Monday, June 14, 2021

Jadilah Seekor Tikus Yang Berjaya Daripada Seorang PoliTikus Yang Gagal....

Magawa ‘bersara’ lepas lima tahun kesan periuk api
PHNOM PENH: SEEKOR TIKUS yang diberi nama Magawa bakal bersara daripada ‘tugasnya’ iaitu menghidu periuk api dan objek bahan letupan di negara ini selepas berkhidmat selama lima tahun.

Tikus yang berusia tujuh tahun itu berasal dari Tanzania dan dilatih oleh badan amal Belgium iaitu APOPO.

Sepanjang perkhidmatannya, Magawa sudah ‘membersihkan’ kawasan seluas kira-kira 225,000 meter persegi iaitu bersamaan 42 padang bola sepak.

Pengarag APOPO, Michael Heiman berkata, selepas mengesan 71 periuk api dan 38 objek letupan, Magawa menjadi semakin letih.

“Perkara terbaik adalah dengan merehatkannya dan Magawa boleh meluangkan masa melakukan perkara yang disukainya seperti makan pisang dan kekacang,” katanya.

Magawa pindah Siem Reap pada 2016 dan memulakan kerjayanya mengesan periuk api. 

No comments:

Post a Comment