
Menariknya, nama setiap pemain di belakang jersi ditulis dengan tulisan jawi.
Jersi itu akan dipakai sempena perlawanan akhir Supercoppa 2019 yang akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi esok, antara Juventus dan Napoli

Shaker berkata, jersi Juventus versi Arab itu menyatukan aspek tradisi Arab dan peminat bolasepak secara keseluruhannya.
Kelab bola sepak itu membuat keputusan berkenaan bagi memberi penghormatan kepada seni tulisan tradisional, selain menjadi salah satu cara untuk mendekati peminat daripada seluruh dunia.
Peminat bolasepak di Arab Saudi boleh memperoleh jersi edisi terhad itu di butik Adidas di Riyadh dan Jeddah sehingga 31 Disember ini, manakala para peminat seluruh dunia boleh membeli jersi berkenaan di laman sesawang Juventus.com. – Agensi
No comments:
Post a Comment