Sunday, December 2, 2012
Datang ke Rumah Kekasih, Perhatikan Hal Ini
UNDANGAN untuk mengunjungi rumah kekasih terkadang membuat orang menjadi gugup seketika. Namun jangan bimbang, dengan melakukan beberapa hal ini, pertemuan anda dengan calon mertua tak akan berakhir dengan buruk.
Salah satu tahap yang mesti dilalui saat hubungan makin serius ialah perkenalan dengan orang tua pasangan. Perasaan gugup hinggap kerana anda tak tahu seperti apa reaksi ibu bapa apabila melihat anda. Namun demikian, jangan biarkan perasaan gementar menggagalkan hububungan serius anda dengannya. Disini ada beberapa tip untuk melembutkan hati ibu bapa.....
Bersikap sopan
Perhatikan bagaimana cara anda bercakap dengan keluarganya. Sebab, anda tak tahu sama ada keluarganya termasuk orang yang cenderung santai atau justeru kaku. Elakkan juga topik perbincangan yang kontroversial, seperti agama, politik, dan masa depan anda dengan pasangan.
Bawalah buah tangan
Jangan datang dengan tangan kosong. Tak ada salahnya untuk membawa bunga atau kuih. Bila anda bingung, mintalah saranan daripada pasangan. Kerana anda tak tahu bagaimana keadaan keluarganya.
Berminat mendengar ceritanya
Ibu bapa biasanya akan membuat anda mendengar cerita mengenai masa lalunya. Seringkali hal ini memang membosankan, namun demikian cubalah untuk menunjukkan ekspresi yang bersemangat. Bila perlu, ajukanlah soalan apabila mereka menyentuh sesuatu perkara yang menarik. Akan tetapi bila anda tak faham, mengangguk cukup untuk membuat anda kelihatan seperti memahaminya. Satu hal yang harus anda hindari, cubalah seboleh mungkin untuk tidak menguap.
Biarkan mereka mengenal anda
Pastikan anda dapat menunjukkan minat mahupun pencapaian anda dengan cara yang baik. Mereka pasti ingin lebih mengenal dan melihat seperti apa anda yang sesungguhnya.
Anonymous
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment