nuffnang

Friday, April 3, 2020

Senjata Biologi Pra COVID-19 Dalam Sejarah Perang Dunia

Ejen biologi akibatkan kemudaratan pada populasi yang disasar
SENJATA biologi bukan perkara yang baru. Sejak ribuan tahun, ejen biologi telah digunakan sebagai senjata keganasan (bioterorisme) untuk mengakibatkan kemudaratan kepada populasi yang disasarkan. Selain daripada populasi manusia, haiwan dan juga tumbuhan turut menjadi sasaran bioterorisme.

Pada abad ke 14, bangsa Tatar telah menyerang bandar Kaffa yang kini terletak di Eropah Timur dengan meletupkan mayat askar mereka yang sudah dijangkiti wabak di bandar tersebut.

Semasa tahun 1754 sehingga 1767 dalam Perang Perancis-Indian, British telah menyebarkan wabak cacar ke atas puak-puak orang Asli Amerika. Pada 24 Jun 1763, selimut dan sapu tangan yang telah dijangkiti telah diedarkan kepada mereka untuk mengurangkan populasi orang Asli yang menentang British ketika itu.

Dalam Perang Dunia Pertama, Jerman pula telah menyebarkan jangkitan wabak kepada haiwan ternakan dengan mencemarkan makanan haiwan dengan B. anthracis (anthrax) dan Burkholderia mallei (glanders) untuk dieksport ke Rusia. Ejen biologi itu telah berjaya membunuh 4500 ekor lembu dan lebih daripada 200 ekor keldai.

Jepun pula telah menjalankan eksperimen bioterorisme di Manchuria dari tahun 1932 sehingga tahun 1945. Di sebuah fasiliti kajian di bandar Ping Fan, tahanan penjara telah dijangkiti dengan B. anthracis, Neisseria meningitidis, Shigella spp., B. mallei, Salmonella typhosa, Vibrio cholerae, Y. pestis, virus cacar v, dan agen penyebab penyakit lain. Di samping itu, di bandar, beberapa orang Cina telah dicemarkan sumber air dan makanan mereka dengan ejen peperangan biologi. Kutu yang telah dijangkiti turut dilepaskan daripada pesawat. Seramai 10 ribu mangsa telah terkorban dalam peperangan biologi tersebut.

Banduan di kem-kem tahanan Nazi pula telah dijangkiti secara paksa dengan Rickettsia prowazekii, rickettsia mooseri, virus hepatitis A, dan Plasmodium spp. Mereka turut dijadikan bahan uji kaji rawatan vaksin bagi wabak tersebut.

Bagi melawan kuasa Jerman, British juga menjalankan eksperimen bom dengan spora B. anthracis di Pulau Gruinard berhampiran pantai Scotland pada tahun 1941 dan 1942. Spora anthrax tersebut yang dapat bertahan selama 45 tahun selepas selepas Perang Dunia Kedua.

Amerika Syarikat turut melakukan eksperimen dengan virus yang sama dalam Korean War dan manusia telah dijadikan sebagai bahan uji kaji untuk melihat sejauh mana virus ini boleh tersebar menerusi udara.

Selain itu, terdapat lagi beberapa contoh ejen biologi yang digunakan untuk bioterorisme, seperti yang berlaku dalam krisis US-China-Korea Utara pada tahun 1952, genosid puak orang Asli di Brazil pada tahun 1969, Perang US-Vietnam pada tahun 1962 dan Perang Teluk di Iraq pada tahun 1991.

Malah virus Ebola turut dirancang untuk dijadikan sebagai senjata biologi pada tahun 1994, sebelum menjadi pendemik di benua Afrika pada tahun 2014, 20 tahun kemudiannya.

Oleh: Hanis Noor
Pegawai Penyelidik IRIS Institute

PKP....Nak Ke Macam Ni...!

Duterte ugut hantar pengingkar perintah berkurung ke kubur
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan pasukan keselamatan menembak sehingga mati individu yang menimbulkan “masalah” di kawasan perintah berkurung susulan penularan pandemik Covid-19.

Kira-kira separuh daripada 110 juta populasi di negara itu kini di bawah perintah berkurung – termasuk berjuta penduduk di kawasan miskin, yang menyebabkan ramai kehilangan kerja akibat kawalan pergerakan ketat.

Beberapa jam sebelum Duterte memberi arahan itu dalam ucapan pada lewat malam Rabu, hampir 24 orang dari kawasan miskin di Manila ditahan kerana mengadakan protes dengan mendakwa kerajaan gagal memberi bantuan makanan kepada golongan miskin.

“Arahan saya kepada polis dan tentera, juga pegawai kampung, jika timbul masalah atau situasi di mana rakyat melawan dan nyawa anda dalam bahaya, tembak mereka sampai mati.

“Daripada menimbulkan masalah, saya akan hantar anda ke kubur,” kata Duterte sambil menambah penularan virus itu semakin teruk lebih 2 minggu selepas perintah berkurung dikuatkuasakan sejak 15 Mac lalu.

Sebanyak 2,311 kes positif dan 96 kematian dicatatkan di Filipina setakat ini, tetapi jumlah kes jangkitan dijangka terus meningkat kerana negara itu hanya mula mempercepatkan ujian saringan.

Duterte, yang dilantik sebagai presiden selepas memenangi pilihan raya pada 2016, dikenali bermulut cabul dan perang terhadap dadah, disokong ramai rakyat Filipina.

Tetapi, pengkritik mendakwa perang dadah Duterte hanya menyasarkan golongan miskin, bukannya golongan kaya dan berkuasa, serta mengamalkan budaya hukuman.

Kenyataan terbaru presiden itu dikritik kumpulan hak asasi yang menggesa kerajaan menyediakan bantuan amat diperlukan rakyat, bukannya mengeluarkan ugutan.

“Ia amat membimbangkan Presiden Duterte memperluaskan dasar tembak hingga mati…kuasa tanpa disekat tidak patut dijadikan kaedah sebagai tindak balas terhadap kecemasan seperti pandemik Covid-19,” kata Amnesty International Filipina dalam satu kenyataan.

Pegawai kerajaan berkata, Duterte hanya menggunakan kiasan berlebihan untuk menyampaikan mesejnya.

Ketua Polis Negara, Archie Gamboa berkata, anggotanya tidak akan menembak mati pengacau.

“Mungkin presiden terlalu menekankan pelaksanaan undang-undang ketika krisis berlaku.”

Perintah berkurung di Manila menjejaskan 12 juta penduduknya dan menyebabkan kebanyakan aktiviti perniagaan, sosial dan agama dihentikan. - www.freemalaysiatoday.com

Monday, March 9, 2020

Melihat Hati-Budi DAP

Kurang santuni Melayu, DAP kena berubah
Mutakhir ini, negara kita sedang menghadapi krisis politik yang tidak pernah ditempuhi dalam sejarah Malaysia. Krisis ini tercetus kerana pergolakkan kuasa dan pengaruh antara dua buah parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PKR.

Krisis ini melibatkan beberapa personaliti — seorang yang susah melepaskan kuasa kepada bekas musuh ketatnya, seorang lagi mempunyai obsesi lebih 20 tahun dengan jawatan Perdana Menteri dan seorang lagi yang telah, atau seolah-olah dipaksa keluar oleh presiden partinya sehingga terdesak dan sanggup mencaturkan kerjasama dengan parti politik yang dahagakan kuasa berserta beberapa orang ahli politik yang tidak amanah dan bersih.

Namun begitu, mangsa yang dipersalahkan adalah DAP, (Umno/PAS/GPS tidak mahu bersama DAP dalam kerajaan, terdapat juga desas-desus bahawa PPBM tidak senang dengan keberadaan DAP) dan pada pendapat saya, semua ini disebabkan oleh kelemahan-kelemahan DAP yang begitu nyata sehinggakan sahabat berbangsa Melayu saya tidak sanggup untuk memberikan sokongan penuh kepada parti politik ini.

Kelemahan-kelemahan besar DAP adalah seperti berikut:

1. Parti Rasis, ‘Anti-Melayu’ dan ‘Anti-Islam’
Sering kali dakwaan ini dilemparkan oleh musuh politik DAP dan barangkali terdapat sedikit kebenaran disebalik omongan ini.
DAP adalah parti berbilang bangsa dan agama yang seringkali melaungkan konsep meritokrasi dan bangsa Malaysia, manakala majoriti penyokong parti di peringkat akar umbi, secara kebetulan, terdiri daripada rakyat berketurunan Cina dan India.

Sebagai parti yang tidak menggunakan acuan kaum (seperti Umno dan PPBM) atau agama (seperti PAS dan Amanah), DAP tidak mengenengahkan agenda Bumiputera, agenda Islam dan segala macam polisi yang hanya memberikan kelebihan kepada hanya satu agama atau bangsa sahaja.

Sebagai ahli dan penyokong DAP, saya memohon maaf kepada kesemua sahabat Melayu-Islam yang terasa dengan perkara sebegini.

Sememangnya DAP harus menerima hakikat demografi dan sejarah Malaya/Malaysia serta akur bahawa majoriti di Malaysia ialah Melayu-Islam dan perlembagaan Malaysia memberikan kedudukan istimewa kepada kaum Bumiputera.

DAP mesti memulakan proses merangka satu agenda Bumiputera dan Islam yang komprehensif yang seharusnya sudah lama dimuktamadkan.

Selama ini, DAP melepaskan tanggungjawab ini kepada parti komponen atau parti sekutunya dan saya merasakan bahawa ini adalah satu kegagalan tanggungjawab sebagai sebuah parti politik arus perdana di Malaysia.

Saya berharap pimpinan DAP mengambil pedoman dan memperbaiki diri serta mengambil kira keperluan ini agar kita juga dapat merangka sesuatu pendekatan yang lebih mesra kepada Melayu-Islam.

2. Parti ‘Anti-Raja’
Dakwaan ini berasaskan tingkah laku DAP dan beberapa pemimpinnya yang tidak menghormati tradisi dan budaya yang mengambil kira acuan Raja Berperlembagaan, Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu.
Kita pernah mendengar berita bagaimana wakil rakyat mengingkari titah Tuanku untuk berpakaian mengikut formality (bersongkok, bertudung) untuk majlis rasmi/persidangan dewan, menolak penerimaan pingat dan penghormatan daripada Sultan-sultan, tidak mendekati dan menghormati pihak istana dengan secukupnya (mengeluarkan kenyataan yang dilihat sebagai ingkar).

Sekali lagi, saya memohon maaf, sebagai ahli dan penyokong DAP, atas kekurangan ini. DAP mesti mengkaji semula pendekatan yang diambil apabila berhadapan dengan institusi raja yang disanjungi, yang dimuliakan dan sangat penting dalam pentadbiran Malaysia.

Saya merupakan seorang penyokong sistem raja berperlembagaan (di Malaysia, UK, Jepun). Ianya merupakan satu sistem kerajaan yang lebih baik berbanding dengan sistem republik (seperti mana yang diamalkan di Amerika Syarikat) di mana keadaan politik di sana boleh memecah-belahkan rakyat mengikut anutan politik sehinggakan perpaduan rakyat tidak diutamakan.

Raja-Raja Melayu bukan sahaja Raja kepada orang Melayu dan Islam, tetapi kepada semua rakyat Malaysia.

DAP mesti menjaga tingkah laku, berhenti menolak kurniaan darjah dan penghormatan (yang berpotensi dilihat sebagai satu penolakkan terhadap institusi raja), menghormati dan menghargai nasihat daripada institusi raja, dan mengambil inisiatif untuk mendekati dan menunjukkan taat setia mereka kepada Raja-Raja Melayu.

3. Parti yang angkuh dan cauvinis
DAP sangat berpandukan ideologi untuk satu negara berasaskan merit, bersih dan adil tanpa kompromi.
Dalam usaha untuk mencapai impian “Malaysia untuk Rakyat Malaysia”, DAP bertindak angkuh, sehingga mencerca dan merendahkan individu atau parti lain (sebagaimana cara seorang timbalan ketua menteri/speaker/ahli parlimen yang bercakap secara terbuka sehingga mengguris hati orang lain, seorang .enteri DAP mencerca kerajaan negeri Kelantan dan Sarawak berhubung isu kewangan negeri, walaupun mungkin benar dakwaannya) dan ini boleh dilihat sebagai perangai angkuh dan cauvinis.

Sikap sebegini bukanlah dilakukan oleh kesemua pemimpin dan ahli parti dan benarlah pepatah Melayu ada berkata, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Pemimpin DAP harus menerima hakikat bahawa tidak ada sesiapa pun yang mempunyai kata pemutus utama sehingga memaksa semua orang menerima segala kenyataan yang dikeluarkan.

Sekali lagi, saya meminta maaf kepada semua yang telah tersinggung dan terkilan dengan kenyataan dan perilaku beberapa pemimpin ini.

DAP mesti muhasabah ke atas apa yang telah berlaku dan mengubah tingkah laku serta mengamalkan pendekatan yang lebih mesra dan berhati-hati terhadap sensitiviti rakyat Malaysia.

4. Parti Cina
DAP dilihat terlalu fokus kepada kepentingan orang Cina dek kerana mahu kekal berkuasa dan struktur parti yang mempunyai penyokong Cina yang ramai (ada kalanya mengeluarkan kenyataan yang keras) sehinggakan masyarakat umum berasa parti ini seperti sebuah parti alternatif kepada MCA dalam pelbagai isu yang melibatkan rakyat berbangsa Cina (seperti isu khat, sekolah venakular) dan pendekatan ini dilihat bercanggah dengan prinsip ‘Malaysian Malaysia’.
Maka, sekali lagi, saya memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dan terasa hati dengan perjuangan DAP.

DAP mesti memperjuangkan hak semua kaum secara sama rata. DAP mesti lebih menyantuni masyarakat kampung khususnya orang Melayu seperti majlis perkahwinan, berkhatan, pengebumian jenazah, ibadah korban dan sebagainya.

Terdapat ramai ahli baru berketurunan Melayu Islam menyertai parti ini dan barangkali pimpinan atasan parti terlepas pandang keperluan untuk menjenamakan parti kepada sebuah parti yang lebih inklusif, meraikan kepelbagaian dan mengangkat suara pemimpin muda agar parti ini kekal relevan pada masa hadapan.

Selain itu, saya juga berharap pimpinan utama parti dapat mengamalkan nilai kesederhanaan, merendah diri, mesra dan lebih terbuka menerima kritikan tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.

Saya juga berharap rakan-rakan Melayu-Islam saya dapat bersabar dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada parti ini untuk mengkaji semula dan merubah pendekatan mereka agar parti ini lebih dihormati dan diterima oleh masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia.

Saya yakin, DAP dapat membuktikan dirinya sebagai sekutu yang setia dalam usaha mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Coretan ini adalah pandangan peribadi saya yang secara kebetulan memegang posisi kecil tetapi amat bermakna untuk saya ketengahkan pandangan ini demi maslahat parti kita.

Oleh: Chris Tay

Sunday, March 1, 2020

Hebatnya Dr Mahathir...

Dr Mahathir musnahkan Pakatan Harapan dan Anwar Ibrahim dalam satu pagi
1. Pagi tadi Pakatan Harapan membuat keputusan mengejut mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

2. Keputusan ini adalah jenaka gelap yang sukar difahami rakyat biasa. Segala krisis ini bermula kerana ada usaha menggantikan Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini mereka mahu mengangkat Dr Mahathir semula.

3. Apabila Bersatu dan kumpulan Azmin Ali keluar PH, Dr Mahathir meletak jawatan hingga menyebabkan seluruh kerajaan pentadbiran PH jatuh.

4. Maka Dr Mahathir dituduh oleh PH sebagai pengkhianat, mungkir janji dan tidak berprinsip.

5. Beberapa pihak mula mencaturkan kepimpinan negara yang baharu. Dr Mahathir pula mengambil sikap mahu menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Beliau dituduh sebagai diktator oleh pemimpin PH.

6. Oleh kerana tiada pemimpin utama mendapat sokongan majoriti dalam undi sulit Ahli Parlimen, YDP Agong memutuskan untuk berbincang secara berkumpulan.

7. YDP Agong dan Majlis Raja-Raja lebih cenderung ke aarh pembentukan kerajaan baharu berbanding mengadakan “snap election”.

8. PH mencadangan Anwar Ibrahim, manakala blok satu lagi mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketika Muhyiddin jelas mempunyai sokongan yang mencukupi, Pakatan Harapan membuat u-turn saat akhir mencadangkan semula Dr Mahathir sebagai calon PM.

9. Tidak ada satu logik pun untuk PH mengambil keputusan mencalonkan semula Dr Mahathir kecuali jalan terakhir untuk terus berkuasa.

10, Dengan mencalonkan orang yang dalam beberapa hari lalu mereka tuduh munafik, diktator dan mungkr janji, maka apa pun keputusan YDP Agong nanti adalah ‘tali gantung’ buat PH.

11. Rakyat melihat mereka sebagai parti politik yang tiada langsung prinsip pertanggungjawaban. Demi kuasa mereka sanggup mencalonkan semula orang yang menjadi punca krisis politik ini.

12. Matlamat Dr Mahathir mahu menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tetap berjaya walau siapa pun yang dipilih oleh YDP Agong sama ada PH mahu pun gabungan di bawah Muhyiddin.

13. Justeru apa sahaja keputusan YDP Agong nanti jelas PH dan Anwar Ibrahim telah dimatikan karisma politik mereka oleh Dr Mahathir.

14. Rakyat juga boleh melihat betapa pemimpin PH sanggup mengorbankan semua prinsip mereka hanya untuk kekal menjadi kerajaan.

15. Pagi ini Dr Mahathir telah memberitahu seluruh dunia bahawa DAP, PKR dan Amanah bukanlah parti yang ada maruah, prinsip dan harga diri seperti yang cuba mereka gambarkan selama ini.

Oleh: Ab Jalil Backer

Thursday, February 27, 2020

Pemimpin Melayu Ibarat Buih Di Lautan

Sebahagian besar hanya tahu melatah, pentingkan pangkat, kedudukan
BERKAMPUNG dua tiga hari di Kuala Lumpur dan mungkin lebih hanya untuk melatah tak tentu arah.

Rupa-rupanya tiada pemuafakatan antara pemimpin Melayu.

Apatah lagi pemikiran strategik politik untuk izzah bangsa, agama dan negara.

Mereka hilang pedoman dan panduan. Merancang tanpa perancangan.

Ramai yang mengaku kononnya berpengalaman luas dalam bidang politik.

Tahu sepak terajang politik, tetapi setara dengan jaguh kampung sahaja.

Bila berdepan dengan pergelutan politik mereka hanya melatah.

Melatah kerana sebahagian besar mereka pentingkan pangkat dan kedudukan.

Tiada pendirian yang jelas dalam perjuangan politik tanah air.

Ke hulu ke hilir, ke kiri ke kanan mengintai intai peluang pangkat dan kedudukan peribadi.

Jauh sama sekali untuk membela maruah bangsa dan agama.

Melatah kerana mereka tiada perancangan politik untuk survival bangsa, agama dan negara.

Boleh diibaratkan juga mereka masuk temasya persilatan tanpa ilmu persilatan.

Kalau mereka bersepakat dan mengutamakan kepentingan maruah bangsa dan agama rasanya tidak begitu sukar untuk menerajui kepimpinan negara.

Mereka masih majoriti dalam parlimen, tapi hanya ibarat buih dilautan yang luas.

Kepimpinan bangsa Melayu perlu kepada kepimpinan baru yang lebih berwibawa dan bermaruah.

Pergelutan politik terkini menggambarkan kepincangan kepimpinan bangsa Melayu.

Kepincangan akhlak dan maruah adalah faktor utama kepimpinan Melayu tidak dapat melahirkan kepimpinan yang berwibawa walaupun kewujudan organisasi mereka telah melebihi separuh abad.

Separuh abad berlalu tetapi tidak dapat melahirkan kader kepimpinan yang berwibawa.

Ini adalah petanda kegagalan mana-mana organisasi politik atau pun sosial.

Sudah tiba masanya bangsa Melayu perlu berubah dan berusaha untuk membina peradaban yang cemerlang.

Hal ini kerana kepimpinan yang cemerlang dan berwibawa tidak akan lahir dari bangsa yang tidak berakhlak dan tidak bermaruah.

Oleh :  Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir            

Tipu Rakyat, Tipu Tun, Beginikah Pemimpin Yang Kita Mahu Pilih?

Ini bukan 'seni politik', tetapi 'seni menipu'
BANGI – “Saya tidak kisah kalau mereka ‘gila’ sangat pada jawatan tetapi janganlah menipu dan menunjukkan sifat ‘munafik politik’. Di depan kata setuju pada Tun tetapi senyap-senyap jumpa Agong dan menamakan orang lain sebagai perdana menteri. Ini bukan ‘seni politik’, tetapi ‘seni menipu’.”

Demikian kata Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya susulan pengumuman bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri pilihan mereka, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan itu pada Isnin.

Haji Aminuddin menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai satu penipuan, bahkan turut melabelkan mereka yang pada awalnya menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir, namun kemudian berubah kepada Anwar sebagai ‘munafik politik’.

“Orang kata politik ini boleh berubah-ubah. Itu bahasa lembut atau bahasa ‘cover’ sahaja. Tetapi kalau dalam bahasa kasarnya orang akan panggil sebagai ‘munafik politik’.

“Baru semalam ‘puak-puak’ PKR mengumumkan mereka akan menyokong Tun Mahathir untuk jadi perdana menteri tetapi kenyataan mereka hari ini melalui Setiausaha Agung PKR bahawa Ahli-ahli Parlimen mereka menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri pula. Ini memang sukar untuk difahami oleh orang yang ada prinsip dan waras,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media berkata, berdasarkan keputusan Majlis Presiden PH semalam, mereka telah menetapkan bahawa calon Perdana Menteri PH adalah dirinya.

Bagaimanapun, ketika ditanya jumlah Ahli Parlimen yang menyokong PH setakat ini, Anwar berkata, perkara itu tidak sesuai dan tidak sopan untuk dibincangkan ketika ini.

Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) berkata, ini adalah satu penipuan yang nyata terhadap rakyat secara amnya dan kepada Tun Dr Mahathir secara khususnya.

“Apakah pemimpin dengan akhlak sebegini wajar diangkat untuk memimpin negara? Apakah kuasa adalah segala-galanya dan bukannya kepentingan rakyat yang sepatutnya harus diutamakan?,” soalnya.

Justeru, beliau secara tekad meminta setiap Ahli Parlimen telus dalam menyatakan pendirian masing-masing dan tidak melakukan penipuan kepada rakyat.

“Pada saat-saat kritikal ini, saya minta sungguh-sungguh agar semua Ahli-ahli Parlimen bercakap benar dan ikhlas serta tegas dalam pendirian. Janganlah kelirukan rakyat yang tidak bersalah ini. Kestabilan negara harus diutamakan, bukannya kepentingan individu. Bercakap benarlah dan jangan jadikan penipuan sebagai budaya dalam berpolitik.

“Rakyat kini menyerahkan sepenuhnya pada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan. Rakyat akan menjunjung titah serta mendoakan agar Allah memberikan taufik dan keberkatan kepada Tuanku dalam membuat keputusan. InsyaAllah. Semoga semuanya selesai dengan aman. Amin,” katanya. - www.ismaweb.net

Iktiraf UEC? Tak Boleh: Teo Kok Seong

Silibus UEC tidak selari dengan kehendak pendidikan negara
Kerajaan diminta untuk tidak mendengar sebarang tuntutan dari masyarakat Cina yang mahukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang sama sekali tidak pernah menyokong kehadiran UEC dalam sistem pendidikan negara.

“Saya tidak menyokong UEC diiktiraf dan kerajaan tidak boleh sesekali mengiktiraf UEC ini, justeru itu kerajaan jangan sesekali menerima tuntutan masyarakat Cina.

“Dua tuntutan lain juga tidak boleh diterima, di mana masyarakat Cina ingin menjadikan UEC sebagai syarat kemasukan ke IPTA (institusi pendidikan tinggi awam) dan kedua, kemasukan pekerjaan di sektor awam.

“Jadi, itulah dua tuntutan masyarakat Cina yang tidak pernah ada dalam sistem pendidikan kebangsaan kita,” katanya ketika di hubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah bersetuju untuk meneruskan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan untuk Sijil Peperiksaan Bersama UEC (PISMP-UEC).

Memetik laporan portal China Press, kelulusan dari Dr Mahathir itu disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Merujuk portal berbahasa Cina itu, Nie Ching dilaporkan berkata, PISMP-UEC adalah satu-satunya cara untuk lepasan sijil berkenaan masuk ke dalam sektor kerajaaan.

Namun katanya, KPM bukan sahaja meneruskan program ijazah perguruan untuk UEC, bahkan juga kepada lepasan persijilan agama, seperti Sijil Menengah Agama dan Sijil Menengah Ugama.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, UEC ditolak kerana tidak menggunakan bahasa Melayu dan silibus kokurikulum kebangsaan.

Katanya, pada tahun 1992, kerajaan pernah menawarkan UEC untuk masuk dalam sistem pendidikan negara, tetapi perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Mereka (pendidikan Cina) tidak mahu kerana mereka ingin terus gunakan bahasa Mandarin serta menjalankan kokurikulum mereka sendiri.

“Jadi tidak mengapa, tetapi mereka merupakan institusi pendidikan swasta.

“Sekarang mereka tuntut supaya UEC diiktiraf untuk masuk ke IPTA dan sektor pekerjaan awam, maknanya mereka nak iktiraf UEC sebagai institusi pendidikan kerajaan. Itu tak boleh,” katanya lagi. - www.ismaweb.net

Wednesday, February 26, 2020

Ketika Krisis Kepimpinan Negara Berlaku, Penyokong Pengganas Lepas Bebas...

Segera banteras LTTE!
BANGI, 2 Rejab 1441H, Rabu – Ideologi yang dibawa oleh kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) perlu disekat daripada terus menular dan hidup dengan subur di negara ini.

Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, ini kerana, budaya keganasan yang dibawa oleh kumpulan berkenaan tidak bersesuai dengan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Kita tidak mengamalkan konsep keganasan, disebabkan itulah semua konsep keganasan di negara kita akan ditolak serta-merta dan tidak diterima.

“Jadi, apa pun ideologi yang nak masuk termasuklah LTTE, kita memang tidak benarkan kerana ia berbentuk keganasan dan ia bukan budaya kita,” katanya ketika di hubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menghentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Bahkan katanya, keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang

Berhubung keputusan peguam negara mengugurkan kes LTTE, Shahul Hamid menegaskan bahawa tindakan sedemikian rupa tidak sewajarnya berlaku.

Sepatutnya, jelas beliau, peguam negara membiarkan mahkamah mengadili kes tersebut kerana siasatan, tangkapan dan tuduhan telah dibuat.

Katanya, ini kerana dibimbangi tindakan tersebut membuka ruang kepada masyarakat menganggotai kumpulan militan kelak kerana mengetahui perundangan negara tidak tegas.

“Memang peguam negara mempunyai kuasa untuk menarik balik kes tersebut tetapi bagi pandangan masyarakat, dunia serta pihak berkuasa menjadi resah dan timbul soalan apakah tindakan lanjut yang perlu diambil.

“Malah, Kementerian Dalam Negeri juga perlu memikirkan perkara tersebut kerana sebelum ini ada beberapa kes militan Daesh yang hanya simpan risalah sudah dikenakan 5 tahun penjara, sedangkan kes ini sudah berjalan kenapa perlu dibebaskan.

“Persoalan-persoalan seperti ini akan timbul oleh masyarakat dan ia akan menyebabkan masyarakat tidak yakin lagi dengan perundangan negara ini,” katanya - www.ismaweb.net
.................................................................................................................

LTTE: 8 lelaki termasuk ADUN Gadek dibebaskan
KUALA LUMPUR, 1 Rejab 1441H, Selasa – Lapan lelaki termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek G. Saminathan, menarik nafas lega selepas empat Mahkamah Tinggi berasingan di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka, daripada pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Collin Lawrence Sequerah serta Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan Datuk Aslam Zainuddin memerintahkan kesemua mereka dibebaskan, selepas dimaklumkan timbalan pendakwa raya bahawa Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap kesemua tertuduh, mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Selain Saminathan, 35, tujuh yang lain ialah juruteknik S. Arivainthan, 28; pengawal keselamatan, M. Pumugan, 30; ahli DAP, V. Suresh Kumar, 44; ketua pegawai eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, S. Chandru, 39; seorang guru, Sundram Renggan @ Rengasamy, 53; pengutip besi buruk, A. Kalaimughilan, 29 dan penghantar surat, S. Teeran, 39.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farhan Aliff Ahmad, Muhammad Asyraf Minhad, Mohd Izhanudin Alias dan Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli memohon prosiding kes itu dihentikan dan memberitahu bahawa tiada prospek untuk kesemua tertuduh dituduh semula.

Peguam Ramkarpal Singh dan Harshaan Zamani mewakili Saminathan, Arivainthan, dan Suresh Kumar; peguam Dr N. Ahilan mewakili Pumugan dan peguam A. Mathan bertindak bagi pihak Chandru, Sundram, Kalaimughilan dan Teeran memohon mahkamah melepas dan membebaskan kesemua anak guam mereka, bukannya dilepas tanpa dibebaskan.

Hakim Muhammad Jamil berkata memandangkan pihak pendakwaan tidak meneruskan prosiding terhadap kedua-dua tertuduh (Saminathan dan Arivainthan) dan tiada prospek untuk menuduh semula mereka, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada kesemua pertuduhan dihadapi.

Hakim-hakim lain juga membuat keputusan sama.

Kesemua mereka didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, menggunakan aplikasi media sosial Facebook dan Youtube di bawah nama iaitu ‘Gsami Nanthan Siva’, ‘Ariventhan Subramaniam’, ‘Pumugan Tamilan’, ‘Rocketsuresh Dap’, ‘Chandru Suparmaniam’,’Elilan Elilan’, ‘Kalai Mugilan’, dan ‘Tamil Kannamah’.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8(M) Counter Terrorism, Cawangan Bukit Aman, di sini, antara 5 Oktober dan 11 Oktober 2019.

Empat daripada mereka iaitu Saminathan, Arivainthan, Chandru dan Kalaimughilan turut didakwa bagi pertuduhan memberi sokongan dalam satu majlis berkaitan LTTE di beberapa negeri antaranya Melaka, Perak dan Kuala Lumpur pada 2014 dan 2018.

Bagi pertuduhan memberi sokongan di laman sosial dan majlis, mereka didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Saminathan, Pumugan, Chandru, Sundram, Kalaimughilan dan Teeran masing-masing turut didakwa memiliki item berkaitan kumpulan pengganas itu di beberapa lokasi termasuk di Rawang, Selangor; Kompleks Seri Negeri, Melaka dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang antara 10 dan 12 Oktober 2019.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Ahli keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah. – Bernama
.................................................................................................................

LTTE; ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren dibebaskan
KUALA LUMPUR, 30 Jamadilakhir 1441H, Isnin – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suffian Jaafar memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pendakwa raya supaya tidak meneruskan prosiding terhadap Gunasekaren, 61.

Satu kes Gunasekaren didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil dan satu lagi di hadapan Hakim Mohd Nazlan.

Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Gunasekaren memberitahu mahkamah bahawa berikutan pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap anak guamnya, beliau memohon supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Gunasekaren didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama ‘DAP Guna Palanisamy’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, di sini, pada 2 petang, 7 Oktober 2019.

Dia juga dituduh memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka di antara 8.30 malam dengan 10.50 malam, pada 28 November 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.- Bernama

Monday, February 24, 2020

‘Permintaan Tak Munasabah’ Umno Gagalkan Penubuhan Gabungan Baru?

PETALING JAYA: Pengumuman gabungan baru terdiri daripada ahli Parlimen Umno dan PAS yang dinanti-nantikan semalam tidak berlaku kerana pemimpin Pakatan Harapan merasakan ia permintaan “keterlaluan” Umno, FMT mendapat tahu daripada satu sumber yang mengikuti mesyuarat tertutup antara pemimpin politik sejak semalam.

“Mereka (pemimpin Umno) meminta terlalu banyak, jadi rundingan itu dihentikan sementara. Oleh itu tiada pengumuman,” katanya kepada FMT ketika spekulasi berhubung cubaan PPBM dan pemimpin bersekutu dengan Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan puak dalam Pakatan Harapan yang mahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.

Difahamkan, pemimpin Umno antara lain mahu Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan juga Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik ke jawatan tertinggi dalam gabungan baru yang dirancang itu.

“Permintaan mereka segera ditolak.”

Sumber itu turut mendakwa Umno mencadangkan bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dimasukkan dalam Kabinet baru.

“Dr Mahathir Mohamad sedar Tok Mat disukai semua kaum dan lebih diplomatik, tetapi tidak boleh melantiknya kerana beliau tidak memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu.”

Sumber itu berkata, kebimbangan terhadap masa depan kerajaan negeri pimpinan PH turut dibincangkan.

“Ia adalah ‘status quo’ untuk semua negeri, walaupun jika gabungan baru ditubuhkan, kecuali untuk Selangor dan Pulau Pinang, yang akan jatuh ke tangan pembangkang jika tiada ahli PH mencukupi menyertai gabungan baru itu.”

Sebarang gabungan baru mungkin melihat penyatuan parti berasaskan Melayu seperti PPBM, Umno dan PAS, dengan beberapa ahli PKR yang bersekutu kepada Azmin.

Sumber itu berkata, perbincangan masih “diteruskan” berhubung “barisan baru” dengan 124 ahli Parlimen sudah menyuarakan sokongan mereka untuk penubuhan gabungan baru.

“Sekurang-kurangnya 10 ahli Parlimen dari Amanah dan DAP kekal neutral.”

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menubuhkan gabungan baru terdiri daripada Umno dan PAS.

Langkah itu mungkin menyingkirkan DAP dari Putrajaya dan menghalang rancangan peralihan kuasa yang dijanjikan untuk Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir.

Hari ini, Anwar ditemani isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin PH, Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu, menemui Mahathir di kediamannya di Seri Kembangan.

Ia difahamkan Pejabat Perdana Menteri sudah membatalkan semua mesyuarat rasmi Mahathir.

Perkembangan terbaru itu menyusul sidang media pada tengah malam Jumaat yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan beliau masih berkuasa dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi beliau mahu.

Sumber sama memberitahu FMT, “ketegangan mendalam” berlaku ketika mesyuarat lewat malam itu yang sepatutnya menetapkan tarikh pengunduran Mahathir.

“Dalam mesyuarat itu, ada di kalangan mereka yang terlalu mendesak Mahathir. Tetapi, Mahathir berkeras beliau akan melepaskan jawatan selepas mesyuarat APEC,” katanya merujuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang akan diadakan di Kuala Lumpur November nanti.

“Anwar kata ‘okey’ tetapi sesetengah pemimpin dari Amanah ‘mendesak’ Mahathir.”

Sumber itu berkata, beberapa pemimpin PH mencadangkan Anwar dilantik sebagai timbalan perdana menteri, atau sekurang-kurangnya menyertai Kabinet.

“Tetapi, tiada menteri yang hadir dalam mesyuarat itu menawarkan kerusi mereka.

“Ya, ada yang tidak sabar dan hanya terus mendesak Anwar menjadi perdana menteri seterusnya.” - www.freemalaysiatoday.com

Friday, February 21, 2020

Alahai Tabung Haji.....

‘Jika Mujahid tak mampu kendali TH, sila kemas barang’
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan segera untuk membuat siasatan dan kajian secara terperinci mengenai permasalahan yang didakwa sedang melanda Tabung Haji (TH).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, laporan mengenai empat rangkaian hotel kepunyaan 9.4 juta pendeposit Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) dijual, amat mengejutkan.

Walaupun TH tampil membuat penjelasan bahawa hotel-hotel berkenaan tidak dijual, ia hanya dipindah milik dan diteruskan di bawah pengurusan baharu – UJ Property Management Sdn Bhd -, hakikatnya ia sudah tidak lagi menjadi milik TH.

“Persoalan utama di sini ialah TH kini telah pun melepaskan pemilikan ke atas 4 rangkaian hotel tersebut yang kini dijenamakan semula kepada Hotel Raia.

“Ia bukan lagi menjadi milik Tabung Haji. Ia sudah menjadi milik orang lain. Ini suatu bukti kegagalan PH pertahankan aset milik orang Islam melalui TH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lebih malang lagi, katanya, apabila Tabung Haji tidak lagi boleh mengaut sebarang hasil keuntungan dari operasi aset-aset tersebut.

“Soalnya, mengapa pula ada pihak lain yang mampu menguruskan operasi tersebut? Apakah pihak tersebut tidak mementingkan keuntungan?

“Apa salahnya dengan jenama Tabung Haji atau TH itu? Apakah memang wujud semacam agenda terancang untuk mengikis dan melemahkan identiti orang Melayu Islam di negara ini?,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sepucuk surat bertarikh 17 Februari 2020 daripada TH Hotel & Residences Sdn Bhd (THHR) mengenai penutupan operasi empat rangkaian hotel TH.

Bagaimanapun, TH dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) dalam kenyataan bersama berkata, operasi yang telah dipindahmilik kepada UJ akan diteruskan di bawah UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) iaitu anak syarikat milikan penuh pengurusan baharu itu.

Hotel yang terbabit ialah TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Bayan Lepas, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu dan akan kekal sebagai hotel patuh syariah dengan nama baharu iaitu Hotel Raia mulai 1 April ini.

Kesal dengan perkara itu, Shamsul Anuar berkata, TH sangat dekat dengan orang Islam, maka rakyat mahukan kenyataan meyakinkan dari Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sebagai menteri yang bertanggungjawab.

“Dan jika tidak mampu mengendalikan TH dengan cekap, beliau boleh mengemas barang peribadinya di Jabatan Perdana Menteri.

“Apa yang jelas pimpinan Kerajaan PH, gagal memikul amanah menjaga dan memelihara aset serta harta umat Islam.

“Inilah akibatnya apabila meletakkan mereka yang bukan ahli di tempat sepenting ini,” katanya.
TH Hotel akan pupus, jadi nota sejarah: Najib
Datuk Seri Najib Razak mempersoal alasan kerajaan Pakatan Harapan kononnya pindah milik operasi empat hotel Tabung Haji kepada pihak ketiga disebabkan tidak mendatangkan hasil.

“PH kata hotel-hotel Tabung Haji dijual kerana rugi dan tidak memberi pulangan. Tetapi semakan dari rekod SSM mendapati semua hotel-hotel itu merekodkan keuntungan pada masa BN.

“Cuma untuk tahun 2018 selepas PH ambil alih, syarikat utama TH Hotel & Residence Sdn Bhd mengalami kerugian RM5 juta akibat Hotel TH Kuching telah siap tetapi tidak dibenarkan untuk bermula operasi.

“Pada tahun 2017, syarikat TH Hotel mengumumkan keuntungan sebanyak RM103 juta – mungkin kerana bangunan-bangunan TH Hotel dinilai semula setelah 10 tahun,” katanya di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengurusan TH perlu mencari cara lain untuk melaburkan wangnya bagi mendapat keuntungan.

“Sesetengah hartanah itu tidak berguna, tidak mendatangkan hasil. Ada cara lain untuk melaburkan wang bagi mendapatkan keuntungan,” katanya.

Sebelum ini, Pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif THHR, Zulkefli Ahmad berkata, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan satu keputusan yang tidak dapat dielakkan.

Ini memandangkan operasi dan pengurusan hotel-hotel yang terlibat tersebut telah dan akan diambil alih oleh, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), dan bangunan hotel-hotel yang terlibat juga telah dipindah milik kepada UJSB.

Mengulas perkara itu, Najib yang kini masih berdepan dengan pertuduhan di mahkamah membayangkan jenama ‘TH Hotel’ akan pupus dan menjadi nota sejarah.

“Nak tanya PH, mana kerugian teruk TH Hotel sehingga semua hotel mereka terpaksa dijual?,” soalnya.
Hotel TH: Kerajaan runtuhkan aset strategik umat Islam
Tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) memindah milik operasi empat hotel kepada pihak ketiga seolah-olah meruntuhkan empayar perniagaan dan pemilikan aset strategik umat Islam.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, sepatutnya pengurusan tertinggi TH mengemukakan pelan menyelamat, pengukuhan dan membuat keuntungan bersifat jangka panjang, termasuk meningkatkan kecekapan organisasi secara menyeluruh.

Katanya, tindakan menjual, memindah milik bukan penyelesaian yang bijak, kerana banyak pertimbangan penting perlu dibuat bagi kepentingan TH dan para pendeposit.

“Cara mengurus kewangan dan perakaunan kerajaan PH nampak sangat mudah, jika rugi jual dan serahkan kepada kerajaan melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV).

“Kes ini hendak disamakan seperti Dana Harta untuk selamatkan bank daripada ‘loan’ yang gagal. Tapi Tabung Haji tak sama dengan cara operasi bank, kerana ia melibatkan kepentingan strategik aset umat Islam,” katanya.

Kelmarin, tular surat ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR), Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Februari berkaitan penutupan hotel TH.

Dalam surat itu dinyatakan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi serta perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.

Surat itu menyebut, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ).

Selepas surat tular itu dikritik banyak pihak, TH semalam menjelaskan bahawa operasi empat buah hotel di bawah THHR yang dipindah milik kepada UJ, akan diteruskan seperti biasa di bawah pengurusan baharu dan tiada pekerja yang akan diberhentikan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan TH memindah milik operasi empat hotel miliknya kepada pihak ketiga disebabkan ia tidak mendatang hasil.

“Sesetengah hartanah itu tidak berguna, tidak mendatangkan hasil. Ada cara lain untuk melaburkan wang bagi mendapatkan keuntungan,” katanya. - www.ismaweb.net

Thursday, February 20, 2020

Bangunan Strategik TH Kekal Untuk Bumiputera Atau Dikaut Orang Lain?

Rakyat nak tahu kenapa TH tutup 4 rangkaian hotel
Apakah sebenarnya sebab Lembaga Tabung Haji (TH) bertindak menamatkan operasi dan perkhidmatan hospitaliti empat rangkaian hotel, yang sentiasa menjadi pilihan orang Islam untuk menginap, soal Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian mengulas surat ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR), Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Februari.

Dalam surat itu dinyatakan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi serta perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.

Surat itu menyebut, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut adalah keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB)

Terkilan dengan penutupan rangkaian hotel berkenaan, Haji Aminuddin dalam satu kenyataan berkata, ramai pihak menuntut penjelasan apakah mungkin tindakan itu adalah sebahagian daripada rasionalisasi bagi mengurangkan bebanan hutang Tabung Haji.

“Apa pun, kita tunggu sahaja siapakah yang akan membeli bangunan-bangunan ini, di mana lokasi-lokasinya sungguh strategik. Adakah akan kekal di tangan bumiputera atau akan dikaut oleh ‘orang’ lain?

“Apakah pemberhentian operasi hotel ini satu langkah yang strategik atau ada sebab-sebab lain? Kita tidak pasti dan kita mahu tahu.

“Sebagai seorang yang biasa menginap di hotel-hotel milik Tabung Haji ini, memang saya sangat terkilan kerana hotel ini memang selesa dengan harga yang sederhana. Sudah pasti saya akan merinduinya,” katanya. - www.ismaweb.net

Tuesday, February 18, 2020

Nasib Tabung Haji Bawah Kerajaan PH

Dalam satu ciapan Twitter semalam saya menyarankan supaya ditutup sahaja Tabung Haji jika ia sangat menyusahkan kerajaan PH.

Sejak mengambil alih pentadbiran, Mujahid selaku menteri bertanggungjawab kepada TH telah membuat tiga kesilapan besar.


Pertama, memindahkan aset TH sebanyak RM19.9 bilion kepada syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) milik Kementerian Kewangan (buat masa sekarang).

Sebagai balasan TH hanya diberi penerbitan sukuk tujuh tahun bernilai RM10 bilion dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.9 bilion.

TH hanya akan menerima bayaran setelah tempoh matang bon. Malangnya tiada kepastian TH akan mendapat bayaran seperti yang dijanjikan. Ini kerana kedua-dua bon tersebut tidak dijamin kerajaan.

TH bukan sahaja tidak lagi mendapat apa-apa keuntungan semasa yang dijana dari aset-aset yang dipindah milik itu, malah kemungkinan tidak dapat jumlah RM19.9 bilion yang dicatat dalam akaun mereka.

Andainya UJSB rugi atau menjual aset tersebut lebih rendah dari harga yang dibeli, maka TH akan mengalami kerugian pada masa depan.

Kedua, Mujahid telah beberapa kali menyatakan orang yang menyimpan di Tabung Haji jangan mengharap Hibah kerana ia bukan fungsi TH.

Maka kandungan tujuan penubuhan TH pun diubah dan disunting untuk sebaran media. Mereka mendawa tujuan asal TH mengikut Kertas Kerja Prosefor Ungku Aziz yang berjudul Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-Bakal Haji sebagai “untuk menyediakan suatu tabungan terpelihara daripada unsur riba bagi umat Islam menunaikan fardu haji.”

Ini merupakan manipulasi sejarah yang sangat memalukan kerana kertas kerja penubuhan tersebut bukan sekadar membincangkan unsur bebas riba dalam tabungan, tetapi juga bagaimana untuk menjana keuntungan dari simpanan pendeposit agar dapat membantu mereka mengerjakan haji.

Memang hibah dari pelaburan TH bukan satu kewajipan namun antara tujuan penubuhan TH ialah membantu orang Islam menunaikan haji melalui keuntungan simpanan mereka.

Mengapa dengki sangat dengan sistem TH yang telah berjaya membantu jutaan orang Islam negara ini mengerjakan haji?

Ketiga Mujahid juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan haji hanya untuk mereka yang mampu. Jadi jangan berharap kepada subsidi. Konsep ISTITO’AH (kemampuan menunaikan haji) diulang-ulang Mujahid untuk menghalalkan usaha TH menghapuskan subsidi untuk jemaah haji.

Usaha menghapuskan subsidi haji tahun ini terencat dan ‘dibatalkan’ sebelum sempat diumumkan. Namun pada tahun hadapan sudah ada perancangan (dilaporkan oleh The Edge minggu lalu) untuk mengehadkan subsidi haji kepada jemaah haji B40 sahaja.

Bukankah kenyataan Mujahid ini sangat berbelit? Beliau mengutarakan konsep haji kepada yang mempu sahaja, namun akan memberi pula subsidi kepada golongan B40?

TH telah berjalan dengan sangat baik. Mereka yang telah mengerjakan haji pun masih menyimpan dalam TH kerana tahu sebahagian keuntungan simpanan mereka akan digunakan oleh TH bagi membantu jemaah haji lain.

Ini pun sudah ada cadangan dari seorang pemimpin PH untuk mengehadkan simpanan TH kepada sekitar jumlah mencukupi menunaikan haji sahaja.

Kenapa dengki sangat dengan kejayaan TH selama ini sehingga hendak diubah-ubah ke arah melemahkannya?

Jelas dalam sebuah kerajaan dominasi DAP dan aliran pemikiran Islam yang ‘rare’ ini TH sudah tidak boleh memainkan peranan sebagai agensi untuk membantu lebih ramai orang Islam mengerjakan haji.

Maka peranan-peranan lain TH seperti dana pelaburan umat Islam juga akan berkubur tidak lama lagi.

Moga ada sinar di hujung terowong buat umat Islam.

Maka dalam pemikiran saya apa sahaja jalan perlembagaan yang boleh menjatuhkan kerajaan ini harus kita sokong!

Apakah Lembaga Tabung Haji Tenat....

Tutup operasi 4 hotel, Najib persoal apakah TH tenat
PETALING JAYA: Najib Razak mempersoalkan apakah hotel yang mempunyai kaitan dengan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika ini berada dalam tenat hingga bertindak menamatkan operasi dan perkhidmatan 4 rangkaiannya.

“TH hendak linkup ke apa? Hotel-hotel TH terpaksa tutup selepas dipindah ke syarikat milik Kementerian kewangan,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan ringkas di Facebook, hari ini.

Najib berkata demikian selepas memuat naik satu surat ditandatangani pemangku pengarah urusan Kumpulan dan ketua pegawai eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Feb.

Dalam surat berkenaan dinyatakan 4 buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan berkuatkuasa 1 Apr depan.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan surat berkenaan.

Dinyatakan, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

“Bangunan hotel-hotel yang terlibat juga sudah dipindah milik daripada Lembaga Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd di bawah Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji,” katanya.

Menurut surat itu lagi, skim penamatan pekerjaan (SSS) melibatkan anggota yang sudah dikenal pasti sebagai berlebihan akan dilaksanakan di THHR dan 4 rangkaian hotel TH.

“Pengurusan Kumpulan THHR akan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan penamatan operasi dan perkhidmatan di hotel-hotel tersebut dari semasa ke semasa.

“Bagi pihak pengurusan kumpulan THHR, kami ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada semua anggota yang terlibat atas dedikasi, komitmen dan kegigihan dalam tempoh perkhidmatan,” kata surat berkenaan.

Sebelum ini, pemimpin parti politik dalam Muafakat Nasional menyuarakan kebimbangan mengenai penjualan aset hartanah milik TH bernilai RM10 bilion kepada syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Ia berkata, antara aset tersebut termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel TH seluruh Malaysia yang selama ini banyak memberi sumbangan kepada perolehannya.

Berikutan itu, setiusaha agung Umno, Annuar Musa dan setiausaha agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan bersama mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua dakwaan salah laku, penyelewengan dan skandal dalam TH seperti dijanjikan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. - www.freemalaysiatoday.com

Monday, February 17, 2020

Bersatulah Melayu Demi Anak Cucu, Jika Bukan Pun Untuk Kamu

Kita berada di pihak rugi, ultra kiasu terus bermaharajalela
KEBELAKANGAN ini, ada beberapa insiden melibatkan penjawat awam dan penguatkuasa, ketika menjalankan tugasnya, berlaku pergaduhan, dihalau oleh ultra kiasu dan berbagai lagi.

Selang beberapa hari, perkara tersebut dikatakan selesai. Berbaik semula. Ramai tertanya-tanya, apakah bentuk jalan penyelesaian melalui pintu belakangnya.

Saya menjadi hairan kenapa begitu cepat berbaik semula, sedangkan terang-terang ultra kiasu melanggar undang-undang..

Sebelum ini, kerap kali dibangkitkan raja dadah yang ditangkap. Masih belum ada hukuman. Dibicarakan. Tidak mustahil boleh terlepas.

Sedangkan selama ini, raja dadah tersebut terlepas dan menjadi kaya raya. Sedangkan yang menjadi penagih dadah adalah orang Melayu.

Pendek kata, pergi ke mana, Melayu menjadi mangsa. Ultra kiasu semakin bermaharajalela. Sehingga pihak kerajaan terpaksa mengalah.

Insiden yang menimpa saudara Allahyarham Adib, usahlah diceritakan. Sehingga kini, masih tidak ada pembelaan untuk Allahyarham.

Kuil yang sepatutnya berpindah ke tapak telah disediakan, tetap beroperasi dengan megah, semakin aktif, ceria, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Berbeza sekali dengan tahanan ultra kiasu yang mati dalam lokap. Desakan demi desakan dibuat terhadap kerajaan agar pembelaan dibuat terhadap tahanan yang mati dalam lokap, sedangkan mereka yang nak dibela itu adalah penjenayah tegar.

Dalam kata lain, penjenayah dibela. Mereka yang menegakkan keadilan dan keselamatan, dibiarkan ‘mati sia-sia’.

Begitu juga dengan isu jawi, akhirnya, jawi tinggal jawi. Tidak ada satu sekolah Cina yang mengajar jawi di SJKC.

Dalam maksud, kerajaan terus didesak dan diasak. Akhirnya, kerajaan terpaksa mengalah. Dasar yang sepatutnya dilaksanakan tidak dapat dilaksanakan.

Apa sudah jadi dengan negara, seolah-olah tidak diperintah oleh kerajaan yang sebenar, tetapi oleh ultra kiasu yang tidak pernah setia kepada negara.

Saya dapat rangkumkan di sini, banyak lagi isu yang berlegar, langsung tidak berpihak kepada Melayu dan Islam. Kita tetap berada di pihak yang rugi. Ultra kiasu terus bermaharajalela.

Sedarlah…...

Bangunlah, kita tidak punya banyak masa. Buatlah sesuatu demi anak cucu, jika bukan pun untuk kamu. Setakat ini kita mungkin dirasakan masih boleh bertahan. Anak cucu bagaimana?

Dasar demi dasar diubah yang berpihak kepada Islam, tidak dapat dilaksanakan kerana terus menerus ditentang. Yang sudah sedia ada pun sukar untuk dilaksanakan.

Begitu juga dengan undi percaya yang ingin dibawa oleh PAS di Parlimen tidak lama lagi. Logiknya, sukar untuk menjadi kenyataan, bila ultra kiasu Islam dan bukan Islam bersatu menolaknya.

Umat Islam tidak bersatu dalam menghadapi bahayanya ultra kiasu. Sanggup bersekongkol demi untuk berkuasa.

Jika kuasa yang diperolehi nanti, boleh menjamin kedudukan Melayu dan Islam, tidak mengapa juga.

Tetapi melihat kepada tanda-tanda yang ada, terlalu sukar untuk melihat Islam dan Melayu itu mengakar.

Ultra kiasu dilihat terlalu kuat. Lebih-lebih lagi jika ada Melayu ultra kiasu bersama mereka. Lebih pelik lagi Melayu ultra kiasu di Kelantan turut bersama.

Justeru, apa yang perlu dibuat. Suka atau tidak, ikhlas atau tidak, mahu atau tidak, Muafakat Nasional mesti disokong sepenuhnya sebagai satu cara untuk menyekat kemaraan ultra kiasu.

Saya tidak perlu terangkan cara-caranya.

Jika negara-negara Arab tidak lagi boleh dicontohi, maka ambillah ibrah daripada sejarah Islam. Sirah dan ibrah yang telah ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Ketegasan berhadapan dengan musuh-musuh Islam.

Tidak perlulah saya mengajar dalam soal ini kerana semua telah memahami. Jika saya nukilkan seperti mengajar itik berenang.

Jika tidak pun dapat memandang ibrah yang berlaku, pandanglah bagaimana negara lain menguruskan negaranya. Jangan pergi jauh. Lihat negara China.

Jika ada anasir-anasir yang boleh mengganggu-gugat negaranya, tindakan tegas akan dikenakan meskipun nyawa warganya menjadi gadaian. Apakah kita semua sudah lupa dengan tragedi hitam dataran Tiananmen 1989.

Tindakan tegas terhadap pelajar yang mahu menentang sistem komunis, berapa banyak nyawa melayang. Tidak perlu saya nukilkan di sini, lebih lanjut, kerana semua telah memahaminya.

Terbaharu, isu coronavirus atau Covid-19. Pemimpin China bertegas, tutup pintu daripada menerima bantuan negara luar, termasuk WHO. Kenapa? Kerana ini adalah maruah sebuah bangsa besar.

China tidak mahu mengemis kepada orang lain. China akan selesaikan masalah mereka sendiri meskipun nyawa menjadi gadaian.

Daripada satu segi, kita mungkin berkata, zalim pemimpin mereka. Namun, jika dikaji secara mendalam, inilah soal ketegasan dalam menguruskan sebuah negara dan sebuah bangsa. Saya puji China dalam hal ini. Tidak mahu menjadi pengemis.

Kita bagaimana? Terus mengemis…

Hari ini agama dan bangsa, sudah dilenyek, dipijak, maruah entah di mana. Masih ada sebahagian mengatakan, tidak ada apa-apa.

Kita sanggup menikam sesama saudara, demi untuk mengekalkan kuasa bersama ultra kiasu. Kita sanggup bersekongkol dengan ultra kiasu yang begitu jelas agenda untuk merosakkan Islam dan anak bangsa.

Dadah terus bermaharajalela. Anak bangsa menjadi penagih tidak kira usia. Remaja sudah tidak tentu hala.

Kita biarkan sahaja, hanya kerana takut hilang kuasa.

Bayangkan selepas ini undi 18 tahun berkuat kuasa. Apakah kita setanding dengan anak-anak ultra kiasu 18 tahun yang sentiasa bersedia?

Maaf cakap, anak muda kita belum nampak yang nyata, berbanding anak muda ultra kiasu yang sentiasa tahu apa yang dicita.

Anak-anak kita terus tenggelam dalam dunia glamour. Cukuplah setakat ini saya bertinta. Bertemu lagi di lain masa, dalam menegak agama tercinta.

Oleh : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Thursday, February 13, 2020

Apabila Tidak Menyukai Warisan Negara....

Papan tanda jawi: Peniaga di Kuantan cabar kerajaan negeri, majlis perbandaran
KUALA LUMPUR: Tiga ahli perniagaan memfailkan satu permohonan semakan kehakiman terhadap Majlis Perbandaran Kuantan dan kerajaan negeri Pahang bagi membatalkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda di kedai mereka.

Jehan Abdulla, Phang Long Yen dan A Dana Palan mahu Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan mesyuarat exco negeri pada 1 Mac 2018 untuk mengangkat penggunaan tulisan jawi.

Mereka juga mahu pihak berkuasa tempatan menarik balik arahannya pada 3 Apr 2019 kepada semua premis perniagaan yang tertakluk di bawah bidang kuasanya supaya mempamerkan tulisan jawi.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan (LGA) 1976 adalah bertentangan dengan klausa kesaksamaan di bawah Perkara 8 perlembagaan persekutuan.

Peruntukan itu menyebut bahawa semua lesen atau permit yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada syarat dan larangan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa alasan.

Tiga peniaga itu juga memohon perintah penggantungan keputusan kerajaan negeri sementara menunggu keputusan prosedur semakan kehakiman.

Permohonan itu yang dilihat oleh FMT difailkan oleh Tetuan Gunaseelan & Associates semalam. Pemohon perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum mahkamah mendengar merit aduan mereka.

Dana Palan, yang memfailkan satu afidavit bagi menyokong permohonan itu berkata, majlis perbandaran mengeluarkan satu pekeliling bertarikh 1 Ogos tahun lepas yang menyebut bahawa tindakan undang-undang akan diambil ke atas premis perniagaan yang enggan mematuhi arahan tersebut.

Beliau berkata, susulan itu satu garis panduan penggunaan tulisan jawi telah dikeluarkan dan mula berkuat kuasa pada 1 Jan tahun ini.

Katanya, pada 14 Jan, Phang menerima satu saman kerana enggan mempamerkan papan tanda tulisan jawi di premis perniagaannya.

Katanya, beliau diberitahu oleh peguam bahawa oleh sebab pihak berkuasa tempatan tidak mewartakan arahan bertarikh 3 Apr 2019 itu, maka keputusan kerajaan negeri tidak boleh dikuatkuasakan.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan majlis perbandaran menguatkuasakan penggunaan jawi di bawah Seksyen 9 LGA.

Menurut peruntukan berkenaan, kerajaan negeri boleh memberi arahan umum kepada majlis tempatan di bawah bidang kuasanya dan tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan LGA.

“Keputusan kerajaan negeri tidak rasional kerana hanya beberapa orang dalam lokaliti itu yang boleh membaca dan memahami tulisan jawi,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri tidak boleh memaksakan penggunaan tulisan jawi kerana ia bercanggah dengan Perkara 152 perlembagaan persekutuan dan Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan.

Pada 31 Dis, pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Abd Rahim Muda berkata, pihak yang tidak mematuhi arahan itu boleh didenda RM250.

Katanya, lesen perniagaan peniaga yang engkar juga boleh ditarik jika mereka enggan mematuhi arahan berkenaan.

Kerajaan Pahang memaklumkan bahawa semua premis perniagaan dan tanda jalan di negeri itu perlu menggunakan tulisan jawi dengan saiz yang sama besar dengan abjad rumi. - www.freemalaysiatoday.com

Monday, February 10, 2020

Apa Pilihan Melayu Ada Selain BERSATU Sekat ‘Rakus’ Ultra Kiasu

Lihat sejarah Palestin, Fiji mereka tidak lagi memerintah tapi diperintah
SAYA semakin pelik dengan politik Melayu sesama saudara apabila ‘menyerang’ antara satu sama lain, seolah-olah ikatan persaudaraan itu sudah putus.

Lebih malang lagi, saman bernilai lebih RM200,000, yang sudah disediakan cek pun tidak boleh tunggu. Walhal dahulu mereka berdua satu kem. Bila pecah jer, tak boleh tolak ansur sedikit pun. Gaduh sokmo. Itulah politik. Politik politik Melayu memisahkan, bukan menyatu.

Sedangkan tuntutan bersatu itu, sudah sampai tahap wajib. Tetapi Melayu terus memilih untuk berpecah dan saling menyerang, dengan serangan-serangan yang tidak mengenal saudara-mara. Politik sebegini sangat tidak sihat.

Apa pilihan yang Melayu ada hari ini melainkan bersatu, menyelamatkan negara ini daripada kerakusan ultra kiasu yang begitu ghairah.

Sampai bila-bila Melayu (umat Islam), yang mempunyai kurang daripada 60 peratus, tidak akan memerintah negara ini berpaksikan Perlembagaan, jika tidak bersatu. Itulah yang boleh saya nokhtahkan di sini.

Justeru, apa salahnya jika, UMNO atau PAS berbincang dengan Perdana Menteri, Tun M (jika adalah perbincangan itu), demi kesejahteraan dan keselamatan umat Islam pada masa akan datang.

Nak harapkan PKR, kerusi Parlimen mereka lebih ramai orang bukan Islam dari orang Islam. Nak harapkan Amanah, terlalu sukar untuk memperkatakan. Jadi, nak harapkan siapa lagi?

Apakah kita boleh menjamin kesejahteraan dan keselamatan Melayu jika terus berpecah seperti ini? Apakah pilihan yang kita ada?

Sekali lagi saya ulang, dalam konteks politik negara kita, sebenarnya kita sudah tidak pilihan, melainkan pemimpin perlu bijak mengatur strategi atau membuat percaturan politik. Jika tidak, ultra kiasu akan semakin berleluasa.

Umat Islam tetap akan rugi jika ultra berkuasa, walaupun ultra kiasu tidak menjadi perdana menteri. Pergerakan ultra kiasu dalam kerajaan begitu berstrategi dan aktif sekali. Kita hanya mampu melihat.

Kita perlu memandang ke hadapannya. Malaysia bukan seperti Brunei dan Indonesia, yang mana majoriti umat Islam mereka besar. Brunei 70 peratus, manakala Indonesia lebih 85 peratus.

Kita ada berapa peratus? Katakanlah 60 peratus. Persoalannya, berapa peratus yang menjadi? Berapa ramai yang boleh pakai atau yang berkualiti?

Pergi ke penjara, pusat pemulihan dadah, dan banyak lagi pusat, tidak termasuk gejala sosial, siapa yang paling ramai. Saya nak katakan, kita tidak mempunyai kekuatan. Ekonomi pun lemah, berbanding ultra kiasu yang sudah terlalu kaya-raya, termasuk raja dadah ultra kiasu.

Mungkin ada yang akan berhujah, apa yang kita takutkan, raja kita Melayu, PM kita Melayu, Islam dan Melayu terjamin dalam Perlembagaan dan berbagai hujah untuk menyedapkan hati.

Apakah kita sudah lupa sejarah? Jangan pergi terlalu jauh melihat sejarah antarabangsa. Lihat dahulu sejarah alam Melayu, bagaimana bumi bertuah alam Melayu ini bertukar wajah.

Lihat apa yang berlaku Melayu Patani, kerajaan Patani dahulu yang kuat, sudah lenyap tinggal nama.

Begitu juga Melayu Champa di Vietnam. Kerajaan Champa yang dahulunya begitu hebat pun tinggal nama.

Jangan lupa tanah Melayu yang bernama Temasik atau Singapura. Apa sudah jadi dengan Singapura? Milik Melayukah lagi?

Begitu juga dengan umat Islam Rohingya di Myanmar, yang dahulunya di kenali sebagai kerajaan Arakan atau Rakhine. Apa sudah jadi semua itu? Hari ini Rohingya tinggal nama dikerjakan sami Buddha dan junta Myanmar.

Jangan terlepas pandang, Bangsa Moro, Mindanao, Filipina. Kesultanan Mindanao yang begitu hebat melebar hingga ke Sabah, pun tinggal nama. Apa pilihan yang umat Islam ada di sana? Bukankah bumi mereka sudah bertukar? Masih buta?

Bukankah semua kawasan (negara) umat Islam ini sudah bertukar tangan kepada bukan Islam (musuh Islam).

Jadi, apakah jaminan jika rajanya Islam, perdana menterinya Islam, Islam dan Melayu termaktub dalam Perlembagaan dan lain-lain perkara yang menyedapkan hati, tidak boleh menjadikan bumi ini bertukar tangan? Bukti sejarah semua telah ada.

Belajarlah juga daripada sejarah antarabangsa. Apa yang telah terjadi kepada Palestin? Begitu juga dengan Fiji dan lain-lain. Mereka tidak lagi memerintah, tetapi diperintah. Lihat apabila umat Islam diperintah, apa terjadi?

Lihat juga nasib umat Islam seramai 173 juta di India daripada 1.4 bilion penduduk India. Apa terjadi kepada nasib umat Islam di India apabila tidak memerintah di India. Hak untuk makan lembu pun dinafikan. Dibunuh dan dianiaya. Kashmir pun diambil alih. Ini belum bercakap hak-hak umat Islam di India yang lain.

Justeru, saya memohon kepada seluruh umat Islam, saudara semua sudah tidak ada pilihan, melainkan mencari jalan bersatu.

PAS, UMNO, Bersatu sedang menyusun langkah. Sokonglah ke arah itu. Jangan jadi sokong membawa rebah seperti yang dilakukan oleh seorang dua dalam UMNO, yang mahukan Najib terus menerajui UMNO.

Terus terang, zaman UMNO di bawah era Najib dan Rosmah sudah berakhir. Lagipun mereka berdua sedang dibicarakan. Hadapilah masa hadapan.

Dalam demokrasi, kuasa rakyat (ahli parti UMNO) telah diwakilkan wakil rakyat (pemimpin parti UMNO). Biarlah mereka yang membuat keputusan yang terbaik. Jika betul keputusannya, alhamdulillah. Jika tidak menjadi, jadikanlah teladan. Apa yang penting, Islam dan bangsa majoriti terjamin.

Sama ada ikut pintu belakang atau pintu depan, itu sudah tidak menjadi isu lagi. Kerakusan ultra kiasu mesti dihentikan. Jika ikut pintu belakang, boleh menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara, teruskan jalan belakang itu.

Tidak ada guna ikut jalan depan, jika dengan jalan depan itu terlalu banyak onak duri yang perlu dihadapi sehingga membantutkan proses menyekat kerakusan ultra kiasu.

Ultra kiasu menggunakan segala cara untuk berkuasa, termasuk mendapatkan dana dari raja dadah. Matlamat menghalalkan cara. Ini lagi haram walaupun tidak ikut jalan belakang. Raja dadah tersebut masih berada dalam kerajaan mereka.

Apa lagi perniagaan yang paling menguntungkan? Dadah adalah salah satunya.

Teramat malang, ultra kiasu menjadi pengedar dadah, yang menjadi penagih adalah anak Melayu. Melayu dikhayalkan dengan dadah bagi membolehkan mereka terus berkuasa. Raja dadah masih belum tertangkap disebabkan ultra kiasu terlalu berkuasa.

Sebab itu, jangan kita berbalah lagi soal pintu. Ultra kiasu dengan pintu pintu mereka sudah ambil. Amat malang lagi kita masih bercakap nak ikut pintu depan atau belakang. Pilih salah satu pintu yang terbaik mengikut lunas demokrasi, pastikan ada strategi untuk melepasi pintu tersebut.

Selamat menggunakan pintu belakang. Moga beroleh kejayaan.

Oleh : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Sunday, February 9, 2020

‘Sekali DAP Cengkam Kuasa, Mati Hidup Balik Mereka Takkan Lepas’

DAP tak gentar dengan Tun, ugut keluar kerajaan jika tak ikut kehendak
Walaupun parti cauvinis, DAP belum menguasai majoriti kerusi di Parlimen, tetapi dengan penjenamaan semula, strategi dan wajah baru, mereka sudah pun berkuasa, kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad.

Beliau berkata, parti rasis itu amat yakin bahawa cengkaman kuasa yang sudah mereka miliki, kini memang tak akan terlepas.

Dek kerana itu juga, sebarang keputusan dan tindakan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika ini juga tidak digentari, katanya.

“Andaian saya ialah DAP tidak gentar pilihan apa sekalipun yang Tun M akan buat. Itu sebabnya ada di kalangan pemimpin mereka berani menjolok sarang tebuan, mengugut untuk keluar dari kerajaan jika kehendak mereka diingkari.

“Percayalah, sekali DAP sudah mencengkam kuasa, mati balik hidup pun tak akan dilepaskannya.

“Mereka amat yakin, Melayu masih pendek akal. Selagi Melayu kekal pendek akal selagi itulah kuasa politik akan kekal dicengkam erat olehnya,” katanya dalam satu rencana, hari ini.

Beliau berkata, DAP mempergunakan pola pemikiran orang Melayu yang amat mudah dipengaruhi dengan persepsi, kebencian dan kesempitan kehidupan.

“Cerita rasuah, terutamanya yang terpalit dengan 1MDB akan terus berlegar membina kebencian melampau orang Melayu terhadap semua pemimpin Melayu, ibarat seekor kerbau mmembawa lumpur, semua dipalitnya.

“Agenda kebencian ini giat mereka bina di kalangan pengundi Melayu untuk menolak pemimpin Melayu, kononnya mereka itu pentingkan diri, duduk asyik berlaga sesama sendiri bermain catur siapa bakal PM kelapan, lantas tidak mempedulikan nasib rakyat yang kian sengsara dek ekonomi yang semakin lembap,” katanya.

Bukan itu sahaja, dalam arena ekonomi pula, katanya, tatkala semua institiusi politik Melayu sibuk dengan percaturan PM kelapan, baik di blok kerajaan mahupun blok pembangkang, mereka tiada masa untuk mengambil peduli kerosakan yang sengaja dilakukan ke atas begitu banyak institusi ekonomi kepentingan orang Melayu.

“Banyak tangan-tangan kotor yang merosakkan institusi ini, termasuk di kalangan tangan-tangan orang Melayu sendiri. Tiada seorang pun pemimpin Melayu ambil peduli.

“Cukup licik cara mereka nak memiskinkan Melayu. Bila institusi-institusi ekonomi yang begitu banyak dibina runtuh satu per satu dan yang masih hidup ditukarkan kiblatnya dari melaksanakan tiga teras DEB (pengwujudan peluang pekerjaan, pengwujudan peluang bisnes dan pengwujudan peluang pemilikan ekuiti), menjadi agensi untuk buat keuntungan kepada kerajaan, maka Melayu akan mengemis ikhsan dari DAP.

“Nak mendapatkan pekerjaan, kenalah ikut terma dan syarat mereka, maka kelulusan UEC misalnya, akan menjadi keutamaan.

“…itu semua mampu kerajaan PH lakukan selagi DAP berkuasa. DAP dah ada formulanya, asalkan orang Melayu dapat dikekalkan untuk pendek akal,” katanya. - www.ismaweb.net

Saturday, February 8, 2020

Jangan Biarkan Melayu Hancur Sebab Dadah

Cari pengedar hingga ke lubang cacing, kenakan hukuman berat
TANGKAPAN demi tangkapan berkaitan dadah sejak dahulu hingga kini makin menjadi-jadi.

Rata-rata pengedar tegarnya adalah dalam kalangan ultra kiasu, manakala, penggunanya adalah orang Melayu (orang Islam).

Melayu mana ada duit begitu banyak untuk memulakan perniagaan dadah.

Apakah sangkaan saya selama ini benar? Wujudkah perancangan ultra kiasu untuk merosakkan Melayu melalui dadah atau candu? Perkara ini perlu difikirkan secara serius.

Semua tahu bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara, juga dunia. Perangi dadah habis-habisan itulah slogan kita.

Perniagaan dadah adalah antara perniagaan yang paling menguntungkan kerana mudah didapati selain ianya adalah bahan ketagih yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Terbaharu, negara dikejutkan dengan pemegang saham keempat terbesar dalam anak syarikat berkaitan air, di negeri ultra kiasu, antara yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyeludup dadah terbesar bernilai RM2.4 bilion.

Ultra kiasu ini juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang sangat rapat dengan kerajaan negeri ultra kiasu.

Ini yang baharu ditangkap, bagaimana dengan urusan sebelum ini yang tidak ditangkap? Sudah tentu mereka sudah menjadi kaya-raya dengan perniagaan haram dadah.

Tidak mustahil ultra kiasu ini jugalah yang menjadi funder untuk merosakkan anak-anak muda Melayu agar terus lalai.

Siapakah ultra kiasu ini yang sangat kaya, dengan nilai rampasan dan sitaan harta bernilai RM366 juta oleh pihak polis, malah mendapat tempat dalam kerajaan negeri ultra kiasu?

Jangan lupa sejarah, cuba ambil iktibar Perang Candu di China. Bagaimana orang Cina dilalaikan oleh British dengan candu, sehingga meruntuhkan negara? Nasib baik kerajaan China cepat sedar.

Sejarah membuktikan, negara kuasa besar ini kalah dalam peperangan, apabila British bertindak mencandukan China.

Akhirnya, sebahagian orang Cina ketagihan candu. Candu telah melemahkan China sehingga British berjaya menguasai negara kuasa besar ini.

Perang Candu, turut dikenali sebagai Perang Anglo-China, tercetus akibat pertelingkahan perdagangan dan diplomatik yang tercetus antara China (Dinasti Qing) dengan Empayar British, yang mempunyai hubung-kait dengan penyeludupan candu.

Perang Candu Pertama adalah bermula pada tahun 1839 sehingga 1842, diikuti Perang Candu Kedua yang bermula pada tahun 1856 sehingga 1860, menunjukkan betapa kerajaan China begitu bersungguh-sungguh memerangi dadah yang dibawa masuk oleh Britain.

Kekalahan China pada kedua-dua peperangan itu menyebabkan kerajaan China terpaksa menandatangani Perjanjian Nanjing dan Perjanjian Tianjin, yang lebih memihak kepada British.

Orang China menganggap perjanjian ini satu penghinaan. Sentimen ini telah menyebabkan Pemberontakan Taiping (1850-1864), Pemberontakan Boxer (1899-1901) dan kejatuhan Dinasti Qing pada tahun 1912. Akibatnya, berakhirlah pemerintah berada berdinasti China.

Apakah iktibar cerita sejarah ini boleh digunakan dalam konteks untuk merosakkan Melayu di negara kita? Ini perlu difikirkan secara serius.

Menurut Mahyudin dan Azizah (2011), punca penagihan dadah bermula dengan penagihan candu dalam kalangan buruh Cina ketika mereka migrasi secara aktif ke Tanah Melayu pada tahun 1910.

Akibatnya, aktiviti menjual dan menghisap candu menjadi aktif. Menyedari bahayanya candu ini, selepas Perang Dunia Kedua, penjajah British terpaksa mengawal kemasukan dan penjualan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya diwujudkan pada tahun 1952.

Statistik menunjukkan, penagih dadah yang paling ramai adalah dalam kalangan orang Melayu selaku penduduk majoriti di negara ini adalah lebih 80 peratus.

Rata-rata pusat pemulihan yang saya pergi, boleh dikatakan 90 peratus adalah orang Islam (Melayu).

Kita mohon supaya pihak keselamatan dapat menyiasat sehingga ke akar umbi perkara ini. Siapakah pengedar terbesar yang menjadi kaya-raya?

Jangan biarkan Melayu musnah di negaranya sendiri akibat tangan-tangan jahat ultra kiasu.

Segala bentuk rasuah dan sogokan untuk menjadikan penguatkuasa diam, mesti diambil tindakan.

Jika Melayu terus menerima rasuah disogok oleh ultra kiasu untuk menutup jenayahnya, tunggulah kehancuran Melayu dan negaranya.

Saya bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk nyah jenayah atau dekriminalisasi kepada mereka yang menagih dadah.

Tetapi, pengedar mesti disiasat hingga ke lubang cacing. Jika didapati bersalah, mesti dihukum dengan seberat-beratnya.

Namun, kelonggaran untuk memiliki dan menggunakan dadah dengan kuantiti kecil untuk kegunaan peribadi dan boleh dibawa ke sana ke mari, hendaklah difikirkan semasak-masaknya, kerana yang akan menjadi mangsa bukan orang lain, tetapi anak-anak Melayu.

Oleh : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Ayob Khan Pernah Lantang Sanggah Parti Rasis DAP

Sudah berbulan berlalu, apa kesudahan cerita dua ADUN DAP yang ditahan?
Pelantikan Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang pada asalnya berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, kepada Ketua Polis Johor menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, Ayob Khan sudah berkhidmat di Cawangan Khas Bukit Aman untuk tempoh masa panjang dan perlu bertugas di luar untuk pengalaman baharu.

“Ayob Khan sudah terlalu lama, kalau saya biarkan dia lagi di cawangan khas sebulan dua lagi, orang akan panggil Ayob Khan pengganas pula, sebab itu memang kerja dia,” katanya.

Menyingkap pelantikan itu, Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad mengingatkan kembali masyarakat bahawa Ayob Khan adalah individu yang pernah menyanggah parti rasis dan cauvinis dominan dalam kerajaan hari ini – DAP.

“Ketika kehangatan PRK Tg Piai November lalu, DCP Dato Ayob Khan ini mencekup 12 orang termasuk dua ADUN DAP, dan seorang Ahli DAP yang disyaki terlibat dengan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), sebuah kumpulan pengganas paling kejam di dunia.

“Sudah berbulan berlalu, apa kesudahan cerita dua ADUN yang ditahan? Mengapa kes melibatkan profail berkait individu parti kerajaan kelihatan begitu lembab sekali berjalan?

“Peguam Negara, Tommy Thomas sedang makan gaji buta atau ada rencana yang disengaja?,” dakwanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hazwan menegaskan, keadilan itu bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga hendaklah dilihat sebagai sudah dilaksanakan.

“Semoga Allah melindungi tanah air tercinta ini dari segala perancangan jahat. Amin,” katanya.

Tahun lalu, Ayob Khan pernah menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang ditahan selepas ini berkaitan siasatan isu kumpulan pemberontak LTTE.

“Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya,” katanya Oktober lalu.

Malah, beliau juga tidak pasti daripada mana Guan Eng mendapat maklumat itu sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak pasti bagaimana input yang beliau dapat iaitu yang mengatakan polis tidak akan menjalankan siasatan dan tangkapan. Itu saya tidak pasti.

“Namun, yang pastinya bukan daripada saya. Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang isu atau kenyataan yang mengatakan kita akan memberhentikan siasatan. Tidak. Mungkin ada pihak lain saya tidak pasti,” katanya lagi. - www.ismaweb.net

Wednesday, February 5, 2020

Melayu Curiga Pentadbiran Dr Mahathir, DAP Lebih Dominan

ICERD, Statut ROM, TH dan isu lain telah lukakan hati orang Islam
Negara akan berdepan laluan sukar untuk beberapa tahun akan datang, selagi mana tiada perubahan drastik atau mandat baharu seperti yang diharapkan rakyat, kata Presiden Angkatan Karyawan Nasional (Akar), Ab Jalil Backer.

Beliau berkata, walaupun kita sudah dalam milenia baru, orang Melayu mempunyai beberapa sensitiviti yang masih berakar teguh dalam diri mereka termasuk menolak sikap sombong, bongkak, menindas pihak yang lemah dan menghina lawan secara keterlaluan.

Katanya, orang Melayu makin hilang kepercayaan apabila pelantikan jawatan utama dan strategik seperti menteri kewangan, menteri komunikasi, peguam negara dan ketua hakim negara yang sebelum ini dikuasai oleh muslim diberi kepada DAP dan bukan Islam.

“Orang Islam mula curiga mengenai pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Mereka melihat DAP telah menjadi parti dominan dalam kerajaan.

“Beberapa naratif kerajaan kemudiannya termasuk isu ICERD, Statut ROM, Tabung Haji dan hal-hal berkaitan Islam dan Melayu telah melukakan hati orang Islam,” katanya menulis di kolumnis Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Jalil mendakwa, kemenangan parti pemerintah hari ini tidak didukung oleh masyarakat Bumiputera dan penganut Islam yang merupakan kelompok terbesar rakyat negara ini.

Dakwanya, perkara ini dapat dibuktikan pada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu yang menunjukkan, hanya sekitar 25 hingga 30 peratus pengundi Melayu dan muslim menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Pada awal pembentukan kerajaan baharu, orang Islam bersikap tunggu dan lihat kerana mereka percaya pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri akan menjaga kepentingan agenda Islam dan Melayu ini.

“Malangnya Dr Mahathir bermula dengan cara yang salah apabila menyerang dan menghentam dua parti terbesar orang Islam iaitu UMNO dan PAS. Tindakan mengaibkan bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Razak secara keterlaluan turut membuatkan majoriti orang Melayu berjauh hati dengan kerajaan.

“Dr Mahathir mungkin berharap dengan kecaman dan penghinaan yang dibuat akan menyebabkan orang Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Namun strategi kasar beliau tidak berjaya,” katanya.

Pada hemat beliau, kerajaan tidak lagi menikmati sokongan 30 peratus Melayu yang mengundi mereka dalam PRU14.

Dakwanya, jumlah itu susut dengan banyak berikutan rentetan pelbagai isu yang menunjukkan kerajaan gagal mempertahankan etos Islam dan Melayu dalam pentadbiran negara ini.

“Etos Islam dan Melayu dalam kerajaan ini penting kerana ia merupakan tonggak ketamadunan Tanah Melayu sejak lebih seribu tahun lalu.

“Ia juga merupakan asas pembentukan negara ini yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia. Namun lebih penting masyarakat Islam dan Melayu mewakili hampir 70 peratus penduduk negara ini. Sukar untuk mana-mana parti berdiri teguh tanpa sokongan kuat kelompok ini,” katanya. - www.ismaweb.net