Monday, December 23, 2019

Prof Kok Seong Label Dong Jiao Zong Antinasional

Pertubuhan rasis bantah jawi jelas tentang kepentingan negara
BANGI – Tindakan pertubuhan rasis Cina Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) mengadakan persidangan untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular disifatkan sebagai menentang kepentingan negara.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tindakan tersebut tidak wajar kerana keputusan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil dilaksanakan secara pilihan cukup munasabah.

“Jika ibu bapa mahu anak mereka belajar (tulisan jawi), teruskanlah. Jika tak nak tidak perlu,” kata beliau ketika dihubungi Ismaweb hari ini.

Sebelum ini, Dong Jiao Zong dilaporkan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, pertubuhan rasis itu turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

Mengulas lanjut Kok Seong berkata, persidangan pertubuhan Cina itu seolah-olah bertujuan melarang tulisan jawi diajar dan ditawarkan di sekolah vernakular.

“Bantahan Dong Jiao Zong menunjukkan sikap antinasional serta menentang kepentingan negara. Kepentingan negara di sini adalah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Apabila kita merujuk kepada perundangan negara mengenai tulisan jawi, ia ada dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Dalam akta itu disebut penggunaan tulisan jawi tidak boleh dilarang,” katanya. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment