Baru masuk Parlimen tapi berani bantah macam-macam senada DAP
APA tidaknya, MCA tidak akan berjaya ke Parlimen kalau calon mereka bertanding dikawasan majoriti bukan melayu.
Awal-awal lagi calon MCA akan dibaham oleh calon DAP dan nasib baik ada pengundi melayu dikawasan itu dapat juga jumlah undi yang banyak walaupun tetap kalah.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah bukti yang masih panas lagi.
Baru sahaja melangkah ke Parlimen tetapi sudah berani melaungkan bantahan agenda dakwah di Institut Pengajian Tinggi (IPT), membantah tulisan jawi dan macam-macam lagi yang disuarakannya senada dengan parti tamak haloba, DAP.
Langsung tidak segan silu kepada UMNO dan PAS yang telah membantu bermati-matian ketika PRK Tanjung Piai baru-baru ini.
Agaknya MCA ni sengaja nak jadi hero kepada bangsa Cina supaya pengundi Cina dikawasan majoriti Melayu tempat mereka bertanding akan menyokong MCA.
Apa nak dirisaukan dengan undi orang Melayu walaupun orang Melayu adalah majoriti, nanti apabila sudah sampai masa hendak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, buatlah janji janji manis, umrah percuma atau sekurang-kurangnya buat program mengecat pintu pagar masjid, maka berduyun-duyunlah orang Melayu pakat mengundi calon MCA.
Cukup-cukuplah MCA pijak kepala orang melayu. Selepas ini, jangan sanggup lagi mana-mana parti memberikan laluan kepada MCA untuk bertanding dikawasan majoriti Melayu, minta saja mereka bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu kerana disitu sebenarnya tempat MCA untuk jatuh bangun dalam arena politik.
Selama ini orang Melayulah yang bermati-matian memenangkan calon MCA untuk ke parlimen, tetapi lihatlah selamba sahaja MCA pijak kepala orang Melayu setelah bergelar YB (Yang Berhormat), satupun tidak ada suaranya dalam mempertahankan hak orang Melayu apabila parti tamak haloba DAP mempertikaikan hak orang melayu.
Oleh : Ustaz Hj. Zamani Ibrahim
Pengerusi Badan Perhubungan Berjasa Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment