Wednesday, October 6, 2021

Kalau Ramai Politikus Suka Kencingkan Rakyat, Apa akan Terjadi...

Gara-gara air kencing anjing, tiang lampu isyarat tumbang
TOKYO: Polis di Jepun memaklumkan sebuah tiang lampu isyarat yang tumbang beberapa bulan lalu sebenarnya berpunca daripada air kencing anjing.

Lapor NBC Miami, tiang setinggi 6.4 meter itu patah pada bahagian bawahnya dan ditemukan tumbang di kawasan semak di tempat letak kereta di bandar Suzuka pada 18 Februari lalu.

Berdasarkan laporan The Mainichi, setakat ini, tiada masalah dikenal pasti dengan kualiti atau pemasangan tiang.

Dilaporkan, secara purata, jangka hayat tiang lampu isyarat di Jepun adalah sekitar 50 tahun.

Namun, tiang lampu isyarat tersebut tumbang dalam tempoh 23 tahun selepas dipasang di jalan raya pada 1997.

Menurut jabatan polis pada Julai lalu, pasukan forensik mengesan lebih 40 kali kandungan urea di bahagian bawah tiang tersebut berbanding jumlah didapati di tiang lain yang berdekatan.

Dilaporkan, tiang lampu isyarat itu dipasang di sebuah jalan yang popular dalam kalangan pejalan kaki yang gemar membawa anjing mereka.

Justeru, pihak berkuasa berkata, terdapat kemungkinan tinggi gabungan kandungan urea dan natrium didapati dalam air kencing anjing menyebabkan tiang itu terhakis.

“Pihak berkuasa mendesak pemilik anjing tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka buang air kecil di tiang lampu isyarat agar dapat mengelakkan perkara ini berlaku,” jelas laporan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment