Demikian kata satu kempen yang dilancarkan di media sosial baru-baru ini yang menyeru orang ramai untuk menghantar isyarat secara terbuka jika memerlukan sebarang bantuan, terutamanya dari segi barang keperluan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang,” katanya.
Kempen ini mendapat sambutan meluas daripada warganet yang rata-rata menawarkan sokongan dari segi moral dan bantuan keperluan kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.
“Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera,” kata seorang pengguna Twitter, Hafizol Hakami.
Seorang lagi pengguna Twitter, Akmal Masduki menyeru agar mereka yang memerlukan bantuan mengibarkan bendera putih supaya jiran mendapat maklum tentang keadaan mereka.
“Sangat berdosa jika kita tidak bertanya khabar dan kesejahteraan jiran. Ini kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu,” katanya.
Sementara itu, bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, turut berkongsi di Facebook mengenai pemberian bantuan kepada individu yang mengibarkan bendera putih di kawasan Dewan Undangan Negerinya, Kota Iskandar.
“Sebaik dapat berita ada penduduk Kota Iskandar yang mengibarkan bendera putih, ketua cawangan Amanah Taman Pulai Indah Azam Mekhtar segera ke rumah, menghulurkan bantuan kewangan.
“Saya segera mengarahkan pegawai pusat khidmat DUN Kota Iskandar, Ustaz Muhammad Syafiq pergi ke rumahnya dan menyampaikan bakul makanan dan tunai.
“Mudah-mudahan keluarga (penerima) dapat mengharungi masa-masa yang getir ini dengan kesabaran,” katanya.
PKP 3.0 atau “total lockdown” mula berkuat kuasa pada 1 Jun selama dua minggu dan kini dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun.
Ahad lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP 3.0 akan diteruskan sehingga jangkitan harian di bawah 4,000 kes. - freemalaysiatoday

No comments:
Post a Comment