Saturday, December 18, 2021

Hanya UMNO Yang Galak Desak PRU15 Dipercepat, Parti Lain Tidak

Berasa parti telah cukup kuat, UMNO sekarang ini yang turut menjadi sebahagian daripada kerajaan begitu galak mendesak supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera, sedangkan tempoh akhir penggal Parlimen ke-14 masih berbaki lebih setahun lagi.

Kerana kuasa yang dimiliki dalam kerajaan pimpinan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak mutlak, kepimpinan tertinggi parti sanggup mengetepikan keperitan rakyat berdepan pandemik Covid-19, demi untuk merebut kedudukan lebih baik.

Tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh sekarang ini setelah dimalukan pada peringkat global dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia yang melibatkan pimpinan tertinggi parti itu, UMNO dilihat mahu membalas denda kerana kali pertama dalam sejarah negara, parti itu tidak lagi menjadi kerajaan setelah PRU14.

Menjadi sebahagian daripada kerajaan sekarang ini pun kerana perpecahan di dalam Pakatan Harapan, bukan disebabkan UMNO menang PRU.

Jika tidak kerana Bersatu menarik diri daripada PH dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM), maka kekal lah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikerusi Ketua Pembangkang di Parlimen yang didudukinya pada Mei 2018.

Jika tidak dengan langkah awal Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pertemuan di Hotel Sheraton, jangan harap UMNO berada dalam kerajaan sekarang.

Tetapi sudah menjadi sikap UMNO yang dididik turun temurun sejak lebih 60 tahun lalu untuk sentiasa menganggap parti itu paling besar, paling berpengaruh, paling baik dan paling bijak (termasuk bijak menyembunyikan skandal kewangan terbesar dunia).

Sudah dididik supaya UMNO menjadi rakus dalam kuasa, menjadi seperti ‘seperti Belanda minta tanah’ ‘diberi berkuku hendak mencengkam’, hanya parti itu kini yang tidak henti-henti meratib supaya PRU15 diadakan segera.

Lantaran keengganan Muhyiddin ‘membebaskan’ pemimpinnya daripada tuduhan jenayah di mahkamah, 15 Ahli Parlimen (MP) UMNO diketuai Zahid sendiri, menjadi pengkhianat bangsa dan agama dan pembelot, apabila menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Tidak mahu negara kembali ditadbir PH, PN memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri untuk menggantikan Muhyiddin sebagai PM, sekali gus mengembalikan jawatan nombor satu negara itu kepada UMNO, menafikan cita-cita Zahid menduduki kerusi itu.

Namun, disebabkan UMNO tidak mempunyai kuasa mutlak dalam kerajaan, sesetengah pemimpin parti itu termasuk Pemuda dan Puterinya kini mula mendesak PRU15 diadakan.

Desakan menekan Ismail Sabri itu dipercayai diatur pihak yang bersekongkol dengan Presiden UMNO yang mahu meletakkan semula Zahid ke kerusi PM, walaupun kes mahkamah masih berjalan.

Kerakusan untuk berkuasa dan tidak mempedulikan orang lain sudah lama ditanam di dalam jiwa orang UMNO.

Di saat pandemik Covid-19, ditambah lagi dengan kemunculan varian baharu Omicron yang paling pantas menular berbanding varian sebelum ini, UMNO mahu mendedahkan rakyat negara ini kepada risiko jangkitan penyakit membawa maut ini.

Parti-parti politik lain tidak pula membuat desakan demi desakan supaya diadakan segera PRU15, tetapi UMNO berbeza kerana mereka hanya memburu kuasa dan kepentingan diri.

Semakin banyak bahagian UMNO yang membuat desakan mengadakan segera PRU15, semakin terbuka luas mata rakyat melihat kerakusan parti itu. - www.agendadaily.com

No comments:

Post a Comment