PETALING JAYA: Gaji jurutera tempatan di negara ini masih statik dan tidak berubah sejak 20 tahun lalu yang dianggap tidak setimpal dengan profesion berkenaan.
Walaupun bergelar profesional, gaji permulaan yang diterima jurutera siswazah masih ditawarkan pada nilai sama seperti era 2000 iaitu serendah RM1,500 hingga RM2,000 berbanding pekerja perkhidmatan p-hailing yang meraih pendapatan RM4,000 sebulan.
Menurut jurutera profesional, data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 22 peratus jawatan permulaan (kejuruteraan) masih menawarkan pendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) RM2,208.
Faktor lain yang mempengaruhinya juga dikatakan berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138) Lembaga Jurutera Malaysia yang tidak jelas terhadap graduan kejuruteraan dan isu lambakan lulusan itu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (IEM) Terengganu, Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh berkata, keadaan itu menyebabkan gaji jurutera siswazah dan yang berpengalaman tiga hingga 10 tahun tidak berubah.
Katanya, beliau bimbang nasib golongan profesional itu akan berlarutan hingga 20 tahun akan datang jika tiada tindakan drastik diambil bagi membela nasib mereka.
“Sudah sampai masanya gaji permulaan jurutera siswazah dikaji semula termasuk menetapkan tangga gaji minimum kerana apa yang diperolehi sekarang tidak setimpal dengan profesion mereka.
“Setiap tahun negara menghasilkan kira-kira 10,000 graduan kejuruteraan dan sepanjang tempoh 20 tahun ini jumlahnya dianggarkan hampir 200,000 orang dengan separuh daripadanya sudah berkeluarga.
“Jadi bayangkan nasib kumpulan jurutera di Malaysia yang masih kekal golongan M40, malah ada di antaranya hampir memasuki kategori B40,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Wan Nazari berkata, situasi itu menyebabkan kalangan jurutera tiada pilihan dan terpaksa terus bekerja dengan gaji yang sedikit bagi mencari sumber rezeki.
Bagaimanapun, katanya, jika isu berkenaan masih membelenggu, tidak mustahil negara akan kehilangan ramai pakar kejuruteraan dan saintis kerana, rata-ratanya memilih bekerja di luar negara demi mendapatkan gaji yang setimpal.
Malah, katanya, ada segelintir yang tidak mahu pulang menyumbang tenaga di tanah air disebabkan gaji yang jauh lebih rendah berbanding yang diterima di luar negara.
“Perkara ini merupakan satu kerugian untuk Malaysia kerana kita mempunyai ramai tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan tetapi tidak dihargai.
“Di media sosial baru-baru ini ada yang membandingkan gaji jurutera siswazah yang jauh rendah berbanding pekerja perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) yang meraih RM4,000 sebulan,” katanya.
Menurut Wan Nazari, kesan berkenaan kini dapat dilihat apabila bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mulai dijauhi pelajar.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Jurutera Muslim Malaysia, Muhamad Faqih Badrishah berkata, kerajaan wajar mengkaji semula gaji jurutera di negara ini sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Contohnya, jika 10 tahun lepas gaji asas bagi jurutera adalah RM2,500 dan sekarang pun masih RM2,500.
“Data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 22 peratus jawatan permulaan (kejuruteraan) masih menawarkan pendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan iaitu RM2208.
“Jadi kita takut orang tak mahu jadi jurutera kerana pekerjaan jurutera yang multitasking, tetapi gaji tak berbaloi dengan sakit kepalanya, sedangkan kerja lain yang fokuskan satu kerja, gajinya lebih berbaloi atau lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Muhamad Faqih, berdasarkan kajian, pihaknya mendapati bahawa antara faktor yang mempengaruhinya adalah kelemahan penguatkuasaan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta. 138) LJM yang tidak jelas terhadap graduan kejuruteraan dan lambakan graduan kejuruteraan melebihi pasaran.
“Graduan jurutera yang terlampau ramai di luar itu yang menyebabkan majikan tidak membayar tinggi dan kekalkan gaji pada tahap lama walaupun sudah lebih 20 tahun.
“Ini kerana, jumlah graduan kejuruteraan juga adalah 17 kali ganda lebih tinggi berbanding peluang pekerjaan kejuruteraan,” katanya.
Tambah beliau, apabila seseorang itu tidak berdaftar, tetapi boleh menjadi jurutera, ia menyebabkan nilainya biasa dan itu menyebabkannya mendapat gaji yang rendah.
“Jadi apabila penguatkuasaan pendaftaran itu lemah dan dengan lambakan graduan yang banyak, maka sesebuah syarikat itu mudah mendapat replacement secepat mungkin sekiranya seseorang itu berhenti,” katanya. – UTUSAN
Friday, October 29, 2021
Thursday, October 28, 2021
Hua Zong Cuba Putar Sejarah Pembinaan Negara Ke Belakang
BANGI – Gesaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina, Hua Zong berhubung isu sekolah vernakular sangat tidak wajar dan seolah-olah cuba mengambil kesempatan dengan ‘kelonggaran’ yang ada.
Terdahulu, Hua Zong meminta kerajaan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan Persekutuan serta meminda atau memperkuat peruntukan yang relevan jika perlu.
Presiden Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan yang menggesa perkara itu berkata, ia bagi mengelakkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaa Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di bawah Perlembagaan terus dicabar.
Mengulas perkara itu, Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, permintaan untuk meminda Perlembagaan adalah sesuatu yang melebihi tahap kewajaran dan tindakan mengundur ke belakang.
Hua Zong seolah-olah meminta sejarah pembinaan negara diputar ke belakang mengikut kepentingan kaum, bukan kepentingan seluruh rakyat, katanya.
“Walhal, sekolah vernakular itu sendiri sudah bertentangan dengan semangat pembinaan negara.
“Salah satu asas yang jelas ialah pemerkasaan sekolah kebangsaan sebagai acuan jati diri, perpaduan dan kebersamaan seluruh warganegara dalam sistem dan persekitaran pendidikan yang sama.
“Asas itu telah diletakkan oleh Penyata Razak, 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang kemudian dimaktubkan dalam Akta Pendidikan 1961 dan diperteguh dalam Akta Pendidikan 1996,” katanya ketika hubungi Ismaweb.net, hari ini.
Prof Awang menjelaskan, kewujudan sekolah vernakular terus menjadi masalah dalam pemerkasaan sistem pendidikan kebangsaan – dan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan.
Maka permintaan Presiden Hua Zong sama sekali tidak memperlihatkan kebersamaan dalam cita-cita dan usaha kerajaan untuk membentuk negara yang berteraskan semangat kebangsaan. - ismaweb.net

Umno Tuduh Umno
Bukan sesuatu yang pelik dalam politik apabila syak wasangka timbul dan tuduhan dilemparkan. Khususnya pada musim pilihan raya.
Menjelang PRN Melaka 20 November ini, ada pihak menyatakan rasa curiga terhadap Kementerian Kesihatan yang memutuskan perjumpaan serta perhimpunan politik dilarang berkuatkuasa daripada 26 Oktober hingga 27 November.
Rasa curiga, syak, dan sangsi seperti itu tidak memelikkan. Yang pelik ialah kali ini pihak yang mengesyaki adalah Veteran Umno. Pihak yang disyaki ialah kementerian yang menterinya orang Umno dalam kerajaan yang Perdana Menterinya juga orang Umno.
Ringkasnya Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub, dilapor berkata tempoh hari mereka mengesyaki ada “niat tertentu” di sebalik larangan Kementerian Kesihatan (KKM) itu.
“Veteran (Umno) mengesyaki KKM mempunyai niat tidak baik terhadap Umno kerana mahu mengekang jentera parti berkempen bagi mencapai kemenangan. Dengan cara itu ia akan memberi nafas kepada Bersatu menggerakkan jentera parti yang lemah bagi menghadapi Umno.”
Syak sesuatu kementerian “membantu” kerajaan waktu pilihan raya bukan perkara baharu.
Namun dalam isu rasa curiga Veteran Umno berhubung PRN Melaka, pertanyaan pertama yang mesti diajukan ialah siapa yang mereka maksudkan?
Apa yang dinyatakan menerusi kenyataan Mustapha adalah sesuatu yang rambang. “Sweeping statement”. KKM, kementerian yang besar dianggotai ribuan kakitangan. Takkan Veteran Umno syak para doktor dan jururawat. Malah tentu bukan Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, yang mereka suspek.
Jadi adakah mereka mengesyaki Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin? Orang politik. Orang Umno sendiri. Umum tahu Khairy atau KJ adalah Ahli Parlimen yang dilantik menjadi menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional ketika kerajaan Pakatan Harapan tumbang akibat Langkah Sheraton Februari tahun lalu.
Apabila Muhyiddin Yassin dengan kerajaan Perikatan Nasionalnya undur, Khairy dilantik lagi sebagai menteri. Kali ini oleh pentadbiran Ismail Sabri Yaakob sekarang. Pada era BN pimpinan Najib Razak, beliau juga seorang menteri .
Veteran Umno tidak menyebut apa-apa nama atau mana-mana pemimpin. Namun menegaskan mereka “tertanya-tanya” mengapa pengumuman mengenai larangan berkenaan dibuat Khairy dan bukannya Menteri Kanan Keselamatan Hishamuddin Hussein atau Perdana Menteri sendiri.
Pada 24 Oktober lalu, Khairy mengumumkan semua perhimpunan dan majlis sosial tidak dibenarkan sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka bagi “mengelakkan penularan kes dan kluster Covid-19”.
Sehingga kini ada kemungkinan PRN Melaka akan menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru termasuk membabitkan Umno dengan Bersatu meskipun kedua-duanya diwakili dalam kerajaan pusat khususnya.
Imbas kembali artikel saya 19 Oktober lalu bahawa “nasib” Ismail Sabri dan juga Presiden Umno Zahid Hamidi terikat pada PRN Melaka.
Jika Pakatan Harapan menang di Melaka ia tamparan hebat buat Zahid – memberi tekanan ke atas usaha beliau mengekalkan jawatan presiden Umno. Ismail selaku Perdana Menteri akan turut terkesan dan mungkin akan terdorong untuk mencabar Zahid pada pemilihan Umno atas alasan Umno perlu “dipulihkan” untuk menghadapi cabaran mendatang terutama PRU15.
Pun begitu kalah di Melaka akan pasti juga menyulitkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih dalam mengemudi kerjasama Umno-PAS yang tidak mahu tinggalkan Bersatu. Misi itu semakin sukar jika Ismail kekal sebagai Naib Presiden dalam Umno yang presidennya Zahid Hamidi.
Bagaimanapun jika Umno kembali menerajui kerajaan Melaka, Zahid dan Ismail pasti akan menggunakan kejayaan itu untuk memacu kempen masing-masing pada pemilihan Umno kelak.
Kesimpulannya, seperti yang dinyatakan menerusi artikel saya 10 hari lalu, kemungkinan besar keputusan PRN Melaka boleh menyelesaikan isu kepimpinan Umno, dan menentukan “kekuatan” Ismail selaku Perdana Menteri, serta mencorakkan strategi parti politik Melayu apabila menghadapi pilihan raya mendatang terutama PRU15.
Berlatar belakangkan itu mata terbuka luas apabila Veteran Umno tampil dengan rasa syak mereka terhadap KKM.
Lazim bila bercakap mengenai politik timbul ungkapan “apa yang tersurat, apa yang tersirat” serta “ada udang di sebalik batu”. Lantas kedua-dua ungkapan boleh digunakan dalam konteks rasa syak Veteran Umno itu.
Adakah Veteran Umno, kumpulan orang lama yang masih bersandarkan cara politik zaman mereka, lalu kini ketinggalan zaman dan hilang sentuhan dengan keadaan masa kini?
Atau adakah pengalaman mereka membolehkan mereka tahu apa yang umum tidak tahu, nampak apa yang ramai tidak nampak?
Atau mereka sendiri masih bermain dalam arena politik zaman ini?
Apa pun seperti kita tahu PRN Melaka terpaksa diadakan akibat sengketa orang Umno dengan orang Umno. Kini timbul orang Umno syak orang Umno?
Oleh: Mohsin Abdullah

Pemimpin Melayu Terus Jadi Bisu, Pekak Dan Buta Bila Berhadapan Dengan Isu Ini....
Desak perkukuh sekolah vernakular menjelang PRN Melaka taktik pertubuhan Cina?
Naib Pengerusi PEMBELA, Mohd Nor Izzat Johari atau Cikgu Izzat percaya, mereka sebenarnya sedar kewujudan sekolah vernakular tidak termaktub dalam Perlembagaan, tetapi ‘peluang’ pilihan raya diambil bagi mendesak memperkukuhkan kedudukan sekolah itu.
“Nampaknya, setiap kali pilihan raya sama ada negeri atau umum, Hua Zong dan Dong Zong akan tuntut macam-macam untuk sekolah vernakular!
“Kali ini, terang dan nyata malah terbukti bahawa tiada peruntukan undang-undang untuk kekalkan kewujudan sekolah vernakular.
“Sebab itu, Hua Zong mahu kerajaan pinda Perlembagaan untuk sekolah vernakular,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Terdahulu, Presiden Hua Zong, Datuk Goh Tian Chuan meminta kerajaan meminda atau memperkuatkan peruntukan untuk sekolah vernakular dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, ia supaya kedudukan sekolah vernakular, penggunaan serta pengembangan bahasa pengantar utamanya dilindungi daripada terus dicabar.
Menyelar desakan itu, Cikgu Izzat mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen terutama yang beragama Islam supaya tidak tunduk kepada desakan itu.
“Jika ada sesiapa di kalangan kamu yang bersetuju dan memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan untuk kukuhkan sekolah haram vernakular, tiada lagi undi untuk kalian!,” katanya. - ismaweb.net
BANGI – Pertubuhan berasaskan kaum Cina, Hua Zong seolah-seolah sengaja mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan menuntut pelbagai perkara termasuk isu sekolah vernakular.
Naib Pengerusi PEMBELA, Mohd Nor Izzat Johari atau Cikgu Izzat percaya, mereka sebenarnya sedar kewujudan sekolah vernakular tidak termaktub dalam Perlembagaan, tetapi ‘peluang’ pilihan raya diambil bagi mendesak memperkukuhkan kedudukan sekolah itu.
“Nampaknya, setiap kali pilihan raya sama ada negeri atau umum, Hua Zong dan Dong Zong akan tuntut macam-macam untuk sekolah vernakular!
“Kali ini, terang dan nyata malah terbukti bahawa tiada peruntukan undang-undang untuk kekalkan kewujudan sekolah vernakular.
“Sebab itu, Hua Zong mahu kerajaan pinda Perlembagaan untuk sekolah vernakular,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Terdahulu, Presiden Hua Zong, Datuk Goh Tian Chuan meminta kerajaan meminda atau memperkuatkan peruntukan untuk sekolah vernakular dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, ia supaya kedudukan sekolah vernakular, penggunaan serta pengembangan bahasa pengantar utamanya dilindungi daripada terus dicabar.
Menyelar desakan itu, Cikgu Izzat mengingatkan kepada semua Ahli Parlimen terutama yang beragama Islam supaya tidak tunduk kepada desakan itu.
“Jika ada sesiapa di kalangan kamu yang bersetuju dan memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan untuk kukuhkan sekolah haram vernakular, tiada lagi undi untuk kalian!,” katanya. - ismaweb.net
‘Central Spine Road’ Lebih Mulia Dan Agung Berbanding Guna Nama Bahasa Melayu!
Tular satu gambar lebuh raya mengagungkan perkataan bahasa penjajah iaitu Central Spine Road dan keadaan ini nampaknya disambut baik oleh pegawai yang meluluskannya.
Hal ini demikian kerana takkanlah ketua kampung atau tukang buat lebuh raya itu ada kuasa untuk meluluskan bahasa Melayu wajib dilacurkan dan lebih hina berbanding bahasa penjajah.
Namun demikian, nak harapkan ahli politik atau pemimpin tempatan yang bersuara? Alamatnya mimpi sahajalah kerana paling tidak pun mereka akan cuma guna sebagai retorik politik.
Balik-balik.. rakyat yang masih ada jati diri dan cinta pada bahasa Melayu juga yang terpaksa bersuara dan cakna akan masalah remeh yang sepatutnya boleh dicantas awal.
Mohon kerajaan negeri pecat pegawai yang terlibat dalam meluluskan perkataan Central Spine Road di atas Tanah Melayu berdaulat yang semakin diinjak-injak ini. - suaramerdeka

Bina Negara Guna ‘Air Tangan’ Sendiri
DILAPORKAN kira-kira 400,000 pekerja warga asing meninggalkan negara ini akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu dan 200,000 lagi gagal dikesan ekoran kehilangan pekerjaan kerana penutupan sektor ekonomi.
Ketiadaan 600,000 orang ini didakwa mula memberi kesan besar kepada beberapa sektor ekonomi yang penting apatah lagi kebanyakan daripada mereka dikatakan membabitkan pekerja dari Indonesia, Bangladesh dan Nepal.
Tatkala kerajaan sudah membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa, ketiadaan kumpulan ini mula membimbangkan para majikan yang sedang berdepan masalah mencari pekerja terutama bagi sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar).
Dalam hal ini, warga tempatan walaupun tiada pekerjaan dikatakan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D ini atas pelbagai alasan seperti memenatkan dan gaji yang tidak menarik atau setimpal.
Justeru, persoalan utama ialah sampai bila kita hendak bergantung harap kepada pekerja asing?
Ironinya, masalah yang sedang dihadapi oleh majikan menunjukkan seolah-olah pembangunan dan kejayaan pelbagai sektor ekonomi negara ini bergantung harap sepenuhnya kepada tenaga kerja asing atau dalam lain perkataan, seolah-olah kita tidak boleh maju tanpa pekerja asing.
Jika benar telahan ini, maka ia merupakan satu situasi yang cukup membimbangkan dan kita perlu membuat sesuatu untuk menangani permasalahan ini dengan segera.
Jujurnya, kita mahu membangunkan negara ini menggunakan ‘air tangan’ serta idea dan kepakaran tenaga kerja tempatan sendiri.
Hasrat ini hanya dapat direalisasikan jika majikan dan warga tempatan bersedia menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Dalam konteks ini, para majikan dan warga tempatan perlu bersikap lebih terbuka dan mengubah corak pemikiran masing-masing.
Ironinya, kita sudah penat dengan alasan masing-masing di mana majikan mendakwa pekerja tempatan tidak berminat, manakala pekerja pula mendakwa gaji terlalu rendah. Sampai bila keadaan ini akan berterusan?
Hakikatnya, sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan pekerja asing kerana hanya perlu membayar upah yang rendah berbanding menggaji pekerja tempatan sentiasa menjadi antara faktor utama kebanjiran pekerja asing di negara ini.
Majikan yang hanya mementingkan keuntungan dengan kos operasi yang rendah perlu menjiwai semangat tanggungjawab sosial dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada warga tempatan di samping membantu kerajaan menangani masalah peningkatan kadar pengangguran.
Kita berharap para majikan akan serius dalam usaha mencari dan menawarkan peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
Janganlah bertindak hanya sekadar sambil lewa untuk mengaburi mata pihak berkuasa dengan akhirnya mendakwa pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam sektor 3D.
SKOP KERJA
Majikan sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk menjenama semula skop kerja 3D terutamanya dalam sektor perladangan, pembinaan, perkilangan dan pertanian sekali gus menawarkan pakej gaji dan manfaat yang setimpal agar dapat menarik minat pekerja tempatan.
Misalnya, jika pekerja tempatan kurang mahir, sediakanlah skim latihan yang bersesuaian supaya dapat mengasah kemahiran mereka mengikut keperluan skop kerja masing-masing.
Pada masa sama, pekerja tempatan juga perlu mengubah sikap dan pandangan terhadap sektor pekerjaan 3D.
Tatkala ramai yang diberhentikan kerja dan kadar pengangguran terus membimbangkan ketika pandemik, janganlah kita terlalu memilih atau terus menolak kerja di sektor 3D ini.
Perkembangan semasa menunjukkan pada ketika ini terdapat banyak peluang pekerjaan dalam sektor 3D.
Jadi, inilah masanya untuk kita mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pekerja asing.
Kalau selama ini ada yang marah kerana terpaksa berebut dengan pekerja asing untuk mendapatkan peluang pekerjaan, maka kini kita dihidangkan ruang yang secukupnya untuk mengambil alih tempat mereka.
Percayalah, jika kita benar-benar jujur dan ikhlas mahu mencari rezeki halal, kerja yang susah dan sukar akan menjadi mudah dan biasa.
Malah tidak salah untuk bermula dengan gaji yang rendah kerana kesungguhan dan dedikasi kita kelak pasti akan membuat majikan menawarkan gaji lebih setimpal.
Jadi, inilah masa terbaik untuk kita mengubah persepsi dan mentaliti terhadap sektor pekerjaan 3D yang mungkin selama ini dianggap sebagai pekerjaan ‘kelas kedua.’
Pilihan sekarang adalah di tangan rakyat kita sendiri. Apakah kita akan terus berpeluk tubuh menunggu peluang kerja datang mencari kita, terus merintih dan mengeluh mengenang nasib terpaksa diberhentikan kerja atau bangkit sahut cabaran dan peluang yang disediakan ini untuk merebut apa jua kerja kosong yang selama ini diisi oleh pekerja asing? Tepuk dada dan tanya minda masing-masing.
Kita berharap kerajaan juga akan memandang serius isu ini dan menyediakan inisiatif kepada pekerja tempatan yang bersedia untuk menyahut cabaran bekerja dalam sektor 3D.
Antaranya mewujudkan skim gaji minimum serta tangga gaji bersesuaian mengikut tahap kelayakan serta pengalaman dan kemahiran dimiliki oleh pekerja tempatan.
Cukuplah selama ini kita bergantung harap kepada tenaga kerja asing. Sudah tiba masanya untuk warga tempatan mengambil alih tugas membangunkan negara dan membina masyarakat.
Contohilah negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan yang membina empayar ekonomi hebat dengan bantuan dan kudrat rakyat mereka sendiri tanpa mengharapkan tenaga kerja dari luar. - UTUSAN

Beban Sejarah Sekolah Vernakular
Inilah beban sejarah terpaksa ditanggung sepanjang 63 tahun negara mencapai kemerdekaan. Apalah ertinya merdeka dengan beban sejarah yang tidak pernah diselesaikan ini walaupun pemimpin bertukar ganti. Malah, menjadi biawak hidup yang membantutkan kerana terus mencakar dan mencakar.
Kerana beban sejarah ini, banyak perkara yang dirancang berdepan dengan halangan. Inilah satu tindakan tidak berpelembagaan tetapi sudah dianggap termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hinggakan banyak menganggap suatu yang biasa.
Begitulah cara orang Melayu berpolitik – sentiasa kalah dan mengalah. Agenda nusa dan bangsa tidak lagi utama disebabkan hambatan ketakutan hilangnya undi dalam pilihan raya. Perkara yang menjadi pemecah perpaduan dibiarkan sekali gus mewariskan beban dari generasi ke generasi.
Sekolah vernakular tidak ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun begitu, dibolehkan didirikan dengan syarat ditanggung sendiri. Tetapi kerana politik Melayu yang lembik, secara diam-diam diberi peruntukan untuk menjaga hati. Padahal ini mengambil hak sekolah kebangsaan.
Inilah beban sejarah. Beban yang tidak pernah difikir serius oleh sesetengah pemimpin. Seolah-olah ada pemimpin yang berani berkata ‘tidak’ pada sekolah vernakular. Kalau pun takut untuk menghapuskan seperti di Singapura, cukuplah had dengan jumlah yang ada. Tetapi itu pun tidak takut.
COVID-19
Orang Melayu dan pemimpin Melayu berpolitik untuk apa? Orang Cina berpolitik untuk memperkukuh sekolah vernakular. DAP, MCA dan Gerakan berjuang secara bersama-sama. Di mana kebersatuan politik Melayu dalam isu ini?
Terbaharu dan sedang hangat diperkatakan, sebuah lagi sekolah vernakular akan didirikan di Puchong, Selangor. Dalam radius lima kilometer sudah ada enam sekolah vernakular Cina dan sebuah sekolah vernakular Tamil. Hanya tiga buah sekolah kebangsaan. Ini di Malaysia atau di China?
Kerajaan sebelum ini tidak mampu berbuat apa-apa. Kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan, semuanya tidak memberi harapan. Tidak adil untuk bertanyakan Perikatan Nasional yang bertungkus lumus dengan wabak Covid-19.
Kitalah yang menanggung beban sejarah sejak era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dua kali menjadi Perdana Menteri. Selama 22 tahun dan 22 bulan menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir juga tidak mampu menegakkan Perlembagaan Persekutuan dengan mengehadkan sekolah vernakular.
Banyak yang percaya dengan kebersatuan politik Cina yang tidak pecah oleh perbezaan parti, sekolah vernakular di Puchong ini akan berdiri megah akhirnya. Tidak percaya? Tunggulah, tengok apa kesudahannya.
RASIS
Pemimpin politik Melayu saling kerkah antara satu dengan lain, politik Cina memperkukuh kelestarian bahasa dan sistem pendidikan Cina. Sekolah vernakular Cina ketujuh dalam radius lima kilometer di Puchong adalah mercu tanda kegagalan membuang biawak hidup di atas belakang kita.
Ironinya di kawasan yang sama hanya tiga buah sekolah kebangsaan dan semuanya sudah penuh sesak. Sepatutnya ditambah sebuah lagi sekolah kebangsaan, tetapi yang muncul sekolah vernakular Cina. Sekolah kebangsaan bukan sekolah orang Melayu, ini sekolah untuk semua.
Inilah enam sekolah vernakular yang ada di kawasan berkenaan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kheng Chee, SJKC Yak Chee, SJKC Bukit Serdang , SJKC Shin Cheng (Harcroft), Tzu Chi International Chinese School, dan SJKC Lai Meng.
Cauvinis yang memperjuangkan sekolah vernakular Cina dan pemimpin Melayu dalam kerajaan yang ‘tidak angkat kepala’ dalam isu sekolah vernakular patut membaca buku ini, From Third World to First. Penulisnya bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Antara yang menarik ialah pengalaman Lee Kuan Yew menghapuskan sekolah Cina di Singapura – di negara yang majoriti Cina oleh seorang Perdana Menteri Cina. Kalau menghapuskan sekolah Cina di Singapura boleh dilakukan, kenapa tidak di Malaysia?
Kita masih terhegeh-hegeh dan tidak ada keberanian yang luar biasa untuk melaksanakan sistem satu sekolah selepas 63 tahun merdeka. Banyak pemimpin politik Melayu hanya setakat memekik di PWTC tetapi dalam senyap-senyap DAP, MCA dan Gerakan perjuangkankan sekolah vernakular.
CUCI TANGAN
Kalau dalam radius lima kilometer di Puchong sekolah vernakular jauh melebihi jumlah sekolah kebangsaan, ini mencerminkan hakikat masa akan datang di seluruh negara. Apakah yang akan berlaku pada dasar pendidikan apabila sekolah vernakular melampaui jumlah sekolah kebangsaan?
Adakah hal-hal begini tidak membimbangkan pembuat-pembuat dasar terutama yang berkaitan pendidikan? Tidak bimbangkah akan anak-anak kita yang dipisahkan oleh sikap pengasingan dengan adanya sekolah vernakular ini?
Jangan cuci tangan menganggap tulisan ini berbau rasis. Ini soal masa depan anak semua bangsa yang dimangsai sikap pengasingan Cina dan menolak asimilasi di sebuah negara pelbagai kaum. Anak semua bangsa itu rakyat negara ini, di mana hidup matinya tidak ada tanah selain tanah yang satu ini.
Memang betul Perlembagaan Persekutuan dengan jelas melindungi hak setiap rakyat untuk mendapat pendidikan dan tidak didiskriminasi berdasarkan kaum. Pendidikan yang dimaksudkan itu menggunakan penghantar bahasa Melayu. Maka sekolah kebangsaan adalah yang tepat dan selari Perlembagaan Persekutuan.
Oleh hal yang demikian, sangat bertentanganlah apabila hak untuk sekolah kebangsaan diambil oleh sekolah vernakular. Andai dibiarkan kerana mahu menagih undi daripada Cina, sekolah kebangsaan menjadi sekolah kelas dua.
Beban sejarah adalah biawak hidup yang terus mencakar hasrat kita menuju perpaduan. Bertegaslah demi anak semua bangsa di negara merdeka.
PENULIS ialah Editor Kuseman.com.

Wednesday, October 27, 2021
Sekian Lama Bertolak Ansur....Kini Kita Ditolak Beransur-Ansur
Apa lagi kurangnya vernakular hingga tuntut pinda Perlembagaan?
BANGI – Apa lagi kurangannya di sekolah vernakular sehingga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina sanggup menuntut supaya kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan demi memperkukuhkan kedudukannya.
Pandangan itu disuarakan pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan, tuntutan Hua Zong sebagai tak wajar kerana kewujudan sekolah vernakular itu sendiri tidak mengikut lunas Perlembagaan.
Susulan daripada itu, beliau mempersoalkan apakah tergamak pertubuhan berkenaan menuntut sedemikian rupa daripada kerajaan.
“Saya tak nampak apa yang mereka inginkan lagi dengan 1,300 buah Sekolah Jenis Kebangsaa Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di seluruh negara.
“Kita hairan kenapa sanggup minta Perlembagaan dipinda sedangkan selama ini kerajaan bertindak tidak ikut Perlembagaan dengan membenarkan sekolah berkenaan dengan diberikan dana, prasarana terbaik,” katanya ketika dihubungi Buletin Pertiwi, malam ini.
Terdahulu, Hua Zong meminta kerajaan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan Persekutuan serta meminda atau memperkuatkan peruntukan yang relevan jika perlu.
Presiden Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan yang menggesa perkara itu berkata, ia bagi mengelakkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di bawah Perlembagaan terus dicabar.
Mengulas lanjut, Prof Mohd Ridhuan Tee menegaskan, adalah lebih baik sekiranya Hua Zong mengetengahkan perkara yang membawa manfaat bersama seperti berkaitan hal ehwal perpaduan.
“Kenapa mereka tidak bercakap soal yang lebih penting iaitu soal nak kaji bagaimana sekolah vernakular boleh membantu kepada pembinaan sebuah negara bangsa.
“Itu lagi penting kerana sekolah vernakular ini dilihat sebagai penyumbang kepada isu perkauman,” katanya.
Berikutan itu, beliau menegaskan sudah tiba masa kerajaan mengambil pendirian tegas lagi tuntas supaya isu-isu sensitif seperti ini tidak berbangkit kembali. - ismaweb.net

Siapakah Yang Begitu Hebat Meluluskannya....
Langsung tidak peka sensitiviti umat Islam
DIFAHAMKAN, pengeluaran arak jenama Timah diluluskan oleh kerajaan pada Jun 2020.
Namun, persoalannya, bagaimana ia boleh diluluskan sedangkan minum keras itu menggunakan nama Melayu yang boleh mendatangkan kekeliruan?
Walaupun pihak pengurusan pengeluar arak tersebut mengeluarkan satu kenyataan di Facebook pada 18 Oktober lalu bagi menjelaskan situasi sebenar, namun ia tetap mendatangkan kemarahan umat Islam.
Dalam kenyataan itu, syarikat tersebut menerangkan Timah adalah perkataan tempatan yang bermaksud timah dan jenama Timah Whiskey diambil sempena era perlombongan bijih timah semasa zaman penjajahan British.
Sementara gambar ikon di botol pula ialah Kapten Speedy yang memperkenalkan budaya wiski pada zaman tersebut.
Tidak faham bagaimana kementerian berkaitan boleh memberi kebenaran menggunakan nama dan gambar yang boleh mencetuskan kemarahan?
Bukannya mereka tidak sedar nama itu bagaikan satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan berkait dengan nama Melayu dan Islam iaitu Timah yang disingkatkan daripada Fatimah.
Malah, begitu indah kerana merupakan nama puteri bongsu Nabi Muhammad SAW.
Begitu juga dengan gambar yang dipaparkan di botol minuman tersebut ialah imej individu yang seolah-olah memakai kopiah dan mempunyai janggut. Ini lebih mengundang kemarahan dan kebencian umat Islam.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga menggesa kerajaan segera mengharamkan penjualan jenama arak tersebut di pasaran memandangkan ia mengandungi kandungan alkohol sebanyak 40 peratus dan dijual pada harga RM190 sebotol.
Jumlah kandungan alkohol yang banyak bukan sahaja menimbulkan masalah sosial tetapi dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan raya.
MISKAM JASMAN, Batu Pahat, Johor.

Perjuangan Tersasar Punca Melayu Berpecah?
MERUJUK pandangan saudara Baharuddin Samek dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertajuk Tak tahulah apa nak jadi? yang diterbitkan pada 20 Oktober lalu berhubung keengganan orang Melayu untuk bersatu.
Dalam artikel tersebut, Baharuddin menyatakan situasi politik yang berlaku hari ini akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan pengundi Melayu. Ia sekali gus melemahkan kuasa politik orang Melayu.
Pada masa sama, artikel itu juga mempertikaikan kenapa orang Melayu tidak bersatu sedangkan mereka boleh sahaja duduk semeja dan membincangkan apa jua masalah dan mengambil keputusan terbaik seperti dalam ajaran al-Quran.
Pun begitu, saya mempunyai pandangan tersendiri, iaitu sekiranya kita melihat kembali sejarah awal penubuhan UMNO, sangat jelas matlamat dan perjuangannya adalah untuk membela nasib orang Melayu dari segi kehidupan ekonomi dan sosial.
Kita boleh katakan sejak UMNO dan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, perkara itu sudah dilaksanakan walaupun tidak mencapai 80 peratus. Ketika itu, kita boleh melihat golongan Melayu yang serba kekurangan dari segi harta benda sanggup berkorban untuk memajukan UMNO.
Namun, hal itu adalah ketika 35 hingga 45 tahun yang lalu tetapi sekarang parti keramat orang Melayu itu semakin hilang matlamat kerana tidak lain dan tidak bukan disebabkan pemimpinnya sudah jauh menyimpang daripada matlamat dan perjuangan sebenar serta beralih kepada memperkasakan, memperkayakan dan mengambil peluang yang kadangkala melalui saluran yang tidak dibenarkan oleh peraturan hanya untuk diri sendiri.
Inilah yang akan terus berlaku selagi nafsu untuk menambah kekayaan itu kekal di lubuk hati pemimpin UMNO.
Jika berterusan begini, saya tidak yakin nasib orang Melayu akan terbela pada masa akan datang.
DZANMUO, Bakri, Muar.

Apa Ada Pada Nama?
TENGKARAH, iaitu pertentangan yang membawa kepada pertelegahan antara dua pihak tentang penggunaan perkataan tertentu sebagai jenama barangan, lebih-lebih lagi yang tidak halal kepada satu pihak yang bahasanya digunakan, bukan sahaja persoalan bahasa. Ia sebenarnya lebih daripada itu kerana sesuatu nama ikut membawa bersama-samanya hubung kaitnya dengan sebilangan hal lain, antaranya budaya.
Sehubungan ini, nama pada sesuatu itu tidaklah boleh selalu berupa kebenaran pada ungkapan masyhur William Shakespeare, sasterawan Inggeris handal abad ke-16, iaitu bunga mawar walaupun dipanggil apa-apa nama tetap wangi baunya.
Dengan kata lain, nama sesuatu itu bersifat wewenang. Oleh itu, nama tidak penting sangat apabila dibandingkan dengan perkara yang diwakilinya. Dengan ini, natijahnya ialah nama tidak sesekali mempengaruhi perkara yang diwakilinya sama ada manusia, apatah lagi barang. Bagi Shakespeare, nama tidak begitu penting, malah langsung tidak penting.
Dalam pada itu, yang sebaliknya juga berlaku. Ini kerana nama boleh membangkitkan emosi sama ada yang positif seperti suka atau sebaliknya, antaranya marah. Semua ini memperlihat bahasa tidak sesekali bersifat rambang, yakni boleh digunakan sekehendak hati seperti yang didakwa Shakespeare.
Dalam hal ini, bahasa bersifat rencam sekali dan penggunaannya dalam sebarang bentuk, baik perkataan, frasa, ayat mahupun wacana, tidak selalunya semata-mata membawa pengertian denotasi, iaitu makna harfiah sahaja. Sehubungan ini, ia sering mencetuskan pelbagai kontroversi melalui konotasi yang difahami berbagai-bagai apabila dihubungkaitkan dengan beberapa hal. Antaranya nilai, agama dan lain-lain termasuklah kesamaan bunyi.
Dengan ini, nama ada kuasa, yakni ia boleh membuat masyarakat menerima atau menolaknya, iaitu mengaitkannya dengan ciri dan pertalian yang baik-baik atau yang sebaliknya. Ini kerana sesuatu nama bukan sahaja mempunyai makna tertentu, ia ikut mempunyai persepsi, latar budaya dan lain-lain.
Oleh itu, selain merupakan sebahagian penting pada identiti sesuatu yang dinamai dengannya, ia juga sebahagian utama warisan sesuatu kelompok itu. Dengan sifat nama yang sedemikian rumit, bantahan pihak Melayu-Muslim terhadap penggunaan nama daripada bahasa Melayu sebagai jenama arak adalah pewajarannya.
Ia bukan bantahan tidak berasas seperti yang didakwa sesetengah pihak bukan Melayu-Muslim. Oleh itu, persoalan ini hendaklah diselesaikan bukan sahaja sesegera yang boleh, ia hendaklah juga dipastikan tidak akan berulang lagi.
Antara sebab ia boleh berlaku ialah kurangnya, malah tiadanya kecerdasan budaya dalam kalangan kita. Kecerdasan budaya merujuk kepada kemahiran menjalani kehidupan harian termasuklah kerja kita dengan beradab, yakni tanpa menyinggung sensitiviti mana-mana pihak dalam keadaan kepelbagaian budaya di negara ini.
KEMARAHAN
Dengan ini, ia ikut bermakna kebolehan kita melewati sempadan budaya pihak lain dengan tertibnya tanpa menimbulkan kemarahan dalam suasana kewujudan pelbagai budaya di sekeliling kita. Sesungguhnya dengan adanya kecerdasan budaya ini, kita semua bukan sahaja akan lebih berkeupayaan memahami untuk menghargai pihak lain dari budaya berlainan, lebih-lebih lagi apabila sistem kepercayaannya berbeza daripada yang kita anuti.
Selain ini, ia juga akan mewujudkan suasana terpupuknya kesefahaman baik antara budaya melalui pergaulan sesama kita yang berbilang etnik. Malangnya ia tidak berlaku kerana kita sememangnya tidak cukup bergaul pada intensiti tinggi dan kekerapan acap untuk membentuk kecerdasan budaya pada diri kita semua.
Oleh itu, sudah tiba masanya pendidikan tentang pengetahuan antara budaya diwujudkan dalam sistem pendidikan negara. Ia mustahak bukan sahaja untuk perpaduan negara yang utuh, lebih penting lagi agar kita semua dapat berfungsi dengan penuh tertib dalam negara pelbagai budaya ini.
Untuk ini, kecerdasan budaya perlu diajar pada sekurang-kurangnya tiga dimensi berikut. Pada dimensi emosi, ia perlu memberi tumpuan kepada penglibatan antara budaya, iaitu wujudnya pergaulan antara etnik.
Pada dimensi kognitif, ia hendaklah menjurus kepada pemahaman antara budaya dengan memberi penekanan kepada aspek agama, sejarah pertumbuhan etnik dan susunan sosialnya. Pada dimensi aksi pula, ia harus mementingkan komunikasi antara etnik, yakni penjalinan hubungan mesra antara budaya dominan dan pelbagai budaya lain untuk mewujudkan keadaan yang betul-betul meraikan kepelbagaian budaya dengan merangkumi kesemuanya.
Melalui semangat kecerdasan budaya ini, persoalan nama yang dibantah ini hendaklah dimuktamadkan dengan menggunakan nama lain daripada bahasa Melayu yang didakwa digunakan atas peranannya sebagai bahasa negara kita. Ia perlu ditukar kerana nama penting dan bukan bersifat rambang semata-mata seperti yang didakwa Shakespeare pada satu segi.
Seperti yang didapati dalam kes ini, nama yang dipilih itu menimbulkan kemarahan, justeru tidak boleh terus digunakan lagi. Oleh itu, ia harus digantikan. Dengan penukaran ini, berdasarkan dakwaan Shakespeare pada satu segi lain, barangan itu masih tetap hebat pada nama baharunya, sama sahaja seperti pada nama lamanya itu.
Ini kerana dengan nama apa-apa jua, mutu dalamannya masih sama, yakni kekal utuh, mantap dan lain-lain yang seumpamanya.
Dengan ini, dakwaan Shakespeare dari segi yang ini didapati tepat dan harus diguna pakai, yakni ia dengan apa-apa nama juga akan tetap elok dan sempurna.
Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong

Tuesday, October 26, 2021
Jangan Sampai Bertongkat Paruh
POLITIKING sesama parti politik Melayu tidak membawa bangsa ini ke mana-mana melainkan menuju jurang perpecahan. Begitu teruknya politik kita – selepas patah kaki, kita bersusah-payah bertongkat dengan sayap. Selepas patah sayap, kita akhirnya terpaksa bertongkat paruh. Apabila kita sudah bertongkat paruh, ketika itu nasi sudah menjadi bubur dan menangis tidak berlagu.
Pelik, kenapa kita berpolitiking sehingga sanggup bertongkat paruh walhal patah kaki pun sepatutnya dihindarkan? Kita mati-matian berpolitik sedangkan diri boleh menjadi arang dan debu. Di sebaliknya, matlamat dalang perpecahan Melayu ialah mahu melihat kita akhirnya dipecah-pecahkan menjadi bangsa dengan kuasa yang kecil dan mudah ditindas.
Apabila disorot ke belakang, sebahagian tenaga, masa dan fokus pemimpin terpaksa dihabiskan untuk politik. Memang ada projek strategik dilaksanakan untuk memperkukuh dan melengkapkan infrastruktur demi kemudahan rakyat serta memacu pertumbuhan. Tetapi bagaimana dengan projek untuk menjadikan negara kita sebuah hab seperti industri digital dan teknologi termaju serantau? Tindakan perlu dilaksanakan untuk kita mendominasi bidang tertentu di peringkat serantau dan antarabangsa.
Contoh di utara, Thailand sedang mencongak pembinaan jambatan darat sebagai jalan pintas membawa pelbagai kontena perdagangan dan komoditi ke timur atau ke barat. Jambatan ini akan memintas peranan lebuh raya laut di Selat Melaka dan Selat Singapura sebagai laluan pengangkutan yang sama selama ini.
Di selatan pula, Singapura sudah hampir menyiapkan pelabuhan Tuas Mega untuk republik itu kekal dominan sebagai pelabuhan utama dunia. Kalau pun Thailand benar-benar mahu membina jambatan darat untuk kapal dagang pergi atau balik ke timur, Singapura tetap ada kelebihan dan kekuatan menerusi pelabuhan baharu tersebut.
Negara yang menduduki ranking kedua World Bank’s 2020 Doing Business Report itu (Malaysia ranking ke-12), membina pelabuhan canggih untuk menjadi terminal kontena terbesar di dunia bagi memenuhi permintaan syarikat perkapalan mega masa depan.
Contoh lain, Indonesia dengan gagasan memindahkan Jakarta ke Kalimantan walaupun idea itu sudah dibangkitkan beberapa presiden terdahulu. Negara lain juga sudah melaksanakan pelan dan tindakan perlu bagi mempromosikan teknologi untuk semua. Kerajaan atau syarikatnya membuat pelaburan dalam kemahiran digital dan membina infrastrukturnya. Mereka turut menubuhkan syarikat-syarikat permulaan yang disertai ramai usahawan muda dan bakal menjadi kunci kejayaan transformasi digital.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pemikiran dan pelan futuristik sebegini untuk generasi masa depan. Kurangkan politik supaya kerajaan boleh memberi tumpuan menyediakan rantaian ekonomi untuk dipacu oleh generasi dan usahawan muda kita khususnya dalam teknologi termaju serta ekonomi digital.
Pemimpin parti politik Melayu perlu terus mengekalkan perpaduan untuk membawa generasi muda yang celik untuk menyertai dan mendominasi digital kini serta masa depan. Perpaduan politik ini penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan Agenda Bumiputera supaya bangsa Melayu menyertai dan menguasai industri strategik, berteknologi termaju serta berimpak tinggi seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
EMPAYAR
Lantaran politik itu bersifat dinamik, iaitu hidup dan berubah, maka melibatkan serta mendengari suara generasi muda sangat penting dalam proses perubahan ini. Selaku penerus perjuangan bangsa Melayu, generasi muda perlu dibimbing dalam membina keupayaan untuk berubah dan menyerap perubahan demi kelangsungan kuasa politik serta generasi kita dalam era baharu ini. Kepimpinan politik hari ini perlu menjadi contoh teladan kepada generasi muda.
Selain itu, ubah semula tanggapan musuh Melayu adalah Melayu. Ini mengelirukan generasi muda. Musuh sebenarnya adalah dalang yang melaksanakan agenda memecah-belah Melayu menggunakan individu bangsa ini yang tiada jati diri. Kita juga perlu tukar persepsi dan perbetulkan semula momokan Melayu itu pemalas sedangkan hakikatnya Melayu adalah bangsa pembina empayar!
Tetapi lantaran Melayu pernah dijajah, maka penjajah yang menentukan bagaimana sejarah kita hendak ditulis. Orientalis Barat memalsukan sejarah dan menerapkan dalam fikiran seterusnya kita sendiri menerima serta mempercayainya. Namun, kini satu demi satu fakta dan kebenaran baharu sejarah Melayu terungkap serta dibuktikan.
Justeru, Melayu akan lebih pukal dan padu dengan kita berusaha menulis semula sejarah kita sendiri. Ini akan memberi kelebihan kepada Melayu supaya dihormati kerana fakta baharu sejarah ini mengesahkan kita adalah bangsa terbilang serta bertamadun sebelum ini. Sejarah sebenar bangsa akan menyatukan Melayu!
Pada masa sama, sejarah moden membuktikan bangsa Melayu menguasai politik dan menerajui negara ini dengan cemerlang menerusi mandat yang diberi rakyat pada 13 pilihan raya umum (PRU) lalu. Namun, kita perlu mengambil iktibar penting daripada PRU-14 lalu. Bangsa Melayu perlu merenung peristiwa ini sejujurnya.
Jadi, kita perlu mencari jalan supaya kita tidak menempa sejarah hitam PRU-14 sekali lagi dalam PRU-15 tidak lama lagi. Dalam kita menghadapi masalah Melayu sama ada dalam Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), insaflah, apa yang lebih penting ialah kuasa serta perpaduan Melayu mesti dipertahankan. Kita tidak mampu lagi untuk kecundang. Jadi, cari jalan segera untuk menyatukan kekuatan Bersatu-UMNO-Pas sebelum terlewat.
Jadi, membiarkan perpecahan kepemimpinan Melayu – ia merupakan satu kesalahan dan kesilapan paling besar kepada agama, bangsa serta negara kerana tindak-tanduk itu akhirnya memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu sendiri apatah lagi yang lain.
Ringkasnya, berhemahlah. Jangan sampai politik menghambat perasaan rakyat dan membantutkan pertumbuhan negara. Berpada-pada dalam berpolitik ketika mana aspirasi mahu mengangkat kehidupan ke tahap berpendapatan tinggi menjadi keutamaan RMK12.
Insaflah, jangan berpolitik secara melampau ketika rakyat semakin bosan dengan telatah dan gelagat segelintir ahli politik yang mereka lihat mementingkan diri sendiri.
PENULIS ialah Ketua Angkatan Bersatu Muda (Armada) Johor.

UMNO-Bersatu Lambang Perpecahan
PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO adalah lambang perpecahan orang Melayu yang terpisah atas keegoan kelas sosial dan elit politik yang mengutamakan kepentingan diri berbanding bangsa dan agama.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sepatutnya dijadikan ujian kepada maksud kebersamaan dan melupakan segala dendam demi kestabilan politik negara.
Beliau menjelaskan, dengan sikap Melayu yang berpecah itu, ia hanya menguntungkan DAP, di bawah Pakatan Harapan (PH) yang Melayunya diwakili oleh PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“Bersatu sebagai parti serpihan tidak akan bertahan lama. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin akan berakhir.
“UMNO juga harus menerima hakikat bahawa orang Melayu bandar mempunyai pandangan politik berbeza dan bersedia untuk memilih PH,” katanya semalam.
Dalam pada itu, Profesor Madya di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, politik ugut mengugut hanya mewujudkan suasana politik tidak sihat dan boleh mengancam kestabilan politik.
Beliau berkata, semua parti sepatutnya bertanding secara bebas seperti yang dibenarkan dalam demokrasi dan pada masa sama, semua parti perlu patuh dengan MoU antara kerajaan dan pembangkang bagi mewujudkan kestabilan politik sehingga Julai 2022.
“Semua parti perlu meletakkan kepentingan negara buat sementara waktu ketika negara baru hendak beralih ke era endemik menjelang PRU-15. Umpama jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan susahkan rakyat jika parti benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.
Menyokong pendapat sama, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr. Jeniri Amir berkata, PRN Melaka sepatutnya menjadi medan ujian kepada semua parti politik sejauh mana mereka berkompromi dan bertolak ansur menghormati MoU kerajaan-pembangkang.
Beliau berkata, semua tindakan harus berpaksikan kepada MoU itu, jika tidak segala hasrat yang mahu dicapai tidak akan bermakna dengan cara ugutan sekali gus mencetuskan ketegangan.
“Bukan sahaja bertentangan dengan matlamat MoU itu tetapi bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kestabilan politik bagi menumpukan perhatian kepada usaha tangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi.
“Kedua-dua pihak tidak harus tunjuk kuasa atau ego, sebaliknya meletakkan keutamaan rakyat dan negara bukannya kepentingan kuasa, pemimpin dan parti,” katanya.
Penganalisis politik, Profesor Sivamurugan Pandian pula berpandangan, politik berunsur ugutan dan cabar-mencabar adalah politik lama termasuk politik dendam dan pembunuhan karakter, yang mana keupayaannya jelas untuk saling menjatuhkan sekutu dalam gabungan sendiri dan pesaing luar.
Beliau berkata, tindakan ini hanya menguntungkan musuh yang tidak perlu melakukan apa-apa kerana kekuatan dalaman roboh akibat pendedahan sendiri.“Ada diperlukan adalah kompromi dan pengorbanan,” katanya. – UTUSAN

Bantah Buka Kuil Kampung 100% Melayu Parlimen Rembau
REMBAU – Hentikan pembinaan kuil Hindu dalam kampung kami. Kami 100% Muslim.
Ini antara posting bantahan yang terdapat dalam Facebook Bantahan Pembinaan Kuil di Kampung Sungai Radin, Rembau.
Penduduk Sungai Radin membantah sekeras-kerasnya pembinaan kuil Hindu dalam kampung mereka yang 100% Melayu dan tidak ada seorang pun penduduk Hindu.
Mengikut makluman, kuil itu sepatutnya dibina di Ladang Bukit Bertam, namun, secara tiba-tiba mahu dipindahkan ke Kampung Sungai Radin.
“Ikut suka je. Kampung ni sejak mula dibuka sebelum merdeka lagi penduduk 100% Melayu berugama Islam. Tidak ada bangsa India yang duduk dalam kampung ini atau penduduk asal kampung ini,” ujar Nor Hisham Abu.
Tambahnya, “Tidak ada bangsa India yang duduk dalam kampung ini atau penduduk asal kampung ini. 2021 tiba-tiba nak buat kuil dalam kampung ini yang jaraknya tak sampai 100 meter dari tapak surau lama dan rumah penduduk.”
Kata seorang lagi penduduk dengan nama Facebook Jahitan Dan Sulaman Kakwa, Pengerusi MPKK di kawasan itu dari awal lagi sudah melawan pembinaan kuil ini.
“Untuk makluman, pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sudah menjalankan tugas dari awal lagi melawan pembinaan ini. Tanpa usaha beliau, kuil mungkin sudah siap dibina tanpa disedari. Jangan salahkan pengerusi MPKK kami. Ada penjahat yang memanipulasi keadaan.”
Terkini, Ghazali Yaakub memaklumkan, pihak ladang telah bersetuju untuk berhenti kerja, sementara perundingan dijalankan.
Manakala, mesyuarat dengan semua pihak yg berkepentingan akan diadakan pada hari Rabu ini.
“Wakil ladang, polis dan pemberita telah datang pagi ini dan meminta semua pihak bersabar. Bersabarlah semua. Sama-samalah kita berdoa.” - www.samudera.my

Hebatnya Perjuangan Mereka Untuk Mereka....Sedangkan Hak Kita Hilang Satu Persatu
Hua Zong minta kerajaan pinda Perlembagaan, kukuh kedudukan vernakular
KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina, Hua Zong meminta kerajaan mengadakan perbincangan yang mendalam mengenai kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan Persekutuan serta meminda atau memperkuatkan peruntukan yang relevan jika perlu.
Presiden Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan yang menggesa perkara itu berkata, ia bagi mengelakkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaa Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) di bawah Perlembagaan terus dicabar.
“Kerajaan diminta mempertimbangkan keperluan untuk meminda peruntukan Perlembagaan bagi memperjelaskan dan menegaskan kedudukan sekolah vernakular, penggunaan serta pengembangan bahasa pengantar utamanya di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi melindunginya daripada terus diputar belit dan dicabar,” katanya seperti dipetik Oriental Daily News Malaysia.
Bukan itu sahaja, Tian Chuan turut meminta kerajaan memantau secara aktif perkembangan mana-mana gerakan yang tidak mesra kepada pendidikan Cina, terutama yang mencabar kedudukan sekolah vernakular di bawah Perlembagaan di mahkamah.
“Kami (Hua Zong) kecewa dan kesal terhadap tindakan pihak-pihak berkenaan yang telah membawa perkara ini ke mahkamah, kerana kami berpendapat usaha dan tindakan mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah adalah tidak perlu.
“Oleh itu, kami berharap agar kerajaan dan badan kehakiman dapat memantau kegiatan seperti ini, dan mengambil semua langkah yang sewajarnya bagi mempertahankan Perlembagaan dan keadaan negara yang sedia ada,” katanya.
Tian Chuan berkata, masyarakat Cina melahirkan rasa bimbang kerana seksyen 2,17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan sekolah vernakular menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai medium pengantar utama telah dicabar di mahkamah kerana didakwa tidak selaras dengan Artikel 152 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, 11 pertubuhan yang berkepentingan telah diberikan hak mencelah dalam kes tersebut.
“Kami (Hua Zong) akan memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada Dong Zong dan kerajaan Malaysia sebagai pihak responden,” katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai Belanjawan 2022, Tian Chuan juga berharap semua sekolah, termasuk SJKC akan terus mendapat pembiayaan secukupnya daripada kerajaan untuk kos pembangunan dan kemajuan yang melibatkan pembinaan sekolah.
Ia termasuk pembiayaan untuk penambahan SJKC baharu dan pembinaan sekolah untuk SJKC yang dipindahkan ke kawasan baru serta tenaga pengajarnya, tegasnya.
Beliau berharap kerajaan tidak akan mengumumkan hanya satu jumlah dalam belanjawan akan datang seperti tahun lepas.
Sebaliknya, beliau menuntut kerajaan perlu menyenaraikan dengan jelas butiran peruntukkan untuk sekolah setiap aliran.
Pada masa sama, Tian Chuan meminta kerajaan menerangkan kepada penduduk setempat berkenaan lokasi pembinaan sekolah vernakular, keperluan penduduk setempat terhadap SJKC dan peruntukan yang diperlukan untuk penambahan SJKC baharu atau pemindahan SJKC ke kawasan baru.
“Saya juga berharap kerajaan boleh menginstitusikan peruntukan kepada pendidikan Cina dalam belanjawan yang akan dibentangkan.
“Termasuklah peruntukan kepada 63 buah sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC) dan tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dikendalikan oleh masyarakat Cina,” katanya. - ismaweb.net
Mempamerkan Keangkuhan....
Sekarang bukan masa tunjuk siapa lebih kuat
DUA hari lepas, ketika menaiki kenderaan ehailing, kebetulan pemandunya adalah AJK UMNO bahagian. Tidak disangka-sangka sama sekali. Biasanya jika berjawatan AJK bahagian, mereka bergelar kontraktor, dapat projek sana sini. Hakikatnya, beliau adalah seorang pemandu ehailing, kerja mulia.
Sepanjang perjalanan berbual mengenai politik semasa, terutama PRN Melaka tidak lama lagi. Untuk memerintah katanya, UMNO mesti bekerjasama dengan PAS dan PPBM. UMNO tidak boleh bersendirian atau merasai dirinya lebih kuat, seperti dahulu. Belajar daripada kesilapan dan ambil pengajaran.
PRU15, bagi Parlimen Ampang, UMNO tidak adalah masalah untuk serahkan kepada PAS, dengan syarat dua DUN Lembah Jaya dan Bukit Antarabangsa diserahkan kepada UMNO. Satu lagi formula, PAS ambil satu DUN, UMNO ambil satu dan parlimen.
Terkesima saya dengan pandangannya. Inilah nama jiwa besar. Pemimpin UMNO seperti ini yang kita mahukan. Sama seperti kata salah seorang pemimpin PPBM, apa pun yang kepada PRN Melaka, mereka tidak akan menarik sokongan kerajaan sedia ada. Kerajaan sedia ada tidak wajar ditumbangkan hanya kerana perbezaan parti. Sekali lagi, berjiwa besar, turunkan ego.
Muafakat inilah yang sepatutnya diterjemahkan dalam konteks PRN Melaka, jika mahu terus kekal memerintah.
Jangan sama sekali berkata, kita akan tanding semula kerusi! Apakah kamu begitu yakin boleh menang tanpa kerjasama parti lain? Ini bukan dahulu, tetapi sekarang. Dulu dan kini, sudah jauh berbeza, ditambah lagi dengan norma baharu politik ketika pandemik dan endemik. Tidak boleh berkempen secara fizikal. Semua maklumat bergantung di hujung jari. Perang saraf alam siber.
Saya bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS, kerjasama antara parti PN dan MN dalam PRN Melaka akan membawa kejayaan besar kepada parti yang mentadbir Putrajaya.
Pemimpin PAS ini menyebut formula perundingan di PRN Melaka, iaitu kerusi penyandang kekal kepada penyandang. Ini bermakna UMNO-BN kekal bertanding 14 kerusi. Dengan sokongan undi PAS dan PPBM, 14 kerusi ini pasti akan selamat untuk dimenangi. PPBM pula kekal bertanding dua kerusi yang disandang.
Pemimpin PAS ini menjangkakan jika kerjasama antara parti dalam PN dan MN, khususnya UMNO dan PPBM dapat direalisasikan, gabungan itu mampu memenangi tambahan lima lagi kerusi DUN. Dengan syarat baki lagi 12 daripada 28 kerusi DUN perlu diagihkan antara tiga parti. Dengan itu, PN dan MN gagah untuk memenangi PRN Melaka, dengan 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka. PH boleh jalan…
Semua jangkaan ini tidak mustahil, kerana inilah kebaikan berjemaah atau bersatu. Jika terus kekalkan momentum ego, terimalah akibatnya. Formula PRN Melaka ini, juga menjadi cerminan kepada PRU15 nanti. Jika kamu gagal merancang, kamu merancang untuk gagal.
Ini bukan masa untuk menunjukkan ego, siapa kuat. Ini adalah masa menuntut pengorbanan. Bukannya siapakah yang lebih kuat, terutama antara UMNO dan PPBM.
Masalah ego yang paling jijik adalah merasakan diri (parti) terlalu mulia dan hebat.
Dialah yang patut dihormati, dialah patut digeruni, dialah patut dibesarkan, dialah patut dipuji, dialah patut diberi perhatian, dialah patut dapat segalanya. Perasaan dan perasan ini akan menjadikan kita berasa diri dan kepala besar, menjadikan kita tidak boleh ditegur, dinasihati dan dibetulkan.
Lazimnya, kelebihan kebendaan seperti kuasa, bilangan kerusi, harta, pangkat, populariti membawa kepada merasai mulia. Parti ini lebih itu, parti itu lebih ini.
Justeru, mari kita buang jauh-jauh sifat ego. Lebih-lebih lagi merasai diri mulia dan hebat.
Mari kita muhasabah, kemuliaan dan kehebatan itu hanya milik Allah. Kita adalah hambaNya yang hina. Sedar itu.
Ingatlah, semulia atau sehebat mana kita, kita tetap hina, walaupun yang kita ada rumah mewah, kereta mewah dan segalanya mewah.
Hakikatnya, kita sentiasa membawa kotoran bersama dalam diri kita walaupun semewah mana kita, apa jua gelarannya Raja, Pembesar istana, Perdana Menteri, Menteri, Tun, Tan Sri, Dato dan apa jua pangkat dan gelaran.
Air kencing, najis tahi, tahi hidung, tahi telinga, muntah, kentut, segalanya ada dalam perut dan badan kita. Najis-najis kotor inilah yang sentiasa kita bawa ke mana sahaja kita pergi, tidak kira apa darjat dan keturunan. Kentut kamu tetap busuk tidak wangi. Masih lagi mengakui diri atau parti hebat?
Semulia mana pun kita, semua najis ini kita bawa, termasuk santapan diraja.
Sebab itu, kita lihat, orang ego ini merasa dirinya mulia susah sangat untuk meminta maaf, meskipun dia sememang menjadi punca kepada kesilapan yang berlaku.
Orang ego ini terlalu sukar untuk meminta maaf, kerana dengan meminta maaf itu akan merendahkan diri dan memuliakan orang lain untuk mendapat kemaafan itu. Orang (pemimpin) ego pastinya tidak sanggup merendahkan diri sendiri dan memuliakan orang lain dengan permohonan maaf.
Maka benarlah kata-kata, “sorry seems to be the hardest word.” kenapa? Orang yang ego merasakan dia lebih mulia daripada orang yang dilukainya.
Ingat kata-kata ini, meminta maaf itu bukan bermakna kita berbuat salah, orang itu yang betul. Sebenarlah itu adalah makna harga sebuah hubungan atau persaudaraan atau kesatuan jamaah, melampaui sikap ego
Justeru, untuk membuang ego ini, sentiasalah meminta dan mencari kemaafan orang lain. Semua orang buat salah, dan semua orang itu termasuk kita. Semua orang tak sempurna, dan semua orang itu termasuklah kita. Fikirkan sejenak, kenapa dan mengapakah perpecahan dan lompat-melompat ini berlaku. Cuba kaji semua punca dan sebab-musabab itu.
Khalifah Abdul Malik Marwan pernah berkata, semulia-mulia manusia adalah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
Formula PRN Melaka mudah sahaja untuk diselesaikan. Turunkan ego. Maafkan kesalahan sahabat-sahabat kita. Ingat kata-kata Malik Marwan.
Berjemaahlah umatku, turunkan ego kamu, pasti kamu akan menang. Kepada AJK UMNO Bahagian yang menjadi pemandu ehailing, rezeki kamu jauh lebih mulia dan berkat walaupun tidak kaya dan berharta. Apa erti kaya, mulia dan berharta, tetapi hina di mata Pencipta, kerana tiada keberkatan harta.
Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Monday, October 25, 2021
Mana Suara Menteri Pendidikan....
BERTINDAK Mahu Menteri Pendidikan Segera Batalkan Projek Bina SJKC
PUCHONG - Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik mahu Menteri Pendidikan untuk segera membatalkan projek pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di atas tapak yang sepatutnya milik Sekolah Kebangsaan (SK).
“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memang setuju dengan kita dan memang sekeras-kerasnya menafikan dan menyatakan pihaknya tidak tahu menahu tentang status tanah ditukar.”
“Malah, JPN Negeri memaklumkan pihak mereka telah menghantar usul bantahan berhubung isu pertukaran status tanah SK ke SJKC yang disuarakan Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara kepada KPM untuk tindakan lanjut,” kata beliau.
“Menurut sumber yang boleh dipercayai, urusan pindah tanah ini telah dilakukan di zaman pemerintahan PH selama 22 bulan di bawah seliaan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu YB Teo Nie Ching yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, Selangor dari DAP dan kini Ahli Parlimen Kulai,” maklum Pengerusi Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK) ini.
“Bayangkanlah baru 22 bulan mereka memerintah, pelbagai bahana telah mereka tinggalkan,” dakwa beliau.
Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik juga memaklumkan, perkembangan terbaharu isu ini dimana Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah memberi maklum balas mengarahkan pihak terbabit untuk segera menghentikan kerja-kerja pembinaan SJKC tersebut.
“Selepas aduan dihantar dan tindakan susulan, kita terima satu maklum balas daripada MBSJ menerusi satu sisipan surat rasmi berkepala surat dengan logo Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melalui email yang dengan jelas telah mengarahkan pihak terbabit untuk segera menghentikan kerja-kerja kepada SJKC kerana tiada mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.”
“Pihak MBSJ mendapati pihak pemaju tersebut tidak mematuhi syarat-syarat kerja tanah yang telah ditetapkan majlis dan tindakan kompaun serta memberhentikan segala kerja tanah dengan serta merta telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor (pemaju) pada 21 Oktober 2021.” - www.samudera.my

Kronologi Tapak SK Tukar SJKC: Semua Bisu, Pekak Dan Buta
Berikut merupakan kronologi berkenaan isu tapak Sekolah Kebangsaan di Bandar Kinrara 5B(BK) yang ditukar menjadi pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing sepertimana yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik kepada wartawan Samudera.my:
07 April 2021 – Penduduk Bandar Kinrara 5B(BK) dikejutkan dengan pemasangan papan iklan, pembinaan SJKC Too Joon Hing. Sebelum ini, tanah itu telah diwartakan sebagai tanah Sekolah Kebangsaan (SK).
12 April 2021 – Kontraktor mula pasang pagar.
16 April 2021 – Jentera pengorek dibawa masuk.
17 April 2021 – Mereka mula korek tanah. Lori-lori mula masuk untuk angkut tanah.
18 April 2021– Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik, Datuk Armand dan lebih 100 penduduk telah ke tapak tersebut.
Ujar Haji Mohamad Haron, “Kami menyuarakan bantahan pembinaan SJKC ini. Walaupun ianya telah menjadi kecoh, tetapi sehingga 19 Oktober 2021, tiada mana-mana pihak yang datang berunding dengan penduduk atau pun saya sebagai Pengerusi Penduduk BK(5B). Semuanya seperti bisu, pekak dan buta.”
19 April 2021 – Jam 6.30 pagi, lori-lori telah bersusun untuk angkut tanah lagi tetapi telah dihalang oleh Penguatkuasa Jabatan Tanah dan Galian Daerah Petaling. Kawasan tersebut disita dan jentera pengorek telah dikeluarkan dari tapak tersebut dengan segera.
“Ini membuktikan bahawa dari awal lagi mereka belum ada apa-apa kelulusan di tanah SK ini. Mereka telah menceroboh dan mencuri tanah-tanah tersebut. Entah ke mana duit itu pergi,” kata Haji Mohamad Haron.
20 April 2021 – Didapati pihak kontraktor menyambung kerja-kerja memasang hoarding yang ditinggalkan untuk kerja korekan tanah secara tergesa gesa.
21 April 2021 – Kelihatan pihak kontraktor memasang batu-bata di atas jalan raya dan pada ketika ini masih tidak ada seorang pun anggota daripada pihak MBSJ membuat pemantauan dan tidak ada maklum balas daripada pentadbiran MBSJ tentang aduan dan bantahan bertarikh 8 April 2021 di atas kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontaktor.
Pihak penduduk bingung di atas tindakan ini. Seharusnya sebarang pembangunan baru ke atas kawasan tapak yang telah matang, perlu didirikan satu notis makluman kepada penduduk. Kawasan slope dan zon pemampan perlu dikekalkan jika sebarang pembangunan hendak dijalankan.
22 April 2021 – Satu surat aduan dihantar kepada Pengarah Kumpulan SEMESTA bagi memaklumkan kegiatan mengangkut tanah tanpa pengawasan.
10 Mei 2021 – Satu aduan telah dihantar kepada SPRM Putrajaya melalui surat rasmi oleh Pengerusi Wakil Penduduk PPBK5B.
19 Mei 2021 – Wakil penduduk terima satu maklum balas daripada pejabat Menteri Besar Selangor iaitu daripada YB Puan Juwairiya Binti Zulkifli yang merupakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan – JPN Selangor dan mengarahkan agar isu ini diambil tindakan dan diberi perhatian.
31 Mei 2021 – Pihak PPD Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat secara maya yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarahnya iaitu Tuan Hj Musa Ismail, pegawainya En. Nur Shahidan bersama dengan wakil penduduk PPBK5B yang dihadiri oleh Haji Mohamad Haron, Datuk Armand Azha, Encik Redzwan, Encik Azmie dan Encik Hisham. Perbincangan bersama, pihak JPN Selangor telah mengesahkan bahawa pihak JPN Selangor tidak mengetahui tentang isu penukaran status tanah Sekolah Kebangsaan kepada SJKC Too Joon Hing.
01 Jun 2021 – Satu surat maklum balas diterima dari pihak MBSJ iaitu daripada Penolong Pengarah Jabatan Perancangan Bandar bagi pihak Datuk Bandar. Mengikut surat rasmi Majlis Bandaraya Subang Jaya bertarikh 31 Mei 2021, TPr Hasniza binti Husin telah menyatakan bahawa “Penentuan dan pembinaan Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan”.
27 September 2021 – Wakil Pengerusi Penduduk telah menuntut penjelasan daripada pihak MBSJ tentang perkara tersebut di mana Pihak PPD – JPN Selangor yang sepatutnya menentukan perkara ini, tidak mengetahui akan isu penukaran status tanah di Bandar Kinrara 5B ini yang ditukar kepada SJKC.
Pengerusi Wakil penduduk PPBK5B bersama Tn Hj Zainol dan Encik Hisham telah hadir ke pejabat SPRM bagi menyerahkan laporan dan tindakan susulan berhubung isu bantahan ini yang diadukan pada 10 Mei 2021. Terlalu banyak isu yang mencurigakan berhubung penukaran status tanah ini.
4 Oktober 2021 – Pihak penduduk Bandar Kinrara 5B menerima satu notis kosong tanpa “Letter Head” yang dipercayai diterima dari pihak kontrktor pemaju SJKC tanpa pemantauan dari pihak MBSJ. Notis tersebut memaklumkan bahawa kerja memasang keseluruhan hoarding akan dilaksanakan. Sebaliknya mereka telah menyambung kerja korekan tanah dan cerun termasuk menceroroboh zon pemampan.
5 Oktober 2021 – Aduan telah dibuat oleh penduduk kepada pihak Majlis susulan tindakan tersebut. No Aduan: 1886/09/2021-(1), 1833/09/2021-(1), 1710/09/2021-(1), 1825/09/2021-(1), 0234/10/2021-(1), dan lain-lain.
18 Oktober 2021 – Hampir suku dari keseluruhan tanah-tanah berbukit di tapak ini telah berjaya dibawa keluar secara tergesa-gesa. Tiada sesiapa yang dapat menghalang kerakusan mereka ini.
Kesimpulan dan Tuntutan Siasatan Terhadap Isu Bantahan adalah seperti berikut:
1. Lokasi pembinaan terang-terang dimanipulasi dan tiada bancian atau sebarang rujukan dilakukan sebelum pihak Kementerian memberi kelulusan menukarkan status tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) kepada SJKC.
2. SJKC Too Joon Hing adalah sekolah Cina yang ketujuh (7) di kawasan radius 5km di Bandar Kinrara di mana pihak Kementerian seharusnya menilai semula sebelum kelulusan diberikan dan tindakan membatalkan pembinaan ini adalah amat wajar.
3. Pembinaan SJKC di kawasan majoriti penduduk Melayu memang tidak dapat diterima oleh penduduk setempat. Tambahan pula penduduk telah sekian lama menunggu pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) dibina untuk kemudahan dan memenuhi keperluan persekolahan untuk anak-anak mereka di kawasan ini.
4. Kelulusan yang diberi oleh pihak Kementerian Pendidikan dan semua agensi yang bertanggungjawab tidak berintegriti dalam membuat keputusan. Tiada rujukan atau bancian dilakukan dan sekadar memberi kelulusan di atas permohonan yang diterima. Individu yang memberi kelulusan perlu menilai semula keputusan ini dengan kadar segera.
5. Tiada notis perbincangan atau tinjauan dibuat oleh pihak berwajib MBSJ sebelum meluluskan sebarang kerja-kerja pembinaan walaupun aduan telah dikemukakan. Zon pemampan dan cerun asal sekeliling tapak sekolah perlu dikekalkan.
6. Persoalan seterusnya ialah bagaimana sekolah ini yang pernah dirancang dibina di tempat lain dialihkan sewenang-wenangnya di kawasan Bandar Kinrara ini.
7. Terdapat ketidakseimbangan jumlah sekolah antara SJKC dan Sekolah Kebangsaan (SK). Keputusan diambil tanpa ketelusan atau memang wujud “Modus operandi yang terancang” dalam pentadbiran urusan tapak sekolah yang diserahkan oleh pemaju kepada kerajaan melalui PBT dan Kementerian di bawah Unit Dasar Perancang selama ini sehingga wujud lambakan SJKC. Perancangan sebegini perlu disiasat sebelum semua tanah milik kerajaan bertukar hak milik.
8. Dari aspek keharmonian dan perpaduan nasional, pihak ADUN kawasan tidak menjalankan amanah dengan adil dan saksama terhadap penduduk majoriti Melayu yang berhampiran kawasan tapak.
9. Penduduk Bandar Kinrara 5B dan penduduk sekitarnya menuntut pihak berkenaan termasuk Menteri Besar Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, MBSJ, ADUN N30 Kinrara dan semua pihak agar dapat berbincang dalam menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan kembalikan tapak ini kepada pembinaan sebuah Sekolah Kebangsaan yang bercirikan kepada Sekolah Berjiwa Rakyat Malaysia Dan Sayangkan Perpaduan Kaum.
10. Mohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terperinci.

Sumber: www.samudera.my
Arak: Hak Majoriti Dinafikan
DALAM beberapa isu, banyak pihak berhujah mengenai hak majoriti dan minoriti. Pihak yang minoriti perlu mengikut suara majoriti.
Bagaimanapun, dalam isu arak di negara ini adalah di sebaliknya, hak minoriti menjadi lebih penting. Walaupun sudah dibuktikan arak adalah punca kerosakan dan keruntuhan dalam masyarakat, tetapi hak majoriti yang menolak arak telah dinafikan. Di segi undang-undang, majoriti terpaksa berkompromi dengan peminum arak yang minoriti.
Lihat sahaja peraturan baharu melarang penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina di Kuala Lumpur. Sepatutnya dikuatkuasakan 1 Oktober lalu tetapi ditunda hingga 31 Oktober.
Sementara di Parlimen, ada ahli Parlimen berapi-api menentang peraturan baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diputuskan setahun lalu. Bagaimanapun, isu begini, ‘lalat-lalat’ dalam media sosial tidak menyebutnya.
Mereka hanya mengelupur kerana nama arak, kemudian mengambil peluang untuk membelasah ‘sesama sendiri.’ Berbeza dengan sesetengah ahli Parlimen yang mempertahankan ‘sesama sendiri’ dan melabelkan peraturan baharu itu tidak adil kepada peniaga arak.
Tempoh yang diberi sebelum melaksanakan peraturan baharu tidak cukup? Hendak berapa lama lagi? Kerajaan sudah bagi masa setahun sebelum pelaksanaan yang sepatutnya 1 Oktober lalu. Padahal pengguna arak hanya minoriti dan membuat kerja yang merosakkan pula.
Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Dr. Rafidah Hanim Mokhtar menganggap penangguhan peraturan baharu itu adalah keputusan yang sangat mengecewakan.
“Nampaknya kita hanya pandai membuat keputusan tetapi tidak pandai melaksanakannya,” tulis Rafidah di Facebook.
Beliau menambah, “pemberitahuan sejak 15 November 2020 sudah cukup dan tidak drastik. Kami kata, mulakanlah dengan kedai runcit terlebih dahulu terutama yang beroperasi 24 jam kerana kami tidak mahu alkohol dapat diakses oleh golongan muda.”
Apabila disebut majoriti menolak arak, dalam konteks pelbagai kaum dan agama bermaksud menolak kegiatan minum arak yang melampau. Maknanya bukanlah menghalang sepenuhnya penjualan arak. Kompromi begini tentunya sudah amat memadai.
Bagaimanapun, tetap tidak dihargai oleh minoriti. Mereka menuntut hak yang lebih besar. Penjualan arak di kedai runcit yang bersepah itu telah mengambil hak majoriti untuk hidup bebas kesan-kesan yang berpunca daripada arak. Tetapi mereka tidak peduli.
Menagih arak bukan isu individu, sebaliknya melibatkan masyarakat di sekeliling.
Arak datang dengan pakejnya – seks bebas dan jenayah. Seks bebas juga bukan isu individu tetapi memberi kesan yang melibatkan masyarakat. Ini belum lagi ditambah dengan peningkatan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk.
JUS OREN
Hal-hal seperti ini telah merampas hak majoriti untuk hidup tenteram dan aman. Hak untuk melindungi keluarga daripada sesuatu yang mengancam keselamatan fizikal dan mencederakan pemikiran. Tetapi hak itu telah dinafikan apabila arak boleh didapati semudah membeli jus oren dalam tin.
Arak adalah masalah masalah yang dihadapi oleh semua kaum. Melayu, Cina dan India dan lain-lain.
Saya mempunyai banyak kawan dalam kalangan bukan Islam. Sebahagian besar daripada mereka menolak gaya hidup yang berkaitan arak kerana mengutamakan kesihatan. Bagaimanapun, hak mereka juga diambil oleh minoriti penagih arak yang diberikan banyak kelonggaran.
Majoriti masyarakat masih masih berkompromi dan hanya meminta penjualan dan penggunaan dikawal dengan peraturan yang ketat. Kalau boleh, individu yang mengambil arak perlu ada sijil digital seperti MySejahtera yang membuktikan diberi kelulusan oleh pihak berkuasa.
Kelmarin, saya berbual di telefon dengan usahawan buku, Muhammad Nazreen, rakyat Malaysia yang menetap di Muscat, Oman. Perbualan kami berlegar mengenai arak di negara itu.
Kata Nazreen, mengguna, menjual dan membeli arak di Oman sangat menyulitkan, berbagai-bagai peraturan yang terpaksa dilalui sebelum diberi kelulusan untuk mengambil arak.
Premis pula sangat terhad, ini selari dengan undang-undang Islam di negara berkenaan. Individu yang hendak memiliki atau mengguna arak di Oman perlu memohon lesen arak peribadi daripada Polis Diraja Oman.
Selain bayarannya yang sangat mahal, disyaratkan pula kepada setiap individu hanya dibenarkan memiliki tidak lebih dua botol sebulan.
Kata Nazreen, secara umumnya kerajaan Oman melarang penjualan, penggunaan dan pemilikan arak. Bagaimanapun, ada sedikit kelonggaran untuk sektor pelancongan dan kepada ekspatriat di negara itu. Boleh dianggap kelonggaran yang munasabah.
Arak hanya boleh dijual di kedai arak, kedai bebas cukai di lapangan terbang serta hotel dan restoran tertentu yang mempunyai lesen daripada polis. Satu lagi, tempat menjual atau meminum arak hanya dibenarkan sekurang-kurang satu kilometer dari masjid.
Maknanya, kalau ada kemahuan politik, tidak ada masalah untuk mengawal penjualan arak. Tambahan pula fakta tentang arak tidak pernah berubah. Sama ada dari sudut pandangan pakar kesihatan atau ulama, kedua-dua mencapai kata sepakat – arak memudaratkan. Malah dalam semua ujian klinikal tidak ada satu pun yang mengatakan arak itu sama dengan jus oren atau kopi O. Tidak ada.
Saya tertanya-tanya, adakah angka-angka di bawah ini menjadi punca ‘industri’ arak begitu kebal di negara kita. Pada 2019, sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan mengutip RM2.27 bilion cukai industri arak. Semasa PKP, kerajaan kehilangan RM189 juta daripada cukai arak kerana kilang arak tidak beroperasi, pusat hiburan dan kedai arak juga ditutup.
Kerajaan mesti bukan sekadar kelihatan tegas tetapi memang tegas melindungi hak-hak majoriti yang menolak arak supaya tidak dicabul dengan sewenang-wenang.
Malah mesti membuktikan angka-angka di atas tidak pernah menjadi faktor berlembut dalam isu arak.
Kalau tidak berjaya juga maka benarlah keyakinan saya selama ini bahawa isu arak akan terus menjadi modal lebong (penipuan) politik sahaja.
Oleh: Ku Seman Ku Hussain

Perkara Yang Lebih Penting Dilihat Adalah Siapakah Yang Memberikan Lesen Arak Tersebut....
Fikir dulu sebelum beri lesen tambahan arak, judi, ternakan babi
Sangat tidak wajar bagi sebuah negara Islam menjadi pengeluar minuman keras, penternakan babi mahupun pusat judi terbesar di Asia.
Justeru, sudah sampai masanya pihak berkuasa berfikir dua kali untuk memberikan lesen tambahan kepada aktiviti-aktiviti tersebut, kata pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Tidak perlu berlebih-lebih sehingga sebuah negara Islam tidak dikenali sebagai pengeluar (bisnes) makanan halal tetapi lebih kepada yang haram.
“Benar, arak, babi itu adalah makanan orang bukan Islam. Tidak sesiapa menafikan hak tersebut. Tetapi biarkan berpada-pada pengeluarannya,” katanya dalam kenyataan.
Berhubung isu arak jenama Timah beliau menegaskan, perkara yang perlu ditekankan adalah untuk mendidik masyarakat menjauhi minuman keras dan perkara haram lain, bukannya ‘Timah’.
“Perkara yang lebih penting dilihat adalah siapakah yang memberikan lesen arak tersebut. Tidak cukupkah lagi kilang arak dan arak yang terdapat di negara kita?
“Paling penting lagi didik masyarakat tentang haramnya arak dan menjauhinya. Bukan soal nama. Kecualilah mereka meletakkan nama Allah atau nama Nabi
“Ini sekadar nama Timah. Takkan dengan nama Timah (merujuk kepada Fatimah kononnya) kita dengan mudah sudah tergoda dan terkesima,” katanya.
Beliau percaya soal kandungan dalam Timah, umat Islam tidak begitu bodoh sehingga tidak membezakan ia adalah arak.
“Kadang-kadang saya jadi hairan, kenapa kita perlu membuang masa membahaskan perkara remeh seperti jenama arak bernama Timah dan gambar lelaki berjambang tersebut. Secara tak langsung publisiti percuma kepada jenama arak itu,” katanya. - ismaweb.net

Sunday, October 24, 2021
Bahasa Melayu Dan Makan Belacan
“MALU bertanya sesat jalan, malu nak berbahasa Melayu, cakaplah bahasa Inggeris” – Mungkin kata-kata ini tepat ditujukan kepada segelintir orang kita. Kalau kita hendak berbincang pasal tidak mengutamakan bahasa kebangsaan ini, isunya lebih kepada sikap.Iyalah, bukan tak pandai pun. Tak akanlah sudah hidup lama di negara ini tidak boleh berbahasa Malaysia. Mengada-ngadalah. Itu saja.
Beliau membuat teguran itu selepas mendengar jawapan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu yang menyebut perkataan homestay. Kata Rais, ada istilah Melayu bagi homestay itu.
Jawab Dr. Santhara, “Inap desa Yang di-Pertua”.
“Ada istilah dalam bahasa kebangsaan, kita tak pakai,” kata Rais.
Selain Rais, siapa lagi pemimpin kita yang beria-ia bercakap atau menegur pasal bahasa kebangsaan? Adalah, bukan tak ada. Tetapi sekadar beri kenyataan dalam akhbar tetapi dia pun sama dua kali lima, berhabuk guna bahasa Inggeris hatta dalam merasmikan Mesyuarat PIBG sekolah. Yang datang bukan ada warga asing pun, semua rakyat Malaysia. Tapi itulah, tiada standard agaknya bercakap bahasa Melayu.
Bukan saya mahu mengetepikan bahasa Inggeris, bahasa ilmu atau pentingnya ada kemahiran berbahasa lain. Pengajian bahasa lain pun ada ditawarkan di universiti tempatan. Yang mana ini sangat bagus iaitu mahir selain bahasa ibunda dan ada prospek dalam pekerjaan yang memerlukan bahasa asing ini.
Isunya malu dan anggap bahasa kebangsaan kita ini tiada standard. Saya pernah bercerita dalam kolum ini bagaimana seorang ibu cukup bangga memberitahu kawan-kawan dalam grup WhatsApp, anaknya tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi dapat markah tinggi dalam Bahasa Inggeris. Yang peliknya, ramai memuji-muji kepandaian anak itu. Tidak seorang pun, menegur bahawa Bahasa Melayu pun kena mahir jugalah. Ada ibu bapa yang amat rungsing apabila anak lemah dalam bahasa Inggeris, sanggup panggil guru tuisyen tetapi bila Bahasa Malaysia gagal atau cukup-cukup makan, tak apalah.
Saya pernah menghadiri forum dan persidangan di Jepun, China dan Peranchis. Ia dikendalikan dalam bahasa mereka. Ada penterjemah. Perkara ini sangat biasa di sana. Pekerja hotel atau penduduk di sana, bila kita tanya dalam bahasa Inggeris pun, gigih berbahasa mereka. Akhirnya, komunikasi lebih kepada isyarat tangan saja. Di negara ini, tidak begitu. Bila persidangan ada delegasi dari negara luar, semua bercakap bahasa Inggeris. Takut delegasi luar terpinga-terpinga tidak faham. Walhal boleh saja guna penterjemah macam negara lain.
Lepas itu, ada pemimpin-pemimpin negara ini sembang pasal kepentingan bahasa kebangsaan, menasihatkan rakyat begitu begini bila ada seminar berkenaan bahasa yang pastinya membabitkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Alangkah janggalnya telinga mendengar saranan mereka.
Bahasa kebangsaan milik semua. Ia bukan pasal kaum. Ia bahasa komunikasi yang memudahkan kita semua. Tidak akan jadi Melayu seorang Cina atau India berbahasa Melayu dan tidak akan jadi orang putih, Melayu yang berbahasa Inggeris.
Semalam, saya terdengar perbualan dua pemuda berketurunan Cina dan India di kediaman saya. Mereka pekerja penyelenggaraan yang sedang memperbaiki lif.
“Bala, cepat sikitlah aku dah lapar,” kata lelaki yang kami di sini panggil Chai saja. Nama penuh saya tak tahu.
Jawab Bala – “Kau fikir perut kau, saja. Aku pun lapar. Tiba-tiba lalu seekor kucing.
“Jangan bagi kucing masuk lif. Nanti tak tahu kucing itu pergi mana,” kata Chai.
Bala jawab – “Kucing itu tahu tingkat berapa dia duduklah.” Dan mereka berdua tertawa. Saya pun turut tertawa.
Tengok, indah dan mudahnya bahasa kebangsaan digunakan untuk komunikasi semua kaum. Tak ada cacat celanya. Tapi ada saja yang mengada-ngada. Malu cakap Melayu. Bab belacan, budu tempoyak dan petai, laju saja dia makan.- UTUSAN
Ada pula bila bercakap Melayu, pelat pula. Ala keinggerisan. Tapi tak apalah. Asalkan dia tidak malu berbahasa Melayu. Berusaha berbahasa kebangsaan.
Baru-baru ini, Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengingatkan menteri, timbalan menteri dan Ahli Dewan Negara yang mengikuti perbahasan supaya mengutamakan percakapan dalam bahasa kebangsaan.
Beliau membuat teguran itu selepas mendengar jawapan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu yang menyebut perkataan homestay. Kata Rais, ada istilah Melayu bagi homestay itu.
Jawab Dr. Santhara, “Inap desa Yang di-Pertua”.
“Ada istilah dalam bahasa kebangsaan, kita tak pakai,” kata Rais.
Selain Rais, siapa lagi pemimpin kita yang beria-ia bercakap atau menegur pasal bahasa kebangsaan? Adalah, bukan tak ada. Tetapi sekadar beri kenyataan dalam akhbar tetapi dia pun sama dua kali lima, berhabuk guna bahasa Inggeris hatta dalam merasmikan Mesyuarat PIBG sekolah. Yang datang bukan ada warga asing pun, semua rakyat Malaysia. Tapi itulah, tiada standard agaknya bercakap bahasa Melayu.
Bukan saya mahu mengetepikan bahasa Inggeris, bahasa ilmu atau pentingnya ada kemahiran berbahasa lain. Pengajian bahasa lain pun ada ditawarkan di universiti tempatan. Yang mana ini sangat bagus iaitu mahir selain bahasa ibunda dan ada prospek dalam pekerjaan yang memerlukan bahasa asing ini.
Isunya malu dan anggap bahasa kebangsaan kita ini tiada standard. Saya pernah bercerita dalam kolum ini bagaimana seorang ibu cukup bangga memberitahu kawan-kawan dalam grup WhatsApp, anaknya tidak lulus mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi dapat markah tinggi dalam Bahasa Inggeris. Yang peliknya, ramai memuji-muji kepandaian anak itu. Tidak seorang pun, menegur bahawa Bahasa Melayu pun kena mahir jugalah. Ada ibu bapa yang amat rungsing apabila anak lemah dalam bahasa Inggeris, sanggup panggil guru tuisyen tetapi bila Bahasa Malaysia gagal atau cukup-cukup makan, tak apalah.
Saya pernah menghadiri forum dan persidangan di Jepun, China dan Peranchis. Ia dikendalikan dalam bahasa mereka. Ada penterjemah. Perkara ini sangat biasa di sana. Pekerja hotel atau penduduk di sana, bila kita tanya dalam bahasa Inggeris pun, gigih berbahasa mereka. Akhirnya, komunikasi lebih kepada isyarat tangan saja. Di negara ini, tidak begitu. Bila persidangan ada delegasi dari negara luar, semua bercakap bahasa Inggeris. Takut delegasi luar terpinga-terpinga tidak faham. Walhal boleh saja guna penterjemah macam negara lain.
Lepas itu, ada pemimpin-pemimpin negara ini sembang pasal kepentingan bahasa kebangsaan, menasihatkan rakyat begitu begini bila ada seminar berkenaan bahasa yang pastinya membabitkan Dewan Bahasa dan Pustaka. Alangkah janggalnya telinga mendengar saranan mereka.
Bahasa kebangsaan milik semua. Ia bukan pasal kaum. Ia bahasa komunikasi yang memudahkan kita semua. Tidak akan jadi Melayu seorang Cina atau India berbahasa Melayu dan tidak akan jadi orang putih, Melayu yang berbahasa Inggeris.
Semalam, saya terdengar perbualan dua pemuda berketurunan Cina dan India di kediaman saya. Mereka pekerja penyelenggaraan yang sedang memperbaiki lif.
“Bala, cepat sikitlah aku dah lapar,” kata lelaki yang kami di sini panggil Chai saja. Nama penuh saya tak tahu.
Jawab Bala – “Kau fikir perut kau, saja. Aku pun lapar. Tiba-tiba lalu seekor kucing.
“Jangan bagi kucing masuk lif. Nanti tak tahu kucing itu pergi mana,” kata Chai.
Bala jawab – “Kucing itu tahu tingkat berapa dia duduklah.” Dan mereka berdua tertawa. Saya pun turut tertawa.
Tengok, indah dan mudahnya bahasa kebangsaan digunakan untuk komunikasi semua kaum. Tak ada cacat celanya. Tapi ada saja yang mengada-ngada. Malu cakap Melayu. Bab belacan, budu tempoyak dan petai, laju saja dia makan.- UTUSAN
Subscribe to:
Posts (Atom)