nuffnang

Wednesday, December 11, 2019

Ahli Politik Melayu Diam Bila DAP Mahu Laksana Pilihan Raya PBT

Mereka sudah kuasai ekonomi, sekarang mahu kaut duit PBT pula
BANGI, – “Apakah ahli politik Melayu masih mahu berdiam diri apabila parti rasis dan cauvinis DAP menuntut untuk mengembalikan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT)?,” demikian keluh Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.

Terdahulu, dilaporkan bahawa DAP mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya PBT dengan menjadikannya antara lapan resolusi yang diluluskan pada Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019.

Kesemua lapan resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh 107 anggota perwakilan yang hadir.

Pihak mereka mendakwa pilihan raya PBT dituntut bagi membolehkan demokrasi diamalkan di peringkat akar umbi dan memastikan akauntabiliti PBT kepada rakyat.

Mengulas perkara itu, Aminuddin berkata, DAP hendak meneruskan PBT yang akan menyaksikan semua bandar dikuasai oleh kaum Cina.

“Kita tahu bandar ini kawasan paling baik untuk ekonomi dan banyak duit. Sudahlah mereka kuasai ekonomi, sekarang ini mereka akan kuasai pula duit-duit di PBT,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang dilihat seolah-olah membisu dalam hal ini.

“Apa politician Melayu buat? Bab komunis senyap, bab LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam) senyap, bab jawi pun senyap, keselamatan negara terancam pun tak buat apa-apa.

“Mohonlah parti-parti semua samada belah sana atau sini, buatlah sesuatu. Bangunkanlah rakyat. Kamu semua pemimpin, kami hanya rakyat marhaen. Jangan setakat berdegar-degar dalam dewan tapi senyap di luar.

“Kepimpinan adalah amanah bukan untuk bermegah dan mengaut ghanmah. Jangan ingat kamu selesa di atas kerana ada yang mencatit dan menghitung gerak langkah kamu,” katanya.

Di Malaysia, pilihan raya PBT tidak pernah dilaksanakan sejak kerajaan Persekutuan menggantung pelaksanaannya melalui undang-undang darurat pada 1965.

Usaha untuk menghidupkan pilihan raya PBT banyak digerakkan oleh DAP sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi. - www.ismaweb.net

1 comment:

  1. Mmg amat sedih dgn melayu ni...Mereka sesama sendiri bergaduh..baik yg tertingginya hingga yg bwh2 nya...Tapi ! Bila dgn Cha2...ni menikus semua...Baik yg tertingginya hinggs rakyat2 mengong nya...Berubah lah...Wamatafarraqu...

    ReplyDelete