nuffnang

Friday, December 31, 2010

Memori 2010 - Raja Melayu Bersuara

Perdebatan mengenai isu agama Islam dan hak keistimewaan Melayu mewarnai rencah politik semasa di Malaysia.

Hal itu menyebabkan ramai Raja-Raja Melayu bangkit bersuara mempertahankan hak dan kedaulatan Melayu agar tidak terpinggir di bumi sendiri.


Antara yang mendatangkan kemurkaan Raja-Raja Melayu adalah politik di masjid, penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam dan ketuanan Melayu yang mahu dihapuskan segelintir pihak.

4 Jan. - Datuk Abu Kassim Mohamed mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

6 Jan. - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu penggunaan perkataan Allah.

3 Feb. - Anggota dan pegawai polis menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis antara RM1,500 hingga RM6,000.

6 Feb. - Kerajaan umum cadangan konsep pembangunan semula Kampung Baru.

22 Feb. - Soh Cher Wei, tunang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal siasat SPRM di Shah Alam tahun lalu melahirkan bayi lelaki.

27 Feb. - Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan Melayu peringkat negeri dan kebangsaan bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).

13 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama rakan Facebook.

27 Mac - Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pertama dihadiri 10,000 ahli.

28 Mac - Kerajaan memperuntukkan subsidi sebanyak RM72 bilion setahun.

4 April - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan tidak akan menghapuskan polisi afirmatif.

6 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan konsep 1Malaysia ialah idea asal dan bukan ditiru dari Israel atau dari mana-mana negara di dunia.

8 April - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan Kempen Kami Prihatin bagi menangani gejala dera kanak-kanak dan buang bayi.

12 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebelum Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington.

20 April - Mohd. Noor Mat Amin mencipta rekod baru apabila berjaya menyempurnakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam masa 111 hari.

27 April - KTM Komuter memperkenalkan koc wanita.

11 Mei - Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang.

18 Mei - Majikan diwajibkan memberi cuti rehat sehari seminggu kepada pembantu rumah warga Indonesia selain membenarkan mereka memegang pasport.

24 Mei - Malaysia dan Singapura bersetuju menyelesaikan beberapa masalah 'legasi', terutama yang terkandung dalam dokumen Perkara-Perkara Yang Dipersetujui (POA).

24 Mei - Malaysia dan Singapura bersetuju Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd. di Tanjong Pagar, akan berpindah ke Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands pada 1 Julai 2011.

7 Jun - Ahli Parlimen BN, pembangkang dan Bebas sepakat mendukung 15 usul yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk gesaan merujuk kekejaman Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

11 Jun - Datuk Chua Jui Meng, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir dan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia, Shaftdean Lufty Rusland ditarik balik pingat Datuk Sri Paduka Mahkota Johor dan Darjah Paduka Mahkota Johor.

11 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

21 Jun - Tembok penjara pudu yang berusia 100 tahun dirobohkan.

24 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar dengan peruntukan RM100 juta.

25 Jun - Kerajaan membuat keputusan muktamad untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan.

15 Julai - Langkah pertama program rasionalisasi subsidi berperingkat mula dilaksanakan.

15 Julai - Satu juta komputer riba 1Malaysia akan diagihkan kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

26 Julai - Senarai penyakit kritikal Skim Pengeluaran Kesihatan KWSP ditingkatkan kepada 39 jenis penyakit.

1 Ogos - Pemilik kenderaan asing hanya dibenarkan membeli petrol RON 97.

2 Ogos - Dua hakim syarie wanita pertama, Suraya Ramli, 31, dan Rafidah Abdul Razak, 39, memulakan tugas secara rasmi masing-masing di Mahkamah Syariah Putrajaya dan Kuala Lumpur.

4 Ogos - Pakar ekonomi antarabangsa Tan Sri Just Faaland yang terbabit menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) diumumkan sebagai salah seorang daripada empat penerima Anugerah Merdeka 2010.

11 Ogos - Kabinet menarik balik langkah menyenaraihitamkan kenderaan buat sementara waktu sehingga 28 Februari.

12 Ogos - KTMB melancarkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terpantas dengan kelajuan 160 kmj.

15 Ogos - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kewujudan 'perlembagaan baru'.

16 Ogos - Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar dan Polis republik itu kerana gagal mengawal keselamatan harta di kawasan kedutaan ekoran tunjuk perasaan rakyatnya.

17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jakim ke atas hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.

27 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan 'tazkirah' di surau.

31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup Stadium Putra.

31 Ogos - Ekspedisi Merdeka 1Malaysia (EM1M) yang disertai empat penunggang motosikal berkuasa besar termasuk Wartawan Utusan Malaysia, Saiful Haizan Hasam berjaya melengkapkan perjalanan sejauh 20,941 km merentasi 18 negara sebaik tiba di London.

5 Sept. - TV3 memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang boleh memesong akidah terutama kanak-kanak.

13 Sept. - Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru di Istana Balai Besar bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering sejak lebih dari setahun.

17 Sept. - Sekolah Harapan di Melaka khusus untuk remaja hamil dibuka.

30 Sept. - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menitahkan gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra, ditarik balik.

2 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne bagi rawatan jangkitan kuman di dada.

10 Okt. - Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr. Halina Mohd. Yunos selamat diijabkabulkan.

12 Okt. - Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama bermula dengan ucaptama Datin Seri Rosmah Mansor.

20 Okt. - Melaka diisytihar negeri maju.

21 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan hak istimewa Melayu tidak boleh digugat kerana dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang 'terkunci kemas' dalam Perlembagaan.

12 Nov. - Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat berangkat ke majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Yayasan Selangor kerana murka dengan perbelanjaan tinggi untuk sambutan itu.

27 Nov. - Kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas Namewee kerana dia tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang.

27 Nov. - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) menarik kunjungan 2.66 juta pelawat.

16 Dis. - Kegiatan ajaran Syiah tegar dikesan bergerak aktif berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya di Gombak.

31 Dis. - Diisytiharkan sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF.

utusan malaysia

Tuesday, December 28, 2010

.Money From Your Webpage

affiliate program

EARN INCOME FROM YOUR WEBSITE

Turn your valuable blog traffic into money.
Work online and join our free money making affiliate program.
We offer the most pay-per-click rate to help increase your
money stream.
Join our money making program absolutely free and 100% risk free.
Sign Up...

Income while you sleep

CASH WHILE YOU SLEEP

Earn $1,000... $2,000... $5,000...

Turn your website traffic into cash!

You get money for every person that clicks on our banner.
Our goal is to enable you to receive as much as possible from your
web site.
We pay monthly, either by bank cheque, or through PayPal.
  

Establish a steady stream of income

Our money making program
enables you to establish a steady stream
of revenue, 24 hours a day, 7 days a week, 365 days a year.
Giving you more time to focus on other tasks.

You will even be making profit while you not working!

FREE INVESTMENT PROGRAM
We designed this money making system
specifically for NO COST methods,
to make hundreds, if not millions of dollars, without spending something.
Extra Income Online Blog - Home The secrets of Making Money Online Welcome to the Extra Income Online Blog - the place where you can start your new home business.Working from your home, with your own working schedule and time plane with no one to give you orders

.Dinda Sayu Kanda Layu

DILEMA isteri berdepan suami yang ada masalah mati pucuk, atau erektil disfungsi (ED), memang jarang dibincang secara terbuka kerana kebanyakan isteri keberatan membuka rahsia rumah tangga selain mahu menjaga air muka suami.


Walaupun isu ED timbul di negara kita sejak 1998, sangat sedikit lelaki sanggup membincangkan masalah ED dengan isteri kerana ia dianggap mencalarkan keegoan dan kelelakian mereka.

Bahkan dengan doktor lelaki pun, ramai keberatan hendak bercerita sehingga memaksa isteri bertanya bagi pihak mereka.

Mungkin lelaki tidak sedar, ED dan semua masalah berkaitan seksual bukan masalah individu itu sendiri kerana tempiasnya akan turut dirasai pasangan, kata Perunding Psikologi Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Low Wah Yun.

“Ini bukan isu baru dan acap kali dibincangkan tetapi bagi lelaki, apabila berdepan masalah berkaitan seksual, ego mereka tercabar. Mereka tidak mahu mengakuinya dan lebih rela memendamkan masalah itu sendirian.

“Sebenarnya, apabila seseorang itu mempunyai masalah seksual, pasangan turut merasa kesannya kerana ia boleh membuatkan hubungan suami isteri menjadi renggang, sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga.

“Kalau berbincang dengan doktor pun, biasanya lelaki berkata ‘kawan’ mereka yang ada masalah ED. Ada yang anggap ED adalah sebahagian daripada proses penuaan. Ini anggapan salah kerana ED adalah petunjuk kepada masalah kesihatan lain.

“Ada juga suami boleh berkongsi masalah mereka dengan isteri tetapi menjadi sensitif apabila diminta menjalani rawatan. Dalam hal begini, isteri perlu bijak dengan mengubah topik perbincangan kepada masalah kesihatan lain yang berkaitan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi sebelum masuk ke isu ED,” katanya.

Di Malaysia, dianggarkan tiga daripada setiap 10 lelaki di bandar berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah ED. Jumlah ini bertambah dengan peningkatan umur di mana ED didapati berlaku pada satu daripada lima lelaki berumur antara 50 hingga 59 tahun; dua daripada lima lelaki (60 hingga 69 tahun) dan tiga daripada lima lelaki bagi kumpulan berumur 70 tahun ke atas.

Kajian mendapati 38 peratus lelaki tidak pernah bercakap dengan doktor mengenai masalah ED mereka. Di kalangan yang bercakap, 86 peratus memulakan perbincangan berkenaan.

Secara purata, sebaik gejala pertama ED dikesan, sebenarnya seseorang lelaki itu sudah dua tahun mengalami masalah ini.

Malangnya, di kalangan lelaki, ada banyak salah anggapan yang menyebabkan mereka tidak mendapatkan rawatan seperti: > Ia hanya masalah psikologi; > Ia bersifat sementara (dan akan hilang atau pulih sendiri); > Ia tidak membunuh; > Ia perkara normal dalam proses penuaan.

ED bukan sekadar masalah psikologi. Walaupun faktor psikologi seperti tekanan, keresahan, rasa bersalah atau kekurangan terhadap seks, keletihan, masalah hubungan, perasaan terhadap pasangan dan kemurungan; tetapi 80 peratus kes disebabkan faktor fizikal dan hanya 20 peratus kes ED berpunca daripada masalah psikologi.

ED juga tidak akan hilang sendiri selagi punca masalah tidak diatasi atau dirawat, terutama jika ia disebabkan gangguan kesihatan (penyakit).

Memang benar ED tidak terus menyebabkan kematian tetapi ia menjejaskan kualiti hidup lelaki (berasa rendah diri, malu, tertekan dan murung) yang perlahan-lahan boleh membunuhnya.

Menurut Penyelidik dan Perunding Kesihatan, Dr Siti Norazah Zulkifli, ED juga akan menjejaskan keyakinan seseorang lelaki dan mempengaruhi hubungannya dengan pasangan jika tidak dirawat. Pasangan akan berasa bersalah, tertekan, tidak disayangi dan boleh berprasangka suaminya sudah berubah hati.
“Lelaki Melayu suka pergi berurut untuk mengembalikan ‘kemampuan’ mereka tetapi anda perlu sedar, urut tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ED kerana banyak faktor menyumbang kepada perkara ini, termasuk tahap kesihatan.

“Halangan dihadapi sekarang ialah kurang pengetahuan mengenai ED. Ramai anggap ia masalah lelaki tua, tetapi hakikatnya ia juga boleh berlaku pada orang muda. Oleh itu lebih sukar membincangkan isu ED dengan pasangan muda kerana ramai beranggapan ia tidak akan terjadi pada mereka,” katanya.

Baik tua atau muda, lelaki perlu mendapatkan rawatan segera apabila menyedari mereka menghadapi masalah berkaitan seksual, khususnya ED, kerana ia juga menjadi petanda penting kepada penyakit jantung. Gejala ED boleh muncul dua atau tiga tahun sebelum seseorang lelaki mengalami gejala penyakit jantung.

Antara sebab lain lelaki yang ada masalah ED perlu berjumpa doktor ialah: > 68 peratus lelaki hipertensi (tekanan darah tinggi) ada ED; > 60 peratus lelaki yang ada ED mengalami masalah dislipidemia; > 56 peratus lelaki yang ada ED menunjukkan keputusan positif dalam ujian tekanan (untuk jantung); > 40 peratus lelaki yang ada ED menunjukkan masalah koronari jantung; > 20 peratus lelaki yang ada ED menghidap kencing manis; > 11 peratus lelaki yang ada ED mengalami kemurungan.

Malah, kajian lain mendapati 57 peratus lelaki yang jalani pembedahan pintasan jantung mengalami masalah ED sebelum rawatan dan 64 peratus lelaki yang mendapat serangan jantung sudah ada ED sebelum serangan.

Sebenarnya menebalkan sikap malu untuk membincangkan masalah ED dengan isteri bukan tindakan bijak. Kajian menunjukkan isteri akan memberi sokongan kepada suami untuk mendapatkan rawatan demi kesejahteraan rumah tangga mereka.

Tidak sedikit rumah tangga yang kucar-kacir dan runtuh akibat masalah seks. Ia menjadi punca kedua selepas faktor kewangan yang menyebabkan berakhirnya ikatan perkahwinan kerana hubungan seksual bukan sekadar hubungan badan tetapi menjadi pengikat kasih sayang suami isteri.

Kalau anda masih berat hati hendak berkongsi masalah dengan isteri, kunjungi mana-mana klinik kerana kini kebanyakan doktor didedah dan diberi bimbingan untuk mengesan ED pada peringkat awal.
Sebenarnya lelaki bukan tidak mahu membincangkan masalah ED tetapi menunggu doktor memulakan topik ini terlebih dulu. Namun jika difikirkan kembali, jika perbincangan itu antara lelaki dengan lelaki; apa yang hendak dimalukan, lagi pun ia untuk kebaikan diri juga.

Seorang pakar urologi pernah berkata, kelelakian bukan hanya diukur pada kemampuan melakukan hubungan seks tetapi turut membabitkan kesediaan lelaki menerima hakikat serta mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Sumber : Prebet Sapu

Sunday, December 26, 2010

Kisah Pantai Cenang...

SUDAH dua tahun Awang tidak ke Pulau Langkawi. Minggu lalu ketika berkunjung ke sana, Awang terganggu dengan beberapa perkembangan. Paling ketara ialah peningkatan mendadak spa dan pusat urut terutama di jalan di pesisir Pantai Cenang.
Ia bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Spa, di kiri dan kanan jalan. Khabarnya, aktiviti tidak sihat mula menjadi perhatian pelancong asing mahupun tempatan. Awang khuatir tidak lama lagi Langkawi akan menjadi seperti Phuket. Apakah itu yang kita mahu?


Pusat urutan Thai juga banyak. Sepatutnya yang patut diberi keutamaan ialah pusat urutan tradisional yang diusahakan oleh orang tempatan. Nampaknya Langkawi makin ‘dikuasai’ elemen asing. Itu belum bercakap tentang bisnes lain terutama restoran. Awang berharap imej dan ciri-ciri keunikan tempatan Langkawi dapat dipertahankan walaupun kita mahu memperhebatkan industri pelancongan. Menyusuri jalan di Pantai Cenang itu benar-benar membuatkan perasaan Awang direntap.

Pantai Cenang tidak sedamai seperti suatu ketika dahulu. Mujurlah pengalaman berkenalan dengan Mashhor Salleh, 44, yang mengusahakan kedai menjual buku terpakai bahasa-bahasa utama dunia, mengubat sedikit duka. Beliau menjadi satu-satunya orang Melayu menjalankan perniagaan kecil itu atas nama Your Language Books Corner. Untungnya tidak besar tetapi Mashhor menjadi tumpuan ramai pelancong asing yang mencari buku bacaan termasuk bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Belanda, Rusia, Arab, Perancis, Itali, Finland, Jepun dan Korea. Bakti kepada Langkawi dan industri pelancongan tidak semestinya dengan hotel, spa atau restoran. Buku juga punya nilai besar. ‘‘Pelancong suka mencari buku dan novel dan saya bangga dapat menjadi jambatan ilmu,” kata Mashhor. Setiap hari beliau akan membaca sekurang-kurangnya intipati penting lima buah buku asing. Minatnya terhadap buku juga luar biasa. Dia ceria dan bertenaga bercakap tentang apa sahaja topik mengenai buku daripada penulis, gaya penulisan, kandungan sehinggalah industri buku. Sesiapa yang mengunjungi kedai kecil itu dilayan seperti tetamu. Jika buku yang dicari tiada dalam simpanannya, beliau boleh menghubungi sumber-sumbernya di luar negara. Menariknya lagi, sebahagian buku terbaik dunia dan sukar menembusi pasaran negara kita, beliau boleh ikhtiarkan sehingga ada.

Mesranya kepada pelancong juga seperti duta pelancongan. Dua kali ke kedainya, Awang dapat rasakan suasana itu. Ada sahaja pelancong yang melambai tangan. Kebanyakannya adalah pelanggan beliau yang pernah membeli atau menjenguk buku di situ. Orang seperti dia menjadikan Pantai Cenang istimewa. Terima kasih Mashhor.

Oleh : Awang Selamat

Saturday, December 25, 2010

Rasuah Punca Pendatang Haram

MINGGU ini Kunta Kinte nak bincang sikit fasal pendatang asing di negara kita yang Kunta Kinte rasa ada sangkut paut dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan kurang kecekapan.
Kalau pendatang Indonesia, Filipina atau Siam, kita tak berapa hairan sangat. Maklumlah kita berjiran dan dari dulu kala lagi mereka keluar masuk wilayah kita.

Ramai orang kita keturunan Indonesia, Siam dan Filipina dan ramai yang ada saudara mara di sana. Ini taklah menghairankan pasal kita asalnya daripada satu rumpun bangsa, iaitu bangsa Melayu.

Tapi bila Kunta Kinte didatangi peminta sedekah tua dari negeri China, Kunta Kinte hairan. Kunta Kinte tahu mereka dari negeri China sebab bila kita cakap Melayu dengan mereka, haram sepatah pun mereka tak faham.

Lagipun kita boleh cam dan bezakan orang tua Cina Malaysia. Yang Kunta Kinte cakap ni memang mereka nampak lain sungguh daripada orang Cina kita.

Kemudian kita baca berita pelawat China yang masuk ke negara kita atas visa pelajar ditangkap jadi tukang urut, GRO, pelacur dan macam-macam lagi.

Kunta Kinte rasa mereka ini bukan pelajar, tapi daripada awal lagi adalah tukang urut, GRO dan pelacur. Mereka dibawa masuk oleh sindiket jenayah antarabangsa guna visa pelajar dengan menipu atau menyogok pihak berkuasa kita. Nak belajar macam mana, sepatah haram bahasa Inggeris pun tak tahu?

Syak wasangka dan kemusykilan Kunta Kinte ni sikit sebanyak terjawab bila seorang bekas Timbalan Ketua Pengarah Imigresen yang bernama Yusof Abu Bakar disabitkan 14 kesalahan sambung pas lawatan pelancong China dengan sogokan RM121,500.
Atas kesalahannya itu, Yusof dijatuhkan hukum penjara 56 tahun dan denda RM620,000. Maaf cakaplah Kunta Kinte terkejut dan dukacita bila hukuman jelnya dikenakan serentak. Jadi dia hanya masuk jel enam tahun.

Kunta Kinte harap pihak pendakwa raya rayu supaya hukuman jel yang lebih berat dikenakan. Kita kena jadikan hukuman berat sebagai amaran dan ingatan kepada kakitangan kerajaan yang dibagi kuasa dan tanggungjawab supaya jalankan tugas dengan cekap, bersih dan amanah.

Tak guna kita bersungut dan marah pasal ada ramai pendatang asing di negara kita kalau kita sendiri malas dan pilih kerja dan pegawai kita sendiri benar mereka masuk secara rasuah.

Mereka akan datang pasal boleh cari makan di sini. Susah macam mana pun di Malaysia, tak sesusah di negeri mereka. Lebih-lebih lagilah bila pihak berkuasa kita rasuah dan khianat. Satu dunia terpa masuk ke negara kita.

Satu lagi, tangkap dan sumbat penerima rasuah saja tak cukup dan tak adil bila ketua-ketua sindiket yang bagi rasuah tak disentuh sebab mereka kenal orang yang lebih atas.

Satu dunia dah tahu dan banyak dah dilaporkan mengenai sindiket penyeludupan manusia yang dianggotai oleh orang Cina yang panggil Snakehead.

Dalam bahasa Inggeris, Snakehead adalah ikan haruan. Ikan haruan jaga anaknya bila anaknya kecil. Tapi ia makan anaknya sendiri dan anak ikan lain bila anak itu dah besar.

Sindiket Snakehead ini seludup manusia dari negeri China ke Amerika, Eropah dan Asia. Mereka kenakan bayaran yang tinggi. Jika yang diseludup itu mungkir janji atau tak mampu bayar balik hutang, Snakehead akan peras ugut keluarga mereka di negeri China.

Jadi kita tidak bolehlah berpeluk tubuh kata sindiket jenayah internasional macam ini tidak terbabit seludup warga negara China ke negara kita guna dokumen palsu dan sogok pegawai kita yang jahat dan curang.

Kunta Kinte juga rasa tak cukup kita sumbat penerima rasuah dalam jel kalau harta yang mereka kumpul secara haram tak dirampas.

Dan tentulah tak selesai masalah penyeludupan manusia ini kalau seorang saja pegawai disumbat ke dalam jel sedangkan ramai lagi anggota penguat kuasa yang rasuah masih bebas.

Oleh : Kunta Kinte Original

Friday, December 24, 2010

Umat Islam Diizin Berperang

EKORAN umat Islam di Madinah tidak putus-putus diancam pihak Musyrik Mekah, ini membuatkan mereka tidak lagi boleh berdiam diri. Jauh sekali menyerah diri untuk mengalah.
Namun melawan pihak Quraisy secara besar-besaran menggunakan segala kekuatan tidak dibolehkan kerana belum ada dalam ajaran Islam sebelum ini yang membenarkan mereka berperang secara rasmi.

Sehinggalah Allah menurunkan keizinan berperang kepada umat Islam. Ia tidak sekadar menguji kekuatan mereka yang mempunyai kehidupan baru yang lebih baik di Madinah tetapi pihak Quraisy tidak pernah ada istilah 'berdamai' terhadap musuh terutama umat Islam.

Kebenaran berperang itu sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh) kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (al-Hajj: 39)

Namun ayat yang diturunkan di Madinah itu atau disebut juga sebagai ayat Madani bukanlah satu perintah 'wajib' berperang kecuali umat Islam benar-benar dicerobohi atau diperangi oleh pihak musuh.

Ini kerana di peringkat awal, Nabi SAW mempunyai perancangan yang lebih berhemah dan bijak berbanding untuk terus menjerumuskan diri dalam kancah peperangan.

Bagi baginda, jika pengikutnya dapat menguasai jalan perdagangan Quraisy terutamanya antara Mekah ke Syam dan sebaliknya, maka itu adalah lebih baik.

Selain berperang senjata, penguasaan terhadap jalan perdagangan itu merupakan satu usaha besar baginda untuk memulakan jihad ekonomi terhadap kafir Quraisy. Kekuatan ekonomi mereka perlu disekat sebagai satu cara melemahkan kedudukan mereka.

Baginda juga ingin menyampaikan mesej kepada Quraisy bahawa mereka mesti bersikap lembut bagi memberi peluang menyebar dakwah Islam dan orang ramai bebas memilih dan memeluk Islam.

Jihad ekonomi itu juga bermaksud kafir Quraisy mesti membenarkan umat Islam masuk semula ke Mekah untuk beribadat terutamanya di Kaabah.

Jika kebenaran itu disekat maka padah akan menimpa mereka apabila tidak lagi bebas untuk berdagang.

Maka untuk tujuan jihad ekonomi, baginda mengatur dua rancangan iaitu

mengadakan perjanjian kerjasama atau tidak menceroboh dengan kabilah-kabilah yang berdekatan dengan Madinah. Terutama kabilah-kabilah yang mendiami sepanjang perjalanan antara Mekah-Madinah-Syam.

Menghantar utusan atau pasukan-pasukan perisik untuk mendapatkan maklumat mengenai pergerakan perdagangan dari pihak Quraisy yang ingin berdagang ke Syam dan lain-lain destinasi perniagaan.

Apa yang kadang-kala bertukar kepada bentuk atau operasi ketenteraan yang dikenali sebagai Sariyyah atau Ghazwah (pasukan tentera yang bukan dipimpin oleh Nabi Muhammad walaupun baginda adalah Ketua Perang selain sebagai Ketua Negara Islam Madinah).

Sebelum berlaku Peperangan Badar, sebenarnya berlaku banyak siri Operasi Sariyyah ini yang melibatkan juga siri peperangan kecil. Sehingga membolehkan umat Islam akhirnya berjaya menguasai jalan-jalan perdagangan.

Antaranya termasuklah Operasi Sayf al Bahri pada bulan Ramadan 1 Hijrah apabila Rasulullah melantik bapa saudara baginda, si 'Singa Allah', Hamzah Abdul Mutalib mengetuai misi bersama 30 lelaki Muhajirin untuk menyekat rombongan atau kafilah perdagangan Quraisy yang datang dari Syam, Syria.

Turut bersama dalam rombongan yang seramai 300 lelaki ini, termasuklah Abu Jahal bin Hisham.

Kedua-dua pihak telah bertembung di Sayf al Bahri dan masing-masing bersedia untuk berperang. Tetapi sekutu bagi kedua-dua belah pihak iaitu Majdi Amru Al Juhaniy telah memainkan peranannya bertemu dengan kedua-dua belah pihak sehingga berjaya menghalang mereka berperang.

Bendera yang dibawa oleh bapa saudara Nabi SAW dalam misi itu dikatakan bendera pertama yang diperkenalkan oleh baginda. Ia berwarna putih keseluruhannya sebagai tanda kesucian dan perjuangan yang suci bersih.

Sahabat yang bertanggungjawab untuk memegang bendera itu ialah Abu Marthad Kannaz bin Husayn al Ghanawiy.

Operasi Rabigh pada bulan Syawal berikutnya, Rasulullah menghantar sahabat Ubaydah bin Al Harith bin Al Mutallib bersama 60 Muhajirin yang menaiki kuda dan unta.

Mereka terserempak dengan Abu Suffian, yang juga musuh ketat umat Islam yang bersamanya rombongan seramai 200 orang di Batni Rabigh.

Kedua-dua pihak kemudiannya berbalas-balas serangan menggunakan panah tanpa berlaku sebarang pertembungan sesama mereka.

Namun dalam operasi itu, dua anggota rombongan pihak Quraisy itu berpaling tadah dan menyertai umat Islam.

Mereka ialah Al Miqdad bin Amru al Bahraniy dan Utbah bin Ghazwan al Mazini yang dikatakan memeluk Islam tetapi keluar bersama rombongan kafir Quraisy bagi mendapatkan peluang berhubung dan bertemu dengan umat Islam di Madinah.

Operasi al Abwa atau Waddan yang berlaku pada bulan Safar tahun kedua Hijrah yang diketuai sendiri oleh Rasulullah SAW setelah melantik Saad bin Ubadah untuk memangku tugas baginda di Madinah.

Baginda keluar bersama 70 lelaki Muhajirin dengan tujuan yang sama, iaitu untuk menyekat rombongan dagang dari pihak Quraisy. Namun apabila sampai di Abwa itu mereka gagal menemui apa-apa.

Namun baginda memeterai satu perjanjian perdamaian dengan Bani Dhamrah yang diketuai oleh Amru Mukhashasha al Damriy. Puak ini menetap berhampiran dengan Al Abwa yang dikatakan datang berjumpa dengan baginda meminta supaya jangan berlaku sebarang peperangan di kawasan mereka ini.

Sebagai jaminan, mereka meminta dibuatkan satu perjanjian dan dikatakan perjanjian keamanan yang seperti ini adalah pertama dalam sejarah Islam.

Susunan : Siti Ainiza Kamsari

Thursday, December 23, 2010

Suami Durjana...!

Seorang suami apabila telah melafazkan penerimaan “aku terima nikahnya…..”, maka terpikul dibahunya tanggungan untuk merealisasikan ungkapan ‘bainati jannati’ - rumahku syurgaku dan bukan menjadikan rumah tangga neraka hidup atau khemah penderaan persis Guantanamo Bay di Cuba.

Seorang perempuan / isteri bukan sahaja anugerah yang tiada ternilai tapi juga suatu amanah dari yang Esa. Terciptanya Hawa adalah berpunca dari keinginan Adam untuk berteman. Bayangkan kalau Allah menciptakan teman untuk Adam seorang insan yang sama jentinanya. Tak mungkin akan aman dunia kerana sifat lelaki yang maha egoist.

Seorang lelaki / suami dikurniakn nisbah sembilan satu akal / nafsu disamping kudrat yang bertujuan untuk melindungi kaum Hawa yang lemah. Diceritakan kedapatan suami menggunakan kudrat untuk menyiksa, mendera dan mencederakan isteri. Suami yang sedemikian tidak layak digelar binatang apatah lagi dikategorikan dalam golongan insan. Lelaki ini lebih rendah tarafnya dari haiwan.

 Seekor haiwan yang sering dianggap tidak punya fikiran dan perasaan kadangkala memiliki sifat penyayang lebih dari yang dimiliki makhluk yang digelar manusia. Bistari sering berkata ‘dalam diri maanusia ada kalanya terselit sifat kehaiwanan tapi dalam seekor haiwan tak akan ada ciri kemanusiaan’. Apakah benar?

Punca suami mendera isteri seperti yang dipaparkan hanyalah kerana isterinya tidak terbuka hati untuk dimadukan. Kenapa isteri tidak merelakan suami berpoligami?

Kalau suami punya harta yang melimpah ruah, punya lebihan ‘tenaga’ yang sentiasa membara, apa mungkin isteri akan menyekat kemahuan suami. Sudut pandangan orang yang telah lama menonton drama kehidupan disekelilingnya serta mengenali pendokong watak-watak, mengatakan sang suami bukan saja kurang kemampuan dari segi lahiriah tapi juga batiniah. Kalau suami sanggup menghadirkan keselesaan kepada keluarga, separuh dari tuntutan hakiki sudah pun dia miliki. Tapi kalau isteri terpaksa mencari rezeki untuk meringankan beban suami, apakah layak suami menuntut hak berpoligami?

Kalau suami punya kudrat batiniah yang sentiasa marak menyala sehingga isteri tidak terdaya memenuhi tuntutan nafsu teman hidupnya, maka isteri pastinya tidak keberatan dimadukan. Malangnya apa yang sering terjadi, kemampuan suami macam lilin ditiup angin. Dan ramai pula seperti pelita kehabisan minyak. Kalau suami punya ‘keperkasaan’ sehingga setiap kali ‘bersama’, isteri akan tersungkur longlai lama sebelum nakhoda melabuhkan sauh dipesisir pantai tentunya hati seorang isteri tidak akan keberatan memberi izin. Tapi kalau setiap kali bersama, suami (nakhoda) pula tersungkur lesu dan meninggalkan isteri terkapar kehampaan, apakah layak suami menuntut hak berpoligami?

“Jangan cuba atau berangan untuk berbini dua…” nasihat seorang kawan yang telah mempunyai lima orang anak dari isteri pertama serta tiga orang anak dari isteri kedua. Bagi mereka yang tidak mengenali rapat keluarga teman ini mungkin beranggapan bahawa lelaki ini adalah suami ampuh yang sentiasa dapat memberi kepuasan kepada dua orang isteri. Sebenarnya dialah suami kepada wanita yang meluahkan kehampaan “…belum sempat geli dia dah habis…” dan dialah yang diungkit isteri “…sorry ayang, nanti kita buat lagi…heh, lepas tu dia berdengkur sampai kepagi kita yang tinggal terkebil-kebil”. Tapi kenapa dia berpoligami walaupun daif dari kemampuan lahiriah dan batiniah?

Sedikit benar bilangan lelaki yang sanggup menerima kelemahan diri dan berusaha mengatasi. Ada pula yang cuba mengambil jalan pintas menutup kelemahan. Berbekalkan persepsi songsang yang menganggap lelaki beristeri lebih dari satu adalah ‘lelaki hebat’, maka lahirlah kaum-kaum Adam yang tidak teragak-agak mengambil kesempatan dari kesongsangan persepsi tadi dengan menambah bilangan isteri. Apabila terbantut atau tersekat keinginan berpoligami, menyelinaplah iblis kedalam hati. Ketika iblis bertahta dan sisa sisa iman berterbangan dibawa gelora nafsu, maka hilanglah pertimbangan seorang lelaki dan jadilah dia suami durjana.
sumber...utuhpaloi.com/

Tuesday, December 21, 2010

Realiti Dunia Lelaki

“Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
   
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.”

...malaysiaria

Friday, December 17, 2010

Siapa Terbaik Bentuk Kerajaan?

SAYA mengikuti dengan teliti perkembangan politik negara khasnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang menyaksikan landskap politik negara berubah secara luar biasa. Saya dapat melihat dan merasakan keresahan dan kegelisahan rakyat terbanyak kesan perubahan ini.
Berkongsi pengalaman kami di Perak selama 11 bulan di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, keadaan menjadi amat sukar dan rumit.

Kampung yang selamanya aman damai menjadi tegang dan keruh. Penyokong dan pimpinan pakatan menjadi seakan-akan mabuk dan hilang ingatan. Suasana harmoni yang selama ini dinikmati tiba-tiba hilang apabila JKKK ketika itu ingin merampas dan menguasai segalanya.

Kelas-kelas Tabika Kemas, dewan orang ramai, surau dan masjid menjadi semacam simbol kuasa yang mesti dikuasai oleh mereka. Mereka merampas kunci dewan dan surau dan serta-merta membuat pelbagai undang-undang penggunaan yang sebenarnya menyukarkan rakyat.

Hubungan yang selama ini ibarat sebuah kampung satu keluarga tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Mujurlah ia hanya berlangsung selama 11 bulan. Tempoh 11 bulan yang mengajar dan mendidik. Perkara ini saya timbulkan semula kerana keadaan politik yang semakin jelas hari ini.

Pendedahan Wikileaks baru-baru ini ada hikmahnya. Ia tidak harus hanya dilihat dari sudut perilaku dan tabiat Anwar Ibrahim semata-mata. Lebih jauh daripada itu ia membuktikan bahawa Malaysia tercinta ini juga menjadi perhatian antarabangsa.

Singapura dan Australia dari sudut sejarahnya amat mencemburui Malaysia. Mereka nampaknya sentiasa memerhati dan menilai. Kebimbangan kita ialah minat yang mereka tunjukkan seakan-akan mendapat sokongan dari dalam negara. Mereka menuduh Anwar dan cuba menjatuhkan UMNO/BN melalui ungkapan 'Anwar diperangkap oleh musuh politiknya'.

Apabila Anwar dilihat tidak layak dan UMNO/BN juga dinilai tidak cukup berwibawa, maka siapakah yang dicadangkan atau dilihat terbaik oleh pendedahan tersebut? Inilah persoalannya.

Saya nampak kita tidak mempunyai pilihan sama sekali. Pilihan yang ada ialah memperkuatkan diri kita sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun untuk memperkecilkan kita.

UMNO mesti mengepalai gerakan ini. Kalau dahulu UMNO memimpin usaha mencapai kemerdekaan, kini UMNO wajib mengetuai usaha mempertahankan kedaulatan kita.

UMNO mesti berjiwa besar. UMNO mesti bangkit dengan kuat dan berani. Ini bukan lagi soal merebut jawatan di Cawangan dan Bahagian. Lebih besar daripada itu, UMNO mesti memenangi pilihan raya umum dengan memastikan majoriti 2/3 di Parlimen.

Kerajaan UMNO/BN mesti menjadi kerajaan yang kuat kerana kuat lemahnya UMNO/BN akan memberi makna kepada maruah kita yang cuba dicabar.

Oleh: Kamariah Youb
          Kampung Seberang Karai, Perak

Thursday, December 16, 2010

.Perlukah Perigi Mencari Timba ?

Simpulan bahasa 'perigi cari timba' sangat tidak digemari oleh wanita. Ini kerana ia menggambarkan wanita itu terhegeh-hegeh mengejar cinta lelaki. Sedangkan lelaki itu belum pasti menyukainya.

Namun, keadaan zaman kini telah banyak berubah. Tidak kiralah lelaki atau wanita, masing-masing perlu berusaha untuk mencari cinta sejati.

 Di sini, saya nak berkongsi beberapa langkah mudah supaya anda dapat mendekati lelaki pujaan dan dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada label 'perigi cari timba'.

i. SMS (Sistem Pesanan Ringkas)
Anda boleh memulakannya dengan mengirimkan SMS. Apa yang penting, kenalkan diri anda sejujur jujurnya.

Mulakan dengan bertanya khabar dan bertanya sama ada si dia masih mengingati anda atau sebaliknya. Seterusnya bertanyakan tentang perkara-perkara yang disukainya.

Tidak semua lelaki gemar berterus-terang di awal perkenalan. Apa salahnya anda bersahabat dahulu dengannya dan anggap itu semua adalah proses normal sebuah perhubungan.

ii. Telefon
Buat permulaan, jangan berbual terlalu lama kerana tidak ramai lelaki yang suka 'bergayut' terlalu lama dengan orang yang baru dikenali.

Berterus-terang sebab anda menghubunginya dan berharap panggilan anda itu tidak menganggunya. Sikap anda yang berterus-terang selalunya lebih dihargai oleh golongan lelaki.

iii. Bertemu
Jika anda anggap dating adalah tugas seorang lelaki, anda silap sebenarnya. Wanita juga boleh mengajak lelaki yang disukainya keluar makan atau bersiar-siar.

Yang penting, jangan menganggap pertemuan pertama sebagai 'dating'. Anggap sahaja ianya sebagai usaha untuk berkenalan tetapi dalam suasana yang lebih mesra.

Namun jika si dia menolak pelawaan anda kerana beberapa alasan yang munasabah, cuba berfikiran positif dan jangan sekali-kali kecewa.

iv. Pilih waktu dan tempat yang sesuai
Sebagai permulaan pilihlah hari minggu atau cuti semester untuk temu janji anda yang pertama. Ini adalah untuk menunjukkan anda tidak terlalu terdesak untuk bertemu dengannya.

Dia akan menganggap pertemuan tersebut sebagai mengisi masa lapang yang terluang serta berkenalan dengan lebih lanjut dengan teman barunya.   

Jika anda tergerak hati untuk mengajaknya menonton wayang, pastikan filem pilihan anda itu menepati citarasanya. Jika anda belum pasti, filem animasi selalunya pilihan terbaik yang boleh anda pilih.
v. Luahkan perasaan
Apabila anda melihat si dia memberikan respon yang cukup baik salam perkenalan yang anda hulurkan, apa kata anda luahkan perasaan sebenar anda terhadap si dia.

Ini kerana terdapat segelintir lelaki yang sukar menyatakan perasaannya sendiri walaupun dia cukup menyukai seseorang wanita tersebut.

Namun jika jawapannya agak mengecewakan, jangan sekali-kali menyimpan rasa kecewa. Sebaliknya berikan si dia masa untuk berfikir tentang perhubungan tersebut. Dengan keikhlasan serta kesungguhan yang anda tunjukkan, pasti si dia akan tertarik dengan anda.

Dalam hal ini wanita juga perlu jadi 'pemburu'. Bayangkanlah lelaki berkualiti sekarang kian susut selepas tolak lelaki sotong, mat rempit, mat ganda dan kutu rayau. Untuk mendapatkan lelaki berkualiti ini anda perlu menepis stigma 'perigi mencari timba'. Tak gitu ?

...malaysiaria

Wednesday, December 15, 2010

Kerakusan Peniaga Naikkan Harga Barang Rugikan Negara

HARGA barang terutama sekali yang ada kaitnya dengan makanan naik mendadak dan ia akan naik dan naik lagi tanpa amaran disebabkan kerakusan peniaga yang tamak cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda mengambil kesempatan dengan alasan minyak dan gula dinaikkan harganya.

Peniaga, pemborong dan peruncit termasuk mereka yang berniaga di pasar malam dan juga gerai serta restoran diharap janganlah menjerut leher pengguna dan pelanggan dengan mengeksploitasi harga barang setiap kali apabila harga minyak petrol dan gula dinaikkan.

Ini kerana kenaikan tidak beberapa sen itu sebenarnya bukanlah menjejaskan perniagaan mereka kerana selama ini keuntungan mereka berganda-ganda.

Bayangkan apabila secawan teh tarik sekarang berharga RM1.50 dan nasi lemak kosong kini berharga RM3.00 sepinggan. Ini bermakna sesiapa yang bekerja makan gaji mesti membelanjakan RM5.00 untuk sarapan dan sekurang-kurangnya RM8.00 untuk makan tengah hari.

Yang tidak sedapnya harga segelas air suam pun sudah dikenakan 50 sen satu dan kuihnya semakin mengecil dan kurang enak rasanya.

Harga barang dapur pula terus naik dan tidak logik sekali apabila ikan kembung kini berharga RM14.00 sekilo dan udang pula berharga RM20.00 sekilo, sedangkan ikan di laut dan di sungai serta tasik masih lagi tidak berubah bertimbun-timbun banyaknya.

Mengapa dan apa kaitannya harga-harga ini semua dengan kenaikan harga minyak yang hanya tidak beberapa sen seliter?

Fikirkanlah harga petrol dinaik 5 sen seliter tetapi harga teh tarik atau kopi dinaikkan 50 sen secawan dari RM1.00 kepada RM1.50 sedangkan modal secawan teh hanya 30 sen.

Peniaga kini seolah-olah tidak ambil peduli dengan masalah orang sekeliling dan apa yang mereka mahukan hanyalah mengaut untung.

Tahukah peniaga bahawa disebabkan kerakusan mereka juga mengakibatkan nilai ringgit kita merosot di dalam negara sendiri.

Bukan hanya pengguna atau pelanggan mereka yang rugi tetapi peniaga juga akan menerima bahangnya kerana perbuatan mereka itu sendiri secara keseluruhannya mengakibatkan barang-barang dan keperluan lain secara sedar atau tidak sedar akan mengikut rentak yang sama.

Dalam jangka panjang kita semua sama-sama rugi. Sepatutnya peniaga, pemborong dan peruncit serta peniaga gerai dan restoran mesti ada semangat cintakan negara.

Oleh: Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
         Ampangan, Seremban

Demonstrasi Bukan Ajaran Islam

BARU-BARU ini, sekali lagi adegan dan slogan demonstrasi dilaungkan di jalanan. Atas nama amar makruf nahi mungkar dan jihad, ia dipenuhi dengan seruan kebencian dan protes ke atas pemimpin.

Persoalannya, adakah demonstrasi adalah sanjuran agama dalam menghadapi kesalahan dan keterlanjuran pemerintah? Apa hukum perlakuan demonstrasi di sisi agama?

Dalam tulisan yang lalu (melalui blog dan akhbar), telah dibentangkan kaedah-kaedah syarie dalam menegur dan memperbaiki keterlanjuran pemimpin.

Antaranya dengan cara nasihat, mendoakan mereka dengan kebaikan, bertemu dan berbincang, memperbanyakkan kesabaran serta tidak mengaibkan atau merendah-rendahkan kedudukannya.

Begitulah kaedah-kaedah syarie dalam bermuamalah terhadap pemerintah. Sama ada yang adil mahupun yang zalim. Selagi mana mereka masih menzahirkan keislaman dan syiar solat.

Syiar kaum kuffar
Pada masa sama, amalan syarie telah menunjukkan betapa Islam adalah agama perdamaian, membenci kekacauan, teratur, dan penuh ketenangan.

Secara automatik, amalan demonstrasi dan protes ke atas pemimpin sewajarnya tidak berlaku di kalangan umat Islam jika roh agama tersebut berjaya difahami dengan baik.

Amalan demonstrasi dan memprotes terhadap pemimpin adalah sebahagian syiar kaum kuffar yang kemudiannya diikuti oleh golongan pemberontak (khawarij) di era awal sejarah umat Islam.

Ia bukanlah amalan anjuran Islam. Bahkan bertentangan pula dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.

Demonstrasi merupakan satu amalan yang baru yang diada-adakan (bidaah) dalam agama dalam hal berurusan terhadap pemerintah.

Maka, berhati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan supaya tidak terjerumus ke dalam syiar kaum kuffar dan khawarij.

Nabi SAW telah berpesan: "Sesungguhnya akan ada dari kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya. Kami (para sahabat) bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?" Beginda menjawab, "Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?" (riwayat al-Bukhari)

Di hadis yang lain, Rasulullah SAW mengingatkan dengan keras supaya melazimi ketaatan kepada pemerintah dan tidak bertindak menzahirkan sikap kepembangkangan secara umum.

Sabda baginda: "Sesiapa yang membenci sesuatu dari tindakan pihak pemimpin, maka hendaklah dia bersabar, kerana seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemimpin walaupun satu jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum jahiliah. (riwayat al-Bukhari)."

Ini kerana masyarakat jahiliah itu tidak memiliki pimpinan yang konsisten. Hidup mereka berpecah-belah dan saling jatuh-menjatuhkan antara satu dengan yang lain. Ini disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) dalam Majmu' al-Fatawa.

Pemimpin yang dimaksudkan hadis itu merujuk kepada pemimpin (yang muslim) bagi setiap wilayah atau negara yang didiami oleh umat Islam secara umum.

Ia tidak khusus untuk pemimpin bergelar khalifah semata-mata sebagaimana dijelaskan oleh Imam ash-Shan'ani rahimahullah (Wafat: 1182H) dalam Subulus Salam.

Perbuatan demonstrasi memprotes pemimpin ini sendiri sebenarnya termasuk juga ke dalam sebahagian ciri-ciri memisahkan diri daripada ketaatan terhadap penguasa.

Oleh: Nawawi Subandi

Tuesday, December 14, 2010

Kajian Suaram Tidak Jujur

Benarkah Malaysia kini kembali ke zaman masyarakat tertutup? Itu pandangan yang disuarakan oleh pertubuhan hak asasi manusia (SUARAM) dalam portal Malaysiakini, 9 Disember lalu.
Ahli jawatankuasa sekretariat Suaram, Hasbeemaputra Abu Bakar membuat dakwaan itu berdasarkan kajiannya kepada jumlah tangkapan dalam perhimpunan rakyat dan kawalan ketat ke atas media.

Mudah sungguh beliau membuat analisis. Apa disiplin ilmu yang beliau gunakan hingga membuat kesimpulan begitu?

Apakah Hasbeemaputra sudah bertanya kepada ribuan rakyat yang menjadi mangsa perhimpunan rakyat itu? Hak asasi manusia mereka juga mesti dihormati. Janganlah double standard bila membuat kajian.

Sejak bila Malaysia melalui zaman masyarakat tertutup? Sedangkan kita masih bebas mendengar radio, menonton televisyen, membaca akhbar dan majalah, melayari Internet, menonton TV Pas dan TV Selangor, dan membaca pelbagai akhbar yang diterbitkan oleh parti-parti politik.

Sementara parti-parti politik pembangkang tanpa mengira ada pilihan raya atau tidak - terus menganjurkan ceramah setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menganjurkan pelbagai perhimpunan sehingga berdemonstrasi di jalanan tanpa menghormati kesucian masjid.

Apakah itu bukan kebebasan bersuara? Apakah itu bukan kebebasan berhimpun, walaupun dibuat tanpa permit, polis masih membenarkannya?

Kalaulah Malaysia masyarakat tertutup, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bebas -- baik di dalam negeri malah hingga ke luar negara tanpa segan silu menghina, mencerca dan memburuk-burukkan negara sendiri. Tiada sekatan dan tindakan daripada kerajaan.

Bacalah akhbar parti Keadilan yang tiada permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih bebas diterbitkan dan dijual. Begitu juga akhbar Pas iaitu Harakah walau pun disyaratkan dijual kepada ahlinya saja, tetapi terus bebas dijual secara terbuka di merata tempat.

Itu yang Suaram kata ruang informasi semakin mengecil dan kawalan ke atas media? Itu belum lagi membaca penulisan di dalam blog, Facebook dan Twitter. Apa yang mereka tidak tulis. Penuh dengan fitnah dan putar belit fakta. Sesiapa saja boleh melayari dan membacanya. Bebas untuk percaya atau tidak.

Apa yang Suaram hendak lagi? Jadi di mana logiknya Suaram mengatakan Malaysia kini kembali ke zaman rakyat tertutup seperti di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hakikatnya zaman Dr. Mahathir juga tiada sekatan dan memberi kebebasan dalam banyak hal.

Semua parti pembangkang diberi hak menerbitkan akhbarnya sendiri. Kecuali yang melampau hingga menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara tentulah dikenakan tindakan.

Itu adil kerana negara ini ada peraturan dan undang-undang yang mesti dihormati.

Suaram tentu suka membaca Suara Keadilan dan Harakah. Soalnya itukah corak kewartawanan yang Suaram mahu? Tajuk-tajuk beritanya saja sudah misleading pembaca. Di mana kejujuran, kebenaran dan keikhlasan yang menjadi etika kewartawanan?

Kalau ini zaman rakyat tertutup sebenarnya yang tertutup adalah pemikiran Hasbeemaputra, termasuk Suaram yang menolak realiti semata-mata kerana membenci kerajaan. Jika beliau seorang yang jujur, ikhlas dan terbuka tentulah kajiannya adil.

Saya cuma mahu mengingatkan Hasbeemaputra, kembalilah kepada Islam sebenar. Tidak ada kebebasan yang mutlak seperti yang beliau mahukan.

Burung yang bebas berterbangan di angkasa dan ikan yang berenang di lautan pun terbatas pergerakannya. Inikan pula manusia seperti Habeemaputra. Atau, beliau manusia istimewa anugerah Tuhan?

Namun, kebebasan itu bukan seperti oksijan yang kita sedut di udara.


Oleh: M. Hanafiah A. Samad
          Parit Yusof, Muar

Monday, December 13, 2010

Singapura Kutuk Negara Asia

SINGAPURA 12 Dis. - Diplomat Singapura berpendapat pemimpin-pemimpin dari beberapa negara sekutunya di Asia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, demikian menurut pendedahan terbaru WikiLeaks hari ini.
Nota diplomatik sulit yang dikeluarkan laman web tersebut kepada kumpulan media Australia, Fairfax, mengandungi penilaian tidak elok melibatkan beberapa tokoh pemimpin di Malaysia, Thailand, India dan Jepun.

"Kepimpinan yang kurang cekap adalah satu masalah besar di Malaysia," kata setiausaha kekal di Kementerian Hal Ehwal Asing Singapura, Bilahari Kausikan kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Asia Timur, David Sedney, dalam satu kabel diplomatik bertarikh September 2008.

Bilahari dipetik sebagai berkata, situasi di Malaysia itu adalah mengelirukan dan berbahaya disebabkan kemungkinan yang jelas dalam konflik perkauman yang menyaksikan kaum Cina 'meninggalkan' Malaysia dan 'berpusu-pusu' ke Singapura.

Seorang lagi pegawai, Peter Ho dilapor sebagai menyifatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang oportunis yang tidak teragak-agak mengkritik Singapura jika keadaan wajar untuk beliau berbuat demikian.

Katanya, dakwaan mengaitkan Najib dengan pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu pada 2006 juga akan terus menghantui karier politik Perdana Menteri itu walaupun beliau menafikan sekeras-kerasnya perkara tersebut.

Bilahari turut mengkritik kerajaan Thailand pada 2008 apabila melabel Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra sebagai korup bersama-sama pemimpin lain termasuk pihak pembangkang.

Beliau turut menyifatkan Putera Mahkota Thai, Maha Vajiralongkorn sebagai 'tidak menentu dan mudah dipengaruhi' sambil memberi amaran tentang ketidakstabilan politik yang akan berterusan di negara itu.

Dalam satu dokumen bertarikh 2009, duta Singapura Tommy Koh yang terkenal dengan perwatakan lembut dan pandai berpidato, menyifatkan Jepun sebagai 'pihak yang kalah besar' dalam konteks merapatkan hubungan antara China dan ASEAN.

India pula disifatkan sebagai bodoh dan 'separuh masuk, separuh keluar' dari ASEAN.

Setakat ini, Singapura masih belum memberikan reaksi berhubung pendedahan WikiLeaks itu, tetapi akhbar pro republik ini, Straits Times telah menyiarkan dokumen-dokumen tersebut di laman webnya. - AFP-utusan

Saturday, December 11, 2010

Sikap Sebenar PKR Dan DAP Terhadap Pas

SELAMA ini apabila Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan yang dilihat menyokong pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, beliau pasti akan disokong oleh pemimpin kedua-dua parti berkenaan.

Biarpun kadang kala kenyataan Menteri Besar Kelantan itu dilihat bertentangan dengan pendirian sesetengah pemimpin Pas tetapi oleh kerana ia memihak kepada PKR dan DAP, maka beliau akan dibela.

Tetapi dalam isu cadangan melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri kalau mimpi pembangkang menawan Putrajaya menjadi kenyataan Nik Abdul Aziz menerima layanan sebaliknya.

Ia hanya kerana apabila Mursyidul Am Pas tersebut menegaskan, Kit Siang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri jika Penasihat DAP itu menjadi seorang muslim yang taat.

Anwar menganggap itu kenyataan peribadi Nik Abdul Aziz dan mempertahankan hak Kit Siang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Di pihak DAP pula, Karpal Singh dalam satu kenyataan meminta Nik Abdul Aziz mengkaji peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pendek kata, kedua-dua parti itu yang selama ini dilihat sudah lama memperkotak-katikkan Pas demi kepentingan politik mereka menolak menentang kenyataan Nik Abdul Aziz.

Pendirian PKR dan DAP ini seharusnya memberikan pengajaran bukan sahaja kepada Pas tetapi juga Nik Abdul Aziz bahawa kedua-dua parti itu sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang pandangan Pas jika ia menyentuh kepentingan mereka.

PKR dan DAP hanya ingin memperalatkan Pas bagi meraih undi demi mencapai cita-cita mereka untuk menguasai Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mereka tidak pernah mahu menghormati pendirian Pas apatah lagi jika menyentuh soal-soal Islam.

Pas bukannya tidak mengetahui perkara ini tetapi sengaja melupakannya demi menjaga hati kedua-dua parti tersebut. Tetapi dalam masa yang sama PKR dan DAP tidak pernah mempunyai niat sedemikian.

Bagi mereka, Pas hanya perlu menyokong sahaja apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh PKR dan DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi ‘pak turut’, bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan kedua-dua parti berkenaan.

Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.

Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain.

Kita juga seharusnya tidak terkejut dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas bahawa mereka tidak dibawa berbincang berhubung soal pelantikan itu.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?

Sebagai contoh dalam isu pilihan raya bagi memilih ahli majlis daerah seperti mana dicadangkan oleh DAP di Selangor baru-baru ini, ia juga tidak diketahui oleh Pas tetapi atas nama pakatan mereka dipaksa untuk menyetujuinya.

Semua ini sudah menampakkan ketidakjujuran kedua-dua parti itu dalam bersahabat dengan Pas.

Kita juga tidak harus lupa bagaimana DAP menentang perjuangan Islam yang cuba dibawa oleh Pas dan demi kepentingan bersama Pas seolah-olah sudah tidak lagi berani bercakap soal itu.

Satu lagi fakta yang tidak harus dilupakan oleh PKR dan DAP atau mungkin di kalangan sesetengah pemimpin Pas ialah Pas bukanlah calang-calang parti.

Justeru apabila Anwar lebih mengutamakan Kit Siang berbanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri jelaslah sudah ada hasrat tersembunyi untuk memastikan dalam pilihan raya umum akan datang, Pas tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang bakal diperolehi oleh PKR dan DAP.

Maknanya, Pas akan ditentukan berada pada kedudukan ketiga di kalangan parti-parti pembangkang bagi membolehkan PKR dan DAP menguasai semua jawatan penting dalam kerajaan jika pembangkang merampas tampuk pemerintahan negara.

Mungkin bagi pemimpin Pas apa yang lebih penting sekarang ialah menang dulu pilihan raya barulah bercakap soal kedudukan tetapi mesej yang boleh dipelajari oleh Pas ialah sudah ada kecenderungan oleh Anwar untuk mengutamakan DAP dalam apa juga segi.

Semua ini perlu disedari oleh Pas supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan ‘yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.’

Oleh Zulkiflee Bakar-utusan

Friday, December 10, 2010

Surat Untuk Ragunath Kesavan

PRESIDEN Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dilaporkan telah menuduh polis menggunakan kekerasan ketika demonstrasi perarakan yang dikepalai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya tidak menggunakan perkataan diketuai kerana sebagai seorang Menteri Besar beliau sebenarnya tidak layak untuk menjadi ketua. Yang layak hanya sebagai kepala sahaja.

Sama seperti kepala kereta api dan macam-macam kepala lagi.

Namun bukan mengenai Menteri Besar Selangor yang hendak saya persoalkan. Orang yang tak layak menjadi ketua tidak layak untuk diperbicarakan.

Perkara yang hendak dipersoalkan adalah perihal Presiden Majlis Peguam ini. Bagi saya Ragunath juga tidak layak untuk menjadi ketua kepada Majlis Peguam kerana beliau secara tidak langsung telah menghalalkan tindakan seseorang seperti Khalid itu.

Ragunath telah menuduh pihak polis melakukan kekerasan ke atas pendemonstrasi jalanan dan tahukan beliau tindakan pihak polis itu sebenarnya tidak akan berlaku sekiranya Khalid tidak melanggar undang-undang dengan mengadakan demonstrasi tanpa permit dari pihak polis?

Kenapa tindakan polis yang harus dipersoalkan sedangkan kesalahan Khalid menganjurkan demonstrasi haram itu tidak pula dipersalahkan?

Ragunath, kalau saudara ada cita-cita untuk menjadi wakil rakyat dan berharap pihak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mencalonkan anda sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekalipun, janganlah menghalalkan perkara yang salah dan menyalahkan orang lain yang bertungkus lumus menegakkan undang-undang yang dipelopori oleh kebanyakan peguam.

Saya berkata demikian kerana ada segelintir peguam yang tidak faham undang-undang yang mereka pelajari dan kerana itu mereka melakukan perkara-perkara yang melanggar etika seorang peguam.

Sebab itulah pihak Majlis Peguam tidak berani bertindak ke atas peguam yang dituduh membunuh seorang jutawan kosmetik satu ketika dulu.

Presiden Majlis Peguam bila didesak untuk bertindak berkata, Majlis Peguam tidak punya kuasa untuk bertindak. Tapi bagaimana pula Presiden Majlis Peguam boleh menuduh pihak polis bertindak kasar ke atas pendemonstrasi sedangkan demonstrasi itu sendiri diadakan secara haram?

Niat membunuh adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. Baru niat pun dah kira salah, inikan pula melakukan sesuatu yang terang-terangan menyalahi undang-undang.

Berhimpun beramai-ramai tanpa permit dari pihak polis adalah satu kesalahan. Kalau buat juga, bermakna telah melakukan kesalahan. Kalau itu pun pihak Majlis Peguam yang berpresidenkan Ragunath kurang arif, maka saya berpendapat benarlah saudara Ragunath ini tidak tahu undang-un

Sepatutnya beliau harus melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam. Ragunath tidak layak digelar seorang peguam kerana seorang peguam seharusnya menegakkan undang-undang bukan mencabulinya.

Bersekongkol dengan Khalid yang telah berjanji dengan pihak polis untuk tidak berdemonstrasi dan beliau diiring pihak polis ke Istana Negara. Tapi Khalid mungkir janji.

Anda telah bersubahat dengan pihak yang melanggar undang-undang negara, dan anda tidak merasa malu untuk memanggil diri anda sebagai Presiden Majlis Peguam Malaysia.

Jika inilah karekter dan hati budi seorang peguam, saya percaya kelak negara akan ditadbir oleh samseng-samseng jalanan yang menegakkan sesuatu yang salah dan menghalalkan sesuatu yang haram.

Bagi seorang samseng, mana ada halal dan haram. Yang ada adalah apa yang mereka mahu mereka dapat.

Kepada pendemonstrasi jalanan, janganlah jadi lembu yang dicucuk hidung dan menyusahkan ratusan ribu orang yang tidak bersalah dan berkepentingan lain hanya kerana anda beranggapan anda akan mendapat sedikit habuan bila kepala samseng ini berjaya kelak.

Ingatlah, suatu hari nanti anda juga akan balasan ke atas apa yang telah anda lakukan.

Kepada pihak polis, jalankan tugas anda tanpa takut dan ragu.

MEZA
Sg. Buloh-utusan

Demo: Tak setuju Suhakam, Majlis Peguam tegur polis
SAYA tertarik hati dengan kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Majlis Peguam Malaysia mengenai demonstrasi haram mengenai kenaikan tarif air yang diketuai oleh menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pada 5 Disember lalu.

Suhakam berkata, polis bertindak kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika menyuraikan demonstrasi itu. Majlis Peguam pula berkata polis bukan saja bertindak kasar tetapi juga menindas.

Sebagai penegak undang-undang, Suhakam dan Majlis Peguam sewajarnya tidak menyebelahi pihak yang melanggar undang-undang menganjurkan perhimpunan haram. Kenapa tidak menasihatkan Menteri Besar Selangor memohon permit?

Polis telah bertoleransi membenarkan perhimpunan itu diadakan walau pun haram. Kalau sudah melanggar undang-undang ikutlah arahan? Polis tidak pernah bertindak sebelum memberi arahan. Jadi tidak ada sebab mahu menyalahkan pihak polis.

Sebenarnya penunjuk perasaan yang melakukan provokasi terhadap polis sambil terjerit terlolong dan membaling batu. Kenapa anggota Suhakam yang hadir di situ tidak mencatatkan hal ini? Jadi apa tujuan beliau hadir? Untuk mencari kebenaran atau salah polis?

Suhakam janganlah berpura-pura berselindung di belakang slogan hak asasi manusia. Begitu juga majlis peguam yang berselindung di sebalik akta kebebasan bersuara atau kebebasan berhimpun.

Negara kita ada peraturan dan undang-undang, terutama kepada orang awam lain yang tidak terlibat dengan demonstrasi. Mereka juga mempertahankan hak asasi manusia untuk menjalani kehidupan yang aman dan tenteram bersama keluarga tanpa diganggu oleh peserta demonstrasi.

Kenapa Suhakam tidak melihat hak asasi orang terbanyak ini? Hak asasi manusia mereka juga perlu dilindungi.

Suhakam dan Majlis Peguam perlu bersikap adil, jujur dan ikhlas jika benar-benar mahu mempertahankan undang-undang dan memperjuangkan nasib rakyat. Jangan memihak dan mencari salah saja.

Kalau Suhakam dan Majlis Peguam mahu menjadi badan yang dihormati dan kata-katanya dipercayai masyarakat maka ia perlu bebas dan berintergriti. Jika tidak tak usahlah cakap soal kebebasan dan kebenaran. Polis sudah bertindak betul.

M. Hanafiah A. Samad
Parit Yusof, Muar, Johor- utusan

Thursday, December 9, 2010

Adakah Anda Lelaki Hebat?

Hebat bagaimana yang dimaksudkan! Atas asas apakah penilaian dibuat.

Kata bistari, “Jauh perjalanan luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman”. Itulah asas ukuran yang digarap untuk menilai keperkasaan kaum Adam.
Untuk kerukunan rumahtangga, yang mana lebih utama…kemewahan material atau kesempurnaan hubungan kelamin? Ramai akan mengatakan kedua-duanya sama penting. Lima puluh lima puluh.

Mustahil. Menyatukan kedua-duanya adalah seperti usaha menyatukan air dengan minyak. Kemewahan akan membuat manusia terus berusaha untuk lebih mewah lagi dan akhirnya akan meletakkan kepentingan batiniah dikelas kedua. Kemewahan akan membuat seseorang lupa bahawa wang ringgit atau kebendaan bukan resepi utama kebahagiaan. Kalau anda letakkan wang ringgit ditahap tertinggi dan kesempurnaan hubungan kelamin suami isteri ditempat kedua, maka rumah tangga anda akan menyusuri denai-denai sepi yang dihiasi jerangkap samar.

Bagaimana menilai kehebatan lelaki?
Beberapa bulan yang lalu ada iklan internet mempromosikan produk yang kononnya lelaki akan dianggap hebat kalau boleh bertahan antara tiga hingga lapan jam. Hebatkah lelaki kalau boleh berdayung selama itu? Tidak. Pasangan anda juga tidak akan gembira malah akan menderita diperlaku sedemikian rupa. Justeru berapa lama ataupun berapa jam tempoh yang ideal?

Seorang lelaki hebat boleh mengubah rentak dayungan mengikut kesesuaian keadaan. Ada masanya dia perlu menjadi sprinter dan pada ketika lain pula menjadi pelari marathon. Marathon disini bukan bererti tiga hingga lapan jam. Jangka masa ‘bertahan’ yang diperlukan sekadar cukup untuk membawa pasangan menikmati ‘orgasm berganda’.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada pasangan anda telah sampai kekemuncak atau sebaliknya. Anda tidak akan tahu kalau dayungan anda cuma bertahan setakat sepuluh atau lima belas minit. Lazimnya, kaum perempuan akan mula menghampiri saat kritikal selepas kira-kira dua puluh minit. Apakah anda boleh bertahan selama itu? Kenapa majoriti lelaki mudah tewas dalam pertempuran?

Perempuan diciptakan untuk lelaki dan bukan sebaliknya. Emosi perempuan mudah dikesan. Kalau gembira dia tersenyum dan ketawa, kalau berduka dia akan murung dan menangis. Begitu juga ketika hubungan kelamin, bila terasa enak, dia akan melahirkan keseronokan dengan ‘merengek’. Bunyi ‘ghairah’ itulah yang sering membuat lelaki tewas sebelum masanya, karam sebelum sampai ketepian.
video
Dan bila anda sering karam di tengah lautan, bila sering gagal mengemudi bahtera sehingga kedermaga, lambat laun akan berlakulah krisis rumah tangga. Isteri akan hilang rasa hormat pada suami, dan suami pula akan hilang keyakinan diri. Menyedari kekurangan diri, suami akan bertukar menjadi lelaki ‘panas baran’ dan ringan kaki tangan. Isteri akan menjadi mangsa keadaan. Akhirnya, anak (kalau yang sudah punya zuriat) akan membesar dengan kebencian terhadap bapa. Perlahan tapi pasti, akan berputik perasaan dan tanggapan bahawa bapa adalah pembuli, samseng dan lain-lagi. Anak perempuan akan berpandangan negatif terhadap lelaki yang akhirnya akan membawa gejala suka sesama jenis dan anak lelaki pula akan mewarisi ‘kesamsengan’ bapa. Bukankah hanya “daun yang melayang jauh sedangkan buah akan jatuh kepangkal jua”.

Bagaimana untuk menjauhi situasi diatas. Bagaimana untuk menjadi pelari marathon tanpa menggunakan ubat-ubatan yang mungkin memudaratkan?

Renung-renungkan….!

Sumber: http://utuhpaloi.com