Tuesday, March 23, 2021

Tiada Beza UMNO, Tin Kosong?

UMNO adalah sebuah parti yang cukup berpengalaman dan matang berikutan sudah begitu lama berada di arena politik.

Sejak ditubuhkan pada 1946, nama UMNO begitu gah, malah banyak melakukan pembaharuan dalam memajukan negara.

Namun, semangat tersebut semakin hilang apabila rata-rata pemimpin yang ada sekarang hanya kemaruk untuk memegang jawatan sehingga menyebabkan pengundi kecewa dengan hala tuju perjuangan yang masih nampak kabur.

Beberapa pemimpinnya mendakwa UMNO cukup berpengalaman dalam politik dan pentadbiran kerajaan. Saya ingin bertanya, bidang apa yang mana satu?

Kita sudah memasuki 2021, namun UMNO dilihat masih mencari ramuan dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum. Mengapa ketika berpeluang mentadbir negara, mereka tidak melaksanakan sekolah satu aliran seperti yang dilakukan di Singapura?

Ini kerana sekolah satu aliran menggunakan bahasa Melayu dilihat satu-satunya cara untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa.

Kegagalan tersebut menjadi antara punca masyarakat muak kepada pemimpin UMNO. Jika berucap di Perhimpunan Agung UMNO cukup hebat, boleh mercik keluar api, namun tiada pelaksanaan. Ia boleh diibaratkan seperti tin kosong.

Oleh: OMAR LOLO
          Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment