nuffnang

Wednesday, December 5, 2012

Wartawan Indonesia Tabik Ultras Malaya

KUALA LUMPUR - Seorang wartawan bola sepak Indonesia yang kagum dengan Ultras Malaya menyeru peminat di negara itu mencontohi semangat penyokong fanatik skuad kebangsaan Malaysia itu.

Jalu Wisnu Wirajati, yang juga pemilik laman blog www.kangjalu.com, meluahkan pandangan tentang ciri-ciri Ultras Malaya yang membuatkan dia tertarik berdasarkan pengalamannya ketika menyaksikan aksi terakhir kumpulan membabitkan Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

"Satu hati, satu warna dan satu suara. Mungkin itulah salah satu pengajaran yang dipelajari dari Ultras Malaya. Ketika pasukan kebangsaan mereka mempamer prestasi hambar, mereka memang lantang mengkritik. Tapi ia tidak membuatkan mereka pudar menyokong perjuangan Harimau Malaya.

"Ketika datang ke stadium, majoriti mereka datang ke Stadium Bukit Jalil dengan mengenakan jersi hitam-kuning, meskipun Malaysia jarang lagi menggunakannya. Sepanduk dan panji yang mereka bawa jelas menyokong perjuangan pasukan kebangsaan mereka

"Begitu juga laungan yang diteriakkan. Meskipun laungannya mirip penyokong di Indonesia, aksi yang ditunjukkan Ultras Malaya membuat saya kagum. Mereka satu suara dalam membela pasukan kebangsaan. Ketika satu sorakan dinyanyikan, seluruh stadium akan bergema. Tak ada seorang pun penyokong yang ingin suara mereka tenggelam, semuanya turut menyanyi sekuat hati.

"Tiga hal itu tentunya boleh dijadikan pengajaran buat penyokong Indonesia dalam memberikan sokongan. Meskipun datangnya daripada musuh, jika ia sesuatu yang positif untuk dicontohi kenapa tidak diterapkan?" tulisnya.

Bercerita lanjut pengalaman Sabtu lalu, Jalu Wisnu menambah: "Begitu luar biasa, kebetulan, saya berkesempatan menjadi saksi kedua-dua aksi final Piala AFF 2010 dan peringkat kumpulan Piala AFF 2012. Dalam tempoh dua tahun, peningkatan kreativiti Ultras Malaya begitu mendadak.

"Misalnya apabila saat lagu kebangsaan (Negaraku) berkumandang, mereka beramai-ramai menaikkan Jalur Gemilang sehingga hampir menutupi seluruh tempat duduk. Beberapa sepanduk lain yang menunjukkan kesetiaan mereka sebagai penyokong Ultras Malaya pun dinaikkan.

"Satu lagi yang saya tertarik adalah ketika mereka melakukan gerakan meninggikan mafla secara perlahan sambil diiringi teriakan, lalu gerakan itu diturut seluruh penonton. Saat tangan sudah mencapai puncak, mereka dengan lantang meneriakkan 'Ma-lay-sia' sambil menggerak-gerakan mafla.

"Situasi itu membuat saya yang sebagai penyokong pelawat rasa gerun."

Sumber : sukan@utusan

No comments:

Post a Comment