Monday, May 10, 2021

Kearah Menukar Identiti Negara Malaysia Apabila Bahasa Kebangsaan Di Pinggirkan....

Keadaan makin parah, kerajaan sendiri suburkan akar vernakular
Laporan bahawa terdapat sebanyak 1,301 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dibina di Malaysia dengan 127 sekolah baharu dibangunkan sejak lebih 20 tahun lalu nyata mengejutkan.

Menilai situasi itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, mereka seolah-olah sedang sedaya upaya memperkukuhkan kedudukan sekolah vernakular dengan membina dan memberi peruntukan sebanyak mungkin.

“Nampaknya aspirasi rakyat untuk memperkasakan identiti dan jati diri negara semakin terhakis dan semakin cair.

“Kerajaan hanya membuatkannya lebih parah dengan menyuburkan akar penyebabnya; sekolah vernakular kerajaan (SJKC),”
katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bahkan, katanya, tidak mustahil mereka sudah bersedia menjadi sistem alternatif gergasi yang stabil jika perlu diswastakan satu hari nanti.

Terdahulu, Oriental Daily melaporkan sebanyak 127 buah SJKC telah dibina bermula tahun 1997 hingga 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soong berkata, jumlah SJKC yang dibina di negara ini setakat tahun 2020 adalah sebanyak 1,300 buah, sementara pada 2021 jumlahnya meningkat 1,301.  - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment