Tahukah anda, suatu ketika dahulu, seorang Muslim berwarganegara Nigeria pernah membangunkan teknologi peti sejuk tanpa elektrik.
Mohammed Bah Abba, seorang pensyarah kolej di Nigeria telah mencipta peti sejuk ini menggunakan dua periuk tanah liat; sebuah besar dan sebuah kecil lewat tahun 90-an dahulu.
Menggunakan Sistem Pemeliharaan Penyejukan Periuk Di Dalam Periuk (Pot-in-Pot Preservation Cooling System), beliau berjaya memanjangkan tempoh hayat makanan yang cepat rosak dan basi.
Bagaimana peti sejuk tanpa elektrik ini berfungsi?
Muhammad meletakkan periuk yang lebih kecil ke dalam periuk yang besar. Ruang antara kedua-dua buah periuk itu akan dimampatkan dengan tanah lembap. Setelah makanan dan minuman diisi ke dalamnya, periuk yang kecil akan ditutup dengan kain basah.
Air dari tanah yang dimampatkan akan tersejat ke udara. Proses ini membuatkan suhu periuk kecil menjadi serendah 40°F/14°C!
Makanan yang sebelum ini rosak dalam masa beberapa hari kini tahan lebih dari 20 hari.
Bukan sahaja tidak menggunakan elektrik, peti sejuk ini juga bahkan mudah alih!
Jadi, tidak hairanlah apabila beliau mendapat Anugerah Rolex Untuk Enterprise 2001 atas hasil inovasi ini.
Sebelum meninggal dunia pada tahun 2010, Mohammed Bah Abba mengupah pembuat periuk tempatan untuk menghasilkan ciptaannya sebanyak 12,000 unit dan memberikannya secara percuma kepada penduduk kampung Jigawa, Nigeria.
Semua itu menggunakan duitnya sendiri dan sistem peti sejuk tanpa eletrik yang sampai ke tangan penduduk juga telah ditambah baik sebelum itu. - www.samudera.my
No comments:
Post a Comment