nuffnang

Thursday, February 28, 2019

Apabila Bersekutu Dengan Kafir

BERSEKUTU dengan orang kafir dari sudut politik sehingga memberikan mereka dominasi kuasa politik di negara majoriti muslim adalah perbuatan haram, melalui banyak ayat al-Quran.

Itulah situasi politik negara kita sekarang, iaitu orang kafir mendominasi kuasa. Buktinya terlalu banyak, berdasarkan senario lima bulan pemerintahan PH, bahkan senario dominasi dalam kalangan parti komponen PH sendiri sebelum PRU14.

Terdahulu ialah kenyataan berani Kasthuri Patto DAP, yang jelas-jelas direkrut oleh negara asing sejak beberapa tahun lalu, untuk mempromosikan kebebasan beragama termasuk bebas murtad untuk orang Islam di Malaysia.

Tiada suara berautoriti, seperti pihak istana mahupun menteri yang menjaga (semua) agama, yang memanggil Ahli Parlimen DAP itu menghadap, sekurang-kurangnya diberi amaran agar tidak mengulangi kenyataan biadabnya itu.

Dia perlu dipanggil menghadap kerana perjuangannya itu terang-terang menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara. Kecualilah jika negara ini mahu dibiarkan menuju ke arah demokrasi liberal atau pihak berautoriti umat Islam sudah hilang cengkaman kuasa kerana berpindahnya dominasi ke tangan bukan muslim. Saya kira kedua-dua faktor ini sedang berlaku dan kita sedang merasai implikasinya.

Bahkan, pada ketika umat Islam menyuarakan rasa marah, puak muslim PH yang menghalalkan ‘persekutuan yang membawa kepada dominasi politik kafir di negara ini’ yang diharamkan Allah, tanpa segan silu menghentam suara-suara umat Islam itu sebagai emosional, tidak intelek, tidak matang, tidak beradab dan sebagainya.

Sebenarnya mereka hanya mahu melindungi sekutu politik kepartian mereka, DAP. Untuk itu mereka sanggup tuduh umat Islam dengan bermacam-macam tuduhan buruk dan kotor.

Mereka menunggang ayat dan hadis mengenai dakwah, demi menjustifikasikan persekutuan haram itu, dengan meninggalkan ayat dan hadis yang menuntut persaingan agar agama suci ini dibela dan kekal mulia saat diancam.

Mereka berada di medan politik, yang merupakan medan persaingan kuasa, tapi sayang mereka bersaing dan berlawan habis-habisan, dalam dewan, luar dewan, di alam nyata dan alam maya, untuk membenam suara umat Islam dan membiarkan suara anti-Islam berkumandang.

Itulah demokrasi bagi mereka.
Sehingga kini, tidak nampak usaha mereka untuk mengembalikan semula dominasi politik di tangan orang Islam. Manakan tidak, persekutuan haram mereka sendiri sememangnya menghala ke arah yang bertentangan, iaitu mengukuhkan dominasi politik bukan muslim.

Orang yang mengkategorikan kenyataan Kasthuri Patto DAP sebagai kata-kata bukan muslim yang tidak faham mengenai Islam adalah (1) orang yang naif, atau (2) sengaja mengkhianati Islam demi survival politik kepartian sempit. Tiada yang ketiga.

Persekutuan dengan bukan muslim yang mengakibatkan dominasi kuasa politik berada di tangan kafirun adalah perbuatan dosa, yang mudaratnya kena ke atas seluruh umat Islam.

Kita sebagai sebahagian umat Islam, yang tahu mengenai hakikat ini, bertanggungjawab untuk bersuara dan menyampaikan peringatan, walaupun dicela oleh orang yang mencela dan dibenci oleh musyrikin.
Kepada Allah kembali setiap urusan. Kepada-Nya kita bertawakal dan kepada-Nya kita kembali.

Sumber :  www.ismaweb.net 

Thursday, February 21, 2019

Politik kotor DAP?

KEJAYAAN yang diperoleh DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) boleh disifatkan sebagai suatu kejayaan terbesar bagi sebuah parti bukan Melayu dalam sejarah politik Malaysia.

Walaupun DAP menyatakan bahawa mereka bukan parti berasaskan kaum seperti MCA ataupun Gerakan, pada hakikatnya kesemua kerusi yang ditawan mereka kebanyakannya hasil pengundi Cina.

Pendekatan politik DAP sering menjadi pertikaian dan menimbulkan kontroversi kerana pemimpinnya dilihat gemar mengapi-apikan penyokong mereka terutama sekali dalam kalangan kaum Cina dan India.

Kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu semasa serta keresahan yang memuncak dalam kalangan pengundi bukan Melayu telah membuka peluang besar kepada DAP untuk menukar kerajaan.

DAP juga licik melemparkan tuduhan bahawa parti-parti komponen BN, iaitu MCA, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) malah MIC adalah pembelot kerana sanggup menggadaikan kepentingan kaum sendiri untuk agenda peribadi masing-masing.

Parti-parti tersebut sering dikutuk kerana dituduh bersekongkol dengan kerajaan yang kurang berintegriti. Kebanyakan pengamal politik bukan Melayu akhirnya tewas di tangan pencabar-pencabar hebat daripada DAP dalam pilihan raya umum. Pada dasarnya, taktik dan strategi politik DAP itu amat efektif dan berjaya.

Sokongan undi Melayu juga tidak lagi statik kepada parti-parti Melayu seperti dahulu kerana pandangan politik bagi pengundi-pengundi Melayu sudah banyak berinaan untuk menjatuhkan imej parti lawan di sana.

Penceramah-penceramah DAP didapati sangat gemar menggunakan kata-kata sinis, tajam dan kesat untuk mencela dan menyindir pemimpin-pemimpin BN.

Orang ramai pula dilihat sangat tertarik dengan teknik ceramah politik seperti itu kerana gaya bahasa dan sindiran yang digunakan bukan sahaja lucu tetapi juga menghiburkan.

Kata-kata sindiran dalam dialek Kantonis serta dialek lain digunakan sewenang-wenangnya untuk mempersendakan dan menjadikan bahan tawa musuh politik. Dari nama, warna kulit, saiz badan, rupa paras, keturunan sehingga jawatan yang dipegang semuanya dijadikan bahan lawak jenaka demi mencapai matlamat yang ingin disampaikan.

Sebenarnya, persembahan ceramah DAP dalam bahasa Melayu amat berbeza berbanding persembahan yang disampaikan dalam bahasa ibunda mereka. Oleh yang demikian, strategi ini mendatangkan impak dan pengaruh berbeza. Tapi topik atau isu dibawa adalah sama.

Walau bagaimanapun, komuniti cendekiawan Cina di Malaysia berpendapat, pendekatan politik sebilangan besar pemimpin DAP sedemikian adalah rendah mutunya dan sangat bertentangan dengan nilai-nilai peradaban baik budaya masyarakat Tionghua.
Oleh : Awang Cahaya

Wednesday, February 20, 2019

Jangan Kacau Impian Umat Islam

Menunaikan ibadah haji sememangnya menjadi impian setiap umat Islam.

Kemudahan subsidi yang diberikan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) selama ini dilihat sebagai satu ‘rahmat’ kepada umat Islam yang kurang berkemam­puan untuk sampai ke Tanah Suci.

Namun baru-baru ini, desas-desus bahawa pengiring jemaah haji serta kes rayuan tidak lagi diberikan subsidi seperti tahun-tahun lalu membuatkan ramai yang meluahkan rasa kecewa dan sedih.

Manakan tidak, pengiring yang berperanan membantu jemaah haji yang sudah uzur perlu membayar kos penuh iaitu RM22,900 meskipun pertama kali mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Keadaan ini seolah-olah menidakkan hak subsidi si pengi­ring tersebut dan lebih menyedihkan, warga emas yang uzur terpaksa pergi sendirian tanpa pengiring sekiranya pengiring terbabit tidak mampu untuk membayar kos penuh.

Konsep istito’ah (kemampuan) yang diguna pakai untuk mengerjakan ibadah ini sememangnya perlu diberi penekanan dan tiada salahnya jika Tabung Haji menjadi medium untuk umat Islam di negara ini berusaha mencapai kemampuan tersebut.

Sebagai rakyat di negara yang mempunyai antara struktur kemudahan haji terbaik di dunia, tidak salah untuk kita memanfaatkan kemudahan itu bahkan boleh dianggap sebagai kemudahan yang meri­ngankan lagi aspek istito’ah .

Namun sekiranya keputusan tersebut muktamad kerana sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, diharapkan pihak Tabung Haji menggunakan kuasa budi bicara bagi kes ra­yuan dan pengiring yang kurang berkemampuan.

Meskipun rakyat sedia maklum berkenaan keadaan ekonomi yang ‘kurang baik’, diharapkan dana Tabung Haji tidak ‘disentuh’ mana-mana pihak kerana ia melibatkan impian berjuta umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam kelima itu.

Tuesday, February 19, 2019

Adilkah Tarik Subsidi?

BERITA penarikan subsidi Tabung Haji bagi pengiring dan mereka yang merayu lebih awal dalam media sosial baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Rata-rata terkejut dengan berita itu yang kemudiannya dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof hanya disasarkan kepada umat Islam berkemampuan.

Kos sebenar menunaikan haji sebanyak RM22,900 itu merangkumi tambang penerbangan, pengangkutan, penginapan di Mekah dan Madinah, belanja makan minum serta bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Namun, Tabung Haji sebelum ini menanggung subsidi sebanyak RM12,920 dan menjadikan kos menunaikan haji hanya sebanyak RM9,980.

Jika benar seperti yang tular di media sosial, maka pihak yang merayu untuk menunaikan haji lebih awal dan pengiring jemaah haji akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi sekiranya mereka dikategorikan dalam golongan berkemampuan.

Kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang betul-betul sesuai untuk melaksanakan kaedah terbaharu ini bagi mengelak umat Islam kurang berkemampuan dikenakan kadar bayaran tinggi.

Mujahid sendiri pernah berkata sebelum ini yang kerajaan akan cuba mengekalkan subsidi haji.

Ini dengan memastikan bahagian perniagaan Tabung Haji yang sedang melalui proses pemulihan dapat meneroka bidang perniagaan yang lebih kompetitif untuk menjana pendapatan sampingan.

Jika dilihat kepada golongan yang merayu untuk menunaikan haji lebih awal, kebanyakan mereka adalah golongan pesara atau warga emas dan ada juga dalam kalangan golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Bayangkan nasib petani, nelayan, buruh, peniaga kecil dan lain-lain kumpulan berpendapatan rendah yang menyimpan sedikit demi sedikit dalam Tabung Haji bagi membolehkan mencapai impian mereka untuk menunaikan haji.

Mereka menyimpan bertahun-tahun untuk mendapatkan jumlah terkumpul sebanyak RM9,980 bagi membolehkan mereka tunaikan haji.

Apa akan berlaku jika kumpulan ini diminta untuk membayar harga penuh tanpa subsidi dan perlu menambah hampir sekali ganda daripada jumlah yang telah dikumpul.

Adilkah bagi golongan ini yang merayu untuk menunaikan haji lebih awal dan pastinya mereka akan berasa kecewa dengan hal ini.

Pengiring jemaah haji juga berkemungkinan besar ditarik balik subsidi, sedangkan pengiring ini kebanyakan adalah menemani mahram atau ibu bapa yang sudah uzur.

Niat mereka adalah ikhlas untuk membantu ahli keluarga terdekat menunaikan haji.

Bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) dan kategori berpendapatan tinggi (T20), untuk mengumpul wang sebanyak RM22,900 mungkin tidak menjadi masalah memandangkan pekerjaan mereka membolehkan mereka mengumpul wang dalam tempoh yang singkat.

Saya berharap Tabung Haji terus membuat pelaburan dan perniagaan menggunakan deposit dalam Tabung Haji bagi membolehkannya meraih keuntungan untuk menampung kos operasi pengurusan haji yang semakin meningkat.

Selain itu, jika tiada pilihan, Tabung Haji boleh menaikkan sedikit bayaran haji antara lima hingga 10 peratus jika benar-benar mahu menampung kos yang semakin meningkat bukannya menarik balik subsidi.

Semoga Tabung Haji terus menjadi organisasi yang membantu umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima ini.

Oleh: Syamsyul Samsudin
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Jangan Lupa Binalah Segera Jambatan Bengkok...

Menteri Luar ketuai kumpulan semakan semula harga air: Dr Mahathir
PUCHONG, 12 Jamadilakhir 1440H, Ahad — Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai kumpulan pegawai Malaysia dalam semakan semula harga air mentah yang dijual kepada negara jiran, Singapura, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa mendedahkan butiran terperinci bila rundingan berkenaan itu akan dilakukan, Perdana Menteri berkata kumpulan pegawai yang berunding itu ‘sedang mengusahakannya’ dan ia turut dianggotai pegawai-pegawai berkaitan dari Johor.

“Kita berpendapat bahawa harga 3 sen untuk 1,000 gelen air itu ditentukan pada tahun 1926. Pada masa itu, nilai wang 1 sen boleh beli banyak barang, tetapi waktu sekarang wang 1 sen tak boleh beli apa-apa, 3 sen pun tak boleh beli apa-apa.

“Sepatutnya harga sesuatu barang itu hendaklah ikut keadaan semasa. Hari ini kita bukan cakap pasal millionaire, tetapi pasal billionaire kerana pendapatan meningkat terlalu tinggi. Jadi kalau nak kira harga yang ditentukan pada 1926 itu masih kekal sehingga tahun 3000? Another millenial? Adakah munasabah, saya rasa tidak munasabah. Sampai bila?,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Komuniti Negara di sini, hari ini.

Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengahan tahun lepas apabila Dr Mahathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai ‘tidak masuk akal’ dan berkata beliau bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian itu.

Perjanjian air itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.

Singapura membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Johor memperoleh bekalan harian air terawat sehingga 2.0 peratus atau 5.0 mgd air yang dibekalkan kepada republik itu. – Bernama 

Sunday, February 17, 2019

PH Penjual Harta Negara....

Najib pertikai tindakan PH jual saham M1 kepada Singapura

BANGI, 11 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menjual keseluruhan kepentingan Axiata Group Bhd (Axiata) dalam M1 Limited (M1) kepada Konnectivity Pte Ltd (Konnectivity), pada harga RM1.65 bilion.

Najib berkata, dua tahun sebelum ini dan seiras dengan impian dan rancangan strategik Axiata untuk menjadi syarikat telekomunikasi bertaraf Asian dan global, ia telah cuba untuk menjadi pemegang majoriti demi menguasai M1 dengan menambah pegangan saham mereka.

“Impian dan langkah Axiata ini disokong oleh Khazanah (Khazanah Nasional Bhd) dan kerajaan BN dahulu. Tetapi selepas PRU14, PH telah mengarahkan Khazanah untuk menjual aset-aset mereka dan memulangkan wang kepada kerajaan PH.

“Pada masa yang sama, harga saham Axiata juga jatuh 40 peratus daripada harga RM5.45 pada bulan April sebelum PRU14 kepada RM3.25 sekitar September tahun lepas.

“Oleh itu, pada September lalu Axiata mengumumkan mereka ingin menjual M1 kepada siapa yang berminat. Maka, media Singapura pun melaporkan bahawa harapan dan impian Axiata sudah padam,” katanya menulis di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, Axiata yang dimiliki Khazanah dengan rasminya mengumumkan bahawa mereka menjual keseluruhan kepentingan Axiata dalam syarikat telekomuniksasi (Telco) Singapura M1 kepada syarikat milik kerajaan Singapura dengan harga RM1.65 bilion.

Axiata sebelum ini dikenali sebagai Telekom Malaysia bersama Khazanah membeli kepentingan 30 peratus di dalam M1 pada 2005.

Najib berkata, mereka adalah pemegang saham terbesar dalam M1 sejak dari tahun itu sehingga semalam.

Katanya, M1 ialah sebuah syarikat yang untungnya ratusan juta ringgit setiap tahun.

“Selepas Khazanah jual IHH kepada Jepun bulan November lalu, mereka jual M1 kepada Singapura semalam. Bos Axiatta jelas kecewa dengan penjualan ini tetapi tidak dapat membuat apa-apa kerana ini arahan daripada kerajaan PH.

“Seperti yang saya tulis semalam, banyak lagi aset negara yang dibina oleh kerajaan BN dahulu telah, sedang dan akan dijual oleh PH. Inilah istilah jual negara yang sebenar-benarnya. Mengapa PH menjual khazanah bernilai tinggi?” soalnya.

Banyak lagi aset negara yang dibina kerajaan BN dahulu akan dijual

Sumber: www.ismaweb.net

Apabila Nobita Berkuasa....

Dasar subsidi haji patut kekal
KUALA LUMPUR - Dasar subsidi bagi jemaah haji Muassasah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang menunaikan ibadah itu untuk kali pertama sepatutnya dikekalkan dan tidak diusik pada kadar RM9,980 seorang.

Hal ini kerana pelaksanaan dasar baharu subsidi haji yang mengenakan caj penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900 disifatkan sebagai membebankan bakal haji.

Sehubungan itu, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Amini Amir Abdullah menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan pihak Tabung Haji supaya memikirkan semula dasar baharu subsidi haji itu.

Jelas Amini Amir, keutamaan pertimbangan rayuan menunaikan haji juga harus diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan berada dalam keadaan darurat.

“Perkasa difahamkan caj penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900 berbanding caj lama yang hanya berjumlah RM9,880. Peningkatan bayaran sebanyak RM12,920 bererti tiada subsidi haji diberikan kepada mereka yang berjaya dalam rayuan pertama menunaikan haji.

“Ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan tidak berlaku dalam pentadbiran kerajaan terdahulu. Amalan terdahulu jumlah bayaran subsidi dikenakan pada RM9,980 sepatutnya dikekalkan dan tidak diusik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pengiring jemaah haji yang menunaikan ibadah itu lebih awal dari tahun peruntukan tidak lagi layak mendapat subsidi haji seperti yang disediakan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE

Saturday, February 16, 2019

Ijazahnya Ada, Akalnya Kerdil

SAYA ditunjukkan kenyataan seorang menteri yang dikatakan berijazah tinggi yang dibanggakannya dan menegaskan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. juga tiada ijazah. Kenyataannya boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat. Cumanya sangat malang dan sesat lagi menyesatkan, kalau dibandingkan mereka yang didakwa tidak berijazah itu dengan Nabi Muhammad S.A.W. yang dikatakan tidak berijazah.

Tidak boleh dinafikan adanya ijazah itu penting dan ada ilmu serta pengalaman juga penting. Sangat baik bagi mereka yang ada kedua-duanya dan tidak menjadi salah kalau ada ilmu dan pengalaman tanpa ijazah, tetapi lebih malang kalau ada ijazah tetapi tiada ilmu, dan lebih malang lagi kalau ijazahnya dibeli (walaupun tidak dinamakan rasuah) dan buta akalnya yang lebih besar dan bahaya daripada buta huruf dan paling berbahaya bagi seseorang buta Al-Quran.

Bagi manusia yang tidak berilmu seperti Allah untuk menilai seseorang, sangat penting untuk melihat ijazahnya yang bertulis. Kadang-kadang sudah mencukupi menilai seseorang dengan cara berfikir dan hasil kerjanya yang matang, walaupun tidak berijazah.

Buya Hamka rahimahullah dianggap tokoh ilmuwan yang hebat di Nusantara dengan hasil ilmu dan khidmatnya kepada masyarakat Nusantara. Walaupun ijazahnya sekadar sekolah dasar, menengah, pesantren dan mengaji di masjid, tetapi dinobatkan sebagai tokoh ilmuwan pada zamannya dan mendapat anugerah ijazah kedoktoran daripada Al-Azhar tanpa belajar di sana.

Presiden Algeria, Abdul Aziz Bouteflika hanya bersijil Thanawi (Sekolah Menengah Arab Agama), tetapi dinilai rakyat kerana peranannya berjihad sejak zaman penjajah dan dilantik dengan pengalaman dan ketajaman akalnya, sehingga pernah menjadi Menteri Luar dan akhirnya diangkat menjadi Presiden sehingga terkini. Tetapi sangat malang kalau dilantik kerana pandai menipu dan bohong, walaupun ada ijazah tarafnya laksana penjual ubat yang melariskan ubat kerana pandai bohong, bijak berauta dan putar alam. Bukan kerana ubatnya yang sebenar, tetapi sebabnya tergoda kepada cakap dan temberangnya sahaja.

Rakyat Jerman yang maju itu pernah memilih pemimpin seperti Hitler dan rakyat Itali melantik Benito Mussolini menjadi pemimpin mereka kerana pidatonya yang berapi bukan kerana ijazahnya.

Adapun Rasul Allah, Nabi Muhammad S.A.W. adalah paling tinggi ilmu dan keilmuannya sehingga lebih daripada taraf ijazah dan paling bijaksana serta mulia akhlak dan sifat kemanusiaannya walaupun buta huruf. Adalah perkara luar biasa kerana Baginda S.A.W. ditugaskan membawa mukjizat ilmu bagi segala ilmu pada akhir zaman dengan mendapat kurnia paling tinggi daripada Allah yang memiliki kerajaan yang mengatasi segala kerajaan, termasuk semua yang bertaraf kuasa besar dunia pada zaman purba dan terkini. Semua raja-raja dan pemimpin di bawah kekuasaannya.

Firman Allah:

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26)

“Katakanlah (wahai Muhammad S.A.W): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (Surah Ali-‘Imran: 26)

Adapun pelantikan daripada Allah yang lebih ternyata daripada segala ijazah, antaranya firman Allah:

يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (1) هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (2) وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (3) ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (4)

“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah yang Menguasai (sekalian alam), yang Maha Suci, yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (1); Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak dan lain-lain). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (2); Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (3); Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar”. (4) (Surah Al-Jumu’ah: 1-4)

Firman Allah:

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (158)

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Rasul (Utusan) Allah kepada kamu semuanya (diutuskan oleh Allah) yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis) yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilahnya, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. (Surah Al-A’raaf: 158)

Pelantikannya telah dimaklumkan dan diumumkan oleh para Rasul dan kitab agama sebelumnya. Firman Allah:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (146) الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ (147)

“Orang-orang (Yahudi, Nasrani dan lain-lain) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan Sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan Kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (146); Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi, Nasrani dan lain-lain) itu (wahai Muhammad) adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (147) (Surah Al-Baqarah: 146-147)

Ilmu Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. mencabar seluruh ilmuwan dan pemimpin dunia dengan firman Allah:

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (23) فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ (24)

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W.), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. (23); Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarnya, manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir (melawan Rasul dan Kitab Allah)”. (24) (Surah Al-Baqarah: 23-24)

Ternyata benarnya semua perkara yang disebut di dalam Al-Quran dari segi fakta keilmuan agama dan urusan dunia. Perkara sejarah yang terdahulu dan kajian sains terkini daripada bumi sehingga angkasa lepas. Ternyatalah ketinggian ilmu dan peribadi diri Rasulullah S.A.W. yang dilantik oleh Allah. Maka yakinlah kita bahawa perkara yang ghaib di luar kemampuan pancaindera dan perkara yang akan datang semuanya juga adalah benar.

Maka ketokohan Nabi Muhammad S.A.W. tidak boleh dibandingkan dengan semua pemimpin dan ilmuwan.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Friday, February 15, 2019

Peristiwa Al-Maunah

Jangan perlekeh tugas pasukan keselamatan
KIRA-KIRA 18 tahun lalu, sebuah pekan kecil yang terletak di antara Lenggong dan Kuala Kangsar, Perak tiba-tiba menjadi perhatian nasional dan antarabangsa. Rutin kehidupan biasa penduduknya berubah, pekan yang kebiasaannya tenang menjadi sibuk dan tegang.

Apa yang berlaku di Bukit Jenalik, Sauk bukan kisah biasa-biasa. Dari atas bukit itu sekumpulan lelaki mempersiapkan diri mereka sebagai ‘tentera’ untuk mengangkat senjata masing-masing bagi melancarkan perang ke atas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menggulingkan kerajaan ketika itu.

Lebih dramatik, ratusan senjata mereka datangnya dari hasil rompakan pada pagi 2 Julai 2000 di dua kem tentera di Gerik. Parameter sekitarnya bertukar umpama medan perang apabila dipenuhi dengan pasukan keselamatan.

Perancangan militan Al-Maunah yang diketuai oleh Mohamed Amin Mohamed Razali tidak menjadi kenyataan apabila beliau ‘tumbang’ di tangan Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd. Said.

Drama selama empat hari yang mendebarkan akhirnya selesai dengan jayanya tetapi turut tersulam hiba kedukaan apabila dua anggota keselamatan terkorban. Takziah buat keluarga mendiang R. Sanghadevan dan Truper Matthews anak Medan.

Insan yang berani menggadaikan nyawanya pada waktu itu untuk ‘memusnahkan’ misi Al-Maunah di atas Bukit Jenalik berkongsi pengalaman peristiwa tersebut bersama warga kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baru-baru ini.

Zaini yang telah bersara mengakui bahawa detik hitam itu memberi kesan besar pada negara, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), keluarga tebusan yang terkorban dan dirinya sendiri.

Beliau yang ketika itu merupakan Panglima Medan Tentera Darat tidak menafikan imej ATM tercalar dan kemampuan mereka dipertikaikan.

Peristiwa itu menjadi satu wake up call yang kuat kepada pihak keselamatan bahawa militan ini sentiasa menunggu masa sesuai untuk memunculkan diri.

Bagi mengelakkan peristiwa Al-Maunah berulang, siap-siaga pasukan keselamatan telah dipertingkatkan, tindakan pencegahan awal pantas diambil dan ruang-ruang kecil kelekaan dan rasa terlalu selesa dengan keamanan dielakkan.

Banyak yang dikongsikan beliau selain kisah Al-Maunah atas pengalaman selama 36 tahun dalam ATM antaranya semasa konflik konfrontasi Malaysia dan Indonesia.

Semua kisahnya mencetus inspirasi dan punya nilai pengajaran yang kuat. Pada satu ketika nadanya menjadi sayu dan hiba apabila membenam nasihat pada generasi muda untuk menjadi warganegara yang tanggungjawab.

Berilah sumbangan kepada negara dalam kemampuan masing-masing walaupun kecil. Sesungguhnya, keberadaan para petugas keselamatan perlu sentiasa dihargai dan diraikan bukannya diperlekehkan.

Atas pengorbanan mereka, kita mampu tidur lena saban malam dan menjalani rutin hidup dengan bahagia apabila bangun keesokan harinya.

Terima kasih perwira negara!

Oleh : Mohd Zaini Othman

Thursday, February 14, 2019

Adakah ini kerajaan 'Maqasid Syariah' acuan PH?

KOTA BHARU - Pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai penajaan sepenuhnya lawatan rasmi pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki oleh syarikat judi Da Ma Cai telah membuka mata rakyat bentuk sebenar kerajaan 'Maqasid Syariah' acuan Pakatan Harapan (PH).

Exco Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, rakyat kini boleh membezakan sendiri bentuk kerajaan UMNO yang pernah dilabel 'Kafir' oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan kerajaan 'Maqasid Syariah' hari ini yang sentiasa mendapat redha para ulama Parti Amanah Negara (Amanah).

"Pendedahan ini amat memeranjatkan semua pihak memandangkan ia adalah lawatan rasmi sebuah negara yang mengaku negara Islam.

"Malah ia amat memalukan jika negara-negara Islam lain yang menyanjung tinggi nilai perjuangan agama oleh Malaysia sejak zaman mula merdeka lagi mengetahui perkara mungkar sebegini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng mendedahkan lawatan kerja tersebut dibuat menerusi Lembaga Totalisator Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Kewangan namun segala kos perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh Da Ma Cai, sebuah syarikat judi dan loteri di Malaysia.

Lawatan kerja membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama pegawai kanan PSRM ke Turki itu bertujuan mempelajari kaedah membanteras kegiatan judi dalam talian.

Mengulas lanjut, Nik Saiful Adli yang juga Pengerusi Kluster Peguam Muda (PPUM) berkata, rakyat perlu faham bahawa Da Ma Cai menaja pihak berkuasa untuk belajar membanteras judi dalam talian supaya syarikat itu kekal monopoli perniagaan judi di negara ini.

"Jangan samakan duit cukai judi yang wajib dibayar dengan tajaan syarikat judi kerana ia tidak sama.

"Adakah kerajaan Islam ini sudah jadi penyelamat kepada perniagaan judi sedangkan ramai lagi peniaga-peniaga kecil yang terbeban dengan keadaan hari ini yang lebih utama untuk diselamatkan," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menimbulkan persoalan, di mana ulama-ulama Amanah dan apa pendirian mereka ketika perkara tersebut timbul?

"Adakah masih boleh keluarkan kelulusan patuh syariah kepada dasar-dasar sebegini?," katanya. -UTUSAN ONLINE

Wednesday, February 13, 2019

Realitinya ‘Malaysia Baharu’

Sanggah segera gelagat sentuh sensitiviti kaum

Jagalah sensitiviti kaum. Jagalah!

Basuh anjing dalam bilik tukar lampin bayi di hentian rehat & rawat (R&R), bawa anjing masuk pusat beli-belah dan dalam troli di pasar raya - ini semua perbuatan yang bukan sahaja menjengkelkan, bahkan seolah-olah cuba mencabar dan menguji sensitiviti kaum tertentu.

Kita cukup yakin itu semua kes terpencil dilakukan oleh individu-individu yang tidak ada adab dan ‘mental’ akhlaknya.

Cuma suatu yang bagus dan harus dipuji dalam kes-kes yang dianggap terpencil ini, ada suara-suara yang muncul untuk segera menyanggahnya. Kalau dibuat tak tahu sahaja, barangkali perbuatan itu akan dianggap bukan lagi suatu kesalahan di era apa yang dikenali ‘Malaysia Baharu’ hari ini.

Realitinya ‘Malaysia Baharu’ bukan tempatnya untuk isu-isu yang mencabar sensitiviti kaum. Negara bangsa Malaysia telah lahir dan berkembang dalam satu suasana budaya dan peradaban Melayu yang ditunjangi sifat Melayu Islam selama hampir 1,000 tahun.

Landskap ini diwarnai pula oleh golongan pendatang terutama pada abad ke-19 dan masyarakat mengekalkan identiti masing-masing.

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, mereka dapat hidup harmoni dan mengamalkan cara hidup masing-masing tanpa penekanan dan pemaksaan unsur keagamaan dan perkauman. Sebaliknya berasaskan konsensus nilai yang sama, neutral dan universal.

Ahli fikir Cina, Confucius turut memperkenalkan beberapa ajaran yang baik dan masih relevan hingga kini terutama tentang ciri-ciri pembentukan masyarakat.

Confucius juga mengajar tentang etika hubungan sesama manusia yang mengikut tertib dan bersifat timbal-balik.

Apabila peraturan itu dilaksanakan dalam kehidupan akan tercapailah keserasian dan keseimbangan sehingga masyarakat akan hidup dengan rukun damai.

Kata Confucius lagi, mereka yang memiliki prinsip ini mampu mendirikan asas-asas yang kuat bagi masyarakat beradab. Apabila ketertiban menguasai bangsa, keamanan akan tercapai.

Toleransi Melayu masih tinggi
Bercakap mengenai toleransi kaum, sesiapapun tidak dapat mengetepikan hakikat sikap terbuka tinggi orang Melayu.

Tolak ansur dan kelonggaran orang Melayu terutama dalam soal kerakyatan merupakan suatu keuntungan yang besar kepada bukan Melayu kerana dalam tempoh setahun selepas 31 Ogos 1957 seramai kira-kira 800,000 orang bukan Melayu telah diterima menjadi warganegara.

Begitu juga kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu pada hakikatnya bukanlah suatu keistimewaan kerana perkara tersebut telah lama wujud dan sememangnya menjadi hak orang-orang Melayu sejak sebelum penjajahan lagi.

Sikap terbuka Melayu ini terus diamalkan sepanjang sejarah negara hingga kini. Orang Cina mendapat kedudukan yang sama dengan orang-orang Melayu. Mereka bergiat cergas dan terbuka di pentas politik negara di samping aktif dalam ekonomi.

Orang Melayu tidak dengki dengan penguasaan ekonomi orang-orang Cina. Mereka menguasai perniagaan besar dan pelbagai aktiviti ekonomi di semua bandar dan pekan serta pelabuhan di Malaysia.

Sebaliknya orang-orang Melayu melihatnya sebagai asas untuk bekerjasama sambil berlumba sekadar yang boleh untuk menyeimbangkan pemilikan kekayaan negara supaya semua bangsa tidak tersisih dalam arus penting itu.

Di sini, sikap toleransi sangat perlu. Jika tidak, akan wujud ketidakseimbangan antara kaum, sekali gus boleh mencetuskan akibat negatif terhadap bidang-bidang kehidupan yang lain.

Tuesday, February 12, 2019

Kita orang Melayukan?

BARU-baru ini saya berkesempatan makan malam bersama beberapa orang kawan di Shah Alam. Mereka adalah peguam yang mengendalikan kes yang hebat-hebat juga dalam negara ini. Kami berbual bukan pasal kes yang diwakili mereka, tetapi lebih kepada hal kehidupan masing-masing dan mengenang semula kisah-kisah semasa belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) dahulu.

Yang seronoknya, di restoran mamak yang kami bersembang sehingga larut malam itu, adalah restoran yang biasa kami kunjungi semasa belajar di ITM dulu. Cepat betul masa berlalu atau orang putih kata - how time flies.

Dan semasa saya menulis ini, saya teringat kembali, tiada seorang pun kawan yang saya rasa sudah berjaya dalam kerjaya masing-masing itu, berbual dalam bahasa Inggeris. Kami selesa bersembang dalam bahasa ibunda. Antara kawan saya itu, bergelar Datuk tetapi dia pun elok saja bercakap Melayu, sesekali terkeluar loghat Negeri Sembilannya.

“Kau hendak aku tulis pasal isu apa?’’ tanya salah seorang kawan saya itu.

“Bolehkah tulis? Dalam bahasa Melayulah. Aku kerja dengan surat khabar Melayu tau,” kata saya.

“Eh, adakah orang Melayu yang tak tahu menulis dalam bahasa Melayu? Jangan mengada-ngadalah,’’ katanya.

Saya menulis hal ini kerana ada juga golongan profesional yang saya jemput menulis dalam akhbar ini, keberatan untuk menulis. Bukan kerana tidak mahu tetapi bahasa jadi kekangan. Terkejut juga sebab yang memberikan alasan lebih selesa menulis dalam bahasa Inggeris itu adalah orang Melayu. “Bahasa Melayu I sangat teruk,’’ kata orang itu.

Saya terima setiap penolakan. Itu perkara biasa. Tetapi agak terkesan juga dalam hati saya ini, apabila orang Melayu tidak pandai menulis dan bercakap bahasa ibunda sendiri. Agaknya berapa tahun dia sudah duduk dalam negara ini? Takkan lahir saja terus duduk di luar negara dan belajar di sana. Boleh jadi juga begitu? Entahlah.

Cerita pasal hendak mengangkat bahasa Melayu ini dah banyak kali keluar. Mungkin orang sudah malas nak ambil kisah. Tetapi pejuang bahasa Melayu yang tulen dan bukan bermusim tidak pernah mengalah mengetengahkannya.

Banyak pihak termasuk pemimpin negara dan masyarakat suka bercakap pasal memartabatkan bahasa Melayu. Konon kita diminta mencontohi Korea dan Jepun yang rakyatnya bangga dengan bahasa mereka. Peduli apa pelancong tanya mereka dalam bahasa Inggeris, mereka akan jawab dalam bahasa mereka juga.

Tetapi itulah, cakap tak serupa bikin. Pergi mana-mana pun pemimpin-pemimpin ini bercakap bahasa Inggeris. Rasmi mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dalam sekolah itu rata-ratanya orang Melayu pun, dia bantai cakap bahasa Inggeris juga.

Kadang-kadang bila ber­campur dengan golongan ibu, terdengar juga cerita pasal pencapaian akademik anak-anak mereka. Biasalah orang perempuan cukup suka cerita pasal anak mere­ka pandai. Kalau anak kurang dalam akademik, mereka diam-diam saja. Tak pula cerita.

Saya pernah dengar dialog ini, tidak lama dulu - “Anak aku dapat A+ dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dia pula C,’’ cerita seorang ibu dengan nada agak bangga. Katanya, dia cukup risau kalau anaknya tidak bagus dalam Bahasa Inggeris. Kalau dapat B, dia akan mencarikan guru tiusyen untuk anaknya.

Dalam hati saya, kenapa tak cari guru tiusyen dalam Bahasa Melayu sekali? Memang­lah bahasa Inggeris itu penting. Bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa tetapi kenapa macam memper­lekeh bahasa sendiri? Kalau bercakap bahasa Melayu, tak ada kelaslah?

Atau mungkin tak suka dan malu dikaitkan apa-apa dengan Melayu? Iya lah, Melayukan sering dikata malas atau janji orang Melayu - kata nak datang pukul 2 petang tetapi muncul 6 petang atau tak datang-datang langsung. Macam itu agaknya.
Oleh : Fauziah Arof

Monday, February 11, 2019

‘Malaysia Baharu’ menuju ‘Malaysia Palsu’?

“KAMI merayu agar rakyat memberi kami peluang untuk membuktikan kebolehan untuk memperbaiki negara demi rakyat. Kami sanggup dihakimi rakyat sejauh mana kami berjaya memenuhi janji-janji ini. Jika kami gagal atau mungkir janji tolaklah kami melalui proses demokrasi.”

Nada penuh merayu ini adalah kata pengantar dalam buku manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menjadi ‘manisan mengkhayalkan’ rakyat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.

Janji dan harapan yang diberikan oleh PH ketika itu amat hebat sekali. PTPTN, tol, AES akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan begitu juga harga barangan juga akan turun kerana kerajaan pakatan lebih bijak untuk memansuhkan GST dan mengembalikan SST.

Dari desa ke kota, daripada murid sekolah hingga pelajar universiti, daripada petani di sawah, peneroka di tanah rancangan, penoreh di ladang getah hinggalah nelayan di tengah lautan, semuanya diberi harapan bahawa hidup mereka akan lebih baik jika mereka bersama PH ‘menyelamatkan negara’.

Sudah pastilah dengan barisan pemimpin yang diuar-uarkan berkelulusan hebat-hebat belaka dan begitu bijak berhujah, berdebat serta membentangkan fakta-fakta (yang antaranya tohmahan dan fitnah) termasuk negara akan bankrap, rakyat akhirnya buat keputusan menolak BN.

Tetapi persoalannya adakah kehidupan rakyat kini jauh lebih baik daripada dahulu? Adakah PTPTN sudah dihapuskan? Adakah plaza-plaza tol di seluruh negara kini sudah tiada? Adakah kamera AES tidak lagi menghiasi lebuh raya dan jalan raya di negara ini?

Adakah petani, peneroka, penoreh getah dan nelayan serta masyarakat miskin menikmati kesenangan hidup tanpa kedengaran suara keluhan daripada mereka? Jawapan tidak!

Sudah terbukti dalam tempoh sembilan bulan ini segala yang dibentangkan dalam manifesto dan dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin PH hanyalah harapan dan janji palsu.

‘Malaysia Baharu’ yang diuar-uarkan kini sedang menuju ke arah ‘Malaysia Palsu’. Justeru tidak perlu kita terkejut apatah lagi berasa hairan jika terdedah soal kelulusan ‘palsu’ pemimpin-pemimpin pakatan tersebut.

Kalaulah janji-janji terhadap rakyat pun boleh dipalsukan, hal-hal lain boleh dianggap ‘kacang sahaja’ untuk memperdaya rakyat.

Inilah bahananya apabila kemenangan dicapai dengan memberikan harapan palsu. Ketika itu bagi mereka menang dulu sama ada segala janji dapat dilaksanakan, harapan diberikan palsu atau tidak, ia soal kedua.

Apa yang penting, ‘kebijaksanaan’ politik untuk mengambil kesempatan atas keterujaan dan keghairahan rakyat yang ketika itu diberi gambaran bahawa kerajaan BN seburuk-buruk kerajaan di muka bumi Allah ini hingga perlu ditumbangkan.

Slogan ‘Selamatkan Malaysia’ dengan kata-kata, “inilah dasar dan tindakan yang kami laksanakan untuk memulih semula negara dan membina negara serta memenuhi harapan rakyat” menjadi rayuan ‘beracun’ yang berjaya mempengaruhi rakyat. Tetapi kini harapan rakyat hanya tinggal harapan.

Yang dipenuhi dan tercapai sekarang ialah harapan serta impian pemimpin PH untuk mendapat kuasa dan menjadi kerajaan melalui satu kerjasama yang dilihat hanya memperalat satu sama lain.

Rakyat tidak mendapat apa-apa. Walaupun sekarang barulah mereka tahu telah diberi janji, harapan dan fakta palsu mengenai pentadbiran negara sebelum ini, namun semua itu sudah terlambat.

Pendirian mereka sudah diterjemahkan dalam PRU-14 lalu, justeru mahu tidak mahu, redah sahajalah untuk meneruskan kehidupan dalam era Malaysia penuh ‘kepalsuan’ ini.

Percayalah situasi politik, ekonomi dan sosial negara akan lebih buruk pada tahun-tahun mendatang, jika kerajaan Pakatan Harapan masih dengan cara pentadbiran sekarang.

Selain jawapan ‘saya tidak tahu’, ‘itu tidak salah selagi tidak merogol dan mencuri’, ‘kita tidak boleh buat apa-apa kerana ini salah kerajaan terdahulu’, banyak lagi alasan dan hujah akan ditampilkan untuk menutup kegagalan menunai janji-janjinya.

Menilai satu demi satu watak anggota Kabinet kecuali beberapa menteri yang dilihat berprestasi, harapan untuk melihat Malaysia jauh lebih baik daripada era terdahulu hanyalah impian palsu yang tidak menjadi kenyataan.

Sekadar mempromo minuman, menjual kapal Equaminity, mendabik dada kutipan cukai lebih baik kerana ketelusan kerajaan serta melakukan pendakwaan yang dianggap terpilih, ia sama sekali tidak membantu rakyat. Apatah lagi banyak projek demi kebaikan rakyat sudah dihentikan.

Jika benar kerajaan sekarang ditubuhkan atas dasar mahu ‘memperbaiki negara untuk rakyat’, maka tumpulah perhatian kepada usaha memberi kesejahteraan kepada rakyat. Tetapi kita tidak perlu menaruh harapan kerana apa juga perkara apabila sudah dimulakan dengan ‘kepalsuan’ agak sukar ia mencapai kejayaan.

Bagaimanapun penulis percaya banyak lagi janji dan harapan palsu akan ditaburkan apatah lagi ketika pilihan raya kecil di mana-mana kawasan.

Mungkin dengan mengundi pembangkang, rakyat tidak akan mendapat apa-apa kerana itulah politik. Tetapi sekurang-kurangnya ia memberi isyarat kepada para ahli politik jangan cuba mencari kemenangan melalui kepalsuan atau bahasa mudah, jangan tipu rakyat.

Wednesday, February 6, 2019

Hanya Kita yang Sering Bercakap Tentang Perpaduan, Mereka....?

Ke mana sangat tanpa perpaduan...
PERPADUAN, elemen pemupukan muhibah dan harmoni dalam kehidupan itu sudah semacam tidak dipentingkan lagi. Provokasi berunsur fitnah, kata mengata, prejudis, cemuh mencemuh semakin dipertuturkan atau dicatatkan secara terbuka, baik di pentas politik mahupun dalam media sosial.

Seolah-olah tidak ada lagi segan silu ‘menjentik emosi’ dan sensitiviti melalui media sosial meskipun disedari, mereka sedang berinteraksi dalam kumpulan WhatsApp yang di dalamnya terdapat rakan taulan terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang budaya. Sehinggakan isu-isu mengenai penguatkuasaan undang-undang, kes-kes membabitkan kemalangan dan peruntukan kerajaan bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan, semuanya terseret dengan unsur-unsur ‘perkauman’.

Bagi sesetengah pihak pula, bagaikan tiada lagi cara untuk meraih sokongan politik atau membina kekuatan bangsa atau kaum masing-masing, melainkan melalui meniup ‘sentimen’ perkauman. Semakin galak gelagat sesetengah pihak cuba menafikan semangat yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Seboleh-bolehnya mahu mencari ‘kesamarataan’ tanpa ada rasa insaf dan sedar di mana sebenarnya ‘duduk perkara’.

Malang dan silap jika ada pihak terus-terusan mahu memperjudikan ‘perpaduan’ sebagai alat ‘memecah-perintah’ (devide and rule) rakyat pelbagai kaum dan keturunan di negara ini semata-mata demi kepentingan politik. Hasilnya nanti tidak ke mana, percayalah! Sepatutnya belajarlah daripada kesilapan silam.

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 sepatutnya tidak direlakan berulang oleh sesiapa pun yang menghargai perpaduan. Mereka yang merasakan ‘ada saham’ menyumbang kepada tercetusnya angkara itu perlu menghentikan sikap buruk yang tidak menjanjikan apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara ini. Jika tidak, rakyat umumnya berhak ‘mengutuk’ mereka.

Ekoran peristiwa pahit itu, dasar dan perancangan pembangunan negara telah disusun semula. Matlamatnya untuk menentukan kemajuan dan kemakmuran dinikmati seadil-adilnya oleh semua, dan Rukun Negara diwujudkan. Lima prinsip di dalamnya merangkumi nilai-nilai universal yang boleh menjadi rujukan membina perpaduan seluruh warga di bumi merdeka ini.

‘Penggoncang’
Malaysia yang damai sentosa, memberi peluang kepada sesiapa sahaja berusaha dan menempah kejayaan. Tiada terhalang atau dinafikan hak bagi mana-mana rakyatnya mencipta kecemerlangan dalam kehidupan, hatta menimbun kekayaan asalkan menepati cara dan peraturan yang sudah tersedia.

Amat dikesali jika ‘penggoncang’ perpaduan rakyat Malaysia datangnya dalam kalangan mereka yang ‘berpengaruh’. Mereka mungkin pemimpin politik, penggerak masyarakat, ketua-ketua institusi, pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun yang berada dalam kerajaan.

Perpaduan tunggak kemajuan. Ramai yang mengakui hakikat ini tetapi apa yang mengecewakan, masih ada kelompok cuba mengenepikannya. Tadbir urus kerajaan tidak mungkin berjalan lancar jika tidak disokong oleh suasana kehidupan damai dan bertoleransi rakyat atas nama perpaduan.

Perpaduan turut mempengaruhi taraf sosial dan pertumbuhan ekonomi negara. Kestabilan negara hasil daripada jalinan perpaduan rakyatnya membantu meningkatkan daya tarikan pelabur. Lebih banyak kemasukan pelaburan luar, lebih banyak terbuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, selain menyumbang kepada pendapatan negara.

Kebimbangan
Malaysia selama ini teguh membangun tanpa banyak ‘diganggu-gugat’ oleh masalah perpaduan. Empat teras utama sentiasa menjadi sandaran pada segenap aspek pengurusan politik dan kerajaan. Segala dasar atau pendekatan diputuskan mengikut kata sepakat (consensus), bersikap sederhana dan sedia bertolak ansur, inklusif serta adil saksama.

Hasilnya, lebih 60 tahun negara membangun dan kehidupan rakyatnya makmur, terbela. Jika pun terbangkit sebarang rungutan di sana sini mengenai hal-hal kepentingan kaum, mudah dan segera diselesaikan. Alangkah baiknya jika suasana begini terus kekal tanpa dibatasi masa, bersilih ketika.

Dalam pada itu, sudah ramai yang menyuarakan kebimbangan terhadap kedudukan perpaduan di negara ini. Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu juga dikatakan ada mesej tersirat, rakyat yang tidak gemar dengan ‘titik-bengit’ perkauman berlegar dalam kehidupan harian di negara ini.

Ertinya, rakyat umumnya sukakan perpaduan. Jangan andaikan mereka dapat menerima atau menyokong sebarang tindakan yang hanya boleh ‘meleraikan’ perpaduan yang sedia terjalin. Mereka mungkin memberi laluan bagi membentuk dimensi baharu politik negara, namun bukan bersedia ‘merombak’ segala struktur yang kemas tersusun.

Kemasukan pelabur luar atau gamitan pelancong juga berkait rapat dengan suasana harmoni dan perpaduan di dalam negara. Ini kerana, makna bagi perpaduan adalah jaminan keselamatan dan kestabilan.

Perpaduan bukan terpupuk pada kata-kata atau tercantum dalam tempoh sehari dua. Lahirnya daripada cetusan kasih mesra, ikhlas, jujur, terpahat di jiwa.

Tuesday, February 5, 2019

Thailand Boleh, Malaysia....?

Kerajaan perlu bertegas - Penganalisis
Undang-undang sedia ada di negara ini sudah mencukupi untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang menghina kemuliaan institusi diraja termasuk terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara.

Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata, konsep lese majeste di Malaysia telah dijalankan menerusi pelaksanaan Akta Hasutan malah terdapat juga undang-undang mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menjejaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebarang undang-undang yang mengambil tindakan ke atas sesiapa yang menjejaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah ter­tinggi juga dianggap sah oleh Perkara 149 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi kita sudah ada undang-undang yang cukup. Cuma persoalannya, adakah kerajaan khasnya Peguam Negara mempunyai sifat bertanggungjawab untuk membanteras masalah penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong ini?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bahawa keperluan untuk memperkenalkan undang-undang lese majeste di negara ini wajar dibincangkan secara serius bagi memelihara kemuliaan institusi diraja berikutan perbuatan menghina raja yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Tambah Wan Rosdy, undang-undang melindungi raja-raja daripada dihina dan dipersenda seperti dikuatkuasakan di Thailand itu dilihat sebagai langkah jangka masa panjang yang berkesan bagi membendung perbuatan biadab berkenaan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Hazmi Mohd. Rusli berpandangan undang-undang sedia ada masih tidak cukup kukuh bagi menghukum rakyat yang menghina Yang di-Pertuan Agong serta lambang-lambang negara yang lain.

“Saya rasa kita mungkin boleh ikut kaedah Thailand tetapi mestilah sesuai dengan keadaan di negara kita. Undang-undang yang ada sekarang orang masih menghina institusi diraja, cuba kita lihat dalam Facebook, cukup teruk cara penghinaan tersebut.

“Kita kena kembali kepada asas pembinaan negara, kita ada Rukun Negara iaitu prinsip pertama Kepercayaan Kepada Tuhan serta yang kedua Kesetiaan Kepada Raja dan Negara. Ini bermaksud adalah tidak dibenarkan untuk kita menghina institusi diraja di negara ini malah termasuk kepada lambang-lambang negara yang lain seperti bendera dan lagu kebangsaan,’ katanya. - www.utusan.com.my

Monday, February 4, 2019

‘Dulu kita sama-sama bantah AES, sahabatku’

SEREMBAN - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dibidas kerana menambah kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di lebuh raya walaupun membantah pemasangan alat itu semasa menjadi pembangkang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Rasah, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah berkata, beliau dan Anthony pernah bersama-sama menentang pelaksanaan kamera itu yang dulunya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, kata aktivis dakwah itu apabila bergelar menteri, Anthony menyokong sistem yang dijenamakan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai Awas.

“Loke Siew Fook merupakan sahabat dan kenalan saya kerana kami pernah bekerjasama ketika saya memegang jawatan Ketua AMK Cabang Rasah dan beliau merupakan Ahli Parlimen Rasah ketika itu.

“Walaupun saya kenal saudara namun saya tetap tidak setuju dengan tindakan beliau tentang AES kerana dulu cakap lain sekarang jadi menteri cakap lain,sekali gus ia melemahkan kepercayaan kita terhadap kerajaan.

“Adakah ia membawa erti bahawa dulu kita bantah AES kerana ia diperkenalkan kerajaan BN? Namun bila kerajaan PH nak tambah lagi (kamera) kita kena sokong hanya kerana ia dilakukan oleh kerajaan PH? Mana hilangnya integriti wahai sahabatku yang dulu pernah menentang AES bersamaku?,” katanya.

Muhd. Zamri yang merupakan Presiden Angkatan Skuad Mubaligh Malaysia memuat naik kenyataan itu menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Menurut beliau, rakyat perlu berhati-hati dengan ahli politik yang boleh mengubah pendirian mereka selepas diberikan kuasa.

“Apabila ahli politik menjilat kembali ludahnya ia merupakan satu peringatan yang keras buat kita bahawa jangan percaya kepada ahli politik kerana mereka boleh ‘U turn’ pada bila-bila masa saja jika mereka menang,” katanya.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban baru-baru ini berkata, sebanyak 11 lagi kamera Awas akan dipasang di lebuh raya dengan setiap kamera dianggarkan berharga RM200,000.

Pada masa ini terdapat 45 kamera yang beroperasi bagi merakam pemandu yang memandu melebihi had laju di seluruh negara. - utusan online 

Sunday, February 3, 2019

Malaysia Bakal Jadi ‘Negara Gagal’

Malaysia terdedah menjadi 'negara yang gagal' jika kerajaan dan pihak berkuasa tidak bertegas dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap individu yang sengaja cuba mencetuskan konflik sesama kaum.

Perkara tersebut tidak mustahil kerana tindakan individu yang biadab seperti menghina ketua negara dan Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ‘diterima serta dimaafkan’ oleh pihak berkuasa, sekali gus memberi mesej bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk mereka terus bersikap kurang ajar.

Pemegang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling berkata, kerajaan dan pihak berkuasa tidak boleh lemah dalam me­nguatkuasakan undang-undang kerana isu dibangkitkan mempunyai kaitan dengan aspek ke­selamatan negara.

“Acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang boleh menyebabkan jenayah dan ketidaktentuan kepada negara, seterusnya me­lahirkan keadaan kacau-bilau.

“Undang-undang penting dikuatkuasakan, kalau tidak kita akan jadi ‘negara gagal’ iaitu negara yang tidak boleh melin­dungi dan memberi kesejah­tera­an kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), jabatan kerajaan dan pelbagai pihak di Pahang membuat laporan polis susulan kebiadaban pemilik akaun Facebook menggunakan nama Desmond Yongkor menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Dalam perkembangan sama, Zainal berkata, setelah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, agak mustahil jika masih terdapat rakyat yang tidak memahami kedudukan raja-raja Melayu seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. - utusan.com.my

Saturday, February 2, 2019

Jom Kita Kencingkan Mereka.....!

ECRL: Azmin jawab, Guan Eng jawab, tapi belum terjawab
ADA satu dialog semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu yang sering digunakan Presiden Pari Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berhubung apa yang didakwa sebagai kelemahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sindiran politik Mohamad itu berhubung kait kapasiti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB.

“Najib bertanya kepada Najib dan Najib kemudian pun bertanya pada Najib,” merujuk kepada Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB meminta kelulusan Menteri Kewangan dan kemudiannya diputuskan Perdana Menteri.

Dengan gayanya yang bersahaja, Mohamad berjaya menarik perhatian rakyat menge­nai kelemahan pentadbiran dan kaitannya apabila jawatan penting negara disandang oleh individu sama.

Selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah, umumnya situasi dalam konteks 1MDB memang dapat dielakkan ke­rana Menteri Kewangan dan Perdana Menteri bukan lagi orang yang sama.

Namun demikian, bab kelemahan pentadbiran seperti situasi ‘Najib bertanya pada Najib’ tidaklah pula pernah padam selagi mana berorgani­sasi apatah lagi mentadbir sebuah kerajaan Pusat.

Isu bagaimana projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditangani satu contoh. Bermula dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali kata projek itu batal tetapi disanggah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Apabila media merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri kata tanya Guan Eng. Akhirnya Menteri Kewangan kata isu ECRL hanya boleh dijawab Perdana Menteri.

Kata seorang rakan:

“Tanya Azmin kata batal, Guan Eng kata masih dirun­ding. Rujuk Perdana Menteri, Dr. Mahathir kata kena tanya Guan Eng. Bila tanya Guan Eng, Perdana Menteri sahaja boleh cakap,”

Orang berbeza tetapi akhir­nya tiada jawapan. Ini pun satu lagi masalah.

Yang cekap, Azmin terus kunci mulut. Akhirnya kedua-dua menteri kanan itu dilihat bergelak ketawa di pekara­ngan bangunan Parlimen kelmarin seperti tiada apa-apa berlaku sebelumnya.

Itulah politik. Pemimpin buat lawak mengenai lawan mereka, kita gelak, tetapi ja­ngan mudah sangat percaya. Yang buat lawak pun boleh jadi bahan lawak bila berku­asa.
-utusan.com.my