nuffnang

Monday, October 15, 2018

Banyak Isu Tidak Berjawab

DR. Mujahid Yusof buat hal lagi. Satu lagi isu meletup! Rakyat mengeluarkan pelbagai pendapat. Ada yang menyokong dan ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Walaupun beliau telah menerangkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan telah disalahertikan. Pada pandangan rakyat bahawa walau apa pun alasan diberikan Mujahid, ramai tetap bertanggapan itulah niat sebenar beliau.

Rata-rata ulama dan rakyat mengecam pandangan yang tersirat walaupun tidak diterangkan dengan jelas. Mufti Pahang menegaskan bahawa Mujahid tiada hak menyentuh hal ehwal penguatkuasaan agama yang terletak di bawah kuasa sultan dan begitu juga hal-hal bersangkutan dengan Melayu.

Namun begitu Mujahid masih tidak memahaminya atau pun sudah ikut telunjuk pihak tertentu? Walaupun Mujahid menafikan dan menjelaskan bahawa kenyataannya telah diputarbelitkan pihak media tetapi Perdana Menteri faham dan menyokong kenyataan beliau. Perdana Menteri telah memberi pendapat yang selari dengan Mujahid.

Apa lagi alasan yang mahu diberikan oleh menteri berkenaan. Perkara ini menjadi panas setelah banyak media menterjemahan secara jelas apa yang diperkatakan. Kalau tidak silap kenapa semua media melaporkan perkara yang sama?

Untuk renungan menteri berkenaan walaupun kita mempunyai pelajaran yang tinggi dan mungkin orang lain sukar mencapainya, tidak bermakna semua pendapat kita boleh diterima pakai.

Satu kesilapan yang menteri berkenaan tidak nampak ketika beliau menjadi pembangkang dahulu setiap pendapat atau laporan yang dikeluarkan walaupun fakta benar dan diberi penjelasan, namun pembangkang ketika itu terus memberi andaian, pandangan dan mengambarkan bahawa semua yang dibuat oleh kerajaan ketika itu tidak betul, rasuah dan pelbagai fitnah dikeluarkan.

Malah dijadikan mainan dan ejekan penyokong tegar dan atas pagar. Dalam media sosial menjadi sarang ejekan dan hinaan. Adakah beliau masih ingat?

Maka setelah menjadi kerajaan kini giliran penyokong terdahulu menyerang pula.

Ini kerana banyak janji tidak ditunaikan. Hendak hapus tol tidak boleh tetapi cuba beri potongan. Begitu juga PTPTN.

Nilai ringgit telah merudum. Harga barang tidak turun, malah bertambah mahal.

Menteri Kewangan ketika ini mungkin sedang berehat sebentar dan terlalu sibuk. Begitu juga menteri-menteri lain.

Masalah rakyat tidak diberi keutamaan. Adakah perkara begini akan berterusan tanpa penyelesaian? Ini belum Bajet 2019 dibentangkan lagi.

Menteri Kewangan sudah beritahu tiada gula-gula untuk rakyat. Begitu juga kes pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih jadi tanda tanya? Kerajaan tidak menjelaskan permasalahan undang-undang yang masih menjadi persoalan pembebasan Anwar.

Mahkamah perlu membuat keputusan dalam perkara ini.

Maka banyaklah perkara menjadi persoalan dalam kalangan rakyat dan akan berlarutan pada hari-hari yang mendatang dan tiada penyelesaian.

Rakyat harus bersuara dan menentang perkara-pekara yang menyentuh agama Islam dan kepentingan Melayu.

Jangan biarkan tangan gaib memperkudakan pihak ini. Bangkitlah.

Oleh : Zulkas

Wednesday, October 3, 2018

‘Lupa’ Bahasa Melayu Selepas PRU?

SEGALA urusan rasmi kerajaan bermula dari pihak berkuasa tempatan (PBT) mesti dalam bahasa kebangsaan. Adakah munasabah di Amerika Syarikat (AS) misalnya mengeluarkan notis rasmi lengkap kepala surat dalam bahasa Mandarin?

Timbul persoalan, adakah selepas 9 Mei lalu, tiba-tiba masyarakat Cina hilang ingatan sehingga tidak fasih bahasa kebangsaan? Bagaimana selepas 61 tahun diberi taraf kewarganegaraan, masih tidak fasih bahasa Melayu? Bagaimana selepas 200 tahun nenek-moyang mereka berhijrah ke Tanah Melayu masih tidak boleh menguasai bahasa Melayu?

Lahir di Malaysia, adakah tidak bergaul dengan bangsa lain? Atau sekolah vernakular punca masalah? Sekadar tidak fasih atau memang benci penggunaan bahasa kebangsaan?

Mengapa seorang ahli majlis PBT, seorang Exco negeri dan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) cuba mewajarkan versi notis rasmi ‘bahasa China’, ‘bahasa Hong Kong’, ‘bahasa Taiwan’, ‘bahasa Singapura’ atau ‘bahasa Amerika’ lengkap dengan kepala surat itu? Sejak bila lampiran surat rasmi kerajaan tempatan perlu disertakan terjemahan bahasa Cina dan bahasa Inggeris? Mengapa tidak disertakan bahasa Tamil atau Jawa dan Bugis yang komposisi besar di Johor? Sama sahaja seperti apa dilakukan dan alasan diberi Menteri Kewangan dahulu.

Tidak perlu membela tindakan cauvinis dan rasis membelakangi semangat Perkara 152 Perlembagaan Negara. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini memegang semangat ‘Sayangi Malaysiaku’, bukan ‘Sayangi Chinaku’, ‘Sayangi Hong Kongku’, ‘Sayangi Taiwanku’ atau ‘Sayangi Singapuraku’. Maka, saya kemukakan cadangan berikut:

1. Lucutkan jawatan Ahli Majlis terbabit. Gantikan dengan wakil orang Cina yang lebih tinggi mutu penguasaan bahasa kebangsaannya.

2. Lucutkan jawatan Exco dan ADUN terlibat yang terang lagi bersuluh cuba menegakkan benang basah.

3. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mesti berbuat sesuatu. Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam syarahan di DBP pun mengesyorkan kelas bahasa Melayu untuk ahli Parlimen. Kita tidak mahu dengar perbahasan bahasa ‘apek’ Pasar Pudu, kita juga mahu ahli Parlimen guna bahasa kebangsaan tinggi, bukan taraf maki-hamun.

DBP dengan kerjasama ahli akademik dan persatuan penulis perlu mengemukakan pelan kursus pengajaran dan penilaian bahasa Melayu untuk setiap warganegara.

Tidak lulus tahap minimum disusuli ‘pelan pemulihan’. Jika teruk tahap bahasa kebangsaan, dilarang menjadi ahli majlis mahupun bertanding dalam pilihan raya.

Jika tahap minimum pun tidak lulus, kerajaan baharu PH perlu guna mekanisme perundangan melucutkan taraf kewarganegaraan kerana ini bukti kelompok itu tidak setia kepada tanah air kita.

Biar semua anak Malaysia dididik di bawah satu bumbung dan galakkan mereka bergaul menggunakan bahasa kebangsaan. Terbukti sekolah vernakular gagal lahirkan anak muda yang fasih bahasa kebangsaan sendiri.

Oleh : Arif Atan

Tuesday, September 25, 2018

Politik Malaysia Semuanya Ada?

POLITIK Malaysia macam-macam ada! Realitinya begitulah politik di negara kita sekarang. Kleptokrasi, nepotisma, kronisma, korupsi dan pelbagai lagi terma sentiasa berlegar sebagai isu negara dalam kalangan pemimpin politik.

Isu-isu ini menjadi bahan untuk saling serang menyerang dan tuduh menuduh di antara ahli politik. Yang menyerang atau menuduh tampil dengan pelbagai bukti dan fakta, manakala yang diserang dan dituduh pula berhempas pulas menepis atau mengelak dengan pelbagai cara.

Pelbagai kaedah dan saluran digunakan untuk menegakkan kebenaran di pihak masing-masing. Ada yang berbentuk tohmahan, manipulasi, putar-belit fakta dan sebagainya boleh diakses terutamanya melalui media sosial.

Penulis, penganalisis dan yang melontar pendapat atau komen datang daripada pelbagai bidang bukan sahaja ahli politik tetapi pelbagai latar belakang yang kadangkala tidak dapat dikenal pasti kesahihannya.

Semua ini mewujudkan suasana keliru dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan, umur dan topografi kediaman yang berbeza; bandar dan juga kampung.

Kleptokrasi yang belum dibuktikan melalui sistem perundangan telah menjatuhkan barisan kepemimpinan kerajaan terdahulu. Begitu juga isu korupsi yang membantu menjadi faktor penyumbang.

Kronisma dan nepotisma pun menjadi isu yang sangat popular dalam pertikaian ahli-ahli politik negara ini. Saya berpendapat ini bukanlah satu amalan baik yang patut diamalkan dalam politik negara untuk mengelakkan persepsi negatif rakyat.

Demi menjaga kepentingan ‘kebersamaan’ sesuatu keluarga, kecenderungan untuk tidak menjadi adil dan berat sebelah tentulah tinggi sekali. Jadi lebih baik kiranya tidak ada lebih daripada seorang ahli keluarga terlibat dalam pentadbiran kerajaan.

Trend semasa dalam kerajaan Pakatan Harapan begitu ketara berbanding kerajaan dahulu. Untuk ‘membenarkan’ pegangan jawatan dalam politik negara, tidak kiralah dalam parti atau pentadbiran negara, tidak boleh memberi alasan ‘dipilih oleh rakyat’ semata-mata.

Berilah peluang kepada orang lain juga, sama-sama boleh kongsi kepemimpinan dari rumpun berlainan dan secara tidak langsung boleh juga kongsi rezeki. Bayangkan dalam satu keluarga ada tiga orang ahli Parlimen, berapa banyak gaji dan elaun untuk keluarga itu sahaja.

Kehadiran pemimpin dari rumpun keluarga yang berlainan boleh menghindarkan trend stereotaip kepemimpinan. Berbeza acuan tentu berbeza kuihnya, baru ada kepelbagaian untuk dipilih.

Adalah diharapkan supaya amalan kronisma dan nepotisma dalam kepemimpinan parti politik dihentikan untuk mengelakkan kesan buruk jangka panjang.

Para pemimpin juga kena ingat, rakyat di negara ini amat mengharapkan kepemimpinan yang terbaik dan telus untuk berkhidmat untuk negara dan rakyat.

Oleh : Zulkifli Z. Abidin

Sunday, September 23, 2018

Curi Barang Mangsa Kemalangan

SATU gejala buruk kini melanda negara kita.

Terlalu kerap mangsa kemalangan jalan raya menjadi mangsa rompakan apabila orang yang kononnya mahu membantu, mengambil kesempatan mencuri dompet, telefon bimbit dan barang berharga milik mangsa.

Baru-baru ini seorang rakan saya kemalangan selepas tayar motosikalnya pancit. Dalam keadaan tidak sedar, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencuri beg dan telefon bimbit miliknya.

Sebelum ini, seorang jiran saya kemalangan sehingga keretanya remuk dan dia sendiri cedera parah. Dalam keadaan separuh sedar, dia melihat sendiri beberapa orang menyelongkar keretanya mencuri barang berharga ketika orang ramai cuba membantu mengeluarkannya dari kereta tersebut.

Dalam berita kita sering mendengar kemalangan kenderaan membawa wang, sama ada wang kertas atau syiling, diserbu orang ramai yang mengutip dan menyimpan wang tersebut.

Begitu juga bila lori beras, buah mahupun lori membawa barang basah, semuanya habis ‘disapu’ orang ramai yang sanggup berhenti mengambil ‘barang percuma’.

Mereka yang melakukan perkara terkutuk ini tidak ramai tetapi cukup untuk menjejaskan mangsa kemalangan.

Pihak berkuasa perlu mengetatkan penguatkuasaan dan perundangan dalam hal mencuri ‘bahan bukti’.

Jika orang ramai dibiarkan ‘percaya’ apa sahaja yang ‘tumpah’ di jalan raya adalah barang percuma yang boleh diambil sesuka hati, sikap serupa akan dibawa ke dalam perihal kerja dan kehidupan kelak.

Tangani sebelum parah, cegah kecurian barang mangsa kemalangan.

Oleh : Rider Kental

Saturday, September 22, 2018

Rule of Law ala Malaysia

CARIAN Google memberi pel­bagai maklumat me­ngenai Rule of Law. Walau bagaimanapun, salah satu daripadanya menyatakan bahawa pada prinsipnya semua individu dan institusi adalah tertakluk dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang di­terapkan dengan adil dan dikuatkuasakan.

Beberapa perkara jelik telah berlaku dalam negara yang benar-benar menyimpang daripada pengertian sebenar mengenai Rule of Law. Saya bukanlah seorang pengamal undang-undang dan bukan juga mempunyai pendidikan yang diharapkan Perdana Menteri tetapi kerap mengambil tahu perkara yang berlaku dalam negara.

Kenyataan dibuat berke­naan hukuman yang dijatuhkan kepada dua wanita di Terengganu oleh Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa tempoh hari mengundang persoalan tentang Rule Of Law yang hendak ditegakkan oleh kerajaan baharu selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya apa yang dibuat oleh Peguam Negara tentang kes Lim Guan Eng dianggap sudah menjadi keputusan yang tidak boleh disangkal kerana kuasa yang dimiliki Peguam Negara adalah ‘mutlak’.

Adakah kerajaan PH dan Perdana Menteri beranggapan sebilangan besar rakyat Malaysia sememangnya tidak berpendidikan? Adakah perlunya rakyat bangkit berarak di jalanan untuk menegakkan keadilan?

Mengulas pendapat Naib Pengerusi Wanita MCA bahawa kes Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo pada tahun 2007 adalah sama apa yang berlaku dengan kes Guan Eng.

Jadi, kesalahan Mohamad Khir seolah-olah atas keputusan politik?

Begitu juga Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim yang juga berpendapat mungkin perbicaraan rakyat atau mahkamah rakyat akan diteruskan jika perlu kera­na kejatuhan Barisan Nasional (BN) didakwa atas keputusan ‘mahkamah rakyat’.

Sehinggakan Jho Low sendiri tidak akan mendapat keadilan jika dibicarakan di Malaysia. Maka, tidak pelik Datuk Seri Jamal Md. Yunos ingin mencuba nasib menghantar surat kepada Peguam Negara bagi memohon semua kes pertuduhan yang dihadapinya dikaji semula seterusnya ditarik balik seperti ‘dinikmati’ Guan Eng.

Berbalik kepada keputusan Kabinet tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Syariah Terengganu juga tidak boleh diterima pada mata rakyat. Tentunya apa juga keputusannya berdasarkan kefahaman mentaksir undang-undang yang ada.

Keputusan Mahkamah Syariah Terengganu berdasarkan Undang-undang Agama Islam di bawah kerajaan Terengganu di mana kuasanya adalah di bawah Sultan Terengganu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga berpendapat bahawa keputusan mahkamah syariah itu perlu dihormati sebagaimana masyarakat Islam menghormati keputusan mahkamah sivil dan jenayah dalam negara.

Masyarakat Islam tidak pernah campur tangan dan memberi pandangan yang jelik terhadap fahaman dan anutan serta kepercayaan agama lain. Jadi apa juga hukum-hakam Islam jangan sewenang-wenangnya diulas dan disimpulkan dengan akal logik sahaja.

Adakah hukuman di Mah­ka­mah Syariah akan berlaku demi­kian juga atas sebab pertimba­ngan politik atau gangguan da­ripada bukan Islam? Ini berbahaya dan mengancam politik Malaysia dalam masa terdekat.

Oleh : Zulkas

Monday, September 17, 2018

Apa status kumpulan G25?

SAYA agak keliru dengan sekumpulan individu menggelar diri mereka sebagai G25 yang nampaknya mahu menyentuh tentang semua perkara yang berlaku di negara ini khususnya berkaitan Melayu dan Islam.

Mahu dikatakan Melayu, saya lihat tidak begitu membawa perwatakan Melayu. Mahu mengaku Islam juga agak meragukan berdasarkan penampilan, perbuatan dan tutur kata sesetengah daripada mereka.

Baru-baru ini nampaknya G25 ini begitu ‘galak’ membidas hukuman rotan terhadap dua wanita Melayu Islam di Terengganu disebabkan gaya hidup lesbian sampaikan kumpulan ‘Melayu celup’ ini mahu kuasa Mahkamah Syariah dinilai semula.

Saya tidak pasti sama ada mereka ini sudah mendaftar sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sekadar masuk bakul angkat sendiri kononnya pakar dalam semua bidang. Walau apa sekalipun, tolonglah pihak berwajib tegur sedikit kumpulan ini.

Bab agama biarlah mufti dan ulama Islam yang bercakap, bab perundangan serah kepada hakim dan peguam dan bab budaya biar pakar budaya dan sejarah mengulas.

Usia sudah lanjut dan lama menjadi penjawat awam (makan gaji) dalam bidang tertentu tidak menjadikan seseorang itu pakar kehidupan apatah lagi perihal agama.

Sekalipun sudah ada pengiktirafan sebagai pakar akademik sekalipun tidak bermakna boleh komen dalam perihal yang mereka tiada ilmu mendalam atau pengalaman besar.

Saya sebagai anak muda dalam dunia akademik kadangkala berasa malu apabila ahli G25 ini membuat kenyataan atau bercakap mengenai perkara yang jelas bukan kepakaran mereka, apatah lagi mahu menjelaskannya kepada pelajar universiti.

Cakap biarlah berlapik apatah lagi dalam usia emas agar tidak menjejaskan dan lenyapnya legasi sumbangan kepada negara selama ini.

Oleh : Pensyarah Muda

Saturday, September 1, 2018

Siapa Pendatang Sebenarnya?

SAYA membaca dengan teliti terjemahan ucapan pemimpin India ultra kiasu, antaranya berbunyi:

“Ramai orang, apabila ditanya tentang sejarah kita (mereka kata) sejarah (kita) bermula 120 hingga 130 tahun lalu. “Tak betul. Kita datang ke sini (ialah) 2,500 tahun lalu. Buktinya ada di Lembah Bujang. Ada kuil di sana…. tertanam. “Mereka yang pendatang, bukan kita pendatang. Mereka dan kita adalah sama.”

Siapakah yang dirujukkan sebagai ‘mereka’ jika bukan orang Melayu? Tidak mungkin sama sekali merujuk kepada orang Cina atau Bumiputera Sabah Sarawak. Sudah terang lagi bersuluh, mereka yang dimaksudkan adalah orang Melayu.

Jika orang Melayu pendatang? Bagaimana dengan bangsa lain? Sudah tentu lagi jelas pendatang sebab wajah dan rupa fizikal mereka jauh berbeza dalam kalangan bangsa asal yang tinggal di alam kepulauan Melayu.

Lihat rupa Melayu di Kepulauan Melayu, bandingkan dengan rupa India dan Cina. Jauh sekali berbeza. Satu berkulit gelap, satu lagi berkulit putih. Melayu di tengah-tengah tidak gelap dan tidak putih. Inilah rata-rata orang yang tinggal di Kepulauan Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan yang berdekatan. Justeru, siapa sebenar pendatang? Siapa pula yang mendatang sesama mereka?

Saya tidak pernah dengar lagi rantau Nusantara ini dikenali sebagai kepulauan Hindu, kepulauan India, atau kepulauan apa. Jika ada pun nama Laut China Selatan, bukan Laut India Selatan. Yang saya tahu, seantero dunia mengenali kepulauan ini sebagai kepulauan Melayu atau Malay Archipelago.

Sebab itu, saya sangat pelik apabila ada ekstremis LTTE boleh mengatakan bahawa ‘ini tanah kita bersama dari segi asal-usul’. Saya tidak menafikan jika dilihat dari sudut agama, kerana agama Hindu lebih lama bertapak di kepulauan ini, tetapi bukan bangsa.

Sejarah setiap bangsa ada tanahnya sendiri, bangsa Cina membentuk negara China. Bangsa India membentuk negara India. Begitu juga dengan negara-negara Arab dan negara-negara lain di dunia. Raut wajah mereka membentuk bangsa dan negara mereka.

Tiba-tiba rantau yang sudah dikenali dunia sebagai Nusantara atau kepulauan Melayu, ultra kiasu tidak mahu mengiktiraf sebagai kawasan kepunyaan bangsa Melayu. Malah, sanggup merujuk Melayu sebagai pendatang. Cubalah tukar DNAnya.

Lebih jahil lagi ada yang berkata Sarawak atau Sabah tidak termasuk dalam rumpun kepulauan Melayu. Memang asal usul Melayu majoritinya beragama Hindu, tetapi apabila Islam datang, rajanya memeluk Islam, diikuti seluruhnya rakyat jelata, maka senyaplah legasi agama Hindu yang bertapak di Alam Melayu.

Jika lihat dari segi pengaruh dan tinggalan arkeologi, ajaran Buddha lebih mendapat sambutan di kepulauan Melayu, bukan Hindu. Dalam sejarah kami diajar pengaruh Buddha-Hindu, bukan Hindu-Buddha. Contohnya di Thailand dan negara berjiran, boleh dikatakan semuanya berfahaman Buddha. Begitu juga di Indonesia.

Saya tidak mahu terlibat dalam polimik asal usul Melayu sebagaimana yang diceritakan oleh pakar sejarah Melayu seperti Profesor Nik Hasan Shuhaimi dan antropologi, Profesor Wan Hashim Wan Teh. Sebab kedua-duanya orang Melayu. Ultra kiasu tidak teruja.

Lebih molek jika saya merujuk kepada sarjana berkulit putih, yang lebih meyakinkan ultra kiasu seperti Dr Steven Oppenheimer (1999), pakar Paleontologi dalam bukunya bertajuk, Eden in the East, The Drowned Continent of Southeast Asia. Beliau yang juga tenaga pengajar di Universiti Oxford turut mengemukakan teori bahawa migrasi moyang kepada rumpun Melayu daripada kabilah Negrito, Asli Semang dan Senoi adalah secara terus menerus dari benua Afrika melalui Timur Tengah ke benua Melayu Sunda.

Secara umumnya terdapat beberapa teori mengenai asal usul Melayu. Pertama, asal usul orang Melayu adalah berdasarkan teori penghijrahan beramai-ramai orang Melayu daripada Yunan, selatan China dan keluar melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan, yang dikenali sebagai “Teori Keluar Dari Yunnan” (1890).

Kedua, Melayu lahir akibat kahwin campur antara Cina, India dan Arab. Orang Melayu dikatakan bekerja sebagai kelasi kapal dan buruh kepada pedagang antarabangsa yang terdiri daripada orang Arab, China dan India lebih kurang 2,000 tahun lalu, dikenali sebagai teori “Keluar Dari New Guinea” (1965).

Interaksi dan perkahwinan campur dengan bangsa India, China dan Arab, menghasilkan sebuah bangsa baharu yang dikenali sebagai bangsa Melayu. Teori ini agak keterlaluan kerana mengandungi unsur penghinaan.

Ketiga, berdasarkan teori lingustik oleh Peter Bellwood dan disokong bukti arkeologi oleh pakar arkeologi, Eusibio Dizon, menerusi buku, The Austronesian (1997), dikenali sebagai “Teori Keluar dari Taiwan” dan juga “Teori Keretapi Ekpress ke Polynesia”.

Teori ini mengatakan bahawa orang Melayu-Polynesian atau Astronesian atau rumpun Melayu berasal daripada Taiwan. Orang Melayu, telah keluar daripada Taiwan sejak 6,000 tahun dahulu, dan kemudiannya merantau ke serata dunia. Mereka dikatakan merantau dari Pulau Madagascar di Timur sehingga ke Pulau Easter di Barat. Seterusnya merentas Jepun di utara sehingga ke New Zealand di selatan.

Lanjutan daripada itu, Oppenheimer, Wilhelm G Solheim dan Arysio Nunes dos Santos (1999) menggunakan bukti-bukti geologi dan mitologi, dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik dan linguistik. Mereka bersetuju orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang, yang dinamakan Benua Melayu Sunda atau Tamadun Sunda. Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15,000 tahun Sebelum Masihi.

Menurut mereka lagi, Asia Tenggara kuno disatukan oleh Pentas Sunda yang menghubungkan Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Borneo dan Filipina. Asia Tenggara ketika itu bercantum sebagai satu benua dengan tanah besar Asia dan Pentas Sahul iaitu pentas benua Australia-New Guinea.

Kawasan perairannya yang cetek dan mudah dilalui telah menghubungkan beberapa laluan penghijrahan bebas untuk manusia dan haiwan di tanah besar Asia, yang dikenali sebagai Gugusan Kepulauan Melayu Nusantara. Keluasan gugusan ini atau Benua Sunda adalah dua kali lebih besar daripada Benua India. Kawasan laut Champa, Teluk Siam dan Laut Jawa, pada ketika itu kering kontang dan menjadi dataran pelantar bagi menghubungkan beberapa bahagian benua tersebut.

Menurut Oppenheimer lagi, Benua Sunda inilah bermulanya tamadun manusia yang menyuburkan budaya-budaya hebat di China, India, Mesopotamia, Mesir dan Kepulauan Crete (Greek) lebih kurang 6,000 tahun lampau.

Ini bermakna, bangsa Melayu itu bukan bangsa baharu yang selalu dikaitkan bermula selepas penjajahan Barat. Secara tidak langsung bukti ini menolak dakwaan Anthony Reid yang mengatakan bangsa Melayu hanya berpusat di Selat Melaka. Sekali gus menolak “Teori Keluar Dari Taiwan” dan “Teori Dari New Guinea”.

Dalam erti kata lain, Jawa adalah Melayu, Siam adalah Melayu, Moro adalah Melayu, Minang adalah Melayu, Dusun adalah Melayu, Iban adalah Melayu, Filipina adalah Melayu dan Dayak adalah juga Melayu. Suku kaum kepada etnik bangsa Melayu adalah sebaka dan serumpun.

Bermakna, Melayu Asli (orang asal) bukanlah berasal dari Yunnan atau Taiwan. Sebaliknya orang Taiwan dan Yunnan itu sebahagian besarnya adalah berasal dari Asia Tenggara.

Nyata sekali bahawa kelima-lima teori ini (enam termasuk oleh sejarahwan Melayu) tidak ada langsung kaitan dengan India. Paling kuat pun dengan Cina. Justeru, apakah justifikasi ultra kiasu India tersebut mengatakan bahawa orang Melayu dan India adalah sama iaitu pendatang.

Paling menarik membaca buku John Russell Denyes bertajuk Malaysia, terbitan tahun 1919, yang terdapat di perpustakaan, University of Illinois. Muka pertama tertulis “Malaysia is off the southeast corner of Asia, 1500 miles south of China, 1500 miles east of India. It includes the Malay Peninsula and the islands of Sumatra, Java, Borneo, Celebes, Timor, the Moluccas, New Guinea, and a thousand smaller islands. The country gets its name from the Malay people who live there.”

Pendapat beliau mengenai India: “the Indians who come to Malaysia are mostly Tamils from Madras Presidency and Ceylon. Bishop Oldham describes them as “noisy, exceedingly talkative, faithful, devout, obedient to order, capable of patiently bearing much hardship”.

Justeru, atas landasan apakah dan rujukan apakah ultra kiasu mengatakan Melayu itu pendatang? Semua teori di atas saya boleh terima. Tetapi saya sama sekali menolak bahawa Melayu, Cina dan India sama-sama pendatang. Jika ditakdirkan semua itu pendatang, siapakah yang mula-mula membentuk kerajaan di alam Melayu. Orang Indiakah?

Hairan sungguh saya apabila seorang yang bergelar peguam tidak dapat menerima hakikat ini.

Ini belum dibuktikan lagi dengan bangsa apakah yang begitu lantang menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Cinakah? Indiakah? Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul menjelang kemerdekaan, sebelum itu wajah siapa? Wajah Parti Komunis Malaya? Wajah MPAJA? Wajah siapa lagi?

Tidak lain dan tidak bukan wajah Melayu, seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Abdul Rahman Limbung dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk Melayu yang berhaluan kiri, seperti Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Pendeta Zaaba, Ibrahim Yaakub dan ramai lagi.

Tidak perlulah dibincangkan lagi peranan Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain lagi. Wajah-wajah hanya muncul menjelang kemerdekaan, apabila British mensyaratkan bahawa kemerdekaan hanya diberikan jika semua kaum dapat disatukan melalui persetujuan pemimpin mereka yang dikenali sebagai kontrak sosial. Maka muncullah nama-nama seperti Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan lain-lain.

Sebab itu saya mohon ultra kiasu menghentikan provokasi sebegini kerana ia tidak baik untuk pembangunan negara bangsa. Provokasi ini hanya akan meninggalkan luka yang amat mendalam. Ingatlah! Dengan Islam, Melayu itu lembut orangnya, bersopan santun dan berbudi bahasa. Melayu bersedia menerima orang lain meskipun warna berbeza. Justeru, jangan keterlaluan, celupar dan kurang ajar, dibimbangi kelembutan dan kesantunan itu hilang

Akhirnya, saya ingin simpulkan bahawa sejarah manusia bukan bermula daripada keturunan beruk menjadi manusia. Sebaliknya manusia berasal dari Nabi Adam. Nabi Adam diturunkan ke bumi sekitar 4000 hingga 5000 SM.

Apa yang berlaku ialah penyongsangan fakta untuk membenarkan idea Darwinisme iaitu manusia daripada beruk. Ini dibuktikan bahawa DNA manusia hari ini berbeza dengan manusia beruk seperti Cro Magnon, Neoderhenthal, Perak Man, Peking Man dan sebagainya. Perbezaan DNA adalah 85 peratus iaitu kromoson manusia Adam tidak sama dengan manusia asal beruk.

Lalu, saya pun mengharap supaya ultra kiasu menerima bahawa asal manusia daripada Adam, bukan beruk seperti teori Darwin. Itupun jika masih mahu menjadi ‘beruk’ silakan mengatakan bahawa Melayu, Cina dan India sama-sama pendatang di Malaysia.

Menurut Hamka, manusia daripada Nabi Adam seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Tetapi manusia yang dijumpai seakan-akan beruk itu adalah penciptaan genetik awal dan belum sempurna. Maka tidak layak dipanggil manusia kerana lebih mirip haiwan daripada manusia Adam. Jadi, saya noktahkan di sini bahawa Melayu asal dari bani Nabi Ibrahim.

Justeru, saya menyeru Melayu agar dapat menjaga kemuliaan keturunan ini dengan berakhlak mulia. Hindari perkara yang boleh menjatuhkan maruah seperti melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, bersubahat dengan musuh dalam perkara mungkar, dan sebagainya.

Sunday, August 19, 2018

DAP tetap mahu hak milik tanah kekal dilaksanakan

Hak milik 999 tahun....
IPOH - DAP Perak tetap mahu kerajaan negeri menunaikan janjinya untuk memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru seperti yang terkandung dalam tawaran Pakatan Harapan negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata, hal ehwal tanah adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan tertakluk kepada Majlis Tanah Negara (MTN) serta majlis tersebut hanya berperanan memberi nasihat.

Sehubungan itu, tambah Kor Ming, kenyataan yang mengatakan pemberian tanah hak milik kekal bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah salah sama sekali.

“Tidak ada tekanan, perkara itu ada dalam manifesto dan seperti yang dikatakan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan semua janji-janji itu.

“Bak kata pepatah, lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Justeru, kita akan laksanakan, cuma ia memerlukan masa dan bukan sekelip mata. Kita tak ada ‘lampu Aladdin’ untuk buat sesuka hati,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis jualan amal melibatkan penyertaan lima buah sekolah rendah dan menengah Cina di kawasan Teluk Intan di Sekolah Menengah (SM) Persendirian San Min di sini hari ini.

Ahmad Faizal dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini berkata, kerajaan negeri tidak boleh memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada Kampung-kampung Baru kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Faizal berkata, semakan dengan pihak MTN iaitu Dasar Spesifik Mengenai Pemegangan Tanah Bagi Kawasan Kampung-Kampung Baru telah memutuskan bahawa tempoh pajakan atau ‘leasehold’ bagi kampung-kampung baru telah dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun.

Jelas Ahmad Faizal, mesyuarat MTN Ke-53 pada 25 April 1997 juga menetapkan bahawa tempoh pajakan atau leasehold bagi kampung-kampung baru tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun. - utusan online

Saturday, August 18, 2018

DAP Hanya Juara Satu Kaum

DAP semakin jelas cuba memperlihatkan seolah-oleh semua kepentingan kaum Cina perlu dituruti. Sikap flip flop Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik selepas ‘disergah’ beberapa Ahli Parlimen dan ADUN DAP bahkan Timbalannya sendiri tentang peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) semakin mengesahkan tanggapan ini.

Sikap mendesak Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching supaya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan SMPC segera diiktiraf, walaupun terang-terang sejak 1975 UEC menolak sistem pendidikan kebangsaan, mengesahkan Pakatan Harapan (PH) tidak lebih hanya tunggangan DAP.

Serangan terbuka ADUN Bercham, Ong Boon Piow ke atas Maszlee bagi menuntut peruntukan untuk SMPC menyerlahkan perangai oportunis wakil rakyat DAP.

Bukan sahaja tidak peduli tentang permuafakatan dalam PH bahkan masih dalam ‘mood’ pembangkang mendesak Perdana Menteri meneliti semula kelayakan Maszlee memegang jawatan Menteri Pendidikan.

Hakikatnya, sudah banyak orang Melayu bertolak-ansur sejak sebelum merdeka lagi dengan memberikan taraf kerakyatan serentak kepada jutaan bukan bumiputera.

Belum 100 tahun generasi mereka hidup bebas menikmati mobiliti sosial dan ekonomi di tanah air ini, banyak pula tuntutan melampaui batas timbul, tidak sampai 100 hari PH mentadbir Putrajaya.

Jika ikhlas bercakap tentang Malaysia baharu dan menolak politik perkauman, DAP tidak wajar ikut jalan belakang menjadi ‘MCA dalam PH’ untuk muncul juara Cina.

Kerajaan PH perlu membuka buku baharu dalam sistem pendidikan negara dengan mengutamakan perhatian serta peruntukan kepada sekolah kebangsaan.

Sekolah vernakular terbukti tidak membantu integrasi kaum dengan ramai generasi muda bukan Melayu kini langsung tidak menguasai bahasa kebangsaan. Apatah lagi produk lepasan SMPC.

Ironinya, jenis yang sibuk bercakap soal ‘bangsa Malaysia’, cakap ‘bahasa Malaysia’ pun tak tahu. Lantang menuntut itu dan ini demi kaumnya sahaja.

Kerajaan tidak sepatutnya menyalurkan dana kepada SMPC yang sudah sedia mewah disokong penuh oleh taikun-taikun kaya. Utamakan pendidikan kebangsaan dan tunaikan banyak lagi janji kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Abaikan DAP yang semakin hari semakin ramai wakil rakyatnya tunjuk belang demi kepentingan peribadi satu kaum sahaja.

Oleh ; Arif Atan

Friday, August 17, 2018

Desak Maszlee tarik balik pelantikan MPPK

KUALA LUMPUR - Akademi Sains Islam Malaysia (Asasi) menggesa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menarik balik pelantikan beberapa orang yang dianggap tidak berkelayakan untuk menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).

Presidennya, Profesor Datuk Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud berkata, langkah tersebut bertujuan mengelak orang ramai terutama pejuang bahasa dan golongan pendidik keliru tentang niat sebenar Maszlee dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.

“Apakah sumbangan yang Menteri Pendidikan inginkan daripada tokoh barang hiasan Pewter berketurunan Tionghoa dalam bidang pendidikan? Adakah bagi memudahkan penerimaan sijil Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)?

“Apa rasional melantik seorang suri rumah yang berlagak sebagai pendidik tetapi penentang tegar dasar pendidikan kebangsaan, ‘pak jeneral’ yang menolong Maszlee dalam strategi pilihan raya lalu yang tahu berperang sahaja, seorang pengusaha sekolah swasta berbahasa Inggeris dan seorang profesor ekonomi untuk menganggotai MPPK?

“Pelantikan mereka yang tiada kepakaran dalam pendidikan malah yang menentang dasar dan falsafah pendidikan negara dengan hala tuju pendidikan negara pasti akan mengundang kecaman hebat golongan pendidik yang mendukung dasar dan falsafah pendidikan negara terhadap kewarasan Menteri Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - utusan online

Thursday, August 16, 2018

Sekolah Samseng....

Penarik kereta bebas langgar undang-undang
SEJAK sekian lama, kegiatan penarik kereta didapati banyak melanggar peraturan dan ketetapan undang-undang tetapi jarang sekali pihak berkuasa terutama polis mengambil tindakan terhadap golongan ini.

Mungkin orang ramai atau pemilik kenderaan tidak menyedari perkara ini dan menganggap ia sebagai perkara kecil atas alasan ia adalah kesalahan sendiri (pemilik kenderaan).

Semuanya atas kesilapan pemilik kenderaan tidak menjelaskan hutang bank menyebabkan bayaran kenderaan tertunggak hingga beberapa bulan. Atas dasar itu, pihak bank mengeluarkan surat kepada penarik kenderaan untuk merampas kenderaan yang tertunggak bayarannya.

Penarik kenderaan pula dengan hanya berbekalkan surat bank terus bertindak menarik kenderaan terbabit dan kemudian membuat laporan polis seolah-olah tindakan itu tidak menyalahi undang-undang.

Apa yang ingin saya jelaskan ialah surat bank bukannya surat kuasa seperti surat arahan mahkamah. Perlu di ingat hanya surat mahkamah sahaja yang boleh diguna pakai jika sesebuah kenderaan itu hendak ditarik.

Namun, kerap kali penarik kenderaan tidak mempunyai surat daripada mahkamah sebaliknya menggunakan alasan mempunyai surat bank sahaja.

Tindakan menarik kenderaan itu juga memerlukan kehadiran wakil mahkamah yang bertindak memastikan tindakan menarik kenderaan itu perlu dilakukan mengikut peraturan.

Dengan kata lain, selain surat daripada mahkamah, perlu juga kehadiran wakil mahkamah ketika kerja-kerja menarik kenderaan dilakukan.

Ramai yang tidak sedar, tindakan menarik kenderaan atau mengalihkan kenderaan tanpa kebenaran pemilik kenderaan walaupun ada surat daripada bank, menjadi satu kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang.

Pemilik kenderaan boleh membuat aduan atau laporan polis jika perkara ini berlaku. Pada masa yang sama, pihak polis sepatutnya perlu dan wajib mengambil tindakan undang-undang terhadap penarik kenderaan yang tidak mempunyai surat daripada mahkamah, umpama menyamar sebagai penjawat awam.

Timbul persoalan, kenapa polis tidak bertindak ketika penarik kenderaan membuat laporan polis selepas kerja-kerja menarik kenderaan dilakukan? Adakah kerana banyak kerja lain perlu dilakukan atau perkara ini dianggap sebagai remeh?

Yang pasti, tindakan penarik kenderaan itu melanggar peraturan iaitu tanpa memiliki surat mahkamah dan mengalihkan kenderaan tanpa kebenaran daripada pemilik kenderaan.

Ditambah pula penarik kenderaan itu sudah berada di depan mata (ketika datang ke balai polis membuat laporan), maka sebagai anggota penguat kuasa, polis boleh menahan orang terbabit kerana ‘mencuri’. Jika terus dibiarkan, kelak masyarakat akan menganggap polis turut bersubahat.

Jika perkara ini hendak dipanjangkan lagi, pemilik kenderaan boleh sahaja membuat laporan polis bahawa anggota balai tersebut turut bersubahat dengan penarik kenderaan.

Sebelum perkara sebegini berpanjangan, eloklah anggota polis bertindak dengan menahan penarik kenderaan tersebut. Seperkara lagi, pihak bank diminta lebih bertanggungjawab dengan mengingatkan kepada penarik kenderaan bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menarik kenderaan pemilik tanpa kebenaran mahkamah.

Memang diakui untuk mendapatkan surat mahkamah sudah tentu melibatkan satu kos yang besar seperti khidmat peguam dan sebagainya. Namun, itu adalah ketetapan undang-undang dan peraturan yang sudah termaktub yang perlu dipatuhi semua pihak terbabit.

Di sini, saya mengesyorkan bahawa pemilik kenderaan perlulah mengetahui hak mereka dan gunakan undang-undang sedia ada jika perkara di atas berlaku terhadap mereka melibatkan penarik kenderaan yang melanggar undang-undang.

Oleh : Pemilik Kenderaan Kedah

Wednesday, August 15, 2018

Orang Melayu sudah menolak Melayu?

KUALA LUMPUR - segelintir orang Melayu ketika ini yang tidak mempertahankan soal bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seolah-olah menunjukkan mereka sudah menolak asal-usul bangsa sendiri.

Presiden Persatuan Patriot Malaysia, Jamalee Bashah berkata, perkara ini terjadi apabila orang Melayu tidak lagi mementingkan sejarah asal-usul Melayu dan tidak memahami mengapa hak keistimewaan Melayu diperjuangkan satu masa dahulu.

"Melayu hari ini sudah menolak Melayu, mereka tidak lagi mementingkan mengenai sejarah Melayu sedangkan bangsa lain yang memperjuangkan Malaysia Baharu dan mahu Malaysia lebih terbuka masih tetap mempertahankan bahasa dan budaya serta sejarah masing-masing.

"Kalau sejarah tidak penting, mengapa selalu ada pihak yang cuba mempertikai dan mengubahnya, kalau orang Melayu tidak tahu mengapa mereka mendapat pelbagai jenis keistimewaan, kita tidak akan dapat mempertahankannya pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai salah seorang panel dalam Program 153: Merakyatkan Perlembagaan, Pencetus Revolusi Suara Anak Muda, di sini semalam.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Yazid Othman pula menyifatkan orang Melayu pada zaman ini gagal mempertahankan bangsa Melayu sebaliknya sanggup mengorbankan hak sebagai bumiputera semata-mata untuk menjaga hati pihak golongan lain.

"Ada yang kata Melayu ini rasis, tetapi kalau perkara itu benar, kenapa orang Melayu membenarkan bangsa lain tinggal bersama di Malaysia, orang Melayu hidup bersama dengan kaum Cina, India, malah orang Bangladesh dan mualaf pun dibenarkan serta diperjuangkan nasib mereka.

"Sama seperti soal pendidikan, di negara ini tidak ada sekolah Melayu tetapi kita ada sekolah kebangsaan sebab kita nak bersatu padu dengan semua bangsa," katanya.

Sementara itu, Aktivis Concerned Lawyers For Justice, Aidil Khalid menyifatkan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang diperjuangkan satu masa dahulu perlu diteruskan pada masa kini.

"Apa yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu seperti Keranda 152 yang menyebabkan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan tidak terhenti begitu sahaja, orang Melayu masa kini berperanan untuk mempertahankannya.

"Perjuangan orang dahulu sudah tamat, sekarang terpulang kepada Malaysia Baharu untuk meneruskan perjuangan itu, kita tidak boleh lagi bermain dengan sentimen selamanya sebaliknya lakukan sebuah reform atau pembaharuan yang benar-benar menguntungkan bangsa Melayu," katanya. - utusan online

Tuesday, August 14, 2018

PDRM Cabar Perlembagaan, Maruah Bahasa Melayu

Guna bahasa Inggeris
KUALA LUMPUR  - Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi seperti taklimat dan operasi harian dilihat sebagai tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kesal dengan kenyataan tersebut, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) menyeru Ketua Polis Negara supaya mencontohi negara Jepun yang memartabatkan bahasa ibunda mereka.

Menurut Timbalan Presidennya, Kamal Shukri Abdullah Sani, meskipun Mohammad Fuzi menerima arahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun ini seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan dan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akibat daripada kekeliruan pemimpin politik.

“Ramai pihak menganggap isu bahasa kebangsaan sudah selesai dengan tercatatnya perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sedangkan amalan memartabatkan bahasa kebangsaan dan hal perundangan yang berkaitan tidak tamat sekadar perkara itu sahaja walaupun penerangan mengenainya dicetak sehingga 2.6 bilion naskhah.

“Jika benar arahan itu daripada Dr. Mahathir, nampaknya beliau sudah lupa atau tidak belajar apa-apa daripada sejarah memartabatkan bahasa kebangsaan di Malaysia sejak merdeka,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online hari ini.

Kamal Shukri menambah, kerajaan perlu mencontohi negara Jepun seperti mana dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Salleh Ismael yang meniru konsep ‘pondok polis’ untuk membanteras jenayah dan memberi khidmat komuniti di Kuala Lumpur.

“Itulah tugas pasukan polis disamping menjaga keselamatan dan keamanan negara.

“Baru-baru ini Perdana Menteri telahpun melawat Jepun, beliau sepatutnya mencontohi cara pasukan keselamatan negara itu memartabatkan bahasa ibunda mereka.

“Memang wajar anggota PDRM memperkasakan bahasa Inggeris, tetapi bukan dengan cara menggunakan urusan rasmi jabatan sekali gus mencabul hak penggunaan bahasa kebangsaan,” ujarnya. - utusan online


Kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara - ASASI
KUALA LUMPUR - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Akademi Sains Islam Malaysia (Asasi) menyuarakan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohammad Fuzi Harun bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mula menggunakan bahasa Inggeris bagi taklimat dan operasi harian mereka.

Presiden Asasi, Prof. Datuk Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud berkata, perkara tersebut ekoran arahan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengubah bahasa rasmi polis kepada bahasa Inggeris bagi membolehkan polis Malaysia menguasai bahasa Inggeris dan setaraf dengan dunia antarabangsa selain perlu mahir menulis dalam bahasa tersebut.

"Kenyataan KPN ini seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris, semalam disifatkan tidak wajar dan mencabar undang-undang bahasa rasmi negara yang jelas mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan kerajaan.

"KPN sebagai ketua pasukan yang bertanggung jawab menguatkuasakan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sepatutnya lebih arif tentang tuntutan Perlembagaan dan undang-undang tentang kewajipan semua urusan rasmi dijalankan dalam bahasa Melayu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - utusan online

5 Hal Ini Bisa Bikin Wanita Gagal Orgasme, Pria Wajib Tahu!

ORGASME merupakan hal yang paling dinantikan saat berhubungan seks atau bermasturbasi. Adakalanya Anda akan merasa kecewa karena tidak bisa mencapai titik puncak sesuai dengan yang diharapkan karena melakukannya dengan cara yang salah.

Anda akan terkejut setelah mengetahui bahwa sekira 10 persen wanita tidak pernah mengalami orgasme. Sementara 90 persen sisanya belum tentu bisa mengalami orgasme dengan baik. Lantas apa penyebabnya?

Melansir dari Times of India, Rabu (1/8/2018), Okezone akan membahas mengenai lima penyebab mengapa wanita tidak bisa mengalami orgasme saat berhubungan seks maupun masturbasi. Penasaran? Yuk disimak.

1. Anda masih dalam proses belajar
Untuk beberapa orang, orgasme datang dengan mudah dibandingkan dengan orang lain. Belajar tentang tubuh Anda dan apa yang mengubahnya dapat sangat membantu dalam mencapai perasaan bahagia.

2. Tak memiliki cukup foreplay
Orgasme tidak mungkin terjadi secara instan, seseorang harus dipancing agar bisa menuju titik puncak. Stimulasi klitoris tidak dapat membantu jika Anda tidak melakukan foreplay. Bahkan, rangsangan klitoris mungkin terasa menyakitkan dan aneh jika dilakukan saat seseorang sedang tidak mood. Karena itu, peran pria sangat penting dalam foreplay, jangan terburu-buru. Kalau pria mengabaikan foreplay, kemungkinan besar wanita akan gagal orgasme.

3. Tak memiliki cukup rangsangan klitoris
Jika Anda tahu, hubungan seksual bukanlah cara yang bagus untuk merangsang klitoris. Jadi, daripada khawatir tentang apakah akan mendapatkan orgasme atau tidak, mintalah pasangan Anda untuk melakukan beberapa rangsangan klitoris.

4. Jangan tergesa-gesa
Untuk mencapai orgasme setiap wanita membutuhkan waktu berbeda yang berbeda. Durasi tercepat mulai dari tiga hingga mungkin 20 menit. Jadi, jangan menyerah begitu saja. Jika Anda lelah, tarik napas dalam-dalam, dan kembali memberi rangsangan.

5. Beberapa orang khawatir akan tubuhnya
Saat berhubungan seks, beberapa dari perempuan hanya mengkhawatirkan tentang perut buncit mereka atau kulit tidak begitu cerah. Jika pikiran tidak fokus maka Anda tidak akan mendapatkan apa yang diperjuangkan.

Sumber : okezone.com

Sunday, August 12, 2018

UEC, Dosa Pemimpin Dan Sumpah UMMAH

Pagi Sabtu 28 Julai 2018 saya berkesempatan singgah sebentar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, menghadiri Perhimpunan UMMAH Bantah Pengiktirafan UEC. Ramai yang hadir, termasuk beberapa tokoh terkenal seperti Tan Sri Dr. Rais Yatim, Tan Sri Mohd Zaman Khan dan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi. Syabas UMMAH selaku penganjur dan terima kasih kepada semua yang hadir. MPM tumpang bangga.

Sambil duduk mendengar satu persatu ucapan, saya sempat merenung jauh dan mengimbas kembali kenangan 72 tahun yang silam. Walaupun saya belum lahir ketika itu, tarikh 2-4 Mac 1946 saya anggap tarikh keramat dan Padang Kelab Sultan Sulaiman juga ibarat padang keramat. Pada tarikh itu orang Melayu dari seluruh pelosok Semenanjung Tanah Melayu berhimpun, menyatakan kesepakatan mereka menentang seteru utama mereka ketika itu.

Seteru mereka ketika itu ialah pemerintah Inggeris dan agenda penentangan mereka ialah penubuhan Malayan Union. Masuk akallah mengapa orang Melayu ketika itu berhimpun membantah dan siapa yang mereka tentang.

Pada 28 Julai 2018 sekali lagi orang Melayu berhimpun di padang yang sama dan membantah. Mereka membantah usaha cuba mengiktiraf kelulusan UEC. Itu juga masuk akal. Yang tak masuk akal ialah Melayu yang berhimpun itu menentang pemimpin Melayu sendiri.

Yang mereka bantah ialah pengiktirafan UEC oleh pemimpn Melayu. Pengiktirafan kelulusan UEC tidak menjadi isu jika tidak kerana pemimpin Melayu sendiri yang cuba menjuarainya, bukan oleh pertubuhan pendidikan Cina. Pemimpin politik Melayu yang mempolitikkan isu pengiktirafan UEC ini dengan harapan mereka dapat meraih undi kaum Cina.

Beberapa pemimpin IPT diterajui Melayu yang mengkomersialkan isu ini dengan harapan dapat menarik minat pelajar lepasan UEC melanjut pengajian ke IPT pimpinan mereka, orang Melayu. Berapa kerat sangatlah undi puak-puak cauvinis ini yang dapat mereka raih.

Yang pasti undi sokongan pengundi Melayu yang terlepas. Berapa sangatlah pelajar lulusan UEC ini yang berminat melanjutkan pengajian ke IPT diterajui Melayu, jika sekolah kebangsaan yang serba lengkap sedangkan mereka tolak, inikan pula IPT yang tak pun setanding dengan IPTS yang mereka kuasai.

Tidak dinafikan para penggiat pertubuhan pendidikan Cina adalah golongan yang cauvinis. Tak payahlah kita menghabiskan masa berdebat dengan mereka. Berunding dengan mereka pun tak perlu. Yang menggadaikan peruntukan Perlembagaan bukan mereka, kerana mereka bukan yang berkuasa atau memerintah.

Yang kita semua amanahkan melindungi Perlembagaan Persekutuan daripada dicemari olah mana-mana pihak, semuanya orang Melayu. Yang terjerit-jerit hendak UEC diiktiraf pun orang yang sama. Mereka inilah sebenarnya pengkhianat kepada negara sendiri dengan mencemari Perlembagaan Persekutuan atas kepentingan politik mereka yang sempit.

Perhimpunan 28 Julai itu pun saya perhatikan diwarnai lambang kehijauan, yang simbolik dengan warna salah sebuah parti politik dokongan orang Melayu. Malangnya kelibat lain-lain warna yang simbolik dengan parti-parti dokongan bangsa Melayu tidak kelihatan. Jelaslah pada saya bahawa lain-lain parti politik dokongan orang Melayu tak minat membantah isu pengiktirafan UEC ini.

Tidak salah jika saya mengandaikan mereka lebih ghairah mahukan UEC diiktiraf. Pengiktirafan UEC ini ibarat pertubuhan pendidikan Cina memalu gendang, orang Melayu bersilat bertikaman sesama sendiri. Boleh juga kita anggap, Melayu yang menyahut seruan UMMAH untuk berhimpun membantah pengiktirafan UEC bukan sekadar bertembung atau menuding jari kepada puak-puak cauvinis pertubuhan pendidikan Cina.

Maka, tidaklah perhimpunan itu boleh dilabel sesuatu yang berbaur rasis. Ia juga bukan satu tindakan untuk mendiskriminasi sistem pendidikan Cina oleh orang Melayu. Ia adalah satu perhimpunan orang Melayu membantah tindak-tanduk pemimpin Melayu, baik pemimpin kerajaan terdahulu mahupun semasa.

Pemimpin-pemimpin Melayu ini wajib sedar dan insaf, peranan institusi pendidikan di Malaysia adalah unik. Selain ia bertanggung-jawab mendidik dan membina perwatakan anak bangsa, pendidikan juga amat penting dalam memupuk dan menyemai benih-benih perpaduan antara kaum di negara ini.

Jika dapat mereka buktikan sistem pendidikan SJKC terutamanya dan penarafan sijil UEC menyumbang secara signifikan ke arah aspirasi penyatuan bangsa itu, pastinya kami tidak ragu-ragu mengiktirafnya. Hari ini, semua jari kami menuding ke arah bahawa sistem pendidikan persendirian mereka itu dan pensijilan UEC, menyumbang sebaliknya.

Buktinya jelas dan tanyalah para guru di sekolah kebangsaan yang mengajar di kelas-kelas peralihan bagi para pelajar dari sistem pendidikan SJKC ini. Sejak dibangku sekolah anak-anak ini telah disemai untuk menjadi keturunan yang kiasu dan cauvinis.

Mereka diajar dengan menggunakan buku-buku teks dan rujukan yang jauh menyimpang daripada fakta sebenar, terutama subjek sejarah. Tidak diragui pengajaran dalam subjek-subjek teknikal memang mereka hebat.

Saya pasti semua pemimpin Melayu baik dalam kerajaan sebelum ini mahupun dalam kerajaan baharu, amat arif mengenai perkara-perkra yang saya utarakan. Sungguh aneh, mereka tetap tergamak mengetepikan semua itu hanya kerana keghairahan mempolitikkannya.

Kerajaan sebelum ini sudah pun ‘diajar’ oleh pengundi akan badi apabila mereka menyemai benih mengagung-agungkan UEC ini. Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya mengambil iktibar daripadanya. Seandainyalah Kerajaan Pakatan Harapan pun sama macam kerajaan terdahulu, bertekad untuk terus membiakkan benih semaian itu dan berdegil untuk terus menjulang UEC, tahulah para penggerak UMMAH mencabut satu persatu benih-benih semaian itu.

Oleh : Hasan Mad  

Saturday, August 11, 2018

PDRM lepaskan forum komunis?

SAYA amat terkejut apabila membaca anjuran forum mahu mengubah sejarah dan mengiktiraf komunis di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor baru-baru ini.

Berselindung di sebalik anak-anak muda Melayu yang buta sejarah dan tidak pernah merasai keperitan peperangan, forum itu cuba mengembalikan ideologi komunis atas dasar hak asasi dan kebebasan bersuara.

Apa kelayakan orang-orang ini untuk diangkat sebagai panel membincangkan soal sejarah?

Biasanya pakar sejarah orang tua dan berpengalaman, bukan budak-budak yang mengaku sebagai ‘aktivis’.

Di manakah semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)?

Bukankah perkara sebegini perlu disekat dari awal lagi bukannya sudah menjadi isu baru semua menggelupur.

PDRM perlu prihatin memikirkan sejarah Balai Polis Bukit Kepong yang diserang komunis, tapi kini mahu diangkat pula kumpulan pengganas itu sebagai pejuang kemerdekaan.

Saya tidak hairan jika ahli politik Melayu dalam kerajaan tidak berani membantah tetapi pasukan beruniform khususnya polis dan tentera tidak sepatutnya membenarkan perkara sebegini berlaku.

Adakah ketua-ketua dalam PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) takut disuruh bersara atau dipecat seperti yang berlaku dalam syarikat milik kerajaan (GLC)?

Itu belum mengambil kira sikap biadab dalam media sosial yang langsung tidak diambil tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jika forum komunis boleh mendapat permit, adakah orang lain bebas menganjurkan perbahasan mempertikai sekolah vernakular, rumah ibadat haram mahupun menolak taraf kerakyatan?

Jangan dibiarkan api kecil ini marak. Setiap tindakan ada tindak balasnya dan dikhuatiri akan membawa kepada ketegangan antara kaum dan agama pula.

Oleh : Darah Satria

Wednesday, August 8, 2018

PKM Pejuang Kemerdekaan?

AGAK menarik beberapa hari lalu muncul kembali desakan mengangkat peranan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam gerakan ke arah kemerdekaan negara. Kali ini mereka mahukan keganasan yang dikatakan satu perju­angan itu dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran Sejarah negara. Usaha sebegini dan yang seumpamanya bukanlah sesuatu yang baharu, bahkan ia sudah lama disuarakan oleh sesetengah pihak yang berpartisan.
 Kepada golongan ini, penglibatan komunis semasa Perang Dunia Kedua dalam gerakan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan Bintang Tiga yang berte­rusan walaupun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dianggap suatu pengorbanan sekelompok pejuang rakyat yang tiada tolok bandingannya dalam sejarah negara.

Justeru, telah kedengaran dan wujud gelombang massa khususnya ‘budak-budak politik’ mendesak supaya dimasukkan se­jarah ‘sumbangan PKM’ ke arah kemerdekaan Tanah Melayu dalam kurikulum sejarah yang diajar di sekolah-sekolah.
 Namun, benarkah gerakan bersenjata secara terbuka oleh PKM menentang British dan kemudian Angkatan Tentera Diraja Malaysia dianggap gerakan menuntut kemerdekaan negara? Persoalannya apakah yang hendak dimerdekakan? Dari siapakah kemerdekaan hendak diraih? Siapa pula yang akan menjadi kerajaan setelah gerakan menuntut kemerdekaan dicapai?

Sebenarnya agak pelik jika dikatakan gerakan komunis adalah gerakan kemerdekaan negara ketika tujuan utama gerakan komunis ialah menghalau British dan membunuh seberapa ramai orang Melayu yang boleh.

Sepanjang ‘perjuangan komu­nis’ di Tanah Melayu, tujuan utama mereka hanyalah hendak mendirikan sebuah kerajaan komunis di Tanah Melayu. Kerajaan yang ditubuhkan itu tidak ber­asaskan penduduk Melayu sebagai penduduk asal dan sistem politik yang sudah diamalkan sejak ratusan tahun. Sebaliknya mereka mahukan sistem politik baharu yang diambil dari luar.

Niat dan hasrat mereka ini jelas dengan tindakan keganasan yang berterusan menentang Angkatan Tentera Malaysia walaupun Malaysia telah merdeka. Mereka tidak iktiraf kemerdekaan 1957 kerana bukan mereka yang me­nguasai Malaysia. Ke­tika Perang Dunia Kedua tidak ada sebarang rekod dan maklumat pun yang membuktikan MPAJA ataupun Bintang 3 bertempur dengan Jepun bagi menamatkan pendudukan Jepun di Tanah Me­layu. Sebaliknya semua senjata yang British bekal dan latihan ketenteraan yang anggota MPAJA terima dari British semasa pendudukan Jepun disimpan.

Semasa Perang Dunia Kedua, MPAJA dan Bintang Tiga hanya menyembunyikan diri dan mengamuk di kawasan kampung-kampung Melayu. Peristiwa MPAJA dan Bintang Tiga membunuh orang Melayu di Batu Pahat, Johor dan Sungai Manik, Perak semasa pendudukan Jepun adalah antara contoh keganasan PKM yang tidak dapat dilupakan oleh orang Melayu dan Cina sehingga ke hari ini. Ramai terkorban ekoran keganasan komunis ketika itu. Pengalaman di kedua-dua tempat ini lebih dahsyat daripada peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Malangnya peristiwa tersebut tidak dipaparkan di dalam sukatan mata pelajaran sejarah di sekolah-sekolah. Zaman Perang Dunia Kedua hanya banyak memaparkan penderitaan ekonomi orang Melayu dan kezaliman tentera Jepun terhadap Orang Cina sahaja. Walhal, waktu itu orang Melayu lebih teraniaya dan dizalimi oleh pengganas Komunis.

Kita memahami peristiwa dahsyat ekoran keganasan MPAJA dan Bintang Tiga terhadap orang Melayu di kampung-kampung Melayu semasa Perang Dunia Kedua kurang sesuai dijadikan bahan pembelajaran di peringkat sekolah. Namun, niat murni dasar pendidikan negara yang mahu mewujudkan keharmonian masyarakat bukan sahaja gagal memberikan pengajaran kenegaraan, malah diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang masih lagi mengekalkan hubungan de­ngan saki baki anggota komunis yang masih hidup. Justeru, amat mengelirukan dan lebih menyesatkan apabila keganasan PKM yang di dalam wajah MPAJA dan Bintang Tiga dianggap pejuang kemerdekaan atau pejuang rak­yat.

Satu persoalan akhir ialah mengapa mesti dimasukkan da­lam kurikulum sejarah negara ketika mata pelajaran Sejarah tidak dianggap penting dalam Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)? Jika benar ‘sumbangan PKM’ dalam usaha menuntut kemerdekaan memang besar, masukkan dahulu ke dalam sukatan sejarah dalam sijil UEC yang hendak diiktiraf itu. Kita mahu lihat sejauh mana hebatnya apa yang dikatakan sejarah pejuang rakyat yang ‘tiada tolok bandingnya’ dalam sukatan sijil Dong Zong

Bagi sesetengah pihak jangan terlalu mudah memberi pengiktirafan kepada pihak-pihak yang mahukan menafikan sejarah negara ini. Selagi ada orang Melayu yang mengetahui dan mengalami kepahitan hidup zaman keganasan komunis, jangan dilayan ke­rana mahukan pengganas diangkatkan sebagai pejuang negara.

Kenapa Benci Komunis?

Parti Kominis Malaya (PKM) telah ditubuhkan pada 1927 di Negeri Sembilan sebelum ditubuhnya secara rasmi di Singapura pada 1930. Penyebaran ideologi kominis ini telah disebarkan ke Tanah Melayu melalui sekolah sekolah malam, kesatuan sekerja, persatuan pelajar, wanita dan pemuda dalam kalangan orang Cina, India dan segelintir orang Melayu.

Parti itu tidak begitu kelihatan dipermukaan politik negara kecuali apabila British membuat perjanjian bagi menentang pendudukan Jepun pada 1942. British dan PKM melalui Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)/Bintang Tiga, telah memerangi tentera Jepun secara gerila, British memberi bantuan senjata dan latihan kepada PKM.

British juga memberi PKM menjaga Tanah Melayu sebelum kemasukannya semula ke Tanah Melayu apabila Jepun dikalahkan. Dengan itu apabila Jepun dikalahkan, PKM telah mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu.

Mereka telah keluar daripada hutan dan menguasai bandar serta bangunan kerajaan. Mereka juga melakukan penangkapan ke atas orang yang dianggap sebagai tali barut Jepun. Dalam hal ini orang Melayu menjadi mangsanya secara besar-besaran. Orang Melayu yang menjadi kampetai, tok imam, penghulu atau ketua kampung atau sesiapa sahaja yang dilihat telah bekerjasama dengan tentera Jepun, menjadi mangsanya.

Prof. Cheah Boon Kheng, seorang ahli sejarah yang telah membuat kajian tentang zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dalam bukunya Red Star Over Malaya terbitan Universiti Nasional Singapura, telah merekodkan hal ini dengan jelas. Beliau menamakan perbicaraan tangkap muat ini sebagai Kangaroo Court.

Orang Melayu yang dikatakan bersalah telah ditangkap dan dizalimi. Mereka dibawa masuk ke hutan dan hilang tanpa khabar berita. Rumah-rumah juga dibakar dengan penghuninya dibiarkan rentung. Ada juga yang bertindak membawa lari anak-anak gadis ke dalam hutan. Ada yang ditempeleng dan dipaksa minum air sabun seperti apa yang dilakukan oleh tentera Jepun. Masjid diceroboh.

Ini semua membangkitkan kemarahan orang Melayu. Mereka telah mengambil tindakan balas dengan menyerang orang Cina.

Kumpulan pembelaan Melayu secara fisabilillah atau jihad juga telah muncul dengan banyaknya di luar bandar. Kumpulan-kumpulan yang menamakan diri sebagai Selendang Merah dan pelbagai lagi muncul. Gerakan itu berlaku di beberapa tempat seperti di Batu Pahat, Johor; Sungai Manik dan Sungai Siput di Perak, dan Malim, Pahang.

Rekod-rekod British menjelaskan bahawa pertumpahan darah itu antara orang Melayu dan Cina telah berlaku di antara bulan Julai sehingga September 1945.

Apabila British memperkenalkan Malayan Union pada 1946, PKM dan golongan kiri Melayu telah menyokongnya. Mereka menyokong Malayan Union kerana dasar British membuang kuasa Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri, agama Islam diletakkan di bawah Gabenor Malayan Union yang bukan Islam, dan kerakyatan dibuka untuk semua orang kecuali rakyat Jepun.

Terkorban
Orang Melayu telah menentangnya sehingga tertubuhnya Kongres Melayu 1946 yang menubuhkan UMNO. Semua cerdik pandai Melayu termasuk golongan kiri seperti Dr. Burhanudin dan Ahmad Boestamam telah hadir untuk menubuhkan UMNO di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946.

Golongan ini kemudian meninggalkan UMNO pada Ogos 1946 kerana kepimpinan UMNO dipegang oleh golongan aristokrat/feudal yang memang tidak disukai oleh golongan itu. Mereka dipengaruhi oleh Revolusi Indonesia yang menegakkan sebuah republik.

PKM menentang Malayan Union bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1946, yang ditaja oleh PKM. Ini memang dilakukan bagi menyebarkan fahaman kominis dalam kalangan orang Melayu.

Di Selangor telah ditubuhkan Parti Kominis Melayu, tetapi tidak dapat sambutan dalam kalangan orang Melayu dan berkubur begitu sahaja. Oleh itu PKM tidak mahu menamakan PKKM sebagai Parti Sosialis Malaya kerana bimbang tidak dapat sambutan orang Melayu.

Bagaimanapun, PKM telah menubuhkan Rejimen 10 khas untuk orang Melayu, yang dipimpin oleh Abdullah CD. Perjanjian Persekutuan 1948 telah diadakan bagi menggantikan Malayan Union.

Kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam dipulihkan dan UMNO jadi wakil politik orang Melayu bagi menarik semula Malayan Union. Akibat rasa tidak puas hati PKM mengangkat senjata menentang British, Raja-Raja Melayu dan UMNO.

Maka Darurat diistiharkan pada Jun 1948. British telah menganggap PKM sebagai pengganas dan memburunya. Pasukan tentera dan polis tempatan telah diperbesarkan. British juga membawa masuk tentera dari negara-negara Komanwel untuk mengatasi ancaman PKM.

Banyak tentera tempatan dan luar negara yang terkorban. Rancangan Briggs telah membuat dua tindakan penting. Pertama membina Kampung Baru bagi meletakkan mereka yang bersimpati dengan PKM, lebih 450 buah telah ditubuhkan.

Dalam skim ini mereka diberi tanah percuma 10 ekar dan diberi rumah, sekolah, elektrik dan bekalan air untuk memujuk mereka supaya tidak menyokong PKM. Pemberian tanah percuma ini lebih awal daripada FELDA yang dibuat Tun Abdul Razak di Jengka, Pahang, iaitu pada 1970, selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Langkah kedua ialah memberi kerakyatan secara jus soli oleh Raja-Raja Melayu pada 1951, dengan menerima mereka yang lahir di Negeri Melayu untuk menjadi rakyat negeri dan Persekutuan Tanah Melayu.

Hal ini kemudian dilanjutkan lagi apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957, dengan itu semua yang lahir di sini menjadi wargenegara secara jus soli. Ini bermakna, untuk dapat kemerdekaan kerakyatan dibuka secara sama rata dengan imigran.

Begitulah pengorbanan orang Melayu yang berkongsi kuasa dengan orang lain dan pemimpin Melayu itu adalah UMNO. Parti itu juga bersama Parti Perikatan menubuhkan Malaysia. UMNO jugalah sebagai ketua membangunkan negara ini sejak merdeka. Pada hari ini rasa tak puas hati PKM adalah kerana gagal melemahkan UMNO itu tercapai dan dapat 'ditebus' dengan memasuki parti politik yang dapat mendokong cita-citanya.

Menurut seseorang dalam Seminar Peoples History Malayan Emergency pada 27-29 Julai lalu di Chinese Assembley Hall: “Perang saudara yang berlaku itu bukan antara rakyat tetapi menentang pihak berkuasa, ertinya menentang kerajaan UMNO. Tetapi pilihan raya kali ini sudah capai matlamat kami. Dalam pilihan raya ini golongan kiri mencurah tenaga dan menyokong Pakatan Harapan.

"Jadi kemenangan Pakatan Harapan adalah satu usaha pihak kami. Tun Dr. Mahathir melakar sejarah kali kedua, pertama Tun Mahathir melakar sejarah 29 tahun dulu bersetuju menandatangani persetujuan damai di Hatyai mengakhiri warisan British.

"Boleh dikatakan Tun Mahathir telah melakar sejarah kali kedua dan dengan ini kami berharap Tun Mahathir dan kerajaan PH dapat mengubah dasar-dasar buruk UMNO, dan menunaikan janji-janjinya dalam perjanjian damai Hatyai seperti mengizinkan abu Chin Peng dibawa balik ke tanah air.

"Sejarah mesti sesuai dengan keadaan sebenar. Dia siar di televisyen kata pengganas tak sesuai dengan sejarah, memperjuang kemerdekaan tidak boleh dinafikan.”

Kata-kata ni menunjukkan PKM berdendam dengan UMNO, kerajaan Melayu yang telah menegakkan kedudukan orang Melayu. Kejayaannya menumbang UMNO, BN seperti sebutannya sendiri, adalah manifestasi satu perjuangan sejak 1930. Sebab itu sejarah penting direkod dan ditulis pada masa itu.

Dokumen cukup banyak dalam khazanah negara di dalam dan luar negara. Terpulang pada kita membaca dan menilainya. Hari ini mungkin ada orang percaya apa yang dikatakan bertentangan dengan apa sebenarnya berlaku.

Kesian datuk nenek kita menentang Malayan Union apabila hari ini cucu cicitnya lupa pada sejarah.

Oleh : Dr. Ramlah Adam

Monday, August 6, 2018

Petualang Dijulang, Satu Keterbukaan Baharu?

Setiap kali sambutan Hari Pahlawan ada satu acara yang sentiasa ditunggu-tu­nggu iaitu persembahan pantomim perjuangan pasukan keselamatan menentang pengganas komunis ketika zaman darurat. Pantomim ini jarang berakhir dengan cerita gembira sepertimana dalam filem perang iaitu kemenangan.

Yang kerap digambarkan ia­lah tragedi sedih menyayat hati anggota tentera, polis, pasukan keselamatan atau rakyat marhaen. Mereka dibunuh de­ngan kejam dan tanpa perikemanusiaan.

Pantomim itu adalah lakonan semula kejadian sebenar yang me­nimpa pasukan keselamatan negara. Pengorbanan para perajurit negara dalam melawan musuh demi mempertahankan tanah air daripada pengganas komunis bukan cerita dongeng. Mereka berjuang dengan sepenuh jiwa raga bersulam darah dan air mata. Kesan dan bukti perjuangan tersebut dapat dilihat sampai sekarang.

Banyak peristiwa menyedih­kan berlaku ke atas anggota pa­sukan keselamatan sepanjang mempertahankan pertiwi ini. Kisah perjuangan anggota tentera, polis dan pasukan ke­selamatan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi oleh mereka yang terlibat secara langsung atau waris atau mangsa. Cerita ini kekal dalam khazanah sejarah negara.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini semacam ada satu ge­rakan hebat sedang berjalan untuk memberi pengiktirafan baharu kepada kumpulan haluan kiri dalam sejarah negara termasuk pengganas komunis.

Gerakan ini dipelopori oleh sekumpulan anak muda yang lahir dalam era ketika Menara Berkembar Petronas sudah lama terpacak di depan mata dan perkhidmatan LRT bersimpang siur menjalar di tengah ibu kota selain segala maklumat boleh diakses di hujung jari. Ibu bapa dan datuk nenek mereka pun barang kali lahir selepas merdeka.

Sekelompok anak muda ini yang menganggap mereka sebagai ‘aktivis’ dan berpegang kepada ‘idealisme suci kebebasan bersuara ‘meminta sejarah negara berhubung gerakan haluan kiri dikaji semula dan diperbetulkan. Mereka mahu ‘kebaikan’ perjuangan kumpulan itu dimasukkan dalam buku teks sekolah.

Anak-anak muda ‘hebat’ dan ‘berbakat’ ini secara lantang meminta agar sumbangan golongan haluan kiri termasuk komunis dalam sejarah negara diberi tempat yang sewajarnya untuk dinilai oleh para pelajar sekolah.

Bersungguh-sungguh benar kelompok ini sehingga sampai pada tahap menganjurkan wacana, pameran serta menjemput bekas pengganas berkongsi pengalaman dalam satu forum terbuka. Motifnya sudah terang lagi bersuluh.

Sejarah kejahatan dan kekejaman pengganas ini yang sudah membunuh beribu-ribu nyawa rakyat tidak berdosa selain mencedera dan mencacatkan puluhan ribu lagi sepanjang tempoh darurat tidak pula di­sentuh.

Salah satu kehebatan ‘era baharu’ pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 ialah keterbukaan pihak berkuasa dalam berhadapan dengan isu dan gerakan seperti ini. Walaupun insiden ini menjadi bualan sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat, setakat ini tidak ada sebarang tindakan diambil. Malah pihak yang ada kuasa pun ketika diminta reaksi, kebanyakannya memberi jawapan selamat dan ‘cuci tangan.’

Isu ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Mengambil kira amalan keterbukaan kerajaan pada hari ini, apa kata kerajaan penuhi sahaja tuntutan kumpulan ini. ‘Perbetulkan’ balik sejarah dan ‘sumbangan besar’ gerakan haluan kiri termasuk komunis dalam teks sejarah sekolah. Kalau dulu mereka petualang, ubahkan sahaja menjadi pejuang negara!

Friday, July 27, 2018

Setelah Iktiraf UEC, Apa Lagi Selepas Ini?

APA isyarat yang Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mahu tunjukkan apabila memuat naik gambar bersama sekumpulan pemimpin pertubuhan ultra Cina, Dong Jiao Zong di pejabatnya pada 13 Julai lalu?

Apa mesej mahu disampaikan apabila Nie Ching yang juga pemimpin DAP itu memberitahu berasa tenang kerana ‘perjuangan’ beliau untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mendapat sokongan bahkan yakin sijil itu akan diiktiraf?

Lebih penting apa yang mereka bincang dan putuskan ketika Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik masih lagi flip flop untuk memberi kata putus?

Kita semua tahu tentang wujudnya golongan ultra Cina yang mempengaruhi perkembangan sekolah Cina di negara ini sejak lebih 60 tahun lalu bahkan sebelum merdeka lagi mereka menghalang usaha menyatukan rakyat berbilang kaum melalui sistem pendidikan kebangsaan.

Dong Jiao Zong sentiasa mencurigakan dan tidak berpuas hati dengan dasar Kementerian Pendidikan. Hal itu disebutkan Sia Keng Yek dalam buku ilmiahnya bertajuk, SRJK (Cina) Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan: Dilema dan Kontroversi (2005) keluaran Penerbit Universiti Malaya.

Itu baru sekolah yang berstatus masih aliran kebangsaan. UEC dari sistem pendidikan persendirian Cina, tentu lebih ekstrem.

Dong Jiao Zong kerap menolak matlamat perpaduan dan integrasi nasional dengan mengetepikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Bersikap ultra Cina mahukan kuasa autonomi pendidikan, mereka menggunakan pilihan raya sebagai satu bentuk tuntutan bahkan ugutan sama ada kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan blok pembangkang sebelum ini.

Desakan iktiraf UEC sudah tersenarai dalam Tuntutan 17 Perkara yang diumumkan pada 17 Ogos 1999, beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 29 November tahun yang sama.

Menjelang PRU pada tahun 1999 juga, Dong Jiao Zong mengemukakan deklarasinya kepada semua parti politik yang bakal bertanding antaranya menuntut UEC diiktiraf sebagai kelulusan akademik untuk masuk universiti awam dan maktab perguruan.

Dalam deklarasi 12 tuntutan itu, Dong Jiao Zong bahkan mendesak kerajaan mengiktiraf ijazah yang dianugerahkan oleh Universiti Nanyang dan universiti di Taiwan dan China dengan alasan mengelak ‘penghijrahan cendekiawan’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketika itu menganggap tuntutan yang dikemukakan 13 pertubuhan berdaftar Cina itu sebagai ekstremis dan boleh menjejaskan keharmonian pelbagai kaum.

Dalam hampir semua tuntutan oleh golongan ekstremis atau puak pelampau itu, MCA-Gerakan dalam BN serta DAP sepakat bersama walaupun parti roket tersebut di blok pembangkang ketika itu.

Jika tuntutan pengiktirafan UEC dilayan Menteri Pendidikan, cuba fikirkan apa lagi tuntutan perkauman lain ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) pun dipegang oleh pengerusi pertubuhan ultra India.

Bahkan, Buku Jingga yang menjadi manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya 2013 pun menyatakan akan mengiktiraf UEC walaupun hal itu tidak membantu usaha mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia sebaliknya membiakkan rasisme.

Walaupun kerajaan setiap kali umum bajet dan musim pilihan raya menyalurkan jutaan ringgit dana kepada pendidikan Cina tetapi mereka masih menganggap SRJK(C) serba kekurangan dan dikekang serba-serbi.

Padahal, Malaysia satu-satunya negara di dunia yang membenarkan sekolah aliran Cina beroperasi. Akhirnya, pendidikan Cina ‘kebangsaan’ bahkan pendidikan ultra Cina menerusi sekolah persendirian semakin berkembang pesat.

Pasca PRU-14 pula, puak oportunis lagi rasis meneruskan lagi tuntutan mereka supaya UEC diiktiraf oleh kerajaan Malaysia yang baharu. Padahal, pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Teo Kok Seong pun sudah mengingatkan murid Cina aliran kebangsaan akan terjejas jika UEC diiktiraf.

Oleh :  Arif Atan

Thursday, July 26, 2018

Manifesto Bukan Janji

Sebelum Memerintah
Aku ingat lagi masa setahun sebelum PRU14. Aku mula minat dengar ceramah khasnya dari Pakatan Harapan. Pantang dengar ada ceramah mesti aku datang. Dalam semua ceramah aku pergi, mesti ada 4 isu dari dulu lagi yang wajib deme sebut dan maki hamun Umno.

Bila deme maki hamun tu yang memang nampak betui-betui berat isu tu. Banyak lagi isu lain, tapi aku nak sebut 4 isu ini sebab 4 isu ini deme serang Umno gile babi punya sampai Umno tak dan nak tepis dan kalah teruk.

Isu 1, Minyak Mahal
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, " hari ni kita bentuk kerajaan, esok kita turun harga minyak, kita ada kuasa, kita boleh buat. Sape cakap tak boleh buat? negara kita kaya, negara kita pengeluar minyak, kita yang jual minyak kat orang". Bersorak la penonton sekali dengan aku.

Isu 2, Tol
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “kalau kita perintah kerajaan kita akan hapuskan tol atau kita akan kurangkan harga tol lebih separuh. Negara kita antara negara yang tol paling banyak.” Bertepuk tangan penonton sekali dengan aku.

Isu 3, Getah Murah.

Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, "kalau kita perintah, kita akan naikkan harga getah dan tetapkan harga getah. Getah sekarang murah sangat, 1kg getah tak boleh nak beli 1kg gula.” Besorak pakcik makcik kampung ni sekali dengan aku.

Isu 4, GST
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “rakyat dizalimi oleh Umno sampai anak baru beranak pun dah kena cukai GST. Bukan itu saja malah orang mati pun kena GST, itulah namanya cukai haramjadah yang di buat oleh kerajaan Umno haramjadah.”

"Jangan susah hati tuan-tuan dan puan-puan, pangkah Pakatan hari ni menang, esok tak dak dah GST". Gegak gempita satu kampung.

Bila dah memerintah dan berkuasa baru lah terhegeh-hegeh nak kaji. Minyak mahal sebab itu ini la. Toll tetap kutip macam biasa juga dan tak bolih hapus kerana macam2 hal kena semak. GST 0% ganti SST 16% . Dan macam2 kena semak dan tak bolih terburu buru. Tun M kata janji menifesto PH bukan kitab jadi tak tunai tak berdosa.

Anonymous

Wednesday, July 25, 2018

Alangkah Lucunya Negara ku...

Mansuh SOSMA buka ruang jenayah ekstremis terancang
KUALA LUMPUR – Provokasi perkauman dan jenayah ekstremis terancang akan bermaharajalela sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, SOSMA adalah satu akta yang adil dan mengikut undang-undang negara.­

“SOSMA hanya boleh menahan seseorang selama 28 hari sahaja sebelum dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan dan jika didapati tidak bersalah, tahanan boleh dilepaskan.

“Sebelum ini kita sudah mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kali ini SOSMA pula ingin dimansuhkan. Undang-undang lembut macam mana lagi yang kita mahu laksana­kan?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memansuhkan SOSMA yang dilihat tidak telus bagi memberi keadilan kepada semua rakyat.

Jelas Dr. Mahathir, rakyat berhak untuk dilindungi oleh undang-undang yang adil dan bukannya bersifat zalim kepada rakyat seperti dilaksanakan kerajaan terdahulu.

Menurut Musa, mereka yang ditahan di bawah SOSMA me­lakukan jenayah yang besar se­perti penyeludupan manusia dan aktiviti keganasan jenayah terancang.

“Sekarang ini semakin ramai­ anggota kumpulan militan Daesh ditangkap dan itu adalah ancaman serta disiasat di bawah SOSMA. Sebab itu kena ada undang-undang yang tegas demi keamanan negara,” jelasnya.

Ujar beliau, perlu ada sebab khusus mengapa akta itu hendak dimansuhkan kerana tahanan diberi peluang untuk dibicarakan di mahkamah dan perkara itu adalah adil buat mereka.

Menurut beliau, negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat juga memiliki undang-undang jauh lebih keras seperti Akta Patriot yang membolehkan seseorang itu ditahan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.-utusan malaysia


Mengapa tiada tindakan?
MUKADIMAH
Nama pertubuhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidaklah sehebat organisasi Daesh, ISIS atau Islamic State (IS).

Boleh dikatakan, pergerakannya agak kabur di negara ini. Disebabkan itu, ada yang menganggap kewujudan LTTE di sini sebagai tidak penting. Namun hakikatnya organisasi itu telah membunuh puluhan ribu insan tidak berdosa di Sri Lanka, khususnya orang Islam. Justeru, pergerakan LTTE ini tidak boleh dipandang ringan.

Wartawan Utusan Malaysia, SHARILFUDDIN SAARImendapatkan penjelasan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, antara individu yang menentang kumpulan itu.

Utusan: Mengapakah Datuk bersungguh-sungguh membantah perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)?
LTTE sama seperti organisasi pengganas yang lain. Kita boleh membacanya dalam banyak laporan di peringkat antarabangsa tentang keganasannya. Sebab itu, kita merasa susah hati kerana kewujudan aktivis mereka di negara ini.

Ada yang mengaitkan bahawa isu LTTE ditimbulkan, tidak lain untuk membalas bantahan pihak tertentu terhadap pendakwah bebas Dr. Zakir Naik. Apa komen Datuk?

Ini bukan soal Zakir Naik. Ini soal keselamatan negara. LTTE te­lah membunuh umat Islam de­ngan kejam. Kebencian LTTE terhadap umat Islam dibuktikan dengan serangan bom di masjid-masjid.

Apa komen Datuk terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dalam isu Dr. Zakir Naik.
Ramasamy pernah membantah kerajaan untuk mengekstradisi anggota LTTE ke Sri Lanka apabila ditahan di sini (pada 2014). Tetapi dalam soal Zakir Naik, beliau menyuruh pendakwah itu diekstradisi pula ke India. Ini menunjukkan sikap beliau yang memberi layanan berbeza. Malah saya dapat melihat sikap anti-Islam yang ada pada Ramasamy, mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam perjuangan LTTE.

Ramasamy iaitu individu yang dikaitkan dengan LTTE, telah menafikan pembabitannya. Apa komen Datuk?
Walaupun Ramasamy cuba menafikan pembabitannya, te­tapi bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan beliau adalah seorang aktivis LTTE. Ini termasuk gambar sembahan kepada senjata AK-47 (yang dikaitkan dengan ritual LTTE) dan ucapan-ucapan beliau dalam majlis-majlis LTTE yang dihadirinya. Ramasamy juga pernah membela anggota LTTE yang ditahan di negara ini selain menjemput anggota LTTE sebagai tetamu dalam majlisnya. Banyak lagi kenya­taan beliau yang tidak boleh dinafikan mempunyai hubung kait dengan LTTE dan perkara ini mestilah disiasat oleh pihak polis kerana berbahaya. Kita lihat ada individu yang hanya memiliki beberapa buah buku berkaitan ISIS telah dihukum (didakwa) kerana disabitkan dengan keganasan. Bagaimana pula individu seperti Ramasamy yang sehingga hari ini belum diambil tindakan (oleh pihak berkuasa) sedangkan pembabi­tannya (dengan LTTE) jauh le­bih jelas jika dibandingkan orang yang memiliki buku (Daesh).

Apa komen Datuk terhadap DAP yang sehingga hari ini masih membisu dalam isu ini?
Saya merasa dukacita dan hairan dalam hal ini kerana tiada pimpinan DAP yang bersuara. Saya tidak pasti adakah kerana mereka hendak menunggu siasatan polis atau bagaimana. Namun, sekurang-kurangnya saya berharap bahawa pemimpin DAP dapat meminta supaya polis menyiasatnya (pembabitan Ramasamy dengan LTTE). Saya juga meminta semua rakyat negara ini tanpa mengira agama, latar belakang dan parti politik supaya menggesa agar satu tindakan tegas dan siasatan mesti dilakukan terhadap Ramasamy. - utusan malaysia