Episod sepanjang 25 minit dihasilkan di bawah edisi mingguan “101 East” Al Jazeera itu adalah antara yang membawa kepada kemenangannya tersebut selain satu lagi laporan mengenai kemusnahan hutan di Papua Barat.
Dalam episod yang disiarkan pada 3 Julai tahun lalu, Al Jazeera memfokuskan tindakan tegas yang diambil kerajaan Malaysia terhadap pekerja asing sekali gus mendakwa pihak berkuasa melayan migran dengan buruk ketika PKP untuk mengekang penularan Covid-19.
Susulan itu, tujuh wartawan organisasi itu disoal oleh pasukan dari Bukti Aman atas pelbagai kesalahan termasuk hasutan dan fitnah, selain penyalahgunaan kemudahan rangkaian.
Ambrose antara empat wartawan dari pasukan 101 East yang kemudian dibatalkan permit kerja dan diarahkan pulang ke negara asal.
Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual dalam dokumentari mendakwa diskriminasi dilakukan terhadap pekerja asing ketika sekatan pergerakan turut dibatalkan permit kerja dan ditahan.
Panel hakim di London dalam anugerah media itu menyifatkan laporan berkenaan sebagai jujur, berani dan teliti, dengan menambah bakat kewartawanan Ambrose mengongsikan kisah yang sering lenyap dalam agenda berita arus perdana.
Mengulas kemenangan itu, Ambrose menyifatkannya sebagai satu penghargaan terutama memandangkan tahun tersebut penuh cabaran susulan wabak yang membawa cabaran berlainan dalam membuat liputan berita di seluruh dunia.
“Dalam pada kerajaan di seluruh dunia terus mengenakan lebih banyak sekatan terhadap media, tindakan mendedahkan apa yang berlaku di sebalik tirai kini menjadi semakin penting.
“Kewartawanan yang hebat memerlukan pemimpin yang berani menyuarakan kebenaran. Walaupun menerima tekanan hebat, Rayhan tidak pernah sekalipun menarik balik kenyataannya itu.
“Tanpanya anugerah ini tidak mungkin diperoleh,” katanya.
Dokumentari itu turut memenangi Telly Award di Amerika dan Human Rights Press Award daripada Hong Kong Correspondents Club.
The Global Investigative Journalism Network menyenaraikan episod itu antara yang terbaik dilaporkan pada 2020.
Ia turut disenaraipendekkan untuk One World Media’s Coronavirus Reporting Award. - freemalaysiatoday
No comments:
Post a Comment