SIAPAKAH yang meluluskan semua nama-nama kalau bukan DBKL. Salah siapa?
Pemaju ada peduli dengan identiti dan jati diri negara. Mereka langsung tidak fikir tentang itu. Mereka hanya fikir keuntungan.
Peliknya, kenapa PBT langsung tidak ‘edit’ atau komen nama-nama yang dikemukakan?
Jawapan mudah, jati diri sudah mati walau pun bergelar Melayu. Salah siapa jika Kuala Lumpur jadi London.
Di Pulau Pinang usahlah cerita. Sudah langsung hilang jati diri dan identiti. Lebih-lebih lagi bila ultra kiasu memerintah. Mahu kata apa?
Salah siapa?
Hina sangat kah nama Bangsar Selatan sehingga menjadi Bangsar South. Banyak sangat nama-nama bangunan ‘inggeris’ dalam bangunan. Hatta, Bank Bumiputera jadi CIMB, hilang terus nama Melayu. Salah siapa?
Begitu juga dengan GLC yang lain. Hatta, Tabung Haji pun. Salah siapa?
Pergilah ke bandar-bandar lain seperti Ipoh, Georgetown, Seremban dan lain-lain, semuanya sudah jadi London.
Ini belum bincang soal soal nama-nama kedai dan iklan-iklan yang bergantungan. Salah siapa? Siapa yang meluluskan kalau bukan mereka yang bernama Melayu.
Wahai PBT, kamu sudah buta mata hati kah sehingga sanggup gadaikan semua maruah dan harapan negara.
Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment