Wednesday, December 12, 2012

Menikmati Orgasma yang Hebat

BERCINTA merupakan aktiviti yang dapat menimbulkan kesenangan dan kenikmatan. Aktiviti ini tentunya akan menjadi sesuatu yang sangat luar biasa jika dapat tercapai orgasma. Tapi, bercinta seperti apa yang boleh menghasilkan orgasma hebat?

Ini resepi bercinta agar mampu menghasilkan orgasma yang hebat....!

Jangan merungut
Tidak ada satu lelaki ataupun wanita yang ingin mendengar ocehan atau rungutan pasangannya saat di ranjang. Hal ini sudah pasti akan mempengaruhi proses mendapatkan kenikmatan ketika melakukan aktiviti seksual.

Elakkan mengomentari bentuk tubuh pasangan yang memang kurang profesional. Misalnya, "Kamu lebih gemuk," atau "Kamu kelihatan lebih tua." Ini tentunya akan menyakiti hatinya dan membuatnya tidak berselera lagi untuk bercinta dengan anda. Kini saatnya anda melancarkan kata-kata pujian yang boleh melambungkan perasaannya.
Berikan isyarat cinta yang kuat
Melakukan aktiviti seksual pertama kali kerap menimbulkan rasa tidak percaya diri bagi setiap pasangan. Bahkan, di antara mereka pun mengaku sukar untuk melakukannya. Tak hairan bila mereka lantas dihinggapi rasa cemas dan bimbang jika acara bercinta di malam pertama tidak berbuah manis.

Untuk mengatasi masalah itu, anda tidak perlu takut. Anda cukup memberikan isyarat-isyarat cinta kepadanya sehingga mahu melakukan hubungan seksual.

Atur pernafasan
Hal kecil yang sering kali terlepas pandang saat berhubungan seksual adalah mengatur pernafasan. Aturlah pernafasan sedemikian rupa agar aktiviti seksual anda berdua tidak terganggu. Salah satu kaedah relaksasi yang baik adalah menghirup nafas dalam-dalam dan membuangnya secara perlahan. Lakukan cara ini berulang kali sehingga anda tidak merasa tegang sebelum memulakan aktiviti bercinta.

Buatlah kepelbagaian
Bercinta dengan kedudukan yang itu-itu saja tentu membosankan. Anda perlu mengubah gaya dan posisi bercinta yang berbeza dari biasa. Alhasil, pasangan pun semakin bergelora setiap kali menerima rangsangan seksual dari anda.

Anonymous

No comments:

Post a Comment