AKHIRNYA pada Jumaat lalu, Zionis Israel mengangkat bendera putih apabila setuju gencatan senjata selepas 11 hari gagal menundukkan pejuang Hamas. Usul gencatan senjata datang daripada Amerika Syarikat (AS) sekali gus memaksa Zionis Israel menghentikan keganasan di wilayah Gaza.
AS menjadi pemain utama dalam setiap siri keganasan di Palestin. Israel menjadi proksi AS mengawal kepentingannya di dunia Arab sekali gus mendominasi geopolitik Asia Barat dalam gagasan penstrukturan politik kawalan.
Tindak balas Hamas pada 12 Mei lalu, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri dilihat penganalisis geopolitik sebagai luar biasa. Kemaraan Hamas mengejutkan, teknologi senjata mereka jauh ke depan berbanding sebelumnya. Mereka bangkit tanpa lelah. Lokasi strategik Zionis dibolos dan berkeupayaan mengelak penangkis roket, Iron Dome Zionis Israel.
Hasilnya depoh senjata, pusat komersial dan lapangan terbang terbongkang. Terkini, Zionis Israel terpaksa menutup operasi pelantar gas Tamar walaupun terpaksa menanggung kerugian besar yang dianggarkan AS$6 juta (RM24.8 juta) sehari kerana ancaman peluru berpandu Hamas.
Awalnya ketika keganasan memuncak, AS menerusi Presiden Joe Biden menghubungi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan sokongan padu kepada Israel. Begitu juga penegasan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin kepada Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz.
Selain dana ketenteraan AS$3.8 bilion (RM15.7 bilion) setahun, ketika keganasan memuncak, Biden meluluskan penjualan senjata peluru berpandu bernilai AS$735 juta (RM3.03 bilion) kepada Zionis Israel. Bagaimanapun, dia berdepan tekanan daripada ahli Parlimen Demokrat yang mendesak supaya perjanjian penjualan senjata itu dibatalkan.
Hamas yang pada relatifnya serba kekurangan dari segi ketenteraan, kecuali semangat yang sangat tinggi itu berdepan dengan kuasa besar AS, bukan Zionis Israel.
AS telah mencetuskan krisis kemanusiaan yang genting di Palestin apabila membiayai pembunuhan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.
BIADAB
Jumaat lalu, Biden telah berubah fikiran dan mengarahkan Zionis Israel merangka gencatan senjata dengan Hamas. Ini bertentangan dengan kenyataan awal menyokong tindakan keganasan terhadap Palestin.
Netanyahu pada mulanya tidak mempedulikan arahan AS supaya membuat gencatan senjata, dengan angkuh berkata, “selagi misi belum selesai, kami tidak akan berhenti.” Bagaimanapun, akhirnya mengalah kerana kemaraan Hamas yang sangat luar biasa.
Seperti biasa, keganasan dimulakan oleh Zionis Israel dan Hamas terpaksa mempertahankan diri. Kalau kita masih ingat, 27 hari sebelum Hamas melancarkan roket pertama pada 10 Mei, polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan mensabotaj dengan memotong wayar pembesar suara.
Ini berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa. Pada 7 Mei hari Jumaat terakhir Ramadan, sekali lagi polis Israel menyerbu Al-Aqsa, bertindak lebih biadab.
Mereka menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyurai jemaah. Pada 10 Mei, pejuang Hamas bertindak membebaskan Al-Aqsa, tetapi polis Israel membalas dengan mencederakan 305 orang awam yang berada dalam masjid.
Dipetik daripada sumber pihak berkuasa Palestin sehingga rencana ini ditulis pada Jumaat, sebanyak 107,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal, 40,000 orang kini menumpang di tempat perlindungan, kerosakan harta benda dianggarkan AS$322 juta, dan lebih 1,300 rumah ranap sepenuhnya akibat serangan Zionis Israel.
Bagaimanapun, sejak meletus keganasan, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) belum berbuat apa-apa. PBB dikembirikan, tidak berperanan sewajarnya apabila AS diberi kuasa veto sekali gus menyalahgunakan keistimewaan itu.
AS lebih menjaga kepentingannya Yahudi berbanding keamanan sejagat. Maka tidak hairanlah kalau PBB dilihat sebagai gajah kini menjadi bangkai gara-gara kuasa veto AS.
Oleh kerana itu, biarlah siapa pun diangkat sebagai Presiden AS, semua dasar luar telah dibingkai oleh pelobi-pelobi Yahudi. Puak inilah yang menentukan kalah atau menang seseorang calon Presiden semasa pilihan raya– sama ada Republikan atau Demokrat.

PROPAGANDA
Sebenarnya sudah dua kali Majlis Keselamatan PBB terutama oleh Perancis melobi sokongan untuk mengutuk keganasan Israel. Tetapi seperti biasa, usul seperti itu terhalang oleh kuasa veto AS dalam Majlis Keselamatan.
Maka desakan supaya Zionis Israel mengusahakan gencatan senjata kerana kegagalan menundukkan Hamas, bukan demi kemanusiaan dan keamanan sejagat. Sebelum ini
AS berjaya normalisasi Israel di dunia Arab. Pada Ogos tahun lalu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi menjalin hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara haram Israel.
Kilang propaganda media Barat bergerak serentak memanjang naratif Hamas sebagai pertubuhan pengganas, dan hampir semua laporan menyelitkan istilah ‘militan’ bagi merujuk pejuang Hamas. Walaupun populasi Yahudi pada relatifnya sangat kecil iaitu 13.9 juta atau 0.2 peratus populasi dunia, tetapi Yahudi berkuasa membingkai politik dan ekonomi dunia. Media berada dalam tangan mereka.
Serangan Zionis Israel di Gaza kali ini juga dilindungi oleh kilang propaganda media kawalan Yahudi. Zionis di posisi sebagai mangsa, Hamas sebagai pengganas. Memang benar tidak semua Yahudi jahat seperti Netanyahu dan semua pemimpin Israel sebelum ini. Yahudi ortodoks misalnya menentang kekejaman yang dilakukan Zionis terhadap Palestin.
Tetapi jangan lupa bahawa 69 peratus Yahudi menganut ideologi Zionis.
Ada 4.26 peratus Zionis di luar Israel terutama di AS. Daripada 13.9 juta populasi Yahudi di seluruh dunia, sembilan juta daripadanya ialah Zionis. Tidak boleh menafikan yang Yahudi itu senama dengan Zionis.
Maka ucapan sulung Biden selepas menjadi Presiden AS terutama iltizam melangsungkan rundingan damai Palestin-Israel tidak lebih retorik, sama seperti semua Presiden sebelum ini.
Selagi AS dibiarkan menunggang PBB terutama Majlis Keselamatan, ini diibaratkan segerombolan babi disuruh menjaga kebun pisang. Babi tetap dengan kebabiannya.
Oleh: Ku Seman Ku Hussain

No comments:
Post a Comment