nuffnang

Wednesday, December 5, 2012

Wanita Gaza Paling Subur Di Dunia


Bom demografi Palestin terus menghantui Israel. Walaupun setiap bulan membunuh rakyat Palestin, penjajah Zionis yahudi laknatullah tidak mampu menghentikan(sumpah Ariel Sharon...klik disini) kadar pertumbuhan penduduk Palestin yang terus meningkat.

Angka kelahiran baru yang dikeluarkan Pejabat awam di Kementerian Dalam Negeri Gaza sekaligus menjadi bukti bahawa wanita Gaza adalah wanita paling subur di dunia. Seperti dilaporkan oleh InfoPalestina, data menunjukkan perbandingan angka kelahiran dan kematian di Gaza adalah 15 berbanding 1.

Sepanjang empat bulan terkini terdapat 14280 angka kelahiran baru. Terdiri dari 7329 bayi lelaki, atau 51.3 peratus dan 6955 bayi perempuan atau 48.6 peratus. Ertinya, lebih dari 155 angka kelahiran berlaku setiap harinya. Sedangkan angka kematian dalam tempoh yang sama berjumlah mencapai 974 orang. 523 orang atau 53.6 peratus daripadanya adalah lelaki dan 451 orang atau 46.3 peratus adalah perempuan.
Ertinya kematian di Gaza mencapai 10 orang setiap harinya. Data sebelumnya menunjukkan wanita Gaza dikenali sebagai wanita paling subur di dunia. Tahap kesuburan di Gaza mencapai 6 bayi satu wanita. Angka itu jauh di atas paras kesuburan di Israel yang mencapai 2.6 bayi satu wanita.

Laporan UNICEF pada 3 Mac 2009 lalu juga menunjukkan Gaza mempunyai ramai berusia muda iaitu 793520 atau 56 peratus jumlah penduduk Gaza adalah anak muda. Sedangkan Israel mempunyai kadar peratusan usia tua yang tinggi.

1 comment: