Wednesday, March 17, 2021

Kamu Akan Dianggap Wira Jika Kamu Biasa Mempertikaikan Tentang Bangsa Melayu Dan Islam...

DAP wajah baharu politik Malaysia?
PETALING JAYA: Menyediakan platform dan mengangkat sua­ra orang muda menjadikan DAP sebagai sebuah parti yang tetap utuh, sekali gus meletakkan mereka wajah politik masa depan negara.

Malah lebih sebahagian calon wakil rakyat DAP sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) melibatkan ahli parlimen dan Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) berusia bawah 40 tahun membuktikan suara orang muda parti itu berbanding parti politik lain.

Situasi ini berbeza dengan parti-parti politik lain yang ma­sih dido­minasi dengan golongan veteran dan ‘warlord’ hingga menyebabkan anak muda muak dengan permainan politik masing-masing.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Ketua Kebangsaan DAPSY, Muhammad Shahkir Ammer Mohideen berkata, walaupun DAP dimomokkan dengan parti orang Cina, namun mereka menerima banyak penyertaan dan sokongan khususnya anak muda daripada pelbagai latar dan profesional.

Katanya, suara anak muda tidak pernah dipinggirkan dalam parti, malah mereka diangkat menjadi calon pilihan raya. Bahkan hampir 50 calon wakil rakyat pilihan raya lalu berusia bawah 40 tahun.

“Perkara ini meletakkan DAP kukuh walaupun ditawarkan pelbagai habuan untuk melompat parti. Namun sejak pilihan raya umum lalu jumlah bilangan ahli Parlimen tetap 42 orang meski­pun ada sejumlah wakil rakyat parti lain melompat.

“Hal ini kerana wakil rakyat DAP mempunyai idealisme rak­yat, bukannya demi mengaut habuan politik semata-mata,” ka­ta­nya.

Akhbar ini semalam melaporkan, DAP memiliki ke­dudukan terbesar di Dewan Rak­yat berbanding parti lain dengan penguasaan 42 ahli parlimen berpotensi menge­tuai pakatan politik terkuat.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda DAPSY Johor, Sheikh Umar Ali berkata, parti itu bukan sahaja ingin menarik sokongan rakyat malah memberi platform sewajarnya untuk orang muda bersama terlibat menerusi program politik, misi kemanusiaan dan sukarelawanan.

Katanya, meskipun mempu­nyai 170,000 ahli, DAP memperoleh sokongan padu sewaktu pilihan raya sebelum ini, sekali gus membantu pakatannya me­rampas kerajaan daripada Barisan Nasional (BN).

“Kita bukan sahaja mahu menarik sokongan tetapi mahu mereka terlibat dalam program DAP tidak kiralah sama ada perlu menjadi ahli atau tidak, asalkan mereka terbabit sama dengan program dianjurkan secara dalam talian atau bersemuka. Perkara ini dapat dilihat menerusi penyertaan anak-anak muda pelbagai latar belakang dan membuka ruang seluasnya untuk mereka.

“Sejak beberapa siri pilihan raya lalu, kita berjaya menarik sokongan anak muda khusus orang Melayu dan mengajak mereka untuk sama terlibat dalam setiap program dianjurkan,” katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, DAP lebih menitikberatkan kerjasama dan kesamarataan untuk faedah bersama dan dibuktikan apabila lebih banyak berkorban serta menyumbang da­ripada menuntut untuk jadi hero.

“Buktinya, meskipun DAP parti terbesar dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) di Johor, Perak, Melaka dan Selangor, namun tidak menuntut untuk menjadi ketua kerajaan walaupun DAP mempunyai calon yang sesuai sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. – UTUSAN

1 comment:

  1. Kami tidak mahu dianggap dayus & pengkhianat bangsa seperti kamu yg membiarkan & membenarkan Bahasa & Bangsa Melayu diremeh2kan oleh bangsa2 lain...Terutama bangsa Melayu sendiri seperti kamu !

    ReplyDelete