Saturday, May 22, 2021

Di Mana Kewarasan Kita?

Agak terkilan apabila kenyataan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong menyeru rakyat bersolidariti dengan aspirasi rakyat Palestin untuk mengecapi sebuah negara merdeka dan berdaulat telah dikecam oleh sebilangan bukan Melayu di negara ini yang tidak berhati perut, tidak ketinggalan orang Melayu sendiri.

Tidakkah kita membaca kata-kata seperti you don’t need to be Muslim to stand for Gaza. You just need to be human. Di manakah hilang sifat kemanusiaan kita sebagai seorang manusia yang menghirup udara nyaman di bumi bertuah ini?

Tahukah anda, bangsa Palestin adalah kaum pribumi di tanah air Palestin, seperti orang Melayu di bumi Melayu ini. Selama 673 tahun di bawah Kesultanan Uthmaniah, tanah air Palestin hidup rukun damai bersama-sama kepelbagaian masyarakat antaranya Yahudi asal dan Kristian Katolik. Tetapi disebabkan Perjanjian Belfour pada 2 November 1917 menyebabkan sebahagian Palestin diserahkan kepada British. Bermulalah penghijrahan Yahudi Askhenazi ke Palestin melalui Gerakan Zionisme.

KAZAR
Gerakan Zionisme diasaskan oleh Theoder Herzi pada 1897 yang ingin mewujudkan sebuah negara untuk Bani Israel di Palestin. Kaum Yahudi Askhenazi bukan daripada kaum Bani Yahudi asal. Bani Yahudi terdiri daripada 12 kaum yang mana sebahagian besarnya dibunuh semasa berlaku holocaust ketika Perang Dunia Kedua oleh Adolf Hitler yang juga seorang Yahudi Askhenazi. Hitler pernah berkata: “Aku boleh bunuh semua Yahudi ketika aku berkuasa, tetapi aku sengaja tinggalkan sedikit untuk bersama kamu hari ini, supaya kamu berfikir kenapa aku bertindak sedemikian.” Pernahkah kita renungkan kata-kata Hitler ini?

Asal usul Yahudi Askhenazi adalah dari pergunungan Kaukasus iaitu bangsa Khazar. Empayar Khazaria yang didirikan oleh bangsa Khazar ini memilih untuk memeluk agama Yahudi dan bukannya Islam atau Kristian. Ini disebabkan bangsa Khazar ingin menyeimbangkan antara dua kuasa agama pada masa itu iaitu Empayar Byzartin yang beragama Kristian dan Empayar Abbasiyyah beragama Islam. Semasa kurun ke-10, bangsa Rus dari Rusia berjaya meruntuhkan Empayar Khazar menyebabkan sebahagian besar bangsa Khazar menjadi diaspora ke Eropah.

Akhirnya semasa kurun ke-12, bangsa Monggol sekali lagi datang meranapkan dan menghapuskan sisa baki bangsa Khazar di wilayah pergunungan Kaukasus. Ini akhirnya menyebabkan bangsa Khazar kehilangan tanah air dan mereka berhijrah ke Eropah dengan nama baharu iaitu Yahudi Askhenazi. Sebahagian besar mereka berhijrah ke Jerman, Perancis, Austria dan lain-lain ceruk Eropah.

Kedatangan mereka menyebabkan Eropah sering berkonflik antara satu sama lain. Malahan Yahudi Askehnazi juga menyelewengkan sebahagian ajaran Kristian asal.

Akhirnya golongan Yahudi Askhenazi memperkenalkan fahaman dan ideologi komunis, sosialis, liberalis, nasionalis dan sebagainya yang memisahkan manusia daripada pegangan agama. Malahan ideologi dan penguasaan Yahudi Askhenazi dalam politik dan ekonomi Eropah menyebabkan mereka sangat berpengaruh berbanding penduduk Eropah asal. Akibatnya penduduk Eropah asal hidup dalam kemiskinan dan sentiasa mencurigai antara satu sama lain disebabkan hasutan dan dengki Yahudi Askhenazi.

ROM
Namun, lama-kelamaan penduduk Eropah asal mula menyedari tindakan dan rancangan Yahudi Askhenazi, maka berlakulah kempen pengusiran keluar dan pemboikotan ke atas Yahudi. Kempen ini akhirnya memangsakan kaum Yahudi Asal yang telah lama meninggalkan Palestin sejak 722 Sebelum Masihi selepas Empayar Assyria menakluk kerajaan Israel Samaria. Pada 132 Sebelum Masihi, kaum Yahudi Asal tidak lagi dibenarkan masuk ke Baitulmaqdis oleh kerajaan Empayar Rom.

Akibatnya, kesemua 12 kaum bani Yahudi Asal terpaksa diaspora ke Eropah dan tinggal sebagai kaum gipsi. Kaum Yahudi Asal sebenarnya tidak mahu kembali lagi ke Palestin. Pembunuhan holocaust ditujukan kepada kaum Yahudi Asal yang pada masa itu 98 peratus manakala Yahudi Askehnazi adalah dua peratus.

Bermula sebagai pendatang di Palestin sejak 1920, lama-kelamaan banyak tanah diperdayakan untuk menjadi milik Yahudi Askhenazi. Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Jeneral Sir Henry Gurney yang mengetuai serangan di Palestin berjaya merampas sejumlah besar wilayah Palestin. Beliau berjaya menubuhkan ibu negeri Tel Aviv dengan pengasasan sebuah negara Israel pada 1948.

Sejak 1948, Israel melakukan penjajahan, penjarahan dan peperangan untuk menghalau dan membunuh seberapa ramai rakyat Palestin sama ada beragama Islam atau Kristian.

Disebabkan Israel yang mendominasi media antarabangsa, mereka memaparkan rakyat Palestin sebagai pengganas dan Israel adalah mangsa keganasan Palestin.

Jadi, mengapakah perlu bertindak kurang adab ke atas seruan Yang di-Pertuan Agong bagi mengembalikan keadilan dan kemanusian kepada rakyat Palestin?

Adakah benar kehidupan bukan Melayu telah ditindas dan dirampas hak untuk hidup aman damai di negara ini? Bersyukurlah kerajaan masih mempunyai sifat keadilan dan kemanusian walaupun diuji dengan impak pandemik Covid-19. Masalah yang dihadapi negara pada masa kini adalah disebabkan kedegilan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

INGKAR
Disebabkan ingin menunjukkan kuasa dan suara anda supaya darurat digantung dan Parlimen dibuka tanpa mempedulikan nyawa dan kesihatan umum, maka dikatakan Yang di-Pertuan Agong berlaku tidak adil dan tidak mempedulikan nasib orang awam. Adakah semuanya salah kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong tanpa melihat siapakah yang degil dan ingkar arahan pematuhan SOP Covid-19?

Apabila kerajaan bertegas, dikatakan kerajaan tidak ada sifat kemanusiaan. Apabila kerajaan berlembut, dikatakan kerajaan gagal bertindak. Di manakah kewarasan anda apabila buat yang itu salah, buat yang ini pun salah?

Semuanya salah. Yang betul adalah anda sendiri. Itu namanya mementingkan diri dan bukan mementingkan kemashalatan awam dan negara.

Oleh: Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
          dan Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah

No comments:

Post a Comment