Jangan sampai orang Melayu terima nasib sama seperti Uyghur
BANGI – Rata-rata pengguna media sosial yakin umat Islam di negara ini akan menerima nasib sama seperti etnik minoriti Islam Uyghur di China, sekiranya parti cauvinis menguasai sepenuhnya pemerintahan negara.
Tinjauan Ismaweb mendapati, netizen sedar bahawa rakyat majoriti di negara ini – orang Melayu – sudah mula ditindas sedikit demi sedikit – oleh pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pengguna laman sosial Facebook, Ali Roxtam Itam berkata, rakyat sejak dahulu sudah rasa bimbang dengan situasi semasa negara.
“Itu masa mereka pendatang asing yang sedikit. Kini tak cukup masa beranak import masuk lagi ramai untuk tambah kesombongan mereka. Masuk jadi pelancong tapi tak keluar balik. Memang nayalah orang Melayu,” tulis beliau.
Nadial Mat Yasin bersetuju sekarang ini sudah nampak permainan parti rasis selepas mengambil alih kerajaan.
“Akhirnya Melayu merempat di bumi sendiri. Pemimpin yang diharapkan buta tuli, bukan bertujuan membantu bangsa dan agama sendiri, sebaliknya boneka yang membinasakan bangsa. Sejarah berulang dengan pengkhianatan orang dalam,” katanya.
Selain itu, ada juga netizen yang menyarankan tindakan diambil bagi memastikan nasib malang yang ditimpa etnik minoriti Islam Uyghur tidak berlaku ke atas orang Melayu.
Pengguna media sosial, Asraf Sani mengesyorkan supaya parti tamak haloba dan pertubuhan rasis diharamkan di negara ini.
“Sekat dan ubah dari sekarang. Hapuskan DAP dan Dong Zong,” tegas beliau.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ir Muhammad Lukman Al Hakim berkata, umat Islam di Malaysia harus kekal bersatu dan memastikan dominasi Melayu serta Islam dalam senario politik negara.
Ini katanya bagi memastikan keadaan yang menimpa etnik minoriti Islam Uyghur tidak berlaku kepada rakyat negara ini. - www.ismaweb.net
No comments:
Post a Comment