Wednesday, December 1, 2021

Inilah Hasil Kelemahan Pemimpin Melayu Kerana Terlalu Beri Muka

DAP ‘meroyan’! Kenapa sensitif sangat dengan Jawi?: Netizen
BANGI – Isu penolakan terhadap tulisan Jawi dalam kalangan parti dan pertubuhan rasis di negara ini bukanlah perkara baru, bahkan ia perjuangan yang seolah-olah mahu identiti bangsa Melayu serta negara Malaysia itu ‘dikuburkan’.

Sebelum ini, pelbagai polemik dicetuskan DAP dan MCA berkaitan isu tulisan Jawi, yang dilihat sebagai ‘ancaman’ melampau sehingga segala usaha memperkasakannya terbantut ekoran sikap ekstrem mereka.

Terbaharu, beberapa wakil rakyat DAP dan MCA menuntut papan tanda Jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) diturunkan, kononnya langkah itu ke arah usaha menghapuskan pendidikan vernakular.

Tuntutan itu dibuat parti berkenaan selepas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang membekalkan papan tanda nama sekolah dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi kepada dua sekolah – SJKC Yoke Hwa dan SJKC Kee Wha – tetapi tidak dalam aksara Cina.

Tindakan itu menyebabkan pemimpin dan wakil rakyat DAP ‘meroyan’ serta membidas langkah berkenaan kononnya bertentangan dengan slogan ‘Keluarga Malaysia’ kerajaan Pusat.

Tindakan parti itu sekali gus mengundang kecaman rata-rata pengguna media sosial yang menyifatkan DAP semakin melampau dan menyerlahkan sikap anti-Melayu serta anti-Islam mereka.

“Tengok tulisan Jawi saja dah meroyan, betapa tebalnya kebencian dan rasisnya sebahagian puak ini untuk mendoktrinkan pemikiran puaknya agar membenci Islam dan Melayu,” kata Alfakih Illalah.

“Sah tidak ada rasa hormat pada orang Melayu. Kenapa rasa sensitif sangat dengan tulisan Jawi? Otak tak ada pengetahuan sejarah langsung,” kata pemilik akaun Pak Non.

Sebahagian netizen juga menggesa JPN Pahang supaya tidak melayan tuntutan parti tamak haloba itu, memandangkan SJKC juga tiada dalam Perlembagaan dan tidak sepatutnya wujud lagi menerusi sistem pendidikan negara.

“Mana satu yang lebih penting, hormat budaya SJKC atau hormat Perlembagaan negara?,” soal Ritz Juan.

Serentak itu, netizen mendesak bangsa Melayu untuk terus mempertahankan hak yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan bagi mengelakkan wujudnya sikap ‘kaduk naik junjung’.

“Ini adalah hasil kelemahan pemimpin-pemimpin Melayu yang terlampau memberi muka kepada bangsa Cina dan India dari dulu hingga sekarang,” kata Othman Arshad.

“Mereka ini nak memiliki negara. Jika ada pemimpin Islam Melayu yang bekerjasama, lagi mudah mereka capai apa yang mereka mahu,” kata Mizal Zal. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment