PENULARAN pandemik Covid-19 sejak akhir 2019 banyak memberi tekanan bukan sahaja kepada negara tetapi rakyat.
Beberapa inisiatif diperkenalkan untuk manfaat rakyat sama ada dalam bentuk bantuan kewangan, makanan dan undang-undang bagi kemudahan rakyat.
Menurut Jabatan Statistik, bilangan pencari kerja mencatat hampir 775,000 orang sehingga Mei tahun ini. Keadaan ini menggambarkan ekonomi negara turut terancam.
Pendapatan atau hasil kerajaan terjejas, ada kemungkinan Belanjawan Negara 2022 alami defisit fiskal yang besar disebabkan kemerosotan hasil kerajaan pada tahun ini berpunca kurang hasil melalui kutipan cukai korporat dan individu kerana pihak industri tidak beroperasi seperti biasa ekoran terkesan dengan pendemik ini.
Kementerian Kewangan mendedahkan, kerajaan tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 secara menyeluruh kerana ia boleh menggugat mata pencarian kira-kira 2.8 juta rakyat yang bekerja sendiri atau mengambil upah harian. Dalam kaji selidik kesan PKP fasa pertama antara Mac hingga September 2020 bagi isi rumah, satu per tiga daripada mereka tidak mampu mengekalkan perbelanjaan untuk tempoh satu bulan manakala 82 peratus sektor swasta hanya mempunyai simpanan tidak lebih dari dua bulan.
Pada masa sama, sembilan daripada 10 golongan B40 yang bekerja sendiri tidak mempunyai insurans perlindungan pekerjaan. Ini adalah keadaan yang menyedihkan jika berlaku sesuatu kemalangan atau bencana kepada ketua isi rumah.
Menurut Kementerian Kewangan, kesan kepada perniagaan pula mencatatkan sebanyak 68 peratus dilaporkan tiada jualan yakni hasil semasa PKP 1.0 serta sebanyak 42.5 peratus memerlukan tempoh lebih enam bulan untuk pulih. Dua per tiga perniagaan pula akan mempunyai tunggakan hutang dalam tempoh enam bulan.
Kesan PKP menyeluruh juga akan lebih dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor informal apabila enam daripada 10 pekerja tidak dapat membeli makanan mencukupi untuk keluarga mereka. Keadaan ini naik hampir dua kali ganda sejak pendamik manakala 44 peratus memastikan makanan yang mencukupi dan memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.
Justeru, rakyat perlu berjimat dengan menyimpan wang untuk kegunaan masa depan seperti yang disaran oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Oleh:YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya
No comments:
Post a Comment