
Beliau berkata, tindakan itu menunjukkan pihak berkenaan bersungguh-sungguh mahu mengubah sejarah negara dan sekiranya tidak dihalang, dikhuatiri usah mereka itu akan berjaya.
"Petandanya sudah semakin jelas, jika sebelum ini orang malu dan tidak berani mengaku saudara terdekat mereka pengganas komunis, kini ia seolah-olah menjadi satu kebanggaan pula untuk mengumumkannya secara terbuka. Apalah yang nak jadi dengan negara kita agaknya?," katanya dalam hantaran Facebook milik beliau.

Katanya, ia boleh dilihat apabila bekas pengikut komunis, Tan Yi Yu dilaporkan berkata tujuan majlis dianjurkan bukan sahaja untuk memperingati perjanjian damai tersebut tetapi juga untuk menegakkan kebenaran bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.
"Pemimpin DAP, Ronnie Liu pula selain dengan bangganya mendedahkan bahawa datuk dan abang beliau adalah pengganas komunis, siap memberi tabik hormat kepada para pengganas komunis selaku patriot dan pejuang kemerdekaan," katanya. - www.sinarharian.com.my
No comments:
Post a Comment