nuffnang

Monday, December 31, 2012

Mesin Menderma Sperma Diperkenal?

Inilah rupa mesin automatik untuk menderma sperma yang telah diperkenalkan di sebuah hospital baru-baru ini. Kelihatan agak ganjil sekali.

Hospital di China memperkenalkan mesin baru yang boleh mengeluarkan sperma untuk menggalakkan orang ramai menderma sperma.

Mesin menderma sperma ini telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibukota wilayah Jiangsu, China.

Mesin ini juga membolehkan penggunanya mengawal kelajuan, suhu, frekuansi serta mempunyai skrin kecil untuk memainkan filem-filem yang membantu penderma tersebut untuk proses pengekstrakan.
Mesin merah jambu, kelabu dan putih ini juga boleh dilaraskan mengikut ketinggian pengguna menurut sebuah laman web yang mempromosikan mesin berharga $2800 ini.

Pengarah Jabatan Urologi di Zhengzhou Central Hospital mengesahkan penggunaan mesin ini yang akan membantu proses tersebut.

Mahalnya Wang Hantaran!

RAMAI pasangan gagal meneruskan perkahwinan hingga bercerai-berai kerana menghadapi tekanan emosi. Antaranya, akibat masalah tidak cukup wang belanja selepas hidup berpasangan atau setelah mempunyai cahaya mata.

Perunding motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh berkata, kes sedemikian banyak berlaku kepada pasangan yang membuat pinjaman peribadi dengan bank atau institusi kewangan. Bahkan ada yang berhutang dengan pemberi pinjam tanpa lesen (ah long) bagi menyediakan wang hantaran dan kos kenduri.

“Ramai datang ke klinik kaunseling saya mengadu tertekan sebab terpaksa membayar hutang ketika melangsungkan majlis perkahwinan. Sedangkan perbelanjaan harian berubah bila dah hidup berdua dan beranak-pinak.

“Peringkat awal semua nampak manis. Cinta masih baru. Tak nampak kesan. Lepas berbulan atau setahun dua, pasangan itu akan rasa kesannya. Gaji tidak seberapa tapi hutang yang beribu kena bayar setiap bulan. Bayangkan kalau individu baru tamat universiti berkahwin secara berhutang,” ujar beliau.

Hushim menambah, sedia maklum pasangan baru tamat pengajian jika makan gaji tidak akan terus menerus menerima gaji lumayan. Selepas berkahwin banyak belanja hendak guna seperti duit sewa rumah, bil air dan elektrik, peralatan serta makan minum. Perbelanjaan makin bertambah setelah pasangan mendapat anak.

“Tapi gaji suami atau isteri dipotong setiap bulan sebab nak bayar hutang. Mungkin juga tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau sesetengah tu tolak hutang belajar.

"Secara psikologi bila tak cukup duit, biasanya pasangan saling mempertikai dan mengaitkannya dengan hutang wang hantaran dan belanja kahwin dulu,” jelas Hushim.

Tambahnya, akibat pertengkaran tidak berkesudahan, emosi pasangan terganggu serta tertekan. Mereka mula memikirkan semula diri pasangan hingga ada beranggapan tidak mengenali pasangan yang sudah dinikahi. Dalam erti kata lain ungkit mengungkit.

“Bila bertengkar, macam-macam perkataan disebut. Terkeluar sifat sebenar pasangan. Bergaduh setiap masa. Ketika inilah mereka terlupa soal cinta. Dah tak kenal cinta. Cinta jadi retorik semata-mata. Daripada cinta terbalik jadi benci.

“Masalah akan lebih teruk dan tidak berkesudahan kalau ada yang masuk campur keluarga kedua-dua pihak. Tapi tidak mampu menyelesaikan konflik. Kepada pasangan yang gagal mencapai persefahaman kebiasaannya mengambil keputusan bercerai.
“Ada kes seorang pensyarah buat kenduri kahwin besar-besaran. Tapi bercerai selepas 15 hari. Bila lalui kaunseling, puncanya sebab bertengkar dan ungkit mengungkit wang hantaran serta belanja kenduri.

“Waktu bersanding hanya ingat yang indah-indah. Tapi lepas selesai majlis, baru sedar terlalu banyak guna duit. Lalu saling menyalahkan sesama sendiri dan mula fikir tak sefahaman. Akhirnya bercerai,” akhiri beliau. - sinarharian


Sunday, December 30, 2012

Mengalami Disfungsi Saat Bercinta


Masalah yang sering dialami oleh para lelaki ketika sedang ingin melakukan hubungan suami isteri adalah tiba-tiba zakar kehilangan ereksi. Masalah ini sering disebut dengan lemah syahwat.

Penyebab umumnya adalah masalah psikologi yang berupa kebimbangan yang berlebihan, mengidap penyakit tertentu, kemurungan, atau stress. Hal-hal tersebut adalah beberapa sebab utama dari lemah syahwat.

Kebimbangan Saat Bercinta Hingga Masalah Kesihatan. Jika masalah yang anda alami adalah kebimbangan atau kecemasan yang berlebihan, maka gangguan ini adalah disfungsi ereksi yang paling mudah disembuhkan.

Dengan kaedah rawatan yang direka untuk meningkatkan kepercayaan diri, anda akan mendapatkan kembali ereksi anda.

Kebimbangan yang sering muncul adalah perasaan bimbang apakah dia dapat memuaskan pasangan atau tidak, kebimbangan apabila bercinta dengan pasangan baru, dan lain sebagainya.

Jika masalah anda adalah stress atau kemurungan, maka hal terbaik yang harus anda lakukan adalah berbicara dengan pasangan untuk membuat anda sedikit lebih rileks.

Lepaskan beban anda dengan saling menceritakan semua masalah yang sedang dialami. Jika masalah yang anda hadapi adalah gangguan kesihatan seperti diabetes, maka anda perlu segera mendapatkan rawatan perubatan.
 
Anggapan Keliru Para Lelaki. Lelaki cenderung menganggap seks sebagai sebuah pertandingan daripada sebuah ungkapan perasaan. Maka kebimbangan yang sering terjadi adalah soal tahap kekerasan, fikiran apakah dia boleh memuaskan pasangannya, tempoh hubungan seks, dan lain-lain. Alihkan tumpuan anda dari hal-hal yang sebenarnya tidak perlu untuk dicemaskan.

Hal-Hal Yang Dapat Memaksimumkan Ereksi. Ereksi pada dasarnya adalah peredaran darah ke organ kelamin lelaki, maka pengambilan nutrisi yang baik dapat membantu memaksimumkan ereksi. Makanan tinggi karbohidrat seperti roti, nasi, atau pasta boleh memberikan tenaga dan membantu memaksimumkan ereksi. Mineral seperti Zinc dapat membantu tubuh dalam menghasilkan hormon testosteron.

Makanan yang banyak mengandungi lemak justeru akan menurunkan hormon testosteron sehingga menurunkan keghairahan seks.

Kecemasan yang berlebihan akan mengurangkan tenaga dan menggangu saraf sehingga zakar tidak boleh tegang secara maksima. Untuk itu, usahakan jangan terlalu memikirkan banyak perkara ketika sedang berhubungan intim.

Salah satu cara untuk mengurangkan kecemasan adalah dengan mengambil ubat-ubatan anti kemurungan, penurun kecemasan, OCD, atau fobia sosial. Namun penggunaannya harus dengan cadangan daripada doktor.

Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan merokok. Merokok boleh menyebabkan peredaran darah menjadi buruk sehingga mengganggu aliran darah ke zakar. Sedangkan alkohol membuat prostat terasa mengembang dan membuat zakar mati rasa.

Cara untuk membuat ereksi lebih maksimum adalah dengan melatih otot perut. Otot-otot perut sangat menyokong ketahanan ereksi pada lelaki. Perut yang terlalu berlemak akan membuat zakar kelihatan semakin kecil. Latihan lain yang tidak kalah penting adalah senaman kegel. Senaman kegel ini tidak hanya bermanfaat bagi wanita, tetapi juga bagi lelaki. Dengan latihan kegel, zakar dapat ereksi lebih maksimum dan tahan lama.

Anonymous

Saturday, December 29, 2012

Polemik Agama Perlu Segera Dihentikan

Pernyataan kedatangan agama Kristian beraliran Nestorian ke rantau ini mengundang beberapa persoalan. Apakah tujuan pernyataan tersebut? Adakah ia bertujuan ingin menyatakan bahawa kehadiran Kristian adalah seusia dengan kedatangan Islam atau lebih awal lagi? Adakah pernyataan ini ingin mengangkat fungsi dan watak agama Kristian yang mewarnai rantau ini dalam mengubah masyarakat atau adakah ia sekadar pernyataan politik yang bertujuan menyantuni pengundi Kristian?

Pernyataan sumbangan Kristian terhadap pembangunan rantau ini perlu dibuat dengan berhati-hati, apatah lagi apabila merujuk abad ke-7. Ia boleh mendatangkan kekeliruan terhadap latar belakang pembentukan budaya dan peradaban di rantau ini.

Menurut Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam memainkan peranan yang jauh lebih signifikan dalam pembentukan budaya dan peradaban di rantau ini. Ia membebaskan dan membentuk weltanschauung atau pandangan sarwa masyarakat di sini. Pengaruh Islam sudah jauh meresap ke dalam urat nadi umat manusia di sini yang terpancar dalam pemikiran, budaya, kesusasteraan dan peraturan hidup.

Kedatangan Islam merungkai pengaruh Hindu-Buddha dalam peradaban masyarakat di Nusantara. Syed Muhammad Naquib menegaskan bahawa kehadiran Hindu-Buddha gagal mengubah pandangan hidup masyarakat dan seterusnya tidak mampu menghasilkan satu kelainan yang memerdekakan masyarakat daripada fahaman animisme yang telah bertapak terlebih dulu.

Justeru, Syed Muhammad Naquib mencatat penyebaran agama Islam di rantau ini menggunakan bahasa Melayu dan bukan bahasa Jawa. Bahasa Jawa sudah diresapi oleh pengaruh Hindu-Buddha yang begitu pekat.

Kalimah ‘Allah’ yang digunakan oleh masyarakat di sini adalah unik dan khusus kepada konsep ketuhanan yang diperakui oleh Islam saja. Maka perkongsian perkataan adalah satu usaha yang berlawanan dengan budaya masyarakat di sini. Tambahan pula tiada hujah ilmiah yang menunjukkan perkongsian itu perlu diwajarkan. Hanya dakwaan ia telah digunakan berabad lamanya di tanah Arab bukan satu hujah yang kukuh.

Kalimah Allah tidak digunakan dalam Bible versi asli yang diturunkan dalam bahasa Ibrani (bahasa kaum Yahudi). Perkataan ‘hellalujah’ digunakan bagi merujuk Tuhan dalam bahasa itu. Apatah lagi versi bahasa Inggeris yang menggunakan ‘God’ bagi rujukan yang sama. Jadi apakah hujah yang wajar bagi perkataan Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu melainkan hujah penyebaran agama Kristian kepada masyarakat Melayu?

Jika alasan ia digunakan selama lebih 50 tahun di Sabah dan Sarawak ia adalah alasan yang terbit daripada satu kesalahan situasi yang lahir daripada kefahaman yang salah. Adakah kesalahan ini mahu dibiarkan atau perlu kepada pembetulan?

Bukan kerana takut berkongsi istilah yang sama. Jika kita lihat perkembangan agama Islam di Sabah dan Sarawak dalam masa 50 tahun ini, ia sudah menunjukkan pertambahan yang ketara. Islam berkembang sehingga ke pedalaman dan terus berkembang dari semasa ke semasa. Penghayatan Islam sudah semakin baik dengan pertambahan institusi pendidikan Islam dan disambut baik oleh masyarakat.

Mereka yang berhujah kekhuatiran ini memberikan gambaran bahawa Islam ini kerdil juga telah tersilap. Penegasan Allah dalam surah al-Ikhlas, yang dengan jelas menekankan Allah adalah tidak beranak dan tidak diperanakkan memberikan isyarat bahawa istilah Allah jangan dipermudahkan.

Oleh itu, gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan agar perkataan Allah boleh digunakan oleh masyarakat Kristian dalam Bible versi Melayu jelas menunjukkan kejahilan beliau dalam persoalan ini. Ia hanya satu isu politik yang cuba ditonjolkan.

Polemik kalimah Allah antara penganut Islam dan Kristian di Malaysia mesti dihentikan segera dengan menghormati waq’iy atau latar sejarah dan budaya masyarakat setempat. Penegasan perasaan kesal yang mendalam terhadap ahli politik negara ini apabila isu kalimah Allah ini digunakan untuk meraih sokongan sehingga menggadaikan maruah agama Islam dan memperjudikan keharmonian hubungan antara agama. Pertubuhan dakwah di negara ini mahukan ketegasan yang ikhlas dalam memelihara agama khususnya agama Islam.

Sumber : Bharian@rencana

Benarkah Saiz Mr P Permudah Wanita Raih Kepuasan?

MESKI  pun jadi faktor penting kenikmatan seksual, orgasme tidak melulu jadi fokus yang perlu dicapai. Ada faktor lain yang boleh anda capai demi mendapatkan kepuasan seksual. Ketahui ulasan lengkapnya berikut ini.

Berjaya mencapai orgasme adalah sebuah kepuasan bagi wanita. Selain itu keinginan itu merupakan sudah menjadi hal yang umum dinantikan saat berhubungan seksual. Walaupun begitu, banyak mitos yang mengatakan kalau tidak semua wanita mahukannya. Benarkah demikian? Semak ulasan ini seperti yang dipaparkan oleh Indian Sutras .

Wanita tidak perlu mencapai orgasme
Ini adalah sebuah mitos yang banyak diyakinkan oleh para lelaki. Mungkin memang benar jika setiap kali berhubungan seks, orgasme tidak selalu harus diperolehi. Tentu saja jika ingin mendapat kepuasan yang lebih, maka orgasme mutlak harus diperolehi. Tapi itu bukan suatu kemestian yang harus dicapai setiap kali anda bercinta.

G-spot berpengaruh
Siapa bilang kalau hanya menyentuh titik G spot -lah yang boleh membuat wanita mencapai orgasme. Padahal terlepas dari itu, wanita lebih memilih melakukan bersetubuh untuk mencapai orgasme.

Kondom berpengaruh
Seringkali lelaki mengeluh bahawa kondom mengurangkan sensitiviti hubungan. Padahal itu tidak ada hubungannya antara kondom dengan klitoris. Sebab, orgasme boleh tercapai kerana bergantung pada rangsangan dan suasana hati.

Wanita lebih lama raih orgasme
Baik lelaki mahupun wanita memerlukan waktu untuk mencapai orgasme. Mungkin ini adalah mitos umum tentang orgasme wanita. Namun, sebenarnya yang terjadi adalah beberapa orang memerlukan masa sekitar 30-50 minit untuk mencapai kenikmatan itu. Tapi tetap saja itu kembali ke suasana hati dan ghairah seks yang ada. Dan jika rangsangan itu dilakukan dengan benar maka tak perlu waktu lama bagi seorang wanita untuk mencapai orgasme.

Saiz tidak berpengaruh
Banyak lelaki dan wanita yang meyakini bahawa ukuran Mr P sangat berpengaruh dalam mencapai orgasme. Padahal saiz sebenarnya tidak berpengaruh untuk mencapai kenikmatan orgasme. Namun cara anda memberikan rangsanganlah yang boleh membuat wanita mencapai orgasme.

Lelaki yang tidak pintar
Seorang lelaki boleh menjadi pintar apabila wanita menunjukkan di mana letak titik G-spot -nya berada. Oleh kerana itu, ada baiknya anda boleh membantunya untuk mencari tempat tersebut.

Anonymous

Friday, December 28, 2012

Kemuliaan Waktu Jumaat Yang Tidak Mendapat Tempat

BAGI negeri-negeri yang hujung minggu mereka bukan pada hari Jumaat, negeri-negeri yang terlibat termasuklah Wilayah-Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan waktu rehat yang lebih panjang pada hari berkenaan.

Ia bagi memberi ruang dan keselesaan kepada umat Islam untuk menyahut perintah Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam ayat 9, Surah al-Jumu'ah yang antaranya bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat), dan tinggalkanlah jual beli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya".

Perintah Allah ini hukumnya wajib kecuali dalam keadaan yang tertentu sebagaimana mafhum Hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i. Secara dasarnya juga berjual beli selepas laungan azan yang pertama, adalah haram hukumnya. Maka, secara ringkasnya terdapat dua perkara utama dalam ayat al-Quran ini, iaitu kewajipan menunaikan solat Jumaat kepada lelaki Muslim yang telah baligh dan diharamkan bagi mereka berjual beli pada waktu solat Jumaat.

Selanjutnya, dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah SAW bersabda yang antara mafhumnya menyatakan bahawa, sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup pintu hatinya daripada menerima petunjuk.

Berdasarkan kepada nas-nas yang ada ini, maka pihak pemerintah memperuntukkan undang-undang bahawa lelaki yang telah baligh dan tidak menunaikan solat Jumaat selama tiga kali berturut-turut tanpa sebarang keuzuran, adalah melakukan kesalahan. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan, ataupun menerima kedua-dua hukuman itu. Contohnya di Seksyen 14 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau Akta 559.

Walau bagaimanapun, dengan ruang dan kemudahan yang telah disediakan ini, pada waktu umat Islam mengerjakan solat Jumaat, malangnya masih ramai kaum lelaki (yang kita yakin bahawa mereka ini beragama Islam), tidak bersama-sama melaksanakan solat Jumaat, malah, bebas melakukan pelbagai aktiviti.

Sehubungan dengan perkara ini juga, ramai kalangan wanita pula yang mengambil peluang pada waktu rehat yang lebih panjang ini untuk keluar membeli-belah. Dalam hal ini, mereka perlu bersikap berhati-hati untuk melakukan urusan jual beli sekalipun secara umumnya, hukum untuk bermuamalat bagi kalangan wanita dalam waktu solat Jumaat adalah harus.

Walau bagaimanapun, berjual beli dengan lelaki yang berkewajipan untuk menunaikan solat Jumaat adalah disifatkan sebagai menyokong lelaki berkenaan untuk tidak melaksanakan kewajipan yang telah pun diperintahkan Allah SWT. Maka, hukumnya adalah berdosa kerana bersubahat dengan pelanggaran kewajipan berkenaan. Sekalipun, keabsahan urusan jual beli itu tidak dipertikai.

Dalam kedudukan agama Islam bagi negara ini bukan sekadar sebagai agama rasmi semata-mata kerana ia agama negara, fenomena tidak memuliakan waktu solat Jumaat tentulah amat menyedihkan dan amat malang. Sesuatu perlu dilakukan bagi memperlihatkan bahawa Islam di Malaysia adalah agama yang benar-benar dimuliakan. Pada masa sama untuk menyedarkan orang awam bahawa kewajipan untuk melaksanakan perintah Allah SWT merupakan perkara yang amat serius.

Tidak dinafikan sukar untuk menguatkuasakan peruntukan sedia ada kerana perlanggaran undang-undang hanya berlaku apabila tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, tetapi berdasarkan kepada konsep hisbah, ruang yang ada sebenarnya masih luas untuk memulihkan fenomena yang berlaku.

Antara konsep hisbah yang dilaksanakan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar al-Khattab adalah dengan melantik seorang wanita sebagai penyelia pasar bagi menjaga keamanan tempat berkenaan dan pasar dapat beroperasi dengan baik. Maka, tindakan beliau ini tentulah boleh dicontohi dengan melaksanakan rondaan oleh penguat kuasa dalam kalangan pegawai wanita di tempat-tempat awam termasuklah di premis-premis makanan atau di tempat-tempat membeli-belah.

Teguran atau mengambil kenyataan boleh dilakukan atas asas bahawa meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja walaupun sekali adalah berdosa. Tindakan seperti ini adalah usaha untuk menerbitkan rasa malu dan bersalah kalangan lelaki telah baligh dan tidak mempunyai sebarang keuzuran kerana tidak menghormati waktu solat Jumaat.

Masih terdapat ruang bagi menambah baik peruntukan sedia ada. Melalui pendekatan siasah syar'iyyah "kesalahan tidak menghormati waktu solat Jumaat" barangkali boleh diperuntukkan sebagaimana peruntukan "kesalahan tidak menghormati bulan Ramadan". Iaitu, kesalahan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi kariah yang kecil, pemantauan terhadap ahli kariah mungkin boleh dilaksanakan berbanding di kariah yang jauh lebih besar. Cadangan untuk mewujudkan buku kehadiran di masjid-masjid di kariah yang kecil, barangkali boleh difikirkan bagi memupuk kesedaran tentang pentingnya bersolat Jumaat.

Kalangan yang tidak berkewajipan untuk melaksanakan solat Jumaat seperti kaum wanita dan mereka yang sedang bermusafir juga sebenarnya boleh melakukan peranan tertentu. Elakkan berurusan dengan peniaga-peniaga lelaki Islam dengan hanya berurusan dengan peniaga wanita, ataupun menunggu sehingga waktu yang haram itu berlalu.

Sekiranya mempunyai kekuatan untuk menegur, katakan bahawa ia adalah perbuatan yang haram. Sebilangan daripada kita mungkin selama ini tidak sedar dan sebilangan lagi barangkali tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Perlu difahami bahawa mencari keredaan daripada Allah SWT adalah dengan mengelak daripada kemurkaan-Nya.

Satu riwayat menyatakan bahawa ayat 11 Surah al-Jumu'ah diturunkan pada ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah dan pada masa sama rombongan dagang dari Sham tiba, yang mengakibatkan para ahli jemaah keluar dari masjid kecuali beberapa orang, bagi menyambut rombongan berkenaan. Umat Islam harus menginsafi dan menghayati ayat berkenaan yang memberi maksud bahawa pahala yang dianugerahi oleh Allah itu lebih baik berbanding nilai hiburan atau dagangan.

Apabila Allah menyatakan bahawa Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki, antaranya ia turut memberi makna bahawa, menolak untuk bermuamalah dengan kalangan yang wajib menunaikan solat Jumaat itu adalah perkara yang amat terpuji dan meyakini bahawa kehidupan kita akan dilimpahi rahmat.

Kalangan yang sengaja tidak menghormati waktu Jumaat dan tidak melaksanakan perintah solat ini seolah-olah meletakkan diri mereka serendah hamba sahaya kerana dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Hakim Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara golongan yang dikecualikan untuk melakukan solat Jumaat ialah hamba sahaya.

Sumber : utusan@Rencana

Thursday, December 27, 2012

Waspada Harta Haram

IMAN ialah benteng diri daripada melakukan perkara maksiat dan penderhakaan kepada Allah SWT. Apabila tiada orang yang memerhati dan tiada mata yang melihat, maka tiada pertahanan diri yang paling kukuh melainkan iman yang membuahkan perasaan ihsan iaitu merasakan Allah SWT sedang mengawasi diri.

Sebagai manusia biasa, adakalanya iman yang ada dalam diri menurun. Maka pada ketika itu, kita pasti lemah dalam menepis ujian yang datang kepada diri.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ketikanya kita terleka dan terlalai dalam kehidupan di dunia. Mungkin ada di antara kita yang pernah terlibat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dalam aktiviti atau pekerjaan yang tidak bertepatan dengan Syariah sebelum ini.

Penglibatan ini akhirnya menyebabkan kita memperoleh pendapatan, sama ada dalam bentuk gaji, komisen, dividen, keuntungan dan sebagainya secara yang tidak halal. Begitu juga mungkin ada di kalangan kita yang pernah terjebak dalam rasuah, pecah amanah dan penyelewengan.

Semua harta yang diperoleh itu bakal mengundang kemurkaan Allah SWT dan balasannya amatlah dahsyat di akhirat nanti.

Penglibatan ini bukan sahaja menyebabkan orang yang terlibat melakukannya secara langsung mendapat dosa, bahkan pendapatan serta hartanya pula menjadi haram.

Harta haram yang dimaksudkan di sini ialah harta yang diperoleh melalui jalan atau kaedah yang bercanggah dengan syarak. Ini termasuklah faedah yang diperoleh daripada akaun simpanan di bank-bank konvensional.

Oleh itu, mereka yang menyedari akan hakikat ini akan segera bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan. Allah SWT Maha Pengampun dan Dia suka sekiranya hamba yang telah melakukan dosa, cepat-cepat bertaubat dan kembali kepada-Nya.

Lantaran itu, wajib bagi mereka untuk bersegera dalam bertaubat dengan tidak bertangguh. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa: 17)

Antara syarat untuk bertaubat kepada Allah SWT kerana mendapat harta haram adalah dengan cara melupuskannya. Perkataan 'melupuskan' sengaja digunakan kerana orang yang terlibat tidak boleh memanfaatkan harta tersebut untuk dirinya, sama ada untuk membuat pembelian dan urusniaga-urusniaga yang lain.

Bahkan, Allah SWT tidak memberikan pahala sekiranya dia menggunakan harta tersebut untuk menunaikan haji dan umrah, membayar zakat dan menderma kepada golongan fakir miskin.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala dan tanggungan dosanya tersebut adalah kekal (sehingga dia bertaubat kepada Allah SWT)" (riwayat al-Hakim)

Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik. (riwayat Muslim).

Demikianlah betapa beratnya bahana daripada pengambilan harta haram sehingga Allah SWT tidak menerima amalan yang berkaitan dengan harta tersebut.

Sumber : utusan@bicara_agama

Wednesday, December 26, 2012

Kenali Manuskrip Melayu

MANUSKRIP Melayu merupakan lambang kesarjanaan para cendekiawan Melayu dahulu. Kegiatan penulisan dan penghasilan manuskrip dalam pelbagai subjek bagi mewariskan ilmu dan pengetahuan mereka mengenai sesuatu perkara kepada generasi Melayu yang seterusnya.

Antara bidang penulisan manuskrip Melayu yang sering diketengahkan ialah seperti bidang keagamaan yang terdiri daripada ilmu tajwid, fekah, tasawuf, akhlak dan sejarah manakala dalam bidang tradisi Melayu tempatan seperti hikayat, budaya dan perubatan.
                                         MANUSKRIP yang ditulis di atas papan.

                                         MANUSKRIP yang ditulis di atas daun nipah.

Manuskrip adalah nama yang diberikan kepada naskhah penulisan yang bertulis tangan. Manakala tulisan yang digunakan ialah Jawi.

Tulisan Jawi ialah tulisan yang diadaptasi daripada huruf-huruf Arab sebanyak 30 huruf dan Parsi sebanyak lima huruf bagi membentuk perkataan bahasa Melayu.

Bahan yang digunakan untuk menulis manuskrip Melayu ialah pen, dakwat dan kertas.

Pen yang digunakan oleh para penulis Melayu dahulu diperbuat daripada batang pelepah pokok resam.

Pokok resam ialah sejenis pokok daripada keluarga paku-pakis yang besar dan kebanyakannya tumbuh di kawasan hutan terutamanya di kawasan sejuk seperti di kawasan tanah tinggi.

Pelepah daun pokok resam diambil dan dibersihkan sebelum dipotong mengikut saiz dan mata pen yang diperlukan oleh penulis.

Bagi menghasilkan tulisan Jawi yang kemas, sudut potongan mata pen perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mudah pecah dan boleh digunakan untuk masa yang lama.

Selepas pen, bahan lain yang diperlukan ialah dakwat untuk menulis. Terdapat beberapa bahan digunakan sebagai dakwat seperti yang ditemui oleh para pengkaji manuskrip Melayu. Selalunya dakwat yang digunakan oleh penulis Melayu ialah hitam.

Bahan-bahan untuk menghasilkan dakwat ini terdiri daripada bahan daripada sumber alam semula jadi yang berada dalam dengan kehidupan masyarakat Melayu seperti; jelaga, arang dan dakwat sotong.

Jelaga juga penting dalam penggunaan cap mohor seperti yang diterangkan oleh Annabel Gallop (2012) dalam buku Lasting Impression - Seals from the Islamic World bagaimana salah seorang Undang Johol telah menggunakan lampu minyak tanah dan mengasapi cap mohor beliau bagi menghasilkan jelaga sebelum mengecap dokumen rasmi dalam satu majlis pada 1948.

Satu lagi bahan asas penting yang diperlukan untuk menulis ialah kertas. Dalam penulisan manuskrip Melayu, kertas yang digunakan bukan seperti kertas yang boleh didapati pada hari ini.

Kertas di alam Melayu di panggil deluang yang diperbuat daripada lapisan kulit pokok seperti mulberi yang diketuk sehingga leper selepas lapisan dalam kulit pokok tersebut direndam sehingga lembut.

Kertas ini mempunyai tekstur dan tahan lama. Selain daripada kertas deluang, bahan lain yang digunakan untuk menulis ialah seperti; kayu, daun nipah dan daun lontar.

Permukaan setiap bahan yang digunakan untuk menulis menggunakan dakwat dan pen perlulah licin dan tidak terlalu kesat kerana ia akan mengganggu penulisan dan tulisan yang dihasilkan tidak jelas dan sukar untuk dibaca.

Selain kertas deluang, kertas yang diimport dari negara luar terutamanya dari Barat seperti; Belanda, Perancis dan England. Kertas-kertas import ini kebanyakannya ditanda dengan cap perniagaan tersendiri yang dikenali sebagai tera air.

Sumber : utusan@bicara_agama 

Tuesday, December 25, 2012

Gambar Yang Buat Anda Kagum!

Perhatikan betul-betul gambar-gambar ini......kunjungi juga disini


.











..

Monday, December 24, 2012

Malaysia Negara Bertuah

Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mempunyai pengalaman melalui kehidupan sejak awal abad ke-19 apabila negara ini dikenali sebagai Malaya, menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah dalam banyak aspek.

Beliau, yang turut menerajui negara ini selama 22 tahun iaitu pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20, mengakui telah melihat banyak transformasi yang menakjubkan dan pencapaian yang cemerlang di negara ini.

Daripada pemerintahan British hingga negara mencapai kemerdekaan dan dari sebuah ekonomi pertanian kepada kepelbagaian teknologi tinggi, Malaysia melalui satu perubahan yang begitu lancar dari segi sosial, politik dan ekonomi.

Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai sejak sekian lama. Hanya mengalami tempoh gangguan dalam ketenteraman semasa pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia 11 dan kejadian 13 Mei, 1969.

Ini antara ucapan mengenai keamanan di Malaysia oleh Dr Mahathir di hadapan ahli Parlimen pada satu jamuan malam di sini baru-baru ini.

Selari
Dr Mahathir berkata, walaupun 'tuah' itu bukan perkara baru untuk diperkatakan namun ia harus sentiasa diperdengarkan agar 28 juta rakyat Malaysia khususnya generasi muda terus mempunyai alasan kukuh untuk sentiasa berbangga dan bersyukur betapa beruntungnya berpijak dan membina kehidupan di Bumi Malaysia.

Paling jelas adalah aspek peningkatan ekonomi yang menjadikan Malaysia dan rakyatnya kini hidup dalam zon selesa dan setanding dengan negara maju yang lain.

"Saya selalu buat bandingan di antara masa saya dan masa sekarang. Masa British dulu, 70 peratus rakyat Malaysia berada di bawah paras kemiskinan," katanya.

Namun kini keadaan jauh berbeza dan ia dijadikan satu ukuran yang jelas kepada rakyat untuk memahami sejauh mana kemajuan yang telah dicapai sejak Malaysia merdeka selama 55 tahun.

Beliau berkata kemajuan ekonomi Malaysia begitu menakjubkan terutama jika dibuat perbandingan dengan negara yang mencapai kemerdekaan hampir seusia Malaysia, contohnya, Uganda di Afrika.

"Uganda pernah dianggap oleh British sebagai lebih maju berbanding Malaysia, namun apabila saya berada di sana (Uganda), pemimpinnya bertanya, bagaimana Uganda sekarang ini ketinggalan sejauh 50 tahun berbanding kemajuan di Malaysia," katanya.

Banyak negara Eropah seperti Greece, Portugal dan Itali, yang terkenal sebagai pemegang ekonomi dunia, kini turut menghadapi krisis ekonomi.

Negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat, juga terpaksa melalui kemelesetan ekonomi dengan kadar pengangguran yang tinggi.

Malaysia terus maju
Jelasnya, meskipun Malaysia memiliki tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India serta 29 suku kaum Sabah dan Sarawak, yang mempunyai anutan agama, mazhab dan ideologi politik yang berbeza rakyatnya dapat hidup harmoni tanpa sebarang rusuhan yang memudaratkan.

Dr Mahathir berkata keadaan yang bertentangan pula berlaku di kebanyakan negara yang berbilang kaum dan puak seperti di Pakistan, Iraq dan Afghanistan, yang mana berlaku rusuhan antara kaum dan antara puak yang mempunyai fahaman dan mazhab yang berlainan seperti Sunil dan Syiah.

"Di sebelah Timur Tengah juga kita dapati negara Arab berada dalam keadaan kucar-kacir, sudah ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan Libya, Mesir bahkan usaha juga sedang dibuat untuk menjatuhkan Syria dan Bahrain.

"Bahkan di negara Asean seperti Thailand dan Filipina juga menyaksikan berlakunya tunjuk perasaan dan rusuhan di jalanan," katanya.

Kedudukan geografi
Dr Mahathir berkata bertuahnya rakyat di Malaysia bukan sahaja kerana ekonomi dan penyatuan keharmonian rakyatnya malahan bumi indah ini berada dalam kedudukan geografi yang semulajadinya bebas daripada bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan dan letusan gunung berapi.

"Kita juga harus bersyukur di sebelah timur kita terdapat angin yang cukup kencang tetapi kita dilindungi oleh Filipina, di sebelah barat ada Tsunami tetapi Sumatera menjadi tembok melindungi Malaysia," katanya.

Bahkan Malaysia boleh mendirikan menara ketiga tertinggi di dunia iaitu menara KLCC dengan kos hanya RM3 bilion berbanding negara lain yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendirikan menara seumpama itu kerana mempunyai ancaman bencana gempa bumi.

Justeru Dr Mahathir berkata di atas segala faktor itu, rakyat Malaysia diharap mengekalkan kesinambungan keharmonian negara dengan hidup secara rukun dan bersatu padu dan sentiasa berusaha menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dengan cara rundingan dan persaingan yang tertib.

Beliau yang meluahkan kegembiraan menyaksikan pencapaian Malaysia kini turut optimis sekiranya keharmonian dan kemajuan negara yang dikecapi dikekalkan, Malaysia akan terus berkembang pesat sehingga mencapai matlamat wawasan 2020 dan bahkan untuk seterusnya.- Bernama

Sunday, December 23, 2012

Menikmati Keintiman Dengan Pasangan Lebih Tua

MEMILIKI pasangan yang usianya jauh dari anda? Tak perlu bimbang memikirkan urusan berkaitan intim dengannya. Panduan ini dapat menjayakan kehidupan seksual anda.

Menjalin hubungan dengan sosok yang usianya lebih matang bukan sebuah persoalan. Tidak saja dalam soal berkomunikasi, tapi juga urusan seksual. Kuncinya, anda hanya perlu santai dalam melaluinya sehingga semuanya dapat berjalan lancar.



Perhatikan perbezaan pandangan yang mungkin muncul
Perbezaan usia tentu mendatangkan warna berbeza dalam pandangan anda tentang seksualiti. Namun, hal ini tidak menjadi masalah, asalkan anda dapat melepaskan semua jurang tersebut dengan pasangan. Di mata lelaki, biasanya seks diertikan sebagai hubungan fizikal semata-mata. Sementara bagi wanita, seks menjadi salah satu keterikatan fizikal dan emosional.

Kematangan usia biasanya membawa kesan pada pengalaman hidup dan tingkat kematangan seseorang. Hal ini yang kemudian membawa perbezaan pendapat di mana usia matang jauh lebih bijaksana dalam memandang sesuatu hal.

Pengaruh hubungan masa lalu
Wanita matang mungkin akan sedikit canggung saat mendapatkan lelaki yang lebih muda darinya, terutama ketika dirinya baru bercerai dan memutuskan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang menyukainya.

Namun, hal tersebut bukan jadi sebuah masalah kerana setiap orang mempunyai masa tersendiri untuk melarikan hubungannya di masa lalu. Yang perlu diperhatikan ialah apakah waktu tersebut tepat untuk dijalani sehingga tidak menimbulkan kesan negatif dengan pasangan baru anda.

Nikmati hubungan anda
Bagaimanapun hubungan yang terjalin selama ini, hal terpenting untuk dilakukan yakni menikmati hubungan tersebut apa adanya. Jika anda tertarik dengan lelaki yang lebih muda, ertinya anda menyedari akibat dan cabaran yang muncul di balik hal tersebut. Intinya, fahami bahawa anda boleh selesa menjalin hubungan dengannya. Hilangkan ketakutan panjang, baik soal fizikal atau hal apa pun di hadapannya. Luangkan masa untuk mengenal satu sama lain sehingga terjalin hubungan fizikal dan emosional secara lebih menyeluruh. Hasilnya, hubungan intim pun dapat tercipta dengan maksimum.

Anonymous

Saturday, December 22, 2012

Semarak Keintiman

Ada ketikanya anda mungkin cukup bernasib baik kerana mudah membina hubungan mesra dan intim dengan pasangan sama ada suami atau isteri mahupun kekasih.

Ia nampak seperti satu hubungan yang sempurna, hangat dengan perbualan tanpa perlu bersusah-payah mencari topik yang serupa, berkongsi rahsia dan penuh kepastian bahawa anda berdua akan terus bersama untuk jangka masa yang panjang.

Bagaimanapun tidak semua perhubungan bermula dengan ikatan sekukuh itu dan tidak semua hubungan mesra serta intim mampu dikekalkan untuk jangka masa panjang.

Perhubungan memerlukan usaha dan ada perkara-perkara yang anda perlu lakukan untuk meningkat kemesraan dan keintiman. Berikut beberapa tip yang mungkin boleh diberi perhatian.

Cari minat yang serupa dan lakukannya bersama-sama
Mengikut kajian, kebanyakan perkahwinan berakhir dengan perceraian pada tempoh lapan tahun pertama. Kajian juga mendapati bahawa selepas tempoh tujuh tahun pasangan akan mula bosan dengan perhubungan mereka. Ketika itu hubungan menjadi renggang dan masing-masing mula kurang berpuas hati terhadap perkahwinan mereka.

Bunuh perasaan bosan itu sebelum ia menjadi 'barah' dengan cara berkongsi pengalaman antara satu sama lain.

Apa persamaan minat yang anda berdua miliki? Kongsi minat tersebut dengan melakukan aktiviti bersama. Ia bukan saja untuk merapatkan lagi hubungan bahkan anda akan berkongsi pengalaman dan gurau-senda bersama.

Ketawa bersama
Ketawa sebenarnya berjangkit. Ini kerana apabila kita mendengar orang ketawa, otak kita secara automatik mahu turut terbabit dalam situasi tersebut.

Berdasarkan beberapa kajian, termasuk kajian di Institute of Cognitive Neuroscience, University College London, kita secara semula jadi akan meniru gerak dan ekspresi wajah orang yang bercakap dengan kita, termasuk ketawa.

Kita akan ketawa apabila mendengar jenaka yang kelakar, ketika sedang bermain, ketika digeletek dan sebagainya.

Bagaimanapun ketawa bukan saja tanda kita memikirkan sesuatu yang kelakar, ia juga salah satu cara kita mengukuh ikatan dengan orang lain.

Ketawa merupakan sesuatu yang universal dan pengubat duka, jadi pergilah menyaksikan filem-filem komedi ketika bertemu janji bukan saja ketawa anda akan membuatkan mood anda bertambah baik bahkan ia mungkin meningkatkan lagi ikatan perhubungan anda.

Jadilah seorang yang sentiasa menyokong
Dalam satu kajian selama lima tahun oleh penyelidik dari Universiti Iowa Amerika Syarikat, mendapati pasangan yang baru berkahwin memberi empat jenis sokongan yang mereka labelkan sebagai:
   1.Sokongan fizikal dan emosional - berkongsi dan mendengar selain berpegang tangan dan berpelukan.
   2.Hormat - Menawarkan sokongan sebagai penghormatan dan keyakinan diri.
   3. Informational - memberi nasihat secara umum
   4.Tangible - membantu dengan tanggungjawab tambahan atau menyelesaikan masalah

Rahsianya ialah memberi bentuk dan tahap sokongan yang betul sebagaimana diperlukan. Tiada siapa yang suka jika mereka berasa seolah sentiasa diarah atau diperintah oleh pasangannya.

Setiap orang mempunyai idea berbeza mengenai bentuk dan jumlah sokongan yang diperlukan. Jadi pastikan pasangan anda tahu anda sentiasa berada di sisinya untuk menyokong dalam apa juga keadaan termasuk kewangan.

Menerima seadanya tanpa syarat
Memang mudah untuk terbabit dalam perhubungan dengan idea bahawa anda mampu mendorong pasangan untuk berubah - walaupun kecil - untuk menjadi seperti yang anda ingini.

Bagaimanapun idea tersebut tidak selalunya realistik atau adil untuk pasangan anda.

Biarpun apa yang anda ingin ubah itu perkara kecil seperti meminta pasangan memotong rambut atau meminta pasangan meminati kumpulan muzik yang anda minati atau meminta pasangan berhenti memakai baju yang anda tidak sukai, semua itu mampu menjadi halangan kepada keintiman hubungan anda.

Terimalah pasangan seadanya. Penerimaan datang seiring dengan dorongan untuk pasangan berkongsi perkara-perkara yang peribadi dan intim seperti impian, perasan dan sejarah hidupnya.

Memanglah ada masa apabila perubahan itu perlu dan penting seperti meminta pasangan berhenti merokok kerana tabiat tersebut menjejaskan kesihatan, tetapi permintaan itu mestilah berasaskan kepada percaya dan menerima bukannya mengkritik dan menilai.

Beri perhatian
Keintiman secara mental, emosional dan fizikal dengan pasangan anda bermula dengan anda mendengar apa yang dia perkatakan dan beri perhatian kepada segala tindakannya.

Bunyinya seperti mudah, tetapi sebenarnya tidak. Untuk beri perhatian sepenuhnya anda perlu menolak perkara lain ke tepi daripada keributan kerja hingga kepada senarai apa yang hendak dimasak untuk makan malam.

Ketepikan semua hal peribadi anda dulu dan dengarlah apa yang ingin disampaikan oleh pasangan anda.

Ketika mendengar luahannya, pandang mata pasangan anda, senyap ketika dia sedang berkata-kata dan apabila anda menyuarakan pandangan nadanya biar nampak anda benar-benar prihatin dan mengambil berat.

Kekalkan pandangan mata
Mata adalah jendela hati atau mungkin juga mata jendela keintiman. Ketika anda memandang mata pasangan anda dari seberang meja, anda bukan sekadar memberi perhatian tetapi sebenarnya anda meluahkan keintiman anda.

Pandangan mata adalah komponen penting tentang bagaimana kita bersosial dengan orang dan ia adalah salah satu perkara penting dalam mencetuskan hubungan intim dan romantik atau sebaliknya.

Komunikasi dari mata ke mata bersifat lembut, dan penegasan secara senyap (non-verbal) bahawa anda amat penting bagi pasangan. Pandangan mata memperlihatkan rasa percaya dan terbuka.

Pastikan anda 'ada' ketika bersama pasangan
Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh membahayakan, tetapi ia juga boleh membuatkan hubungan kekeluargaan anda berisiko.

Ini sebabnya. Menggunakan telefon bimbit nampak seperti perkara sangat penting, tetapi sebenarnya ia mengurangkan 'keberadaan' anda bersama pasangan.

Apabila anda membuat pelbagai kerja pada satu masa - contohnya memandu dan bercakap di telefon - anda tidak menumpukan kepada perbualan dan tidak dapat menangkap isu-isu penting yang dibualkan yang boleh membawa kepada salah faham serta membuatkan pasangan terasa seperti disisihkan dan terluka.

Anda membahagi masa antara telefon, jalan raya dan perbualan. Untuk membina dan mengekalkan keintiman, pilih salah satu pada satu-satu masa.

Jadi cuba fikirkan, adakah iPhone lebih mendapat perhatian berbanding pasangan anda? Adakah anda bekerja apabila telefon berbunyai sedangkan ketika itu anda sedang makan dengan pasanga? Adakah anda membawa BlackBerry ke bilik tidur? Jika semua jawapannya ya, anda mungkin perlu mematikannya untuk memberi lebih perhatian kepada perhubungan anda.

Sumber : keluarga@utusan

Friday, December 21, 2012

Berhati-Hati Pinda Kanun Rogol Statutori

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara mandatori kepada sesiapa yang disabitkan dengan kes rogol statutori.

Seperti mana yang dilaporkan, Jabatan Peguam Negara telah menasihatkan bahawa Seksyen 376 Kanun Keseksaan perlu dipinda supaya hakim-hakim tidak lagi boleh menjalankan kuasa budi bicara untuk mengurangkan hukuman atas kesalahan rogol statutori.

Ketika ini, undang-undang membenarkan hakim menguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah untuk menjatuhkan hukuman berdasarkan budi bicara mereka.

Beliau telah menyatakan bahawa hukuman penjara mandatori akan dikenakan kepada semua perogol apabila pindaan tersebut telah dibentang dan diluluskan pada sesi Parlimen akan datang.

Seksyen 376 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa mereka yang disabitkan dengan rogol, termasuk mengadakan hubungan seks dengan mereka yang di bawah umur 16 tahun, hendaklah dipenjara selama tidak kurang daripada lima tahun, dan tidak lebih daripada 20 tahun, serta boleh dikenakan sebatan .

Rogol statutori adalah satu kesalahan yang sangat serius dan perlu dilihat sebagai kesalahan yang sangat berat.

Berdasarkan maklum balas orang ramai terhadap cadangan kerajaan, tidak timbul sebarang keraguan bahawa mereka mahu melihat hukuman yang berat dikenakan terhadap pesalah.

Memandangkan hakikat terdapat kira-kira 6,000 kes rogol statutori yang dilaporkan di antara 2007 dan 2012, yang secara purata menggambarkan sekurang-kurangnya empat kes berlaku setiap hari, adalah menjadi kewajaran untuk kita mengambil tindakan yang lebih berat terhadap pesalah.

Banyak kes ini melibatkan ahli keluarga mangsa, termasuk bapa mereka sendiri.

Walaupun saya menyokong supaya diambil tindakan yang keras terhadap perogol yang disabitkan dengan kesalahan, saya juga ingin melihat bahawa sebarang pindaan yang akan diperkenalkan perlu dikaji dengan teliti dan berdasarkan keadilan sebelum diluluskan di Parlimen.

Baru-baru ini sepasang ibu bapa memaklumkan kepada saya beberapa isu penting serta meluahkan kebimbangan terhadap cadangan pindaan kanun rogol statutori yang saya ingin kongsikan bersama Menteri berkenaan.

Ibu bapa berpendapat bahawa:
-Undang-undang rogol statutori juga perlu melihat latar belakang pengadu (gadis) dan juga melihat kepada rentetan peristiwa yang membawa kepada aktiviti seksual. Ini adalah dua elemen penting yang boleh terlepas pandang oleh penggubal undang-undang apabila mereka memutuskan untuk meminda dan meluluskan undang-undang.

-Penggubal undang-undang juga perlu melihat apakah langkah-langkah pembetulan yang boleh diambil bagi kes-kes di mana kedua-dua pihak adalah di bawah umur dan telah membuat kesilapan.

-Dalam kes di mana kedua-dua pihak adalah di bawah umur yang tidak melibatkan unsur-unsur kekerasan, penipuan dan paksaan, prosiding jenayah adalah langkah terakhir jika perlu diambil terhadap mereka, sebaliknya mereka harus dihantar untuk khidmat kaunseling dan diberi peluang kedua. Kita tidak harus menafikan masa depan yang cerah dengan menghantar mereka ke penjara kerana satu kesilapan yang dibuat dalam proses pembesaran.



Pendekatan undang-undang atau pengunaan Kanun Keseksaan perlu dilihat untuk melindungi gadis-gadis muda daripada dipaksa, ditipu dan dimanipulasi oleh rakan-rakan dan orang dewasa termasuk ahli keluarga mereka.

Kesilapan yang dibuat oleh anak-anak yang masih mentah dalam proses pembesaran tidak perlu terus dikaitkan dengan undang-undang baru. Ia perlu ada satu garis panduan yang jelas membezakan di mana undang-undang terpakai.

Tidak ada satu kes jenayah yang serupa. Setiap kes mempunyai merit dan keganjilanya yang tersendiri. Hakim adalah orang yang terbaik untuk mengenal pasti dan menilai merit dan keganjilannya.

Di sebalik kebimbangan saya tentang betapa seriusnya kes rogol statutori, pandangan yang dinyatakan oleh ibu bapa berkenaan adalah satu pandangan yang rasional dan perlu diteliti oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Oleh : Tan Sri Lee Lam Thye

Thursday, December 20, 2012

Kehebatan ATM Diakui PBB

TERLIBAT dalam menjayakan beberapa misi pengaman di wilayah bergolak antaranya di Lebanon, Afghanistan dan Mindanao, Filipina, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semakin dipandang tinggi pelbagai pihak termasuk badan dunia, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berkhidmat penuh cemerlang, ATM bukan hanya bermegah dengan nota-nota pujian malah gerak kerja serta pendekatan yang diketengahkan mula mendapat perhatian dan dicontohi negara-negara luar.

Usah dibilang pengiktirafan-pengiktirafan yang dikalungkan oleh dunia, kekuatan serta pengalaman ATM dalam misi-misi pengaman di pentas antarabangsa, baik sekarang atau misi-misi terdahulu, bukannya kecil tetapi hadir sebagai satu pasukan yang dihormati.

Mengambil contoh penglibatan ATM dalam misi Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Malcon ISAF) di Afghanistan, biarpun perkhidmatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di negara bergolak itu bakal berakhir, ATM ditawarkan untuk terus berada di sana.

Perkara itu sememangnya mendapat permintaan tinggi daripada rakyat Afghanistan selepas melihat rekod baik pasukan ATM terutama permintaan untuk memperbesarkan kemudahan perubatan ke tahap kedua.

Hal sedemikian diakui sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah menerima pelawaan berkenaan daripada Kementerian Pertahanan Afghanistan serta NATO, baru-baru ini.

Alasannya cuma satu iaitu Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menyediakan pasukan doktor dan pembantu perubatan wanita untuk menjalankan khidmat perubatan kepada kaum wanita di sana yang tidak selesa jika menerima rawatan daripada pegawai berlainan jantina.

Lebih membanggakan, 'sentuhan' dan kerja kuat pasukan perubatan berkenaan berjaya mencipta rekod apabila kadar kematian bayi dan wanita mengandung khususnya di kawasan Bamiyan berada pada tahap sifar.

''Di Bamiyan, kita menyediakan transit untuk menempatkan wanita-wanita mengandung beberapa hari sebelum tarikh bersalin.

''Transit yang disediakan merangkumi pelbagai aspek penjagaan dan perubatan khusus untuk golongan tersebut. Dengan itu, ia telah berjaya mengawal kadar kematian bayi sewaktu bersalin. Ini contoh kejayaan ATM,'' kata Ahmad Zahid.

Pendekatan tersebut, jelas beliau, 'diintai' pasukan pengaman lain yang bercadang mengambil pendekatan sama dengan menyediakan pasukan perubatan wanita.

Begitu juga dengan pelaksanaan program Jiwa Murni yang sedikit sebanyak mendekatkan Malaysia di hati rakyat Afghanistan.

Program itu antara lainnya membabitkan anggota ATM dengan pelbagai projek seperti menggali perigi dan bekalan air, membina pusat asuhan kanak-kanak serta membaiki masjid dan sekolah.

ATM mula menghantar pasukan ke Afghanistan di bawah panji-panji NATO di bumi Bamiyan sejak 2010 dan dijangka berakhir pada 2014.

Beralih ke wilayah Mindanao, Filipina pula, penyertaan ATM dalam Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) turut memahat memori berharga dengan pelawaan untuk terus 'bertapak' menjalankan misi bagi memastikan proses damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berjalan lancar.

Bukan hanya permintaan itu datang daripada Presiden Filipina, Benigno Aquino III tetapi permintaan sama dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu.

Peranan pasukan tersebut dalam mewujudkan keamanan di wilayah berkenaan diakui menjadi faktor kepada kemakmuran kawasan sekitar Mindanao terutama dari segi perniagaan dan pelbagai bentuk pembangunan lain.

Melangkaui sempadan benua, peranan ATM menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengiringi kapal-kapal dagang berkepentingan negara di Teluk Aden, Somalia membuktikan kemampuan pasukan keselamatan negara dalam membendung kegiatan lanun.

Walaupun berdepan lanun yang berada nun jauh daripada perairan negara, kerjasama strategik TLDM dan MISC Bhd. mengharumkan nama negara apabila ia dijadikan contoh kelompok maritim dunia.

''Sejak melaksanakan operasi di Teluk Aden, lanun-lanun Somalia berjaya ditangkap dan tiada sebuah pun kapal dagang negara mendapat ancaman lanun. Ini sekali lagi membanggakan apabila tentera luar turut mengikut jejak langkah kita,'' ujar Ahmad Zahid yang cukup berbangga dengan kehebatan pahlawan-pahlawan negara di pentas antarabangsa.

Tidak cukup dengan lanun di perairan berkenaan, kerjasama kukuh antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), TLDM dan pelbagai agensi penguatkuasa maritim termasuk dari Indonesia, Singapura dan Thailand telah berjaya mengekang aktiviti lanun di Selat Melaka.

Dengan kehadiran aset terbaharu TUDM menerusi helikopter pengangkut jarak jauh, Eurocopter EC725 bagi menggantikan Sikorsky S61A-4 Nuri yang telah digunakan sejak 1968, perkara itu sudah pasti akan meningkatkan lagi kekuatan pertahanan udara negara.

Selain itu, pemilikan helikopter enjin berkembar daripada keluarga Super Puma atau Cougar itu dapat memantapkan lagi tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR), logistik dan keupayaan tempur ATM secara amnya.

Tidak dilupakan misi-misi pengaman lain termasuk penyertaan ATM dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Lebanon (UNIFIL) yang berkorban apa sahaja demi memastikan keamanan sejagat.

Sumber : rencana@utusan

Wednesday, December 19, 2012

Mengapa Payudara Selalu Menggoda Lelaki?

WAJAH memang menjadi daya tarikan lelaki apabila melihat wanita. Namun di luar itu, payudara menjadi bahagian vital yang membuat lelaki tergoda.

Banyak wanita sibuk memercantik wajah dan melupakan keindahan payudara. Padahal, aset ini menjadi bahagian penting yang boleh memenangi perhatian lelaki. Bahkan, bahagian seksi itu pun tidak hanya membuat mereka terlena tapi juga ghairah. Berikut ini beberapa alasan yang menyebabkan payudara selalu menggoda lelaki......

-Payudara bertindak balas sentuhan. Ketika bahagian ini disentuh maka hasrat wanita pun membara. Itu sebabnya lelaki suka menyentuh payudara.

-Bergoncang. Saat berjalan atau bahkan berlari, bahagian ini akan bergoncang-goncang. Dan lelaki sangat senang menikmati pemandangan ini.

-Sangat menyenangkan bermain di kawasan ini mengingat tidak hanya sensitif tapi juga membuat lelaki terangsang dengan mudah.

-Cara mudah merangsang wanita. Ketika bahagian ini disentuh, ghairah wanita dengan mudah menyala. Tak hairan jika lelaki pun suka menjelajah kawasan tersebut.

Anonymous

Monday, December 17, 2012

Hadi Awang Didesak Tarik Balik Amanat.

Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani (gambar) berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak,puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.

“Keimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik”.

“Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.

“Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir,” katanya kepada Utusan Malaysia, disini hari ini.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa saja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam ada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ termasuk ‘tuduhan wajib’ seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

“Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas,” katanya

Sumber : Politik@utusan

Jangan Buru-Buru Intercourse....Bercumbulah !

MEMILIKI pengalaman bercinta yang hebat perlu bermula sejak awal. Kuncinya ialah menjadikan cumbuan dahsyat bersamanya. Setiap pasangan tentu mahukan kehidupan seksual yang menakjubkan.

Untuk mewujudkan keinginan tersebut, memaksimumkan masa yang ada sebaik mungkin menjadi perkara yang perlu dilakukan. Salah satu usaha yang boleh ditempuh ialah melakukan cumbuan semaksima mungkin. Khususnya bagi lelaki, jangan tergesa-gesa masuk ke babak utama. Selain itu, wanita menyukai tempoh cumbuan panjang yang membuat ghairahnya menyala sempurna. Ikuti tip berikut jika ingin meraih seks dahsyat dengan pasangan, seperti dilontarkan oleh The intimate couple.

Manfaatkan masa dengan baik
Hal yang paling menyenangkan dalam hidup ialah menjalaninya secara perlahan. Oleh itu, manfaatkan masa dengan baik ketika sesi cumbuan . Lelaki boleh mula membuka busana pasangan secara perlahan, lalu membelai pipinya, lengan, dan bahu. Lalu, daratkan ciuman perlahan di bibir, pipi, leher dan wajahnya. Atur kelajuan gerak anda dan jangan berhenti atau berusaha mempercepatkan. Sekurang-kurangnya lakukan 20 minit dengan perlahan gerakan cumbuan pasangan.

Perhatikan kenikmatan pasanagn
Hal penting yang perlu diingat ialah bagaimana mencipta kenikmatan pasangan. Berikan ciuman lembut yang boleh memberi semangat maksimum untuknya. Komunikasikan dengan isteri anda mengenai hal apa yang membuatnya lebih berghairah. Tanyakan apakah anda perlu mengulang sentuhan, ciuman, belaian, dan sebagainya. Bicaralah dengan lembut dan dengarkan keinginannya.

Anonymous

Saturday, December 15, 2012

Indahnya Jika Negara Amalkan Politik Kasih Sayang

MEMBACA dengan teliti tulisan Jamal Rafaie Dot Com dalam ruangan forum Utusan Malaysia, baru-baru ini, "Indah hidup jika Melayu bersatu" membawa kita kepada beberapa kesimpulan menarik berhubung dengan perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan seterusnya memberikan kesan besar kepada umat Islam keseluruhannya di Malaysia.

Sejarah perpecahan bangsa Melayu sudah bermula sekian lama, iaitu sebelum kedatangan penjajah tetapi bentuknya masih belum sampai ke tahap yang serius sebagaimana berlaku sekarang.

Dalam konsep sistem berkerajaan yang diwarisi daripada peradaban Hindu, meskipun berlaku perpecahan faktor setia dan taatkan kepada pemimpin akhirnya membawa kepada penyatuan semula sehinggalah muncul pelbagai watak dari dalam yang mempunyai pelbagai agenda dan kepentingan diri.

Dalam sejarah Melayu tercatat watak Si Kitul yang berpura-pura menunjukkan ketaatan kepada sistem dan dalam masa sama cuba memporak-perandakan sistem yang telah diterima sebagai punca kekuatan politik Melayu.

Sikap Si Kitul yang terpengaruh dengan janji pihak tertentu menyebabkan dia sanggup lakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pemimpin dengan cara mengkhianati kepercayaan dari dalam dengan mengelirukan ramai orang.

Perkembangan ini semakin membuak-buak apabila kita melihat perkembangan politik semasa sehingga bahasa politik yang digunakan tidak lagi mencerminkan "bahasa jiwa bangsa", kerana dipenuhi retorik dan kata-kata kesat dan maki hamun.

Dengan mengambil sempadan politik selepas PRU ke-12 misalnya, rakyat Malaysia menemui terlalu banyak 'ayat-ayat songsang' dan 'tingkah politik keterlaluan' sehingga boleh memberikan semula keyakinan sesetengah orang bahawa politik itu benar-benar kotor.

Masyarakat Malaysia mungkin tidak akan lupa sampai bila-bila bagaimana seseorang yang dilabelkan sebagai berpendidikan agama atau dikenali sebagai ulama sanggup menjadikan politik maki hamun sebagai kaedah berkesan mengumpul pengaruh dengan mengatakan bahawa mereka sahajalah yang memperjuangkan Islam manakala orang lain membuang Islam.

Atas generalisasi itulah ulama itu kemudiannya melebarkan sayap kuasa yang kemudiannya membuat kesimpulan bahawa kerana merekalah yang memperjuangkan Islam, maka setiap orang yang menyokong perjuangan tersebut akan mendapat pahala dan pahala itulah yang membawa manusia bakal ditempatkan di syurga.

Persoalan syurga adalah ditentukan oleh Allah SWT dan bukannya ditentukan oleh manusia. Allah SWT menetapkan mereka yang bakal diberikan peluang untuk menghuni syurga ialah golongan beriman, tidak mempersekutukan Dia, sentiasa berbuat baik (bukan memaki hamun, memfitnah dan menyeru kepada perpecahan), rendah diri dan menjauh sifat sombong dalam hidup (termasuk mendabik dada kononnya diri sendirilah yang terbaik, terhandal dan paling beriman).

Baru-baru ini Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah negara yang paling selamat untuk dikunjungi dan paling aman untuk dilawati. Apakah maknanya semuanya ini jika bukan kerana perjuangan kelompok nasionalisme yang dituduh "membuang Islam" tentunya Islam tidak akan muncul dan berkembang dengan baik. Bukankah Malaysia sudah diakui sebagai sebuah negara Islam moderat yang paling pesat berkembang dan menjadi model oleh negara-negara Islam lain?

Persoalan inilah nampaknya ingin dikelirukan oleh kelompok yang berjuang atas nama agama dengan mengetepikan keindahan hidup sebagai rakyat Malaysia yang bertunjang budaya Melayu. Orang Melayu juga adalah kumpulan bangsa yang unik, kerana mentakrifkan Melayu itu mestilah diikatkan dengan Islam. Inilah keunikannya apabila secara lahiriah mereka yang 'masuk Melayu' itu bukan berasal dari nilai Melayu, tetapi kerana orang itu telah memeluk Islam, hidup bersama dan mengamalkan budaya Melayu, maka dengan mudahnya orang itu dikatakan sebagai Melayu.

Tetapi, jika seseorang itu tidak beragama Islam walaupun rupanya mirip Melayu dan hidup bersama orang Melayu, ia tidak diterima sebagai orang Melayu. Maknanya, Islam di Malaysia menjadi subur dan kuat kerana ia dikaitkan dengan orang Melayu. Oleh itu, apabila ada gesaan untuk membenarkan orang Melayu menjadi murtad, orang Melayu juga akan menentangnya kerana ia dilihat bertentangan dengan kehendak agama.

Secara jelasnya, keindahan budaya Melayu adalah kerana meletakkan kasih sayang sebagai air sungai yang mengalir dan membajai seluruh kehidupan. Ini sesuai dengan kehendak Islam kerana itulah Islam dikenali sebagai agama yang menyemai sifat kasih sayang sesama manusia sehingga menjadikan setiap orang adalah bersaudara.

Konteks inilah seharusnya diterjemahkan dalam politik kasih sayang, dan bukannya melihat, mereka yang berjuang atas prinsip nasionalisme sebagai kafir, taghut, 'membuang Islam' dan pelbagai kecaman yang boleh meruntuhkan bangsa dan agama.

Pola politik sedemikian semakin berkembang kerana golongan yang mendakwa dirinya sebagai ulama semakin menumpulkan ketajaman inteleknya dengan penterjemahan politik sempit dan kongkongan ideologi.

Tuduhan bahawa kelompok nasionalisme itu telah 'membuang Islam' sebenarnya keterlaluan kerana penuduh itu sendiri yang melakukan penafian untuk melihat politik budiman dan kasih sayang. Mereka itulah sebenarnya mencetuskan pola-pola perpecahan sehingga lahir kelompok eksklusif dalam kalangan mereka dan tidak boleh bercampur gaul, kerana baunya boleh menyebabkan terkeluarnya iman seseorang.

Tidak ada sesuatu pun yang perlu dimonopoli, kerana kasih sayang adalah nilai universal yang bertunjangkan asas kemanusiaan dan saling percaya dengan sempadan agama dan keteladanan diri.

Itulah sebabnya peribadi Nabi Muhammad SAW menjadi contoh penerapan kasih sayang yang terbesar dalam sejarah manusia, kerana baginda tidak pernah berdendam dengan sesiapa pun tidak seperti kelompok Islamisme yang sedang giat menimbulkan kekeliruan demi meraih sokongan dan pengaruh.

Kemenangan dan kekalahan itu adalah anugerah, maka jika kalah dalam perjuangan ia adalah satu petunjuk bahawa ia belum cukup kuat dan bukannya kerana ada pihak lain yang melakukan kekasaran. Kalau menang, bukan pula bermakna 'menang dapat semua, yang kalah hilang segalanya'.

Natijah itulah sebenarnya yang hendak dirungkaikan oleh Jamal Rafaie Dot Com menerusi tulisannya yang sepatutnya dijadikan bahan perbincangan bagi menjernihkan situasi politik di Malaysia yang diserabutkan dengan politik balas dendam dan matlamat menghalalkan cara.

Oleh : Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Friday, December 14, 2012

Wajah Islam di Indonesia dan Malaysia

MALAYSIA dan Indonesia ialah dua negara berjiran yang ibarat saudara kandung. Kedua-duanya penduduknya majoriti beragama Islam dan dari rumpun Melayu. Walaupun masyarakatnya banyak persamaan, namun majoriti ulama dan rakyat Indonesia tidak mahukan ‘Negara Islam’ sedangkan ramai ulama dan sebahagian masyarakat Islam di Malaysia menuntut didirikan ‘Negara Islam’ dan melaksanakan hudud. Mengapa begitu?

Hujung minggu lepas, Haji Agus Sunyoto, seorang ahli sejarah dan pensyarah falsafah di Universitas Brawijaya di Malang, datang ke Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan ketua Lesbumi iaitu Lembaga Seni Budaya Muslim Indonesia, di bawah Nahdlatul Ulama, sebuah pertubuhan Islam terbesar di Indonesia.

Pak Agus Sunyoto berkongsi ilmu di sebuah forum anjuran Sisters in Islam, mengenai sejarah pengembangan Islam di Tanah Jawa, Indonesia.

Menurutnya, Islam di Indonesia hanya berkembang luas pada abad ke 14 dan 15, dan antara pengembang Islam yang penting di Tanah Jawa ialah para ulama berasal dari Champa, Vietnam. Di Indonesia dan juga Malaysia, pendakwah-pendakwah tersebut dikenali sebagai Wali Songo (Wali Sembilan) manakala di Mindanao, mereka dikenali sebagai Wali Pitu (Wali Tujuh). Ada ulama Wali Songo, seperti Syeikh Datuk Abdul Jalil yang dikenali sebagai Syeikh Siti Jenar, berasal dari Melaka dan Sunan Kalijaga juga berguru di Pulau Upih, Melaka.

Mesra budaya dan pejuang hak rakyat berbilang agama
Menurut Pak Agus, antara sebab utama masyarakat tempatan waktu itu sudi menerima ajaran Islam yang diperkenalkan oleh para Wali Songo ialah kerana para ulama Wali Songo dapat memahami cara hidup dan amalan budaya masyarakat tempatan. Mereka menggunakan hikmah dan budi bicara yang lembut serta bersikap terbuka terhadap kepelbagaian budaya masyarakat tempatan.

Beberapa ulama Wali Songo seperti Sunan Bonang ialah orang-orang yang mula sekali memperkenalkan musik gamelan dan pertunjukan wayang kulit di Indonesia dan juga Malaysia, yang mereka gunakan sebagai alat penyampai dakwah.

Masyarakat tempatan waktu itu juga tertarik dengan ajaran Wali Songo seperti Syeikh Datuk Abdul Jalil yang dikenali sebagai Syeikh Siti Jenar, kerana beliau menentang penindasan dan ketidakadilan. Dengan berasaskan konsep tauhid iaitu mengakui bahawa tiada yang berhak disembah melainkan Tuhan, Syeikh Siti Jenar telah merubah struktur masyarakat agar rakyat jelata tidak dieksplotasi dan ditindas oleh pihak Istana. Beliau telah mengangkat darjat rakyat sebagai anggota masyarakat yang berdaulat dan yang mempunyai hak-hak penuh sebagai manusia.

Salah seorang ulama Wali Songo bernama Sunan Ja’far Shodiq atau dikenali sebagai Sunan Kudus. Sunan Kudus telah melarang umat Islam di daerah Kudus, Jawa Tengah, dari makan daging lembu bagi menghormati penganut agama Hindu yang ramai di Kudus waktu itu. Fatwa beliau telah diteruskan sebagai tradisi oleh sebahagian masyarakat Kudus sehingga kini.

Nahdhatul Ulama dan Gus Dur
Sejarah Wali Songo membuatkan kita bertanya apakah peranan dan cara ulama masakini, terutamanya di Malaysia. Apakah mereka berdakwah dengan lemah lembut, atau dengan cara keras dan caci maki? Apakah mereka menjadi tokoh penaung kesenian dan adat budaya tempatan, atau apakah mereka yang malah mahu mematikan kesenian dan budaya tempatan? Apakah mereka menjadi tokoh yang menggalakkan umat Islam untuk menghormati agama lain atau adakah mereka yang malah menghasut masyarakat agar menghina dan membenci agama lain? Apakah mereka pejuang keadilan dan lantang menentang penindasan di kalangan masyarakat, atau apakah mereka tidak ambil peduli?

Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU) masih terus menggunakan pendekatan yang dilakukan oleh para Wali Songo. Bekas ketua NU (yang juga mantan Presiden Indonesia), Abdur Rahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur, merupakan ulama besar yang tegas mempertahankan hak asasi manusia termasuklah dalam isu kesetaraan gender, melindungi golongan-golongan minoriti, yang lemah dan terpinggir serta memastikan hak penganut-penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain, sentiasa terjamin. Gus Dur juga tegas mempertahankan agar kesenian dan budaya tempatan terus dilestarikan.

Yang menarik sekali, Nahdlatul Ulama dan Gus Dur dengan tegas menolak konsep ‘Kerajaan Islam’ (atau Islamic State) dan menolak pelaksanaan hudud di Indonesia. Gus Dur menolak penafsiran hukum agama dilakukan oleh Negara kerana ia boleh menjurus kepada autokrasi. Menurut beliau, umat Islam bebas untuk mengamalkan urusan agamanya, namun negara harus ditadbir secara demokrasi dan adil untuk semua rakyat, dan tanggungjawab Negara ialah melindungi hak asasi setiap rakyatnya terutama golongan minoriti.

Di sambutan Hari Raya Puasa beberapa bulan lalu, ketua Nahdlatul Ulama sekarang iaitu Kiyai Said Aqil Siradj, mengingatkan umat Islam bahawa “melindungi non-Muslim adalah Jihad” dan bahawa “tidak toleran (terhadap agama lain) itu melawan Tuhan”. Kiyai Said Aqil Siradj yang pernah belajar selama sepuluh tahun di Madinah, Arab Saudi, seterusnya mengingatkan firman Allah swt bahawa seandainya Allah menghendaki, semua orang akan menganuti satu agama, dan Allah juga telah berfirman bahawa tiada paksaan dalam beragama. Oleh yang demikian, jika ada orang Islam yang tidak bertoleransi dengan orang bukan Islam, bererti mereka melawan kehendak Tuhan. Menurut beliau, Nabi bersabda bahawa tidak boleh ada permusuhan kecuali terhadap orang-orang zalim atau orang yang melanggar undang-undang.

Saya secara peribadi tidak tahu apakah ada ulama di Malaysia yang mengajarkan toleransi agama sehingga berfatwa bahawa melindungi non-Muslim merupakan suatu jihad.

Ulama di kedua-dua pertubuhan Islam terbesar di Indonesia iaitu Nahdlatul Ulama dan Muhamadiyyah tegas menolak penubuhan ‘kerajaan Islam’ dan pelaksanaan hudud. Padahal, penduduk Islam Indonesia sekitar 85% dan penduduk bukan Islam hanya sekitar 15%.

Wajah Islam di Malaysia
Di Malaysia pula yang masyarakat bukan Islam merupakan sekitar 40% dari penduduk Malaysia, ramai ulama, terutamanya ulama dan pemimpin PAS, masih kuat mahu membentuk ‘kerajaan Islam’.

Pemimpin Umno pula, walaupun mendakwa mahu menjaga keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini sering memainkan sentimen yang tidak menyenangkan hati rakyat bukan Melayu dan bukan Islam.

Lihat saja ucapan-ucapan di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Rhetorik “Kita orang terpilih” bukan saja menakutkan orang bukan Melayu dan bukan Islam, malah saya yang Melayu dan Islam ini pun seriau mendengarnya. Laungan Zionist begitu jugalah, mengaku mereka sajalah orang yang dipilih oleh Tuhan.

Pemimpin Umno sebagai pemimpin di salah satu parti yang memerintah kerajaan tidak seharusnya memainkan sentimen yang boleh memecah-belahkan rakyat yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Jika Umno mahu memastikan kemenangan di pilihanraya akan datang, bersikap anti itu dan ini bukanlah cara yang matang.

Ulama dan pemimpin-pemimpin Islam sama ada dari parti Umno, PKR atau PAS sebaiknya, ambillah pendekatan cuba memahami agar masyarakat Islam lebih matang dalam berfikir dan dalam memahami apakah masalah-masalah yang penting dan genting untuk diselesaikan.

Pancasila Indonesia dan Rukun Negara Malaysia
Ulama-ulama di Indonesia sangat faham sejarah pembentukan dan kuat mempertahankan Pancasila mereka.

Namun, saya kurang pasti apakah ulama-ulama di Malaysia peka dengan sejarah dan wawasan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta tahu apakah nilai yang mahu diketengahkan oleh Rukun Negara Malaysia.

Di sekolah kita sudah diajarkan lima prinsip Rukun Negara. Akan tetapi, berapa ramaikah antara kita, termasuk semua agamawan di Malaysia yang pernah baca atau tahu Mukadimah (Preamble) Rukun Negara kita yang sangat penting untuk difahami, iaitu:

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
-mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
-memelihara satu cara hidup demokratik;
-mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
-menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
-membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Sepertinya Mukadimah kepada lima prinsip Rukun Negara kita tidak begitu berbeza dengan Pancasila Indonesia yang juga terdiri dari lima prinsip itu. Sekiranya ulama Indonesia boleh menjiwai dan menjunjung tinggi Pancasilanya, bukankah bertambah jati diri kita sebagai rakyat Malaysia jika ulama dan ahli masyarakat menjiwai nilai-nilai dan wawasan Rukun Negara, termasuk Mukadimahnya?  

Oleh : Norhayati Kaprawi