Friday, October 22, 2021

Tak Tahulah Apa Nak Jadi

SEJAK akhir-akhir ini sudah tertubuh parti baharu dan beberapa pihak yang ingin menghidupkan semula UMNO ‘lama’. Situasi politik yang berlaku hari ini akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu. Ia sekali gus melemahkan kuasa politik orang Melayu.

Mengapa orang Melayu tidak mahu bersatu? Sedangkan mereka boleh sahaja duduk semeja dan membincangkan apa jua masalah dan mengambil keputusan terbaik seperti dalam ajaran al-Quran.

Dalam pada itu, saya berharap pihak yang kononnya mahu membuktikan yang terbaik kepada rakyat segera menunaikannya. Jangan dipermainkan harapan rakyat.

Jika boleh, buatlah aku janji bersumpah selepas menyatakan hasrat yang mahu menetapkan kebajikan rakyat iaitu golongan miskin tegar diberi RM700 manakala B40 sebanyak RM500 sebulan selama satu penggal.

Selain itu, berdasarkan penulisan Zulkifli Jalil bertajuk Cakap salah, tak cakap salah yang diterbitkan pada 11 Oktober lalu ada benarnya dan saya menyokong penuh pendapat itu.

Saya menyokong penuh pendapat dan pandangan beliau berkaitan orang Melayu mungkin akan mengemis dan meminta-minta demi mendapat sokongan yang kecil. Tak tahulah apa nak jadi.

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.

No comments:

Post a Comment