RAKYAT Malaysia perlu berfikir jauh dan matang. Jadikan syarak sebagai neraca utama ketika memilih pemimpin atau kerajaan. Usah tertipu dengan kata-kata manis ahli-ahli parti politik yang kemaruk kuasa dan harta. Saya tidak mengatakan mereka ahli politik atau politikus kerana senario yang ada menunjukan bahawa sebahagian besar ahli politik yang ada menjadikan parti sebagai batu loncatan untuk memperolehi kuasa dan harta semata- mata. Mereka bukan politikus yang berjuang untuk survival agama, bangsa dan negara.
Ucapan Ketua Polis Negara menjelang umur persaraan menunjukkan kepada kita siapa ahli politik sebenarnya. Kalau kita fikir secara mudah, jika badan penguatkuasa undang-undang terutamanya PDRM pun tidak menyenangi kerenah ahli politik, bagaimana pula jabatan-jabatan lain. Mungkin lebih teruk dan parah.
Syabas kepada IGP yang berterus-terang dan telus. Kerenah ini mungkin telah lama berlarutan dan semakin parah. Cuma tidak diceritakan oleh mereka yang terlibat. Mereka simpan dalam memori asalkan persaraan aman dan bahagia dengan keistimewaan faedah persaraan yang mereka perolehi.
Kita suka melihat Parlimen bersidang dan berfikir untuk menyelesaikan kemelut negara tetapi berdasarkan kepada persidangan yang telah lalu tiada apa yang boleh dibanggakan. Persidangan sumpah seranah dan bertujuan untuk menjatuhkan pihak lawan. Mereka menjadikan Parlimen untuk bertikam lidah dan tempat untuk melepaskan geram dan dendam kesumat.
Di luar dewan mereka laungkan semak dan imbang tetapi di dalam dewan ibarat manusia histeria dan meroyan. Berlakon dan bersandiwara memang rukun ahli parti politik demi undi dalam pilihanraya. Bila sentimen agama menjadi isu utama masyarakat maka mereka akan berlakon sebagai pejuang agama. Mereka akan berlakon seolah-olah mereka pengejar syahid. Begitu juga bila isu survival bangsa dan negara mereka akan bersandiwara sebagai pejuang tanah air yang terbilang. Mereka pejuang negara yang ulung.
Cuma yang peliknya bila timbul isu harta dan kekayaan mereka akan simpul sekemas-kemasnya menyembunyikan harta mereka agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bagaimana cara untuk memperolehi dan menyimpan itu menjadi rahsia mereka.
Hatta di mahkamah pun mereka berhempas pulas dengan pelbagai cara untuk menutup harta kekayaan milik mereka. Halal dan haram bukan menjadi perkiraan lagi. Seolah-olahnya halal untuk mereka, haram untuk dimiliki oleh orang lain.
Persoalannya adakah ahli politik ini perlu dikembalikan untuk memerintah Malaysia dan mengharapkan mereka untuk menyelesaikan kemelut negara. Mereka ibarat pesakit tenat yang menunggu sakratul maut.
Malaysia memerlukan pemimpin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Pemimpin yang kuat dan amanah. Cukup dengan tempoh yang berlalu kita dipimpin oleh pemimpin yang tidak berakhlak serta tidak amanah. Pemimpin yang mengejar kuasa dan kekayaan peribadi semata-mata tetapi berlakon sebagai pejuang agama dan bangsa.
Oleh: Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kelantan

No comments:
Post a Comment