Tuesday, December 4, 2012

Anak Saksikan Adegan Ranjang Anda, Apa yang Harus Dilakukan?

KEJADIAN tak tersangka mungkin saja menimpa anda ketika sedang berintiman dengan pasangan. Bila kebetulan anak anda melihatnya, sebaiknya lakukan langkah-langkah yang tepat.

Tak ada orang tua di dunia ini yang ingin kegiatan intimnya sampai "tertangkap basah" oleh anaknya. Namun demikian, anda perlu menangani hal ini dengan tenang dan jujur.

Pada anak-anak, perbezaan usia membuat mereka memberi respons hal ini secara berbeza. Meskipun demikian, hanya sedikit yang dapat memahami apa yang anda lakukan secara tepat. Akan tetapi, penting halnya untuk bercakap pada kanak-kanak dan menghilangkan keraguan dalam fikirannya agar tak berlaku salah faham.

Misalnya, pada anak usia tiga tahun, mereka dapat melihat hal tersebut sebagai sebuah bentuk kekerasan. Hal ini akan membuatnya ketakutan dan enggan berinteraksi dengan orang tua yang dia anggap "jahat".

Dr Rajan Bhonsle, seorang sex expert menyatakan bahawa perasaan malu merupakan reaksi yang paling jelas yang dirasakan orang tua.

"Namun kira perlu faham jika seks merupakan sebahagian daripada kehidupan dan dalam situasi seperti ini, ibu bapa perlu bercakap dan menjelaskan kepada anaknya. Bukan diam dan pura-pura tidak tahu, "ujarnya seperti dikutip di Idiva.
Kebanyakan orang tua akan berteriak dan menyuruh anaknya pergi saat "tertangkap basah". Alasannya, tentu saja kerana rasa malu. Namun hal ini tentu saja salah. Dr Bhonsle menyarankan ibu bapa untuk meminta anaknya secara baik-baik untuk meninggalkan bilik, tanpa meninggikan nada suaranya. Setelah itu, ajak untuk berbincang dan menjelaskan hal itu merupakan ketika yang sangat peribadi dan tak ada yang menyakitkan apabila proses itu berlaku.

Sementara pada kanak-kanak yang lebih besar, sampaikan: anda memerlukan masa peribadi di mana anak-anak tidak boleh ambil bahagian. Anak-anak juga mungkin takut akan dimarahi kerana secara tak sengaja menyaksikan apa yang anda lakukan. Namun, tugas anda dengan menenangkannya dan meyakinkan bahawa itu bukanlah salah mereka.

Anonymous

1 comment: