REMBAU – Hentikan pembinaan kuil Hindu dalam kampung kami. Kami 100% Muslim.
Ini antara posting bantahan yang terdapat dalam Facebook Bantahan Pembinaan Kuil di Kampung Sungai Radin, Rembau.
Penduduk Sungai Radin membantah sekeras-kerasnya pembinaan kuil Hindu dalam kampung mereka yang 100% Melayu dan tidak ada seorang pun penduduk Hindu.
Mengikut makluman, kuil itu sepatutnya dibina di Ladang Bukit Bertam, namun, secara tiba-tiba mahu dipindahkan ke Kampung Sungai Radin.
“Ikut suka je. Kampung ni sejak mula dibuka sebelum merdeka lagi penduduk 100% Melayu berugama Islam. Tidak ada bangsa India yang duduk dalam kampung ini atau penduduk asal kampung ini,” ujar Nor Hisham Abu.
Tambahnya, “Tidak ada bangsa India yang duduk dalam kampung ini atau penduduk asal kampung ini. 2021 tiba-tiba nak buat kuil dalam kampung ini yang jaraknya tak sampai 100 meter dari tapak surau lama dan rumah penduduk.”
Kata seorang lagi penduduk dengan nama Facebook Jahitan Dan Sulaman Kakwa, Pengerusi MPKK di kawasan itu dari awal lagi sudah melawan pembinaan kuil ini.
“Untuk makluman, pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sudah menjalankan tugas dari awal lagi melawan pembinaan ini. Tanpa usaha beliau, kuil mungkin sudah siap dibina tanpa disedari. Jangan salahkan pengerusi MPKK kami. Ada penjahat yang memanipulasi keadaan.”
Terkini, Ghazali Yaakub memaklumkan, pihak ladang telah bersetuju untuk berhenti kerja, sementara perundingan dijalankan.
Manakala, mesyuarat dengan semua pihak yg berkepentingan akan diadakan pada hari Rabu ini.
“Wakil ladang, polis dan pemberita telah datang pagi ini dan meminta semua pihak bersabar. Bersabarlah semua. Sama-samalah kita berdoa.” - www.samudera.my
No comments:
Post a Comment