Dengan MCA
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) melihat keberanian sayap pemuda UMNO Seremban memutuskan hubungan dengan MCA Negeri Sembilan dan Seremban, merupakan satu tindakan yang sepatutnya diambil sejak dari dahulu lagi.
Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, tindakan melampau dan provokasi berterusan dilakukan oleh MCA selama ini hanya menunjukkan UMNO sebagai parti yang mampu ‘dijinakkan’ olehnya.
“Inilah kelemahan UMNO sebenarnya sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan untung rugi bangsa Melayu dengan memberi laluan mudah kepada MCA iaitu melantik calon MCA di kawasan majoriti Melayu.
“BERJASA melihat, parti yang terikat dengan mana-mana kuasa kapitalis pasti menjadi kuda tunggangan pihak kapitalis yang berkepentingan di negara ini.
“Parti tersebut tidak boleh menggerakkan agenda bangsanya melainkan agenda yang sentiasa menguntungkan kepentingan puak kapitalis itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Mengulas lanjut, beliau berkata, adalah amat janggal apabila parti bersaiz besar tetapi terikat dengan kuasa kapitalis, tidak ubah seperti ‘seekor gajah sarkas’.
“Badan sahaja besar tetapi digunakan ketika diperlukan sahaja. Justeru, keputusan Pemuda UMNO Seremban itu sesuai dengan saiz UMNO itu sendiri berbanding saiz MCA di dalam komponen Barisan Nasional,” katanya.
Seiring dengan itu, Ustaz Zamani berharap tindakan Pemuda UMNO Seremban ini terus disuburkan sehingga mana-mana kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya akan datang diletakkan calon muslim berwibawa.
“Inilah prinsip BERJASA ketika menghantar calonnya pada PRK Tg Piai dahulu,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menasihati UMNO supaya kembali kepada asas penubuhan parti itu sendiri.
Tegasnya, UMNO ditubuhkan antaranya adalah untuk menjadi sebuah parti yang berani membawa agenda bangsa Melayu, menyuarakan dan mempertahankan hak-hak bangsa Melayu.
“UMNO juga mesti ikhlas membaca teguran rakyat. Ini kerana rakyat sudah nampak bahawa UMNO terlalu ‘beri muka’ kepada MCA sehingga rakyat berkecil hati dengan UMNO.
“Oleh itu, kejatuhan UMNO pada PRU14 sepatutnya sudah cukup untuk ‘mencerdikkan’ UMNO.
“Namun sehingga kini masih belum nampak kepada pimpinan UMNO kecerdikan demi maslahah ummah bangsa Melayu melainkan berebut bilangan kerusi dan jawatan Perdana Menteri.
“Sekiranya UMNO sudah tidak mampu memikul agenda bangsa Melayu dan rakyat tidak nampak bahawa UMNO mampu lagi, maka BERJASA sedang menuju ke arah menggantikan UMNO dan BERJASA akan menjadi parti alternatif masa depan,” katanya. - ismaweb.net

No comments:
Post a Comment