Friday, December 10, 2021

Peniaga Melayu Tiada Tempat Di Mahkota Sentral?

JIKA ke Pasar Mahkota Sentral di Bandar Mahkota Cheras, Selangor, pasti merasakan seperti berada di China apabila perniagaan di sana dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja.

Begitu juga ruang medan selera yang terletak di dalam bangunan tersebut yang diusahakan oleh tiada Melayu.

Sebelum ini beberapa peniaga Melayu bertanyakan peluang untuk berniaga di sana, namun perlu terikat dengan peraturan yang tidak membenarkan peniaga menjual minuman kerana sudah ada gerai menjual minuman secara berpusat.

Sebagai orang Islam, kita sentiasa peka tentang usul halal dan haram. Mustahillah pembeli membeli makanan di gerai Muslim tetapi terpaksa pula membeli minuman di gerai bukan Melayu yang belum pasti status halal.

Disebabkan syarat sebegitu, ramai bakal peniaga tidak bersetuju untuk berniaga di Pasar Mahkota Sentral. Ini menyebabkan sektor perniagaan di sana dimonopoli oleh satu kaum sahaja.

Setahu saya, pengurusan pasar berkenaan di bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Namun, tidakkah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berasa pelik dengan ketidakseimbangan peniaga antara kaum?

Mengapa mereka berdiam diri dan bersikap tidak adil kepada peniaga Melayu? Hal sama berlaku di pasar pagi di situ. Bukan Melayu merupakan peniaga terbesar. Kasihanilah kaum lain yang juga mahu mencari nafkah dan mengembangkan ekonomi keluarga.

Apa salahnya kita berkongsi ruang perniagaan untuk sama-sama maju? Mengapa perlu ada penindasan terhadap peniaga Melayu sedangkan pasaran untuk masyarakat Melayu/Islam itu ada, cuma ‘disorokkan’ oleh golongan tertentu.

Saya berharap PBT dapat lakukan sesuatu dengan membolehkan peniaga Melayu diberi peluang yang saksama untuk berniaga dan memajukan ekonomi mereka.

PENIAGA YANG TERANIAYA
Bandar Mahkota Cheras, Selangor

No comments:

Post a Comment