APA sudah jadi dengan Malaysia? Setiap hari ada sahaja berita dan isu yang mengejutkan, yang teramat asing dan terlalu sensitif. Apa tujuan semua ini? Pasti ada sesuatu yang begitu kuat untuk mencabar kedaulatan negara dan merosakkan jati diri negara.
Terkejut saya mendengar lagu negaraku, lagu kebangsaan, dinyanyikan dalam bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Saya tidak pasti lokasi SJKC berkenaan, tetapi menyanyikan lagi negaraku dalam versi mandarin adalah amat biadab kurang ajar dan sangat keterlaluan.
Saya harap video yang dihantar kepada saya itu tidak betul. Saya masih belum jumpa dalam carian YouTube. Jika betul, ini komen saya:
Atas dasar apa lagu Negaraku perlu diterjemahkan dalam bahasa Cina dan dinyanyikan dalam majlis rasmi sekolah?
Tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun di dunia ini, kecuali ultra kiasu dan komunis di Malaysia. Tindakan tegas mesti dilakukan.
Lagu Kebangsaan adalah lambang kedaulatan negara. Jika kedaulatan negara sudah tidak lagi dihormati, maka apa yang boleh diharapkan daripada ultra kiasu, melainkan pemikiran ideologi komunis dan melahirkan lebih ramai komunis.
Dari hujung kaki sampai hujung rambut, saya merayu kepada pemimpin tertinggi negara, HENTIKAN SEGERA. Bertindak tegas terhadap SJKC ini.
Halaulah mereka yang terbabit daripada negara tercinta ini sebelum terlambat.
Apa-apa berkaitan lambang negara tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa lain.
Kekal seadanya untuk dinyanyikan dalam majlis rasmi. Contoh, cogan kata negara, lagu kebangsaan negara, bendera negara dan sebagainya. Tidak boleh diubah sedikitpun.
Cogan kata dan lagu Kebangsaan Singapura tetap kekal, “Majulah Singapura”, tanpa diubah walau sedikitpun.
Begitu juga ‘command’ tentera tetap kekal dalam bahasa Melayu.
Seultra-ultra kiasu Singapura, mereka tetap menghormati jata dan lagu negara mereka. Kekal dalam bahasa Melayu.
Amat hina jika ada rakyat Malaysia yang melakukan perkara ini.
Semua bukti ini menunjukkan Sekolah Cina (SJKC, SMKJC), Sekolah Persendirian Cina (SPC), Institusi Pendidikan Tinggi Cina seperti Kolej Universiti New Era, Kolej Universiti Han Chiang menjadi pusat pemikiran ideologi komunis.
Jangan pula kita lupa bahawa Kolej Universiti New Era baru-baru ini menjadi tempat perhimpunan komunis.
Majoriti pelajar di kolej ini datangnya daripada SJKC, SMKJC dan SPC.
Polis hendaklah segera siasat SJKC mana yang begitu biadab menyanyikan lagu negaraku versi Cina dalam majlis rasmi.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan dan dipandang enteng.
Lagu negaraku, lambang kedaulatan negara. Jika inipun tidak dapat dijaga, saya sudah tidak tahu nak cakap apa, melainkan hanya berdoakan, Ya Allah, peliharalah Negaraku dan negaraku tercinta ini, tatkala orang yang diharapkan tidak boleh diharap lagi.
Oleh : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment