Seorang Exco PKR kerajaan negeri Pulau Pinang mendedahkan segelintir pemimpin DAP di negeri itu termasuk Lim Guan Eng yang bertindak seperti membuli, malah Dr Norlela Arifin mendakwa dilayan secara berat sebelah.
Norlela yang juga Exco Kesihatan berkata peranannya dalam menangani isu Covid-19 di negeri tersebut diperkecilkan, malah Guan Eng turut memalukannya apabila tidak langsung memberi penghargaan dalam usahanya menangani penularan virus itu di Pulau Pinang.
“Mereka (Guan Eng) mengatakan bahawa semua pengurangan kes Covid-19 kerana pelantikan Phee Boon Poh (sebagai ketua Pasukan Tindakan Kecemasan Pulau Pinang) dan Steven Sim (sebagai penyelaras Covid-19 Pulau Pinang-Putrajaya).
“(Mereka mendakwa) bahawa saya, sebagai Exco yang menjaga kesihatan, perlu belajar daripada (Booh Poh dan Sim),” katanya menurut laporan portal Malaysiakini.
Guan Eng sebelum ini mengkritik Norlela yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti itu sebagai tidak berkemampuan dalam menangani penularan Covid-19 yang semakin meruncing di negeri tersebut.
“Beritahu saya apa yang telah mereka lakukan untuk menurunkan kes-kes itu sejak lantikan mereka?
“Apa keajaiban yang mereka lakukan? Tunjukkan bukti. Saya mahu melihatnya,” katanya lagi.
Beliau juga berkata jijik dengan karenah pemimpin DAP di negeri tersebut yang seakan membuli wanita dan memperkecilkan peranan Exco lain dalam usaha membendung Covid-19.
“Nak muntah dengan these bullies (pembuli ini) yang suka witch hunt (menyalahkan) wanita,” katanya.
Ia bukan kali pertama Norlela diserang pemimpin DAP Pulau Pinang, malah pada 2017 pemimpin DAP juga membidasnya hanya kerana mengucapkan “terima kasih, SPRM” selepas suruhanjaya itu menyerbu sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
Berikutan serbuan itu, Exco Alam Sekitar, Phee Boon Poh ditahan oleh Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi ADUN Sungai Puyu ketika itu menafikan sebarang kesalahan. - Agendadaily
No comments:
Post a Comment