Antara anugerah Tuhan pada mereka ini adalah kemampuan mereka untuk fokus serta mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam satu-satu perkara.
Mereka cukup detail dan mempunyai ingatan yang tajam
Mereka juga lebih mengutamakan logik berbanding emosi dalam bertindak.
Disebabkan itu, Israel merekrut mereka untuk bertugas di bawah sebuah pasukan perisikan khas yang dikenali sebagai Unit 9900.
Unit 9900 ini tugas utama mereka adalah semua yang berkaitan dengan geografi termasuk bab-bab pemetaan, tafsiran kawasan, menganalisa foto-foto satelit etc.
Di sinilah Isreal 'mengambil kesempatan' terhadap anak-anak autism ini dengan mengambil dan menggajikan mereka untuk berkhidmat dalam unit berkenaan.
Kelebihan mereka duduk depan komputer lebih lapan jam mengkaji data-data, ketajaman membezakan walaupun sekecil perkara di atas gambar dan peta adalah satu perkara yang tak mungkin boleh dibuat oleh askar biasa dan di sinilah tentera Israel menggunakan 'kelebihan' insan-insan istimewa ini.
Untuk rekod, ramai manusia pintar di muka bumi ini adalah mereka yang austism....antaranya Albert Einstein, Bill Gates, Steve Jobs (sekadar menyebut beberapa nama)
Tetapi malang sekali dalam masyarakat kita, dalam berbicara tentang anak-anak istimewa, kita lebih 'mengagungkan' kelemahan mereka berbanding kelebihan yang mereka miliki.
Kita hanya pandai menggelarkan mereka 'insan istimewa' sedangkan hakikatnya kita hanya memandang mereka SEBELAH MATA.
Begitulah - www.facebook.com/syahrilkadir
No comments:
Post a Comment