Saturday, December 28, 2019

Ada Juga Ahli Akademik Yang Bodoh Piang...

Peraturan wajib songkok di Kelantan ‘idea bodoh’, kata ahli akademik
PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mengutuk keputusan kerajaan Kelantan mewajibkan pemakaian songkok dalam kalangan penjawat awam lelakinya setiap hari Khamis sebagai satu langkah yang tidak menyumbang apa-apa bagi membaiki kebajikan hidup rakyat di negeri itu.

Mohamed Ghouse Nasuruddin, profesor emeritus seni persembahan di Universiti Sains Malaysia berkata, kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya memberi perhatian pada pembangunan ekonomi, bukannya mengeluarkan arahan yang “tidak masuk akal”.

Bercakap kepada FMT, beliau menuduh PAS gagal mengurus ekonomi Kelantan dan mendakwa ia mempunyai kecenderungan untuk lebih mengutamakan bentuk berbanding isi dalam usaha menonjolkan sisi Islamnya.

Beliau menyifatkan arahan pemakaian songkok itu sebagai “bodoh” dan menghindari tugas meningkatkan produktiviti ekonomi yang “lebih penting”.

Katanya, PAS biasanya dikaitkan dengan kopiah, bukan songkok, dan parti itu kini seolah-olah mahu dilihat seperti Umno yang kebanyakan ahlinya memakai songkok dalam acara rasmi parti itu.

“Mungkin mereka mahu mengambil hati Umno dan mungkin Umno akan memakai kopiah sekarang,” katanya.

Umno dan PAS menandatangani satu piagam kerjasama pada Sept lepas.

Terdapat kira-kira 5,000 penjawat awam lelaki di Kelantan dan berdasarkan satu arahan bertarikh 19 Dis yang berkuat kuasa serta-merta mereka dikehendaki memakai songkok setiap Khamis.

Pada Rabu timbalan setiausaha kerajaan negeri Tengku Azmin Jaafar berkata, arahan itu selari dengan usaha mempromosi imej Islam Kelantan. - www.freemalaysiatoday.com

2 comments:

  1. Yg kondem songkok di Kelantan ni... Apa hal ? Professor apa ni ? Prof ni bangsa apa ? Kalau prof, kalau melayu... patutnya sokong ! Bukannya suruh prof tu pakai pun ?! Kalau prof x mau pakai pun x pa laaa... Yg kaitkan Umno, Pas ni apa pasai lagi...? Kata.... prof...! Kita ni bukan prof...Tapi tebgok 1 sudut pun dah nampak baik nya... Paling kurang pun...prof....melayu yang buat songkok tu adalah tambah pendapatannya....Prof...prif...pruf...phrootthhh...Alamak !

    ReplyDelete
  2. Saya sokong Prof,x pyh wajib hanya sekadar nenggalaksn sudah sukup

    ReplyDelete