Thursday, October 28, 2021

Pemimpin Melayu Terus Jadi Bisu, Pekak Dan Buta Bila Berhadapan Dengan Isu Ini....

Desak perkukuh sekolah vernakular menjelang PRN Melaka taktik pertubuhan Cina?
BANGI – Pertubuhan berasaskan kaum Cina, Hua Zong seolah-seolah sengaja mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menuntut pelbagai perkara termasuk isu sekolah vernakular.

Naib Pengerusi PEMBELA, Mohd Nor Izzat Johari atau Cikgu Izzat percaya, mereka sebenarnya sedar kewujudan sekolah vernakular tidak termaktub dalam Perlembagaan, tetapi ‘peluang’ pilihan raya diambil bagi mendesak memperkukuhkan kedudukan sekolah itu.

“Nampaknya, setiap kali pilihan raya sama ada negeri atau umum, Hua Zong dan Dong Zong akan tuntut macam-macam untuk sekolah vernakular!

“Kali ini, terang dan nyata malah terbukti bahawa tiada peruntukan undang-undang untuk kekalkan kewujudan sekolah vernakular.

“Sebab itu, Hua Zong mahu kerajaan pinda Perlembagaan untuk sekolah vernakular,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, Presiden Hua Zong, Datuk Goh Tian Chuan meminta kerajaan meminda atau memperkuatkan peruntukan untuk sekolah vernakular dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia supaya kedudukan sekolah vernakular, penggunaan serta pengembangan bahasa pengantar utamanya dilindungi daripada terus dicabar.

Menyelar desakan itu, Cikgu Izzat mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen terutama yang beragama Islam supaya tidak tunduk kepada desakan itu.

“Jika ada sesiapa di kalangan kamu yang bersetuju dan memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan untuk kukuhkan sekolah haram vernakular, tiada lagi undi untuk kalian!,” katanya. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment