lagi contoh lain sudah saya banyak sebut sebelum ini.
Kepada pemimpin-pemimpin politik, memang tidak dinafikan tindakan rider itu ada yang tidak kena, tidak ikut saluran undang-undang, tetapi ada sebab mereka bertindak sedemikian.
Sekurang-kurang berilah sokongan moral.
Pergi ke rumah mereka, bantulah mereka, terutama jika abang rider itu ada anak isteri yang perlu disara. Tambahan pula ketika lockdown ini, semua orang mengalami keperitan.
Jangan biarkan mereka keseorangan, kerana walaupun mungkin mereka hanya seorang rider, tetapi hati mereka begitu mulia. Mungkin saya tidak semulia abang rider ini.
Kita yang duduk di pejabat berhawa dingin, berjubah dan bersongkok serta berkopiah, belum tentu lagi
Janganlah apabila tiba pilihan raya baharu nak menjenguk mereka.
Kita tidak nafikan ada saluran yang betul untuk kita bertindak terhadap isu-isu seperti ini. Malangnya, saluran yang betul itu kadang kala mengambil masa terlalu lama untuk bertindak.
Sehingga kini, isu kalimah Allah, masih belum ada kata putus yang jelas. Tidak ada pendirian yang tegas.
Pemimpin agama pun satu hal, teramat sedih tengok kadang kala bila orang atau selebriti kayangan jemput, tak penting pun majlis tersebut untuk hadir, beriya-iya untuk hadir walaupun langgar SOP.
Tetapi bila tiba kes abang rider sebegini, liat sangat untuk bersuara dan bertindak.
Kepada ultra kiasu bukan Islam, sekali lagi saya ingatkan, kamu mungkin memandang ‘rendah’ kepada orang Melayu (Islam) kerana mereka tidak sehebat kamu, tetapi dalam perkara berkaitan agama, jangan dibuat main. Buruk padahnya.
Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment