Monday, December 23, 2019

Dong Zong Bawa Ideologi Komunis

Tulisan jawi 3 muka surat dihalang, komik komunis 20 muka surat?
KUALA LUMPUR – Pertubuhan rasis, Dong Zong sememangnya membawa ideologi komunis, kata Sekretariat Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Izzat Johari.

Beliau berkata, terdapat pelbagai bukti yang mengaitkan Dong Zong berkait rapat dengan fahaman komunis.

Mengambil contoh pengedaran komik berunsur ideologi komunis di sekolah-sekolah, Izzat mengakui ianya sangat bahaya jika tersebar dalam kalangan pelajar.

“Peliknya Dong Zong berdiam diri. Mereka tak berani nak sebut dan benda-benda macam ini mereka tidak mahu halang.

“Mereka bantah pembelajaran tulisan jawi yang hanya tiga muka surat, tetapi komik ini diterbitkan sehingga lebih 20 muka surat kenapa tak mahu halang?

“Orang Cina pun sudah tahu komunis memang jahat, tetapi Dong Zong lebih jahat daripada komunis,” katanya ketika Himpunan Bantah Ideologi Komunis, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan jawi yang hanya memberi tumpuan terhadap teks pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.

Secara keseluruhannya, terdapat empat teks jawi yang berbunyi: ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ dalam jata negara, ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit Malaysia’ pada nota ringgit serta ‘Malaysia’ pada setem.

Namun, Dong Zong dilihat memberikan reaksi melampau dalam menentangnya sehingga merancang untuk mengheret kerajaan ke mahkamah mengenai pembelajaran itu.

Kumpulan pendesak Cina itu juga dilaporkan akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Selain mengajak semua pertubuhan Cina menghadiri persidangan itu, pertubuhan rasis itu turut meminta lembaga pengelola dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) untuk memulangkan garis panduan pelajaran tulisan Jawi kepada Kementerian Pendidikan sebagai tanda bantahan.

Mengulas perkara itu, Izzat berkata, ideologi komunis bukan sahaja sudah meresap ke dalam KPM dan negara, malah menteri-menteri juga sudah terpengaruh dengan fahaman sama.

“Berapa ramai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP yang menyokong komunis?

“Mereka bukan di tahap menyokong lagi, tetapi mereka adalah keturunan komunis,” katanya. - www.ismaweb.net

1 comment:

  1. Dah lama dah...! Apa nama...! Tak kan baru nak tau kot ? Tapi...Apa Mujahid,Mat Sabu, Maslee, Muyidin, Hanipa Maidin, Mukhriz, PM 7 bole buat...Hang pa dah bagi depa kuasaaaa...Depa beghani...Hangpa yang kecuttt...Hang pa X boleh buat apa2 kut...? Peguam Negara,Timb.Speaker depa punya, Ketua Polis aku X tau....Ketua Askar aku X tau....!

    ReplyDelete