Tuesday, June 8, 2021

Kapal China Didakwa Berlegar Di Beting Patinggi Ali

PETALING JAYA: Hanya selepas empat hari insiden 16 pesawat China memasuki ruang udara Malaysia, terbaru kapal pengawal pantai China pula didakwa dikesan berlegaran berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Beting Patinggi Ali adalah kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh China dan Malaysia

Menurut laporan The Borneo Post, kapal pengawal pantai itu didakwa memasuki perairan Malaysia pada 4 Jun, kira-kira 84 batu nautika (155km) dari perairan pantai Miri.

Perkara itu disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) dengan mereka menerima laporan berkaitan kapal pengawal pantai China memasuki perairan negara.

Pada 31 Mei, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan pasukan keselamatan itu mengesan penerbangan mencurigakan iaitu 16 pesawat Tentera Udara milik China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.

Kapal-kapal tersebut ialah milik People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF). – UTUSAN

No comments:

Post a Comment