Persoalan perdebatan syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) giat diperkatakan sejak kebelakangan ini dari segi kebersamaan bersama kerajaan dalam menangkis penularan Covid-19 seperti dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Komitmen dan sumbangan GLC dan GLIC dipersoalkan dalam pandemik ini. Sepatutnya mereka perlu memberikan sumbangan lebih besar dalam membantu negara bagi mengharungi cabaran ekonomi ketika ini.
Kerajaan memerlukan sokongan yang lebih besar walaupun tidak dinafikan mereka memberikan sumbangan. Hanya beberapa pemimpin GLC dan GLIC kelihatan turun padang membantu rakyat marhaen ketika pandemik Covid-19.
Kebersamaan adalah satu spektrum luas yang harus kita fikirkan bersama tanpa mengabaikan mana-mana pihak. Ini termasuk komitmen dan tanggungjawab sosial semua pihak yang sepatutnya tidak harus terlepas pandang dalam usaha murni ini untuk berjuang keluar dari satu fenomena yang mengongkong global. Bukan setakat pengorbanan penjawat awam dengan potongan imbuhan sebagai satu solidariti cerminan terhadap perjuangan para petugas barisan hadapan yang tanpa henti membendung dan melindungi orang ramai daripada jangkitan Covid-19. Ini juga termasuk pemotongan gaji tiga bulan menteri dan timbalan menteri. Tidak ketinggalan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama turun padang memberikan sumbangan kebajikan prihatin kepada golongan yang terjejas pendapatan.
Kita tidak mahu dalam keadaan pandemik ini, GLC dan GLIC terlepas pandang atau bukan setakat bantuan secara program sekali beri berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mana tidak relevan lagi dalam keadaan ini kerana pandemik telah berpanjangan hampir dua tahun.
Berdasarkan kajian akademik yang dilaksanakan terhadap komitmen GLC dan GLIC terhadap pandemik Covid-19, Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara GLC yang agak proaktif. Sebelum ini, TNB sudah pun aktif dalam aktiviti-aktiviti CSR atau program berunsurkan kelestarian sebelum pandemik berlaku merangkumi sosioekonomi, pendidikan dan persekitaran. TNB yang kita lihat agak sinonim dengan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Yayasan Tenaga Nasional, sekolah angkat PINTAR-TNB, Ceria Ke Sekolah, My Brigther Future untuk anak-anak keluarga B40 dan banyak program berkaitan dengan persekitaran seperti penanaman pokok.
TNB adalah salah satu contoh yang harus diteladani oleh GLC dan GLIC lain dalam fasa kritikal ini. Walaupun kita melihat TNB lebih berorientasikan syarikat tenaga, namun tahap keterlibatan mereka dengan rakyat setempat tidak kira dalam mana-mana program kemasyarakatan amat dikagumi kerana ‘sentuhan peribadi.’
KOMITMEN
Persoalan penambahan peruntukan oleh GLC untuk program-program berkaitan kebajikan rakyat ketika pandemik ini juga perlu dilihat secara serius. Terlalu kurang sangat melihat GLC dan GLIC tampil ke hadapan untuk mana-mana program berkaitan kebajikan rakyat.
Berdasarkan pemantauan terhadap GLC dan GLIC berhubung komitmen mereka terhadap sokongan dan bantuan rakyat ketika pandemik ini, TNB telah menambahkan peruntukan sehingga RM45 juta pada tahun ini merangkumi segi sosial, ekonomi, pendidikan dan kepada NGO.
Menurut Pengurus Kanan Perhubungan Korporat TNB, Wan Hairul Razli, nilai RM45 juta bantuan kewangan itu juga diagihkan kepada Kementerian Kesihatan sebagai bantuan menguruskan pandemik Covid-19. Daripada jumlah tersebut, hampir RM15 juta diperuntukkan kepada NGO untuk membantu mereka dari segi kewangan bagi menguruskan program-program berbentuk kebajikan.
Pemimpin GLC dan GLIC kena buat perubahan minda kerana berlaku tekanan kepada ekonomi dan rakyat berada dalam kesusahan. GLC dan GLIC juga perlu bantu untuk menghidupkan semula ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan sebagainya.
Persoalan kedua, soal sejauh manakah aspek ‘pendekatan mesra’ oleh pemimpin GLC dan GLIC yang lain tampil ke hadapan untuk berganding bahu dengan syarikat-syarikat GLC yang sudah pun berkecimpung dalam tanggungjawab sosial seperti TNB? Sejauh manakah tahap keterbukaan mereka untuk mengadakan kerjasama ini dan mempunyai satu agenda, iaitu memberikan perkhidmatan kepada rakyat daripada memikirkan soal kompetitif sesama mereka dalam keadaan krisis ni? Di sinilah letaknya tanggungjawab GLC dan GLIC untuk menutup jurang perbezaan dalam kalangan sektor-sektor berkaitan ekonomi, sosial, pendidikan dan kebajikan.
Pada masa sama, wakil rakyat dan NGO serta masyarakat setempat perlu memberikan penghargaan kepada GLC dan GLIC dengan cara mempermudahkan urusan-urusan turun padang bagi membantu rakyat miskin dan keluarga B40 untuk mendapatkan bantuan masing-masing. Kita tidak mahu agenda politik diutamakan di sini dan lebih kepada langkah membantu golongan sasaran seperti bantuan pembaikan rumah.
Maka, trend CSR dalam kalangan GLC dan GLIC sewaktu krisis pandemik perlu diuar-uarkan secara besar-besaran. Kalau dilihat prestasi CSR secara keseluruhan di negara ini hanya mencapai 50 peratus, namun hanya digerakan oleh syarikat-syarikat terkemuka. Bidang CSR harus diperluaskan dan digandakan lagi. Untuk itu, perubahan mentaliti pemimpin-pemimpin GLC dan GLIC amat penting di sini kerana mereka tidak boleh meletakkan diri mereka sebagai satu entiti berasingan dari dunia luar dengan hanya memfokuskan pada perkhidmatan dan produk.
Oleh: Profesor Madya Dr. Sara Chinnasamy

No comments:
Post a Comment